BAB
15
Aizriel
Danish memasukkan sebahagian buku-bukunya ke dalam sebuah kotak yang sederhana
besar. Barang-barangnya yang lain diletakkan di suatu sudut di biliknya. Dia
tersenyum melihat sebahagian besar barang-barangnya sudah sedia dikemas.
Barang-barang itu akan dihantar ke Malaysia selepas tamat pengajian masternya.
Sedang dia leka mengemas barang-barang miliknya,
tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Aizriel Danish berpaling. Dia
tersenyum melihat kehadiran Fairus dan Rudolf di muka pintu.
“Masuklah.” Aizriel Danish mengajak rakan-rakannya
masuk.
“Memang nak masuk pun. Kalau kau tak jemput pun
kitorang tetap akan masuk.” Jawab Fairus. Dia selamba masuk lalu duduk di
kerusi Aizriel Danish. Rudolf pula duduk di atas katil Aizriel Danish.
“Hmm..kau memang. Tak ada tatatertib.”
“Apa pulak. Ketuk pintu tadi pun dah kira tatatertib
tau? Ingat aku ni kurang ajar sangat ke?”
Aizriel Danish hanya membiarkan kata-kata Fairus.
Dia menjuihkan bibirnya itu. Bukan dia tidak tahu kalau kawannya itu kalau
bergaduh bukannya nak mengalah. Tak kan mengalah punya! Konfum!
“Aziriel, awak dah nak balik ke minggu ni?” soal
Rudolf sopan.
Aizriel Danish hanya mengangguk. Tangannya masih
lincah mengemas sisa-sisa barangnya yang tinggal.
Rudolf hanya menunduk lesu. Dia sedih apabila
mengenangkan kawan baiknya itu bakal meninggalkannya tidak lama lagi. Aizriel
Danish melihat sahabatnya itu diam membisu.
“Don’t worry, Rudolf. We’ll meet soon at Malaysia.”
Rudolf hanya mengangguk. Dia tersenyum kecil kepada
Aizriel Danish. Aizriel Danish membalas dengan seadanya.
“Rudolf, bukan ke kamu ada rumah di Malaysia?” soal
Fairus tiba-tiba.
“Oh, memang saya ada satu” jawab Rudolf jujur.
“Kat mana?” soal Fairus lagi.
“Hmm…kalau tak silap saya di Selangor”
“Oh, Selangor ya? Kalau Selangor mungkin dekat
dengan rumah Aizriel la, kan? Betul tak Aizriel?”
Aizriel Danish hanya mangangguk dan tersenyum.
“Kalau macam itu senanglah korang nak jumpa lepas
ni. Tak macam aku. Jauh dari korang” lirih suara Fairus. Nada orang yang sedang
berjauh hati.
“Eleh.
Mengada-ada. Kuala Lumpur tu macamlah jauh sangat dengan Selangor. Dekat aje.”
Jawab Aizriel Danish mengejek.
“Wei..jauhlah jugak macam itu. Lain-lain negeri kan?”
tingkah Fairus tidak senang hati.
Aizriel
Danish mencebikkan bibirnya.
“Korang ni tolonglah jangan asyik bergaduh aje.
Cakap kawan baik.” Rudolf mula menenangkan suasana. Dia ketawa kecil melihat
tingkah kawan-kawannya yang bertikam lidah.
“Kaulah yang mula dulu.” Kata Fairus
“Aku pulak. Engkaulah yang degil sangat.” Jawab Aizriel Danish pula.
“Dah, dah. Tak habis-habislah korang ini” Rudolf
bersuara tegas. Mereka berdua diam mendengar bebelan Rudolf.
“Iyalah. Orang tak gaduh-gaduh lagi.” Fairus
mengalah. Dia hanya menjeling Aizriel Danish yang berdiri bertenangan
dengannya.
“Oh ye, Aizriel. Kau lepas ni nak buat apa balik
Malaysia?” soal Fairus selepas dia bertenang.
Aikk..cepat pulak hilang rajuk dia! Desis hati
Aizriel Danish.
“Hmm..aku rancang nak rehat-rehat dulu. Baru lepas study kan.” Aizriel Danish hanya
tersengih.
“Oh..macam tu pulak. Tapi walau macam mana pun, kau
tu kira dah dapat kerja kat syarikat ayah kau. Untunglah kau. Tak payah dah kau
nak menganggur.” Jawab Fairus berbaur cemburu.
“Laa..apasal pulak dengan kau ni? Kau jelous ke aku kerja dengan family aku? Kau tak payah nak jelous lah dengan aku ni. Kau kan dapat
kerja jugak balik Malaysia ni. Jurutera kat syarikat terkenal pulak itu.”
Aizriel Danish membalas.
Bukan dia tidak tahu perihal kawannya itu. Fairus
sudah pun mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat yang terkenal di Kuala
Lumpur sebelum peperiksaan akhir bermula lagi. Tapi dia tidak hairan dan
terkejut sebab dia arif dengan kawannya itu. Berkat usaha dan ketekunan Fairus
yang berusaha keras menuntut ilmu akhirnya dia mendapat surat tawaran untuk
bekerja di syarikat Jaya Holdings. Dia turut gembira dengan berita gembira yang
dia dengari dua minggu lepas.
“Laa..bukan apa. Aku bukan apa. Aku ini bakal kerja
makan gaji aje. Lainlah kau, kau tu kerja bisnes. Mestilah dapat duit banyak.
Dahlah syarikat kau tu dah memang dapat nama kat Malaysia. Dahlah banyak projek
kau buat kerjasama dengan negara-negara luar. Lepas tu pulak aku dengar kau dah
buka cawangan di luar negara. Betul ke?” soal Fairus lagi. Rudolf hanya
tersenyum mendengar keletah kawannya yang seorang itu. Dia menepuk bahu Fairus
perlahan.
Aizriel Danish hanya tersengih. Memang kalau dia tak
bagi tahu Fairus pun perihal bisnes keluarganya pasti Fairus tahu sendiri. Ini
tentu Kak Syafiqah yang bagi tau! Bukan dia tak tahu kawan dia yang seorang ini
‘kaki korek’. Semua benda dia nak korek. Korek rahsialah, korek berita
hangatlah, korek gosiplah. Koreklah apa-apa pun. Mengalahkan perempuan betul!
“Bersyukurlah wahai sahabatku, Fairus. Macam aku tak
tau yang kau nanti makan gaji beribu-ribu. Cukuplah itu. Kau nak apa lagi
sebenarnya?” Aizriel Danish bersuara.
“Bukan aku tak bersyukur tapi aku pun nak rasa jugak
kerja dalam dunia perniagaan macam kau.”
“Oh..kalau kau nak. Kau ajelah yang gantikan tempat
aku kat syarikat tu nak? Aku ni sebenarnya taklah minta sangat pasal bisnes-bisnes
ni. Aku lebih minat nak buka syarikat sendiri daripada bekerja dengan family aku itu.”
“Kau ni. Tolak rezeki pulak.”
“Kenapa Aizriel? Awak tak suka ke kerja macam tu?”
soal Rudolf setelah lama mendiamkan diri.
“Taklah. Bukan apa. Cuma saya lebih suka kerja dari
peringkat bawah lagi.” Aizriel Danish memandang wajah Rudolf sambil menjawab.
“Alah, benda senang macam itu tak payah risau la.
Kau kan boleh mintak dengan ayah kau kerja dari bawah. Ahh..kalau kau nak
sangat kerja dari bawahlah kan, ada bagusnya kalau kau kerja jadi washer ke? Atau macam tea lady ke?” belum sempat membalas
Fairus dan Rudolf sudah pun ketawa terbahak-bahak.
Aizriel Danish bengang. Apa tidaknya, kalau ketawa
pelan-pelan mungkin hati dia tak sakit tapi ini suka macam apa? Ketawa Fairus
kuat memenuhi ruang biliknya.
“Woi..kalau nak suka pun berperangai eloklah sikit.
Ini macam dah langsuir aku tengok mulut kau ternganga macam itu.” herdik
Aizriel Danish. Tidak puas hati.
Fairus dengan sisa-sisa ketawanya tidak
mempendulikan larangan Aizriel Danish. Rudolf jugak yang mendengar kata. Bila
mendengar rungutan Aizriel Danish, terus dia menutup mulutnya cepat-cepat.
“Dahlah, malas aku nak layan korang. Daripada aku
layan korang kerja aku jadi terbantut, baik aku kemas barang-barang aku ini
cepat-cepat.” Aizriel Danish kembali mengemas barangnya yang masih tidak siap
dikemas.
“Hmm..merajuk. Sudahlah kau. Aku pun tak hingin nak
pujuk kau.”
“Dahlah kau. Menyampah tengok kau!”
“Hek, eleh..merajuk macam perempuan. Usik sikit tak
boleh.”
Aizriel Danish menjeling tajam. Wajah Fairus
langsung tidak menampakkan rasa takut. Bahkan dia pun turut menjeling wajah
sahabatnya itu.
“Sudah-sudahlah korang berdua ni. Makin menjadi-jadi
pulak bila bergaduh. Jom Fairus, kita keluar. Kasi ruang sikit untuk Aizriel
nak kemas barang. Kau ni asyik sibuk kacau Aizriel. Kau tu dah siap kemas ke
belum?” soal Rudolf mengambil cara untuk mendamaikan sahabatnya itu.
Kadang-kadang, dia perlu menjadi seorang abang antara mereka bertiga kerana dia
tahu yang Aizriel Danish dan Fairus ini memang suka bertikam lidah sesama
sendiri sekalipun mereka bertiga berkawan baik. Malah, mereka berdua memang terkenal
di kalangan pelajar kerana selalu bersama macam belangkas. Bila time baik, tak usah cakaplah memang
rapat sangat-sangat. Tapi bila bergaduh, kalahkan Tom and Jerry adalah. Langsung tak matched!! Macam budak-budak!!
“Hehe..belum lagi” sempoi Fairus menjawab. Dia
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Hmm..kalau macam itu kita tinggalkan Aizriel dan
kau pulak pergi kemas barang kau itu.” jawab Rudolf tersenyum.
Mendengar arahan Rudolf itu membuatkan Aizriel
Danish mengangkat ibu jarinya kepada Fairus. Fairus naik hangin. Dia mencebik
lalu menjelirkan lidahnya itu. Rudolf mati akal nak buat apa dengan
kawan-kawannya itu. Dia hanya mengeluh perlahan.
“Alah, flight
aku lambat lagi.” Jawab Fairus menangkan diri.
“Hoi, kau lupa ke apa? Flight kau itu lewat sejam aje dari aku tau? Eleh, buat-buat lupa
pulak. Menyampah aku!” nada suara Aizriel Danish berbaur bosan.
“Biarlah. Jealouslah
tu. Orang boleh balik lewat”
“Aku tak jealous
langsunglah. Lagipun, mana ada orang nak balik lewat ke tanah air. Semua orang nak
balik cepat jumpa dengan family”
sangkal Aizriel Danish lagi.
“Ciss!!” Fairus hanya mendengus kasar. Kini, dia
tahu situasinya yang ‘kalah’ dengan Aizriel Danish.
“Sudah, sudahlah korang ni. Tak habis-habis nak
gaduh.” Rudolf makin pening melayan kawannya.
“Okey, okey. Kitorang nak stoplah ini.” Fairus dan Aizriel Danish bersuara serentak. Mereka
masing-masing tersengih memandang muka Rudolf yang masam mencuka.
“Okeylah. Malas nak layan korang. Saya nak keluar
minum. Ada siapa nak join?” soal Rudolf sambil mengangkat keningnya sedikit.
“Jomlah, Rudolf. Aku pun dah kering tekak bergaduh
dengan Aizriel ni. Jom kita minum.” Fairus memaut bahu kawannya itu. Rudolf
hanya tersenyum kecil.
Baru beberapa langkah mereka berjalan, Rudolf
kembali berpaling.
“Aizriel, tak nak join ke?”
“Korang pergilah dulu. Aku nak kemas sikit aje lagi.
Lepas ni aku nak pergi satu tempat.”
“Tempat apa?” soal mereka berdua serentak.
Aizriel Danish hanya tersenyum. Mulutnya langsung
tidak mengeluarkan kata-kata untuk menjawab pertanyaaan rakannya itu.
Fairus dan Rudolf berpaling sesama sendiri. Mereka
berdua tidak ada jawapan apabila melihat senyuman lebar milik Aizriel Danish.
Hanya persoalan sahaja yang berlegar-legar di kepala mereka untuk mengetahui
tempat yang bakal disinggah oleh Aizriel Danish nanti.
* * *
KAKI
Aizriel Danish melangkah perlahan di sebatang jalan yang kecil. Deretan jalan
itu digunakan oleh masyarakat sekeliling untuk beristirehat. Di situ kelihatan
beberapa orang yang sedang bersenam dan ada juga yang berjalan untuk menghirup
udara yang segar. Sepanjang jalan itu hanya dipenuhi dengan deretan pohon-pohon
yang merimbun dan teduh. Banyak daun-daun yang berguguran di sepanjang jalan
itu setiap kali angin bayu mula bertiup. Apatah lagi sekarang adalah musim
luruh. Matanya tenang melihat pohon-pohon yang kekuningan apabila munculnya
musim luruh.
Aizriel Danish tersenyum lagi memandang
suasana di sekitar taman bersebelahannya itu. Langkahnya mula beralih pada
taman itu. Angin yang bertiup kuat menyebabkan dia memegang anak rambutnya yang
sedikit berterbangan. Kacak? Itu semestinya. Perilakunya turut membuatkan mak
cik-mak cik yang ada di taman itu tersengih. Dia hanya membalas senyuman itu
dengan sedikit kekok. Mak cik-mak cik di situ makin tersipu-sipu malu apabila
melihat lelaki kacak di depannya membalas senyuman mereka.
Aizriel Danish makin pelik. Terus
dia melangkah ke tempat yang ingin dia tuju. Kanvas lukisan dan alat melukis
yang dibawanya sejak tadi dipegang erat. Sudah lama dia tidak melakukan hobinya
yang satu itu iaitu melukis. Bakat melukisnya sudah dia miliki sejak kecil lagi
tapi apabila memikirkan dia yang sibuk belajar menyebabkan minat hobinya sudah
lama tidak dipraktikkan. Pernah dahulu dia ingin berhajat untuk menyambung
pelajarannya dalam bidang lukisan namun, keinginannya terpaksa dikuburkan
kerana keluarganya memerlukan komitmennya untuk menyambung bisnes shipping milik keluarga.
Walau bagaimanapun, minat melukisnya
tidak dapat dipadamkan dalam dirinya. Dia akan tetap meneruskan minatnya itu
walaupun bukan setiap hari dia melukis. Dia teringat yang ibunya dan kakaknya
cukup suka apabila dia melukis. Hasil lukisannya akan dihadiahkan kepada mereka
berdua dan ada juga dia akan menghadiahkannya kepada kawan-kawannya. Pernah
juga kawan-kawannya menyuruh dia menjualkan hasil lukisannya kepada mana-mana
galeri lukisan namun ketika itu dia hanya tersenyum manis.
Dia hanya melukis untuk suka-suka
dan tidak pernah berniat untuk menjual hasil lukisannya. Cukuplah baginya jika
ada yang sudi menghargai hasil lukisannya selama ini kerana bagi Aizriel Danish
lukisan itu ibarat apa yang terpendam dalam lubuk hati. Biarpun tidak
berkata-kata namun cukup untuk mentafsir pelbagai perasaan pelukis hanya dalam
satu kanvas lukisan. Message yang
dibawa oleh pelukis hanya akan difahami oleh sesiapa yang melihat dan
menghayati sesebuah lukisan itu.
Akhirnya, Aizriel Danish mengambil
tempat yang biasa dia duduki apabila datang ke tempat itu. Dia duduk di bawah sebatang
pokok yang sangat rendang. Tubuhnya disandarkan dengan selesa. Tangannya lincah
mengeluarkan alat-alat melukis dan bersedia untuk dilukis. Di kepalanya sudah
terbayang apa yang ingin dilukisnya. Dengan lafaz bismillah dia perlahan-lahan
menutup matanya. Itu sudah menjadi rutinnya sebelum melukis umpama ingin
meresap sebuah perasaan yang akan diterjemahkan di lukisannya nanti. Dia cuba
menghayati perasaannya akhirnya seukir senyuman manis terpamer di wajahnya. Dia
mula melukis satu persatu. Ayunan dan gerak tangannya lincah bergerak. Dia
tekun menyiapkan hasil lukisannya untuk mendapatkan hasil lukisan yang lebih
baik.
Selepas agak lama dia melukis,
akhirnya lukisannya hampir-hampir siap. Dia tersenyum puas melihat hasil
lukisannya itu. Tiba-tiba, bahunya dicuit. Aizriel Danish berpusing ke
belakang. Satu susuk tubuh yang cukup dia kenali muncul di tubir matanya.
Aizriel Danish tersenyum senang.
Aizriel Danish hanya menjawab dengan
menunjukkan kanvas lukisannya kepada wanita itu.
“Oh, what a beautiful eyes!! Is that
girl, Danish?” wanita itu bertanya lagi. Dia lebih selesa memanggil Aizriel
Danish dengan panggilan Danish. Mungkin kerana nama Danish itu mengingatkan
bekas suaminya dahulu. Wanita itu pernah memberitahunya dahulu dengan memanggil
nama Danish sahaja mampu untuk mengubati rindunya kepada bekas suaminya itu.
Aizriel Danish pula senang menerima panggilan itu kalau itu mampu menggembirakan
hati wanita separuh umur itu.
Aizriel Danish hanya mengangguk.
“Who are this girl, Danish?”
“My precious one in future” Aizriel
Danish menjawab dengan senyuman.
“Oh really? How sweet! But why in
future not now?”
“Coz I’m not meet her yet but I
will. Maybe in someday” pandangan Aizriel Danish terlontar jauh di taman itu
memikirkan hari di mana dia bakal bertemu dengan jodohnya.
“Oh..I think you’re really likes
her. I hope you’ll be happy with her” jawab wanita itu. dia dapat melihat mata
Aizriel Danish yang bersinar-sinar apabila bercakap mengenai wanita di kanvas
lukisannya itu.
“Thanks, Madam Oidette”
Madam Oidette hanya mengangguk.
Mereka membalas senyuman. Pandangan mereka mula tertumpu pada seraut wajah yang
hanya dilengkapi dengan sepasang mata dan wajahnya ditutupi purdah. Ya, itulah
wajah gadis yang diimpikan oleh Aizriel Danish sebelum ini. Wajah yang menjadi
igauannya setiap masa. Wajah yang selalu dirinduinya. Wajah yang dia percaya
akan membahagiakannya kelak. Dia yakin dengan jawapan Allah melalui istikharah
yang dibuatnya sebelum ini.
Aizriel Danish mula menghitung hari
bilakah dia bakal bertemu dengan gadis itu. Hatinya mula berdebar-debar. Apakah
gadis itu benar-benar untuknya? Hanya Allah sahaja yang tahu.
No comments:
Post a Comment