BAB
25
“Maaflah, ma. Sai dah lama tak jumpa
mama.” Saiful segera menegur wanita tua itu apabila dia tiba di perkarangan
Villa Sakura. Teringat lagi dia sewaktu sampai tadi terus wanita tua itu
berlari anak menuju ke arahnya sambil bergenang air mata. Rasa bersalah
menggamit hati Saiful Ikram kerana sudah lama tidak bersua muka dengan ibu
angkatnya ini.
“Itulah. Mana nak ingat mama kat sini. Sai macam
mana? Sihat?”
“Sihat, mama. Mama pula?” soal Saiful Ikram semula.
“Mama sihat. Alhamdulillah.”
“Yang lain mana, ma? Papa and Kak Iqa?”
“Papa kamu itu kat office la. Tengah hari nanti dia baliklah sekejap makan tengah hari
kat sini. Kak Iqa kamu pergi shopping dengan suami dan anak dia, Haiqal. Petang
nanti baru diorang balik.” Terang ibu Aizriel Danish.
“Hmm.. sebelum ni orang ajak datang ke rumah tak
nak. Nak kena jemput macam orang anak raja baru dia nak datang.” Sindir Aizriel
Danish. Dia mengunci kereta BMW miliknya itu. Mereka segera masuk ke dalam
villa indah milik Datuk Kamarul, seorang engineer
yang telah menjadi ahli perniagaan kapal yang terkenal di persada dunia.
Bisnes perkapalannya sudah semakin tersebar luas di seluruh dunia sehingga
mampu mengharumkan nama Malaysia. Malah, beliau merupakan seorang jutawan
Malaysia yang terkenal kerana memiliki cabang perniagaan yang sangat luas.
Suatu hari nanti kuasa tapak perniagaannya bakal diganti oleh Aizriel Danish
dalam masa terdekat ini.
“Ishh..bukan
macam tulah. Mama jangan percaya cakap si Ayie ini. Jelouslah itu tengok orang rapat dengan mama dia.” bidas Saiful
pula. Aizriel Danish mencebik.
“Tak ada maknanya nak jelous. Orang lagi rapat dengan mak dia kat kampung. Kalau kau nak
rapat mama aku pun tak apa sebab mak kau kat kampung aku boleh bermanja lagi.”
Senang Aizriel Danish menjawab.
“Amboi..amboi..mak
aku pun kau nak kebas. Mama tengoklah Ayie ni. Dia nak rampas mak orang” adu
Saiful.
Aizriel Danish menjelirkan lidahnya. Mengusik.
“Kamu berdua ni. Dari dulu sampai sekarang tak
berubah-ubah. Kan Sai anak angkat mama. Mestilah Sai macam anak mama. Sama
jugak dengan Ayie, dia kan anak angkat mak kamu kat kampung. Mestilah dia pun
manja macam seorang anak dengan mak kamu. Walau apa-apa pun kamu berdua tetap
anak mama.”
Saiful membuat muka selamba. Ayie tersenyum.
Akhirnya, mereka bertiga ketawa bersama.
“Jom, kita masuk dulu. Nanti Sai makan tengah hari
kat sini iya? Kita makan sama-sama.” Ajak Puan Halimah.
“Okey, mama. Masak sedap-sedap tau. Sai dah lama tak
makan masakan mama.” Jawab Saiful senang.
“Iyalah” Puan Halimah senyum. Gembira hatinya dapat
bertemu dengan anak angkatnya itu.
“Eh, dia ni sesuka hati je dia nak
arah mama orang masak sedap-sedap.” Ujar Aizriel Danish.
“Eh, ikut suka hati I lah. You jelous ke?”
Aizriel Danish mencebik.
Saiful Ikram menjeling temannya itu. Aizriel Danish
turut membalas jelingan maut itu. akhirnya, ketawa mereka seerentak kedengaran
menghiasi sesi rumah itu. Puan Halimah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia
masuk ke dalam untuk menyiapkan makanan tengah hari mereka nanti.
“Jom ikut aku.” Ajak Aizriel Danish memaut bahu
rakannya.
“Pergi mana?”
“Outside. Something important I have to say for
you.”
Mereka mula bergerak ke taman buatan milik keluarga
Aizriel Danish. Indah dan permai mula menguasai diri mereka. Taman bunga yang
dihiasi oleh mama dan kakak Aizriel Danish menjadi santapan mata untuk
direnungi. Kolam ikan yang sederhana besar turut menghiasi taman itu. beberapa
ikan koi berenang apabila melihat kelibat manusia yang melintasi mereka.
Aizriel Danish bergerak di atas jambatan mini menyeberangi kolam ikan tersebut.
Bunga teratai yang cantik dan ikan-ikan yang berenang terlintas di peluput matanya.
Dia tersenyum kecil.
Reaksi temannya itu menjadi tanda tanya Saiful Ikram
yang memandangnya. Dia turut sama bergerak dan duduk di sebelah temannya itu.
“Kau ni kenapa? Aku tengok macam ada masalah aje?” Saiful Ikram mula bersuara.
Menyuarakan rasa kehairanan yang menerjah fikirannya.
Aizriel Danish tersenyum lesu. Dia mula mengeluh
berat.
Keluhan itu makin mengerutkan kening sahabatnya itu.
“Ceritalah. Apa masalah kau ni sebenarnya. Pening
aku tengok kau ni. Sekejap senyum sekejap resah macam tak senang duduk. Sekali
aku tengok macam orang tengah angau aje kau ni. Limaza ya sahabati? (Kenapa sahabatku?)” soal Aizriel Danish lagi.
Aizriel Danish terkedu. Tekaan sahabatnya mengena.
Dia menelan air liurnya tenang. Jantungnya mula bergetar hebat. Perlukah dia
ceritakan semuanya kepada teman baiknya itu? Ya Allah, apa perlu aku buat?
“Aku..aku..aku..” Aizriel Danish sedikit tergagap.
“Aku..aku..cakaplah. Aku apa?” Aizriel Danish geram.
Bukan main semangat dia nak dengar jawapan dari mulut temannya itu namun tiada
penghabisannya.
“Aku rasa aku dah jatuh cintalah.” Simple. Mudah. Ringkas jawapan Aizriel
Danish. Dia memandang raut wajah Saiful.
“Hmm..baguslah. Aku ingatkan apa tadi.” Senyum
Saiful senang. Aizriel Danish memandang reaksi temannya lagi. Saiful pula
terdiam. Dia akhirnya tersedar.
“What??! You mean what?? You’re fallen in love with
someone!!!” pekik Saiful Ikram. Kuat.
“Apa kau ni?! Jerit itu berpada-padalah sikit. Kau
nak semua dengar ke apa yang kau jeritkan itu?” protes Aizriel Danish.
“Okey. Sory. Sorry. Aku macam tak percaya aje.
Aizriel Danish jatuh cinta dengan someone. Who’s that girl?” soal Saiful
teruja.
“You know her very well.” Jawab Aizriel Danish
tenang. Dia cuba mengelak dari memandang muka Saiful. Malu dengan pengakuan
cintanya.
“Who?? Let me know her.” Kata Saiful Ikram sedikit
berdebar. Janganlah kawan baik aku ni jatuh hati dengan perempuan yang aku
suka, desis hatinya. Terus terimbau wajah ayu seorang gadis yang dicintainya
secara diam. Terpendam jauh di sudut hatinya.
“Ermm..errmm..” Aizriel Danish mula teragak-agak
untuk memberitahu nama perempuan yang disukainya kini.
“Just told me, Ayie.” Saiful Ikram mendesak dalam
sabar.
“Ainaa Farhanah Awi. Your junior.” Serentak nama itu
terucap mukanya mula memerah.
“Thanks God. Alhamdulillah.. Congrats, my friend”
ucapan ikhlas terluncur di bibirnya.
Aizriel Danish malu-malu.
“Kau malu ke, Ayie? Alah, tak payah malu dengan aku.
Okey lah itu kau dah jatuh cinta. Maknanya kau ni ada jugak hati dan perasaan
macam manusia normal.” Mata Aizriel Danish membulat.
“Apa maksud kau? Kau ingat aku ni tak ada hati dan
perasaan ke selama ni? Aku bukan manusia normal ke selama ini?” bertub-tubi
soalan itu muncul di mulutnya.
“Bukan maksud aku macam itu. Iyalah sebelum ni kau
kan mana pernah sukakan mana-mana perempuan. Perempuan aje yang sukakan kau.”
Aizriel Danish hanya tersenyum. Dia tahu apa yang cuba
disampaikan oleh Saiful Ikram itu. Kawannya itu tahu perangai sebenarnya itu
dari dulu sampai sekarang.
“Macam mana kau boleh suka kat Ainaa ni? Curious aku
ni, tau tak?”
“Senang cakap aku jatuh cinta dengan dia sebelum aku
jumpa dia lagi. Kau percaya tak?”
“Apa? Kau biar betul, Ayie? Macam mana pulak kau
jatuh cinta dengan dia sebelum kau jumpa dia?”
“Melalui Istikharah. Aku yakin dia perempuan yang
aku tunggu selama ini. Aku yakin dia jodoh untuk aku.” Ringkas jawapan Aizriel
Danish. Dia yakin dengan ketetapan hatinya. Yakin dengan jawapan Allah berikan
kepadanya.
“Kau serius, Ayie?”
“Aku serius. Aku sukakan dia waktu pertama kali aku
jumpa dia dulu. Mata dia serupa dalam mimpi aku. Hati aku yakin dengan dia.”
Tanpa menyembunyikan rasa hatinya, Aizriel Danish
terus menceritakan semua peristiwa pertemuan kali pertamanya dengan Ainaa
Farhanah, gadis seperti keanak-anakan dan kelakar. Tanpa dipaksa, Saiful Ikram
ketawa terbahak-bahak mendengar cerita temannya.
“Kau tahu Ayie. Patutlah minah itu macam nak tanya
aku something dengan aku. Agaknya dia takut rahsia dia terbongkar kalau aku
tahu kot. Hahaha..kelakarlah Ainaa ni.”
“Iye ke? Dia ada benda nak tanya kau ke?”
“Ha’ah tadi. Belum sempat dia tanya habis, kau kacau
daun datang ganggu pertanyaan dia”
Aizriel Danish tersenyum manis. Gembira dia
mendengar berita itu.
“Sai, terus terang aku cakap. Aku betul-betul
sukakan Ainaa. Aku serius dengan perasaan aku ni, insya Allah. Aku dah banyak
kali istikharah dan solat hajat mohon bantuan daripada Allah mengenai perasaan
aku ini. Alhamdulillah, aku dah dapat jawapan daripadaNya bahawa Ainaa memang
jodoh untuk aku. Aku ikhlas nak memperisterikan dia untuk jadi bidadari dunia
dan akhirat aku. Kau faham apa aku nak cakap ni kan?” Aizriel Danish
menututurkan ayat itu dengan penuh rasa yakin.
Saiful Ikram terlopong. Dia sungguh tidak menyangka
sampai serius begitu hati dan perasaan temannya itu terhadap Ainaa Farhanah.
“Ayie..kau ni betul ke tak? Kau betul nak jadikan
Ainaa jadi isteri kau?” soal Saiful Ikram tidak percaya.
Aizriel Danish mengangguk lagi. Dia yakin. Dia masih
ingat lagi jawapan mimpi istikharah yang dibuatnya minggu lepas. Dia tidak
putus-putus memohon pertolongan daripada Allah mengenai perasaannya itu. Dia
tidak mahu melamar seorang wanita tanpa jawapan Allah. Dia inginkan cinta
fitrah yang benar-benar hadir daripada Allah bukan dibaluti oleh nafsu
semata-mata. Seminggu berturut-turut akhirnya dia menemui jawapannya. Walaupun,
raut wajah Ainaa sedikit kabur dalam mimpi itu namun dia yakin dengan sepasang
mata yang bersinar-sinar itu, susuk tubuh dan suara gadis itu yang datang
menemuinya dengan naskah Al-Quran yang sama seperti mimpinya sebelum ini di
Jerman.
“Tapi Ayie..Ainaa ini susah sikit. Kau tak kenal dia
sepenuhnya lagi.” Ujar Saiful Ikram.
“Aku nak kenal dia sepenuhnya sebagai isteri aku.
Sebab itu aku serius dengan perasaan aku ni, Sai. Aku nak jadikan dia sebagai
isteri dan bukan untuk main-mainkan perasaan seorang perempuan.” Tegas jawapan
Aizriel Danish.
“Masalahnya Ayie. Ainaa ni bukan macam perempuan
lain yang senang-senang aje nak terima lamaran seorang lelaki. Dia itu susah
sikit. Kau tahu berapa ramai lelaki makan hati dengan dia?”
“Maksud kau?”
“Dah banyak lelaki yang kecewa dengan dia. Kau ingat
Ainaa itu tak famous ke? Dia itu contoh isteri mithali kot dalam kalangan
lelaki tapi perangai dia itu jelah yang gila-gila sikit.”
“Dia mungkin akan kecewakan hati lelaki-lelaki itu
semua sebab mereka just nak jadikan dia sebagai couple, bukan sebagai isteri.”
“Aishh..susah
betul nak pahamkan orang yang dah jatuh cinta ini” keluh Saiful Ikram.
“Kenapa kau ni?” tidak suka kenyataan kawannya itu.
“Maksud aku Ainaa ini dah tutup hatinya untuk terima
semua lelaki atas dunia ini tak kiralah lelaki itu nak jadikan dia sebagai couple ke atau isteri. Hati dia dah
keras, Ayie. Senang cakap Ainaa ini dah anti-lelaki, dia bencikan semua lelaki
ini. Kau faham?”
Aizriel Danish terdiam buat seketika. Dia merenung
jauh sebelum bersuara. “Kenapa dia jadi macam itu?”
“Waalahua’alam..aku dengar dia ada sejarah silam
tersendiri sebab lelaki.”
‘Patutlah dia seperti dah hilang ketawa yang
sebenar, dah hilang diri yang sebenar bila aku pandang wajah dia. Insya Allah,
aku akan selamatkan dia. Aku akan kembalikan diri dia yang sebenar lepas ini.
Amin Ya Rabb’ desis hati Aizriel Danish. Akhirnya, dia mengukir senyuman. Saiful
Ikram kehairanan melihat reaksi sahabatnya itu. Belum sempat dia bertanya,
temannya itu dahulu bersuara, “Itu buatkan aku makin nak jadikan dia sebagai
isteri aku yang sah.”
Saiful Ikram
menepuk dahi.
“Pelik aku dengan perangai kau ni, Ayie. Tak faham
aku!”
“Bukan ke orang cakap makin susah kita nak dapatkan
sesuatu, semakin kita menghargai dia. So, bila ada challenge ini barulah thrill
sikit kan?” Aizriel Danish menjungkitkan keningnya sedikit.
“Banyaklah kau punya thrill. Aku nak warning kau
awal-awal. Ainaa ini keras kepala, keras hati, keras perangai. Kau jangan ingat
dia itu mudah tepujuk rayu dengan rayuan lelaki ini. Jangan suatu hari nanti
kau putus asa pulak nak tackle hati
minah itu.”
“Insya Allah, kalau dia betul jodoh untuk aku. Aku
akan berusaha untuk dapatkannya sebagai sayap kiri aku. Semua itu dengan izin
dan bantuan daripada Allah.” Senyuman Aizriel Danish makin mekar. Dia tahu
cabaran untuk memiliki sekeping hati wanita seperti Ainaa Farhanah bukanlah
perkara yang mudah sekalipun wanita-wanita di luar sana. Seorang lelaki perlu
ikhlas dan tegas mengenai perasaan kalau benar-benar perasaan suka menyelubungi
jiwa.
“Patutlah mama cari kamu merata tempat rupanya anak
bertuah ni ada kat sini? Cepat, jom makan. Papa dan Kak Iqa pun dah sampai dah
ini. Mereka nak jumpa dengan Sai, tau?” ujar mama dari belakang.
“Iya..iya..jap lagi kitorang datang.”
“Iyalah. Cepat sikit iya?” pesan mama lagi.
“Alright.” Jawab Aizriel Danish dan Saiful Ikram
serentak.
“So, Sai..aku nak mintak tolong sesuatu dengan kau
ni?” ikhlas Aizriel Danish menanyakan soalan. Saiful Ikram berpaling melihat
wajah sahabatnya.
“Aku nak kau tolong aku pikat Ainaa. Aku nak jumpa
mak ayah dia kat kampung.”
Saiful Ikram tersengih. “Sure. Of course, I will.”
Jawab Saiful Ikram senang. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah sambil
berpelukan. Senyuman masing-masing meleret di wajah.
Saiful Ikram kenal hati budi kawannya itu dari
kecil. jadi, dia tahu betapa ikhlas dan serius Aizriel Danish kalau temannya
itu mula membuat keputusan. Tambahan pula, dia tiada halangan untuk merestui
hubungan Aizriel Danish dan Ainaa Farhanah untuk menjadi pasangan suami isteri
kerana dia tahu sahabatnya itu seorang yang bertanggungjawab dan boleh menjadi
seorang suami yang baik kepada mana-mana wanita apatah lagi junior kesayangannya itu. Cuma Ainaa..
apakah dia mampu menerima Aizriel Danish kelak? Persoalan itu makin berlingkar
di fikirannya. Hanya berserah kepada Allah untuk membuka pintu hati gadis itu.
No comments:
Post a Comment