Nuffnang

Saturday, January 11, 2014

Bab 8 Harga Sekuntum Cinta

BAB 8

Aizriel Danish melangkah dengan penuh gaya ke ruang masuk fakultinya. Hari ini dia santai memakai t-shirt polo berbelang hitam putih. Gayanya makin menyerlah apabila jaket kulit berwarna hitam tersarung di tubuh tegapnya. Aizriel Danish sengaja mengenakan seluar jeans berpoket di kedua-dua belah sisi seluarnya. Rambutnya yang hitam tetapi sedikit keperangan elok disikat rapi dan terbelah di tengah. Anak rambutnya terjuntai di dahi makin melengkapkan lagi imejnya yang kacak.

Aizriel Danish Bin Datuk Kamarul, nama yang cukup pakej sebagai lelaki idaman malah mampu menambat hati ramai gadis di Jerman ini. Dengan imejnya yang tinggi lampai, bertubuh sasa dan berwajah kacak seperti selebriti membuatkan dirinya menjadi igauan ramai wanita. Tambahan pula, dia merupakan anak Datuk yang sangat berpengaruh dalam dunia perniagaan di Malaysia.

Aizriel Danish berjalan tenang di kalangan pelajar universiti sepertinya. Banyak mata memandang ke arahnya apabila mereka berselisih dengan Aizriel Danish. Apatah lagi jika wanita yang memandangnya. Sekilas mereka memandang, pasti menoleh sekali lagi. Ramai wanita tersenyum-senyum melihat kelibatnya. Aizriel Danish buat tidak tahu. Malas dia melayan kerenah wanita-wanita yang memandangnya. Dia sudah kalih dengan situasi itu.

Aizriel Danish membuka rak miliknya di kampus itu. Rak itu memang disediakan oleh pihak universitinya untuk kemudahan pelajar-pelajar. Tidak semena-mena, bertambun-tambun surat jatuh ke pangkuannya. Tidak cukup itu, terdapat juga hadiah yang turut jatuh di hadapannya. Mata Aizriel Danish membulat. Situasinya mengundang banyak mata yang melihatnya. Ramai yang tersenyum-senyum dan ada juga yang berbisik-bisik melihatnya.

Aizriel Danish malu sendiri. Dia mengeluh perlahan melihat surat-surat dan hadiah-hadiah itu. Dia cepat-cepat mengutip surat dan hadiah itu lalu dikumpulkan ke dalam satu beg plastik yang besar. Bukan dia tidak tahu, ini mesti daripada peminat-peminatnya yang sesuka hati memberi surat dan hadiah dan diletakkan ke dalam raknya. Kali ini juga dia bercadang untuk membuang surat-surat dan hadiah-hadiah itu lagi. Itulah rutin hariannya setiap pagi. Menerima surat dan hadiah yang tidak tahu pemiliknya siapa. Namun, sekalipun ia tertera nama pemilik surat atau hadiah itu, Aizriel Danish tidak teragak-agak untuk membuangnya tanpa membaca. Buang masa dan tenaga sahaja jika dilayan kerenah peminat-peminatnya itu.

Aizriel Danish melihat bungkusan di dalam raknya itu. Dia pantas mencapainya lalu melihat alamat pengirim yang tertera di belakang bungkusan itu. Akhirnya, dia tersenyum kecil. Aizriel Danish segera mengambil buku rujukannya dan dia pun beredar menuju ke kelasnya dengan hati yang girang.

*                       *                        *
Aizriel Danish berjalan sambil bergelak ketawa bersama teman baiknya, Rudolf. Dia senang berkawan dengan lelaki itu sekalipun dia berbeza bangsa, agama dan bahasa. Rudolf juga sudi menghulurkan tangan untuk persahabatan dengan Aizriel Danish ketika pertama kali Aizriel Danish menjejakkan kaki di Jerman. Sahabatnya itu mudah berkomunikasi dengannya malah dia sendiri meminta Aizriel Danish untuk mengajarnya berkomunikasi dengan bahasa Melayu.

“Rudolf, saya nak ke perpustakaanlah. Nak cari bahan untuk tesis kita nanti. Nak join?” soal Aizriel Danish.
“Emm..saya rasa tak. Saya ada kelas lagi petang ini.” Jawab Rudolf jujur.
“Oh really? Okay, we’ll see tomorrow then.” Aizriel Danish mesra memaut bahu sahabatnya tanda berpisah. Rudolf ketawa kecil lalu dia turut membalas pelukan itu.
“Okay, bye.” Rudolf melambaikan tangannya.
“Bye.” Aizriel Danish membalas lambaian tersebut. Mereka berdua berpisah. Baru beberapa langkah Aizriel Danish berjalan, Maria datang memaut lengannya mesra. Aizriel Danish terkejut. Dia berpaling melihat Maria yang tersenyum manis memandangnya. Lekas dia menepis tangan yang berpaut dilengannya itu. Aizriel Danish segera beredar meninggalkan Maria.
Maria laju memaut tangan Aizriel Danish. Menghalang Aizriel Danish daripada terus meninggalkannya. Langkah Aizriel Danish terhenti mendadak.
“Why? Why you always leaving me, Danish?” Tanya Maria. Dia mula melontarkan rasa hairannya sejak sekian lama mengenai layanan Aizriel Danish terhadapnya.
Aizriel Danish diam seribu bahasa. Langsung tidak menjawab pertanyaan Maria.
Ich bin in die Bibliothek gehen für eine Weile. Bitte nicht beunruhigen mich wieder, Maria (Saya nak ke perpustakaan sekejap. Tolong jangan kacau saya lagi, Maria)”
Aizriel Danish melepaskan sekali lagi tangan Maria di lengannya dengan kasar. Marah? Ya, memang dia marah. Rasa geram pun ada dalam hatinya kerana Maria memegangnya sesuka hati. Tetapi dia terpaksa akur kerana Maria bukannya tahu pasal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Islam. Maria Kristian dan dia pula adalah Islam.
Ich möchte eine kurze Zeit helfen, mit Ihnen zu sprechen, Dänisch (Tolonglah sekejap sahaja saya nak bercakap dengan awak, Danish)
“Apa lagi awak nak cakap, Maria? Sudah lama saya cakap pada awak, lupakan saya. Saya tak boleh balas perasaan awak itu.” ujar Aizriel Danish lagi.
“Tapi saya..saya cintakan awak. Saya cintakan awak sangat-sangat.”
“Habis siapa Robert pada awak?” Aizriel Danish menyoal tiba-tiba.
“Ma..macam mana awak tahu pasal Robert?” Maria sedikit terkejut mendengar soalan Aizriel Danish yang mengejutkan itu.
“Robert kawan saya. Kami kawan rapat. Sekalipun dia tak pernah bagi tahu pasal hubungan dia dengan awak tapi saya tahu. Saya tahu punca dia kecewa sekarang”
“Dia cuma kawan saya jugak” sangkal Maria mengelak.
“Bila awak nak, awak jadikan dia boyfriend awak tapi bila tak nak awak buang dia macam sampah. Awak kejam Maria.”
“Sa..saya..” Maria mula tergagap-gagap. Dia kehilangan ayat untuk berkata-kata.

“Maria, kenapa awak sanggup tinggalkan Robert sebab saya? Awak tak fikir ke yang awak ni pentingkan diri sendiri? Awak langsung tak kesiankan dia. Awak sanggup tinggalkan dia keseorangan dan datang kejar saya. Awak tak mungkin dapat lelaki sebaik dia, Maria. Fikirlah baik-baik Maria. Lagipun, saya tak pernah cintakan awak. Sebab itu saya tak boleh balas perasaan awak. Apa yang paling penting, saya tak akan sekali-kali khianati kawan saya demi cinta. Maafkan saya, Maria.” Usai Aizriel Danish mengeluarkan kata-kata itu dia mengorak langkah meninggalkan Maria keseorangan. Membiarkan wanita itu berfikir dengan sebaik-baiknya mengenai soal hatinya sendiri. 

No comments:

Post a Comment