Nuffnang

Tuesday, January 14, 2014

Bab 11 Harga Sekuntum Cinta

BAB 11

Aizriel Danish pening kepala melihat sahabatnya yang ke hulu, ke hilir berjalan di depannya yang sedang terbaring di katil. Macam ayam berak kapur pun ada. Sakit kepalanya hanya makin bertambah melihat Fairus yang kelam-kabut itu. Fairus berjalan-jalan mengelilingi bilik Aizriel Danish yang sederhana besar itu. Kepalanya ligat memikirkan siapa yang berani meracuni rakannya itu.
“Kau ini kalau duduk diam tak boleh ke?” sakit kepalaku tengok kau yang macam tak berapa betul ini.” Ujar Aizriel Danish.
“Ishh..kau ini. Aku tengah rungsinglah sekarang ini siapa yang asyik kacau kau sekarang ini. Tak kan kau tak syak siapa-siapa kot?” kata Fairus bimbang.
“Aku tak syak sesiapalah. Aku mana ada musuh yang tak puas hati dengan aku.”
“Eh..kau cakap itu senanglah. Kot-kot ada yang memang dah lama berdendam dengan kau sebenarnya. Kau itu aje yang tak pernah nak sedar.”
“Aku malas nak fikir hal ini semua.”
“Kau ini, Aizriel. Biar betul. Kau nak mati kat bumi Jerman ini ke? Baik kau fikir nyawa kau sekarang ini. Dulu orang datang serang kau. Sekarang ada orang letak racun dalam makanan kau. So, apa cerita sekarang? Entah-entah nanti ada orang tikam kau daripada belakang pulak? Kau nak mati kat sini sia-sia ke? Ishh..kau ini aku cakap kau dengar tak ini? Boleh pulak buat muka poyo macam itu.”
            Fairus tidak puas hati melihat Aizriel Danish yang selamba menyelimuti seluruh tubuhnya dengan selimut. Pantas Fairus menepuk punggung sahabatnya itu. Geram aku dengan mamat ini seorang! Kawan siapalah ini?! Desis hati Fairus.
            “Aku malas nak dengar kau membebel pasal aku. Macam mak neneklah kau ini. Mulut pot-pet 24 jam. Biarkan aku jelah. Kau tak payah nak sibuk-sibuk”
            “Eh..kau ni. Mengutuk aku nombor satu kan! Kau tau tak? Kawan kau yang baik hati ini bukan main risaukan kau yang tengah sakit ini. Boleh pulak kau buat bodoh macam ini. Ya Allah, ya Tuhanku, apa kenalah dengan kepala otak kawan aku ini ya Allah? Kenapa dia langsung tak bimbang pasal keselamatan nyawanya sendiri? Kenapa dia boleh tak penduli pasal sahabatnya yang prihatin dengan dia ini ya Allah. Aku menyayanginya ya Allah.” Tangan Fairus diangkat tinggi-tinggi memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah. Suaranya melirih kononnya khusyuk berdoa.
            “Terima kasih banyak-banyak sebab kau sudi bimbangkan pasal aku. Tapi boleh tak kau berhenti buat drama air mata kat sini? Meluat aku tengok”
            “Berani kau cakap meluat? Kau sedar tak dengan siapa aku berdoa itu, hah?”
            “Okey, maaflah. Tapi aku gelilah tengok wei..”
            “Kurang ajar punya kawan. Iyalah. Kau tak nak bagi tau mama and family kau ke?” Fairus malas nak bergaduh lagi. Segera dia menukar topik perbualan mereka.
            “Malaslah.”
            “Kau ini asyik malas aje jawapan kau.”
            “Bukan apa. Aku tak nak buat diorang risau.”
            “Kenapa pulak? Bukannya menyusahkan mereka pun? Just inform kat diorang aje. Bukan susah pun”
            “Tak naklah. Diorang selama ini dah banyak risaukan pasal aku. Dahlah aku tinggal jauh dari mereka. Buat apa aku buat diorang risau lagi. Tak naklah.”
            “Aizriel, kau ini..aku sendiri tak tau apa yang kau fikir sekarang.”
            “Suruh buat report polis, kau tak nak. Lepas itu suruh kau beritahu mak ayah kau pun, kau tak nak. Habis kau nak buat apa sekarang? Kalau kau kena serang lagi sekali macam mana?”
“Aku boleh handle sendiri. Tak payah nak mintak tolong orang lain. Aku dah besar dah pun.”
“Kau ini kalau aku cakap kan kau memang tak nak dengar kan? Ikut suka hati kaulah, Aizriel. Kau buatlah apa yang kau suka. Aku malas nak penduli lagi pasal kau?”
“Eleh, mengajuk ke?”
“Tak ada masa aku nak merajuk.”
Fairus memeluk tubuh.
“Tak payahlah merajuk kawan. Aku tak nak orang lain risau pasal aku aje. Kau tak payah susah hati pasal aku, iya?”
“Hmm..iyalah. Tapi aku ini kawan baik aku. Mestilah aku risau pasal kau.”
“Haa..kau jangan nak report kat mama dengan kakak aku pulak tau?”
“Tengoklah macam mana. Aku tak boleh janji yang satu itu.”
Fairus ketawa kecil. Dia takut-takut ‘ter’ beritahu mama dan kakak Aizriel Danish sahaja. Mulutnya sendiri dia tak percaya boleh simpan janji itu. Hehehe..
“Kau ini memanglah.”
“Oh iya, Aizriel. Aku dengar hari itu mama dan kakak kau nak tolong kau carikan jodoh untuk kau, betul ke?”
Aizriel Danish yang sedang duduk bersila di atas katil terkejut. Terus dia berpaling ke arah Fairus.
“Tak payahlah kau terkejut sangat. Aku tahulah. Aku kan detektif hebat” ujar Fairus bongkak.
“Ini mesti kakak aku bagi tahu kau, kan?” soal Aizriel Danish.
“Itu mesti. Hohoho..”
Fairus ketawa sambil menutup mulutnya. Ala-ala gedik gitu! Aizriel Danish menarik muka menyampahnya. Benci dia melihat ketawa Fairus seperti itu.
“Habis jumpa tak?”
“Ada jumpa tapi entahlah” Aizriel Danish bersuara tanpa riak.
“Laa..apasal pulak? Perempuan itu ada masalah ke?”
“Entahlah. Aku tak ada feelinglah.”
“Manalah kalau kau jumpa dia nanti kau ada feeling.”
“Aku pun tak tau nak bagi tahu kau macam mana. Aku rasa dia bukan bidadari untuk aku.” Aizriel hanya menunduk. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakan kini.
“Perempuan itu macam mana? Asal mana? Belajar lagi ke? Anak Datuk macam kau jugak ke?” bertubi-tubi soalan itu keluar daripada  mulut Fairus.
“Apasal banyak sangat soalan yang keluar dari mulut kau itu? Satu-satulah. Aku bukannya robot nak jawab soalan kau sekaligus.”
“Okey, sorry, sorry.. so, dia asal mana?”
“Selangor kalau tak silap.”
“Belajar lagi ke?”
“Dah kerja. Kerja doktor kat HKL.”
“Okeylah itu. So, apa masalah kau ini? Dia ada masalah jiwa ke? Hodoh sangat ke perempuan itu?”
“Amboi, lancangnya mulut kau mengata orang! Bukanlah. Dia okey aje.”
Aizriel Danish tiba-tiba bangun dan berjalan perlahan-lahan lalu dia menghampiri laptopnya yang sedang terbuka. Dia menekan sedikit perutnya yang sakit. Rasa sakit akibat keracunan makanan oleh orang yang memusuhinya masih terasa. Dia malas nak bersangka buruk dengan semua orang. Biarlah dia memaafkan kesalahan manusia itu. Dia cuba mencontohi sikap Rasulullah s.a.w. yang selalu memaafkan kesalahan musuh-musuhnya dan orang kafir. Dia berdoa dalam hati moga manusia itu mendapat hidayah daripada Allah untuk terus insaf dan sedar akan kesilapannya.
Tanpa membuang masa, Aizriel Danish terus membuka facebook miliknya lalu menekan klik messagenya.
“Inilah gambar perempuan itu yang Kak Iqa kasi kat aku. Kau tengoklah.”
Fairus cepat-cepat melangkah ke arah Aizriel Danish. Tidak sabar melihat wajah bakal tunangan Aizriel Danish itu. Seketika matanya menatap wajah perempuan yang terus dia melopong. Gila! Cun gila minah ini! Aku boleh jatuh hati tengok perempuan ini tapi si Aziriel Danish ini..? Terus matanya melihat gelagat kawannya. Aizriel Danish tenang membaca buku kiriman Kak Iqa padanya sebelum ini. Tak ada perasaan. Dia lebih berminat dengan buku daripada perempuan. Kawan aku ini normal ke tak sebenarnya ini? Asyik dengan buku, buku, buku!! Ulat buku betullah mamat ini!
“Weii..kau ini biar betul? Tak kan kau tak berkenan dengan perempuan ini? Muka macam model aku tengok. Cantik gila itu!” kata Fairus beria-ia.
Mana taknya, wajah perempuan itu semua cukup syarat untuk jadikan sebagai seorang isteri. Cantik, berpengetahuan, bertudung lagi itu. Mata perempuan itu bundar dan berseri-seri. Hidungnya yang mancung terbentuk indah di situ. Senyuman yang menghiasi wajah itu makin menyerlahkan lagi lesung pipit di pipinya.  
            “Cantik itu memang cantik tapi aku tak kenal dengan dia”
            “Memanglah kau tak kenal. Kau mana pernah jumpa dengan dia. Apa nama dia ini?”
            “Nurul Ain Mustafa” nama itu terlahir di bibir Aizriel Danish.
            “Wah..cantik nama itu! So, apa kau cakap dengan mama dan kakak kau?”
            “Aku cakap nanti aku fikir dulu. Aku pun tak tahu nak bagi jawapan yang macam mana. Aku tak yakin dia itu jodoh aku.”
            Fairus hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tahu apa yang difikirkan Aizriel Danish sekarang. Dia mungkin sudah serik dengan perempuan setelah apa yang dialam olehnya selama ini.
            “Kau dah buat istikharah? Minta jawapan daripada Dia”
            Aizriel Danish menggeleng lemah.
            “Istikharahlah sahabatku. Biar Allah yang jawab semua persoalan kau itu. Minta dengan Dia betul-betul. Jangan buat keputusan yang mungkin merugikan kau masa kelak. Kau kena ikhlas untuk terima apa jua jawapan nanti. Kalau betul Nurul Ain memang jodoh kau, aku tumpang gembira tapi kalau bukan, mungkin Allah nak kirimkan seseorang yang lebih baik untuk kau.” Panjang lebar Fairus berceramah untuk Aizriel Danish.
            Aizriel Danish hanya mengangguk.
            “Aku setuju dengan kau. Insya Allah aku akan amalkan istikharah itu nanti. Terima kasih sebab nasihatkan aku Fairus. Kau memang sahabatku yang baik.” Senyum Aizriel Danish. Manis. Fairus terkejut. Entah bagaimana Aizriel Danish  datang memeluknya erat. Dia membalas pelukan itu dengan tersenyum.
            “Iya sama-sama. Kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk masa depan kau. Aku harap kau bahagia dengan jodoh kau nanti.”
Ikhlas Fairus menutur ayat itu. Memang itulah yang diharap oleh Fairus selama ini. Mengharapkan sahabatnya yang seorang ini mengecapi kebahagiaan dalam mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintainya. Insya Allah.




No comments:

Post a Comment