Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana..
Malam ni, opps awal pagi ini nak berceloteh tentang Siapa AKU? AKU ADALAH AKU!! 7 versi.. hee~
Malam ni, opps awal pagi ini nak berceloteh tentang Siapa AKU? AKU ADALAH AKU!! 7 versi.. hee~
Wan Nurul Wahidah: Pernah orang kata pegang suatu amanah itu bagaikan kita berada di tengah2 antara syurga dan neraka. Lantaran tanggungjawab yang diberikan di dunia inilah yang akan dipersoalkan di depan ALLAH kelak. Gulp! Wan Nurul Wahidah, kau dah bersedia ke nak jawab semua tanggungjawab kau di dunia ini tak kira sebagai seorang anak, kakak, pemimpin, muslimah, kawan, dan sebagainya..Mantapkan ilmu, murnikan akhlak, teguhkan iman pasti ALLAH datang menolongmu..
Kesuma Wahida: Seorang INSAN yang bercita-cita menjadi penulis yang mampu memberi dakwah melalui penulisan di samping membawa penulis ke dunia yang tidak pernah terfikir di fikiran bersama emosi tersendiri melalui satu2 watak. Berjayakah aku?
Kaede Kesuma: Hidupnya sukakan anime dan Jepun. Tanpa sedar dia cuba mencontohi semua akhlak dan amalan & semua perkara baik orang bukan Islam itu yang seolah-olah mengangkat ajaran Islam. Lalu dia terfikir, kenapa susah umat Islam sendiri untuk mengamalkan ajaran n suruhan Islam melalui wahyu Allah dan sunnah Rasulullah. Segala luahan hatinya terungkap melalui twitter dan kadang2 luahannya menggambarkan isi hati yang tidak ramai orang yang melihatnya daripada dirinya sebenar.
Kesuma Althafunnisa: Dia tidak wujud, dia bukan sesiapa. Dia cuba untuk mempertahankan kewujudannya di tengah2 nama anonymous yang lain tetapi dia tetap mempunyai prinsip untuk menjadi muslimah dengan cara jihad tersendiri. kerana kemampuan untuk berbakti kepada agama itu menjadi bukti kewujudannya.
Eun Hee: Saya nak jadi wanita yang lebih baik sebab Allah sukakan perubahan yang setiap hari semakin baik untuk dirinya sendiri. Sukakan korea tapi tetap cuba menahan rasa obsesi yang hadir tiba2 dalam diri.
Xerxes: anonymous yang cuba untuk mengetengahkan idea di luar kotak. Semangatnya hadir bersama penulisan tersendiri yang lebih berunsurkan fantasi, thriller & suspens. Dia mahukan pembacanya hanyut dalam dunia tanpa sempadan dan tenggelam dalam emosi yang tidak berpenghujung. Dialah pencetus utama watak antagonis Richard & Yazid (Harga Sekuntum Cinta), novel The Ki-Fighter In The Love Affair, The Ki-Fighter In The Love Affair FZ, VIRTUAL COP..senyumannya sinis dan penuh muslihat hatta sorot matanya terlalu misteri sehinggakan tiada siapa yang tahu isi hatinya secara luaran kerana hadirnya tidak disedari oleh empunya badan sendiri. Tanpa disedari, dia cuba berjuang untuk merampas tempat Kesuma Wahida yang kini menjadi tumpuan utama pemilik diri.
Eiyda Wahida: Nama pena yang pernah menjadi pilihan 'aku'. Nama yang diberikan oleh adik tersayang, Wan Nurul Syahirah tapi sayang kalah dek kerana sebuah nama Kesuma Wahida. Tapi semangatnya tetap hidup dalam Kesuma Wahida kerana dialah yang mencetuskan segala2nya. Dia tunjang kepada dunia penulisan itu terbit~
Jadi siapa AKU sebenarnya?? Aku sendiri tidak tahu..aku sendiri kebingungan, aku buntu! Tapi ada satu perkara yang paling aku YAKIN, AKU ADALAH AKU. Sebab itu aku percaya kesemua nama itu adalah orang yang sama tetapi berbeza visi, misi, prinsip dan pemikirannya. Namun begitu, biar kesemua 'aku' itu disandarkan kepada ALLAH..kerana kesemuanya adalah di bawah kekuasaan ALLAH YANG MAHA BERKUASA dan kesemuanya adalah makhluk Allah yang satu yang bermaksud 'cahaya yang satu'. Biar dia menyinari hidupnya kerana Allah dan 'cahaya yang satu' kerana roh dan cintanya kerana Allah. Moga dia juga mampu menyinari kehidupan manusia yang lain dengan petunjuk dan bantuan Allah Azza Wa Jalla. Amin Ya Rabb~
No comments:
Post a Comment