Bab
2
“Kyaaaa…..!!!! Hensemnya Danish!!” jerit suara
perempuan-perempuan yang melihat aksi tendangan Aizriel Danish yang bertenaga
terhadap lawannya. Terpegun melihat aksi penamat Aizriel Danish mengalahkan
lawan. Dia berdiri teguh di hadapan gelanggang judo.
“der Gewinner ist Aizriel Danish. (Pemenangnya ialah
Aizriel Danish)” Jerit Sir George Sebastian mengadili perlawanan judo antara
Aizriel Danish dengan Micheal.
Micheal cuba untuk bangun tapi belum sempat dia
berdiri, jelas huluran tangan di hadapan matanya. Dia mendongak. Aizriel Danish
tersenyum manis memandang Micheal. Micheal membalas senyuman itu. Terus dia
menyambut huluran Aizriel Danish. Akhirnya, Aizriel Danish menarik Micheal
untuk berdiri. Mereka berpeluk seketika.
“Verfasst,
Danish! Sie am besten können!! (Tahniah, Danish! Kamu buat yang
terbaik!!).” ujar Micheal tersenyum.
“Hehe.. Danke, Michael. Du hast
mir sehr geholfen, so weit. ich danke Ihnen so sehr, mein Freund.
(Terima kasih, Micheal. Kamu
dah banyak tolong saya sampai sejauh ini. Terima kasih banyak, kawan)” jawab
Aizriel Danish. Jujur.
“Nein, das ist
alle Ihre Bemühungen, Dänisch. Ich bin stolz auf dich ehrlich. (Tak, ini
semua usaha awak, Danish. Secara jujurnya, saya bangga dengan awak.)” Micheal
hanya tersengih melihat wajah Aizriel Danish yang dibasahi peluh. Aizriel
Danish turut sama tersengih. Dia gembira mendengar kata-kata Micheal itu.
“Guys..you did great! Let me treat you both at cafe”
kedengaran satu suara di belakang mereka. Lelaki yang tinggi lampai melangkah
ke arah mereka berdua. Dia tersenyum senang melihat tingkah mereka berdua.
“Fairus, kau buat apa kat sini?” soal Aizriel Danish
kehairanan.
“Kenapa aku tak boleh datang sini tengok perlawanan
kau ke?”
“Tak adalah macam tu. Maksud aku..”
“Sudah..sudah..aku tak nak dengar kau melalut.
Sekarang ni jom aku belanja kau makan kat kafeteria. Perut aku ni dah lapar
gila kot”
“Ohh..kau datang sini bukan apa. Ini mesti kes kau
tak ada kawan nak teman makan kan?”
“Hah, kalau dah tahu jomlah gerak”
“Nantilah dulu aku nak cakap dengan Sir George
Sebastian kejap”
“Ishh..aku taulah kau ni anak murid kesayangan dia.
Tak boleh ke kau temankan aku terus aje?”
“Dah jangan nak membebel kat sini. Kau tunggu je kat
sini tak boleh ke? Bukannya aku lama sangat nak jumpa dengan dia. Jelouslah tu.” Aizriel Danish berpaling
melihat Micheal yang lama mendiamkan diri. Opps..lupalah. Aizriel Danish
menepuk dahinya. Micheal orang Jerman asli, mana nak faham bahasa Melayu.
“Weh, Fairus. Kaulah punya pasal ini. Manalah si
Micheal tu nak faham kita cakap. Kita dari tadi asyik cakap Melayu aje dari
tadi.”
“Eh, aku pulak. Kaulah punya pasal.”
“Mick, sorry. Jetzt sprechen wir Malay (Mick, maaf.
Kami bercakap Bahasa Melayu sekarang.) ” ujar Aizriel Danish sopan.
“Es spielt
keine Rolle. Ich liebe Hören auf das Gespräch ihr zwei. Wie wir es nennen ya ‘lapar
gila’?? (Tak apa. saya suka mendengar perbualan kamu berdua. Apa kita panggil
ya lapar gila ??) ”
Mendengar longat Jerman yang dituturkan oleh Micheal
terus mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
“Yeah..That’s right. Okay, Micheal. I want to see
Sir George a minute. You can go first with Fairus to cafe”
“No. We’ll wait for you here.” Pantas Micheal
menjawab. Apabila Aizriel Danish melangkah beredar daripada mereka terus dia
diselubungi dengan wanita-wanita yang bersorak untuk mereka itu tadi. Aizriel
Danish dikepung. Dia ditawarkan dengan pelbagai hadiah, makanan, coklat, bunga
dan macam-macam lagi. Akhirnya Aizriel Danish panik sendirian.
Micheal dan Fairus yang melihat dari jauh hanya
tesenyum kecil melihat tingkah Aizril Danish yang cuba memboloskan diri
daripada wanita-wanita tersebut. Akhirnya, dia berjaya berhadapan dengan guru
judonya, Sir George Sebastian yang menjadi pengadil perlawanannya itu tadi.
Dari jauh kelihatan Aizriel Danish dipeluk mesra
oleh gurunya itu tadi. Aizriel Danish hanya tersenyum mesra mendengar ucapan
tahniah daripada guru kesayangannya itu. Dia hanya menggosok kepalanya yang
tidak gatal. Malu.
Tanpa dia sedari, dari satu sudut gelanggang itu
kelihatan sepasang mata yang merenung tajam ke arah Aizriel Danish dengan
pandangan yang tidak berpuas hati. Pandangan yang penuh dengan dendam kesumat.
Membara di dalam jiwa. Terus segala kenangan pahit yang dilalui olehnya
terimbau di peluput matanya. Gelak tawa Aizriel Danish hanya mengundang rasa
bencinya yang meluap-luap. Mengenangkan apa yang telah Aizriel Danish lakukan
selama ini mengukuhkan lagi dendam kesumatnya yang tidak terbalas. Selagi
dendamnya tidak terbalas, selagi itulah dia akan terus mencari peluang untuk
dia membalas dendam terhadap lelaki itu. Tangannya dikepal kuat. Bibirnya
diketap kuat. Perlahan-lahan mulutnya menuturkan sesuatu.
“Aizriel Danish….!!!”
* * *
BAHU
Aizriel Danish ditepuk perlahan. Aizriel Danish berpaling. Kelihatan seorang
wanita yang cukup cantik di hadapannya. Manis senyumannya mengalahkan bunga di
taman.
“Danish..” perlahan suara perempuan itu memanggil
nama Aizriel Danish.
Makanan yang dikunyah Aizriel Danish terhenti
apabila melihat kelibat wanita di hadapannya itu.
“Kamu free
ke sekarang, Danish? Boleh saya makan sekali kat sini” satu persatu perempuan
itu bertutur kata Melayu. Nampak janggal tapi masih jelas kedengarannya.
Aizriel Danish hanya diam. Melihat lelaki itu wanita
itu serba salah untuk meneruskan bicaranya. Tiba-tiba suara Fairus memecah
kesunyian.
“Silakan Maria. Tempat ini memang tersedia untuk
awak. Jangan segan-segan. Duduklah.”
“Terima kasih Fairus.”
“Sama-sama. Kamu dari mana Maria? Library ke?” soal Fairus lagi. Dia cuba
memeriahkan suasana. Nak harapkan lelaki di hadapan dia ini. Hmm.. jangan
haraplah. Pasti bunyi sudu dan garfu je lah
berlaga dengan pinggan. Macam dia tak tahu kalau minah Jerman ini ada depan
mata mesti mulutnya diam terkatuplah. Macamlah ada lombong emas dalam mulut dia
itu. Mahal sangat nak keluarkan suara emasnya itu.
“Tak. Saya ada kuliah tadi. Saya cari kamu di
gelanggang judo tadi tapi tak jumpa pun kamu semua. Tak tahu pulak kamu ada di
sini.” Jelas Maria. Wajah anggunnya jelas kelihatan. Sangat cantik kalau
dilihat sekilas pandang. Gadis berdarah Jerman ini cuba untuk mempelajari
bahasa Melayu. Untuk apa? Sudah dapat diagak pasti itu salah satu caranya untuk
mendekati lelaki berhati batu depan mata dia ini. Aizriel Danishlah siapa lagi.
Aizriel Danish hanya diam. Tidak langsung untuk
mencelah perbualan rakannya itu. Mulutnya laju menyuap makanan yang ada di atas
meja. Maria hanya melihat Aizriel Danish yang hanya sibuk dengan makanannya.
“Danish, petang nanti kamu sibuk tak? Kita study group sama-sama nak? Kan final exam dah dekat?” Maria memulakan
bicara. Aizriel Danish hanya diam membisu lagi. Langsung tidak berminat untuk
bersuara.
Ishh.. mamat ni! Awek cun tanya bukan main elok dia
boleh buat tak layan. Desis hati Fairus.
“Emm..sebenarnya Danish free aje, Maria. Boleh aje
kalau awak nak study group sama-sama. Saya pun nak join sekali, bolehkan?”
jawab Fairus selamba. Aizriel Danish mula terbatuk-batuk. Air minumannya
diminum perlahan. Terus matanya mencerlung tajam ke arah sahabat baiknya itu.
Kurang asam punya kawan. Aku tak jawab apa-apa boleh dia selamba jawab macam
itu.
“Maaf. Hari ini saya busy. Saya nak berlatih judo lagi petang ini.” Suara Aizriel Danish
perlahan tapi masih berbaur tegas di cuping telinga.
Tiba-tiba Aizriel Danish berdiri. Semua mata
tertumpu ke arahnya.
“Maaf. Aku pergi dululah Fairus. Aku lupa yang aku
ada hal dengan Sir Alexander. Terima kasihlah sebab kau dah belanja aku makan
ini. Jumpa kau kat rumah nanti.” Aizriel Danish bersalam dengan Fairus lalu
segera dia berangkat pergi tanpa berpaling kepada Maria yang masih
memerhatikannya dari tadi.
“Sabar jelah, Maria. Jangan ambil hati. Aizriel
Danish memang macam tu. Dia tak berapa selesa dengan perempuan sikit.” Fairus
mula berbasa-basi. Kasihan dia melihat raut wajah perempuan itu. Penuh dengan
kesedihan. Si Aizriel Danish ni pun satu hal. Tak kan dia tak boleh lagi
memaafkan kesalahan Maria kerana peristiwa sebelum ini lagi. Aduh, pening aku
fikir pasal mereka ini.
“Hmm..I think he already hates me a lot” perlahan
suara Maria sambil menunduk. Rasa geram mula tumbuh di tangkal hatinya. Dia
merasakan dirinya diperbodohkan oleh lelaki yang bernama Aizriel Danish.
Tangannya mula mengenggam kuat dress
labuh yang dipakainya sekarang.
No comments:
Post a Comment