Nuffnang

Saturday, January 11, 2014

Bab 9 Harga Sekuntum Cinta

BAB 9

Aizriel Danish meletakkan beg sandangnya di bahu kerusi. Dia menuju ke katilnya lalu melepaskan lelah yang ada. Tiba-tiba ingatannya mengimbau akan bungkusan yang diterima pagi tadi. Dia mengambil begnya semula lalu mengeluarkan bungkusan itu. Tangan kasarnya membuka balutan yang ada. Bibirnya tidak lekang daripada mengukir senyuman. Hanya satu nama yang berada di ingatannya kini.
            Tidak semena-mena matanya kini tertumpu pada kotak coklat di depannya. Laju tangannya membuka kotak itu lalu dikeluarkan isi di dalamnya. Terdapat beberapa buah buku di dalamnya. Senyuman Aizriel Danish makin mekar. Dia mula membelek-belek buku tersebut. Buku-buku yang sudah lama dia cari. Dia tahu bukan senang nak beli buku seperti ini apatah lagi di negara Jerman ini. Judul buku di tangannya di tenung sekali lagi. Antaranya ialah Alaxender adalah Zulkarnain dan Armagedon 2012 karangan Muhammad Alaxender. Selain itu, buku Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal karangan Amin Muhammad Jamaluddin ada di tangannya kini.
            Buku itu memang sudah lama dia nantikan. Tidak hairanlah dia amat berterima kasih dengan pengirim buku ini. Buku yang banyak memberikan informasi tentang sejarah dan mampu untuk menyuburkan rasa keimanan dalam dirinya. Rasa syukur makin bertambah. Hatinya menyebut-nyebut rasa kesyukuran kepada Allah kerana memberikan rezeki untuk memiliki ilmu melalui buku-buku tersebut.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Deringan lagu Incosolable nyanyian Backsreetboys memenuhi ruang biliknya yang sunyi. Aizriel Danish segera mengambil telefonnya. Nama pemanggil di skrin telefonnya membuatkan dia segera menjawab.
“Assalamualaikum Ayie. Ayie sihat tak? Akak ni” mendengar suara kakaknya, Syafiqah yang sangat ceria itu terus senyuman di bibirnya terukir cantik.
“Walaikumusalam. Ayie sihat akak. Akak macam mana, sihat? Mama, papa, Abang Kimi sihat?” jawab Aizriel Danish mesra.
“Alhamdulillah diorang semua sihat. Ayie tulah entah sihat ke tak? Akak dah lama tak tengok Ayie. Rindu gila ni tau! Cepatlah balik Ayie”
“Hehe..akak ni. Ayie kan dah nak balik lepas buat master ni. Sabar ajelah akak. Ayie pun rindu jugak dekat family semua.”
“Hmm..tulah pasal. Orang buat degree aje dia nak sambung lagi. Kan dah terpisah jauh kita satu family ini.”
“Tak apalah akak. Ayie bukan nak tinggal kat sini sampai bila-bila pun. Lagipun, akak sendiri tahu kan minat Ayie. Biarlah Ayie tinggal sini sampai master Ayie selesai. Insya Allah lepas ini Ayie janji akan tolong family kita. Macam akak tak tahu pulak, menuntut ilmu itukan fardhu ain ke atas kita. Wajarlah Ayie sahut tuntutan Allah dan Rasul.” Usik Aizriel Danish.
“Masalahnya Ayie kan dah ada double degree lepas itu nak sambung master lagi. Tak penat ke? Degree kan dah cukup.” Ujar Syafiqah tidak mahu mengalah.
“Memanglah okey macam itu tapi bagi Ayie kalau setakat degree pun masih tak cukup. Hatta kalau Ayie dapat PhD sekalipun Ayie akan tetap cari ilmu. Tak ada istilah penat dalam mencari ilmu akak” tenang Aizriel Danish bertutur.
“Yalah adikku sayang. Kalau gaduh dengan awak memang tak menang. Orang memang pandai berpidato dan berdebat ni memang susah nak lawan.” Usul Syafiqah lagi. Aizriel Danish hanya tersenyum mendengar omelan kakaknya.
“Oh ya, akak lupa nak tanya tadi. Ayie dah dapat belum buku yang akak kirim itu?”
“Ha..dah dapat pun akak. Baru dapat pagi tadi. Thanks akak sebab kirim buku-buku ini semua. Tentu banyak ilmu Ayie akan dapat melalui buku ini. Terima kasih banyak akak sebab sudi kirim buku ini segala. Tentu banyak pahala akak dapat. Hanya Allah saje yang boleh balas ini semua” luah Aizriel Danish berterima kasih.
            “Iya. Sama-sama. Alah, adikku seorang ini emosional pulak tetiba. Hihi..nanti jadi mamat jiwang kang?” usik Syafiqah mesra. Suka dia mengusik adiknya itu.
            “Mana ada akak. Ayie luahkan rasa berterima kasih sajelah.” Bangkang Aizriel Danish. Malu diusik sebegitu.
            “Hmm..iyalah itu. Akak usik ajelah.”
            “Iya..orang tahu.”
            “Macam mana Ayie sekarang? Ayie dah jumpa seseorang ke belum?” pintas Syafiqah ingin tahu.
            “Seseorang siapa pulak ini akak?” Aizriel Danish buat tidak tahu.
“Hah, buat tak tahulah itu. Macamlah akak tak kenal kamu ini, Ayie”
“Betullah akak. Orang apa? Mestilah dah jumpa. Ramai sangat.” Usai Aizriel berkata-kata, dia pun ketawa.
“Hah, dah jumpa? Siapa? Orang asal mana?”soal Syafiqah tergesa-gesa. 
“Mestilah dah jumpa. Orang Jerman kat sini kan ramai. Macam-macam rupa, macam-macam perangai Ayie jumpa, akak” Aizriel Danish menjawab selamba.
“Ishh..Ayie ini. Akak serius ini. Dia main-main pulak.” Aizriel Danish makin galak ketawa. 
“Maksud akak perempuan yang Ayie sukalah bukannya orang Jerman itu. Manalah tahu kot orang Jerman yang Ayie suka itu.” tambah Syafiqah lagi.
"Tak adalah akak. Ayie malas nak fikir pasal itu akak. Selepas dia, Ayie tak suka siapa-siapa kat sini dan Ayie malas nak layan bab perasaan semua itu.” ujar Aizriel Danish tenang.
“Ayie masih tak dapat lupakan dia ke?”
“Akak, boleh tak kalau kita cakap benda lain? Ayie malas nak ingat perkara yang dah lepas.” Lembut tapi masih lagi berbaur tegas di pendengaran.
“Okey, maafkan akak, Ayie. Tapi akak pun nak mintak maaf banyak-banyak dengan Ayie sebab akak dah hancurkan hati Ayie sebabkan perkara yang akak dah buat baru-baru ini.”
“Tak apalah akak. Bukan salah akak pun. Perempuan itu memang dari awal lagi berniat nak tipu Ayie. Ayie dah biasa akak.”
“Tapi akak..”
“Alah akak ini. Ayie bukan berkenan pun kat dia. Akak aje yang bersemangat nak pasangkan kami berdua. Dia pulak bukan sukakan Ayie pun tapi suka pada harta aje akak” ujar Aizriel Danish.
“Maafkan akak, Ayie. Akak salah pilih orang.”
“Tak apalah akak. Asal akak dah sedar yang wajah yang cantik itu tak semestinya memiliki perangai yang elok. Kadang-kadang orang yang hodoh, tak ada ilmu dan miskin ini lebih baik jika diorang semua ada peribadi yang mulia. Itu lebih cantik, akak.” Tokok Aizriel Danish.
Dia tiba-tiba teringat akan perilaku Suhaila yang lebih pentingkan diri sendiri. memang dia akur Suhaila memiliki raut wajah yang cantik tapi entah mengapa hatinya masih tidak berkenan pada gadis itu ketika pertama kali kakaknya, Syafiqah memperkenalkannya dahulu. Mungkin sebab itulah Aizriel Danish tidak berasa terkejut apabila dia mendapati gadis itu sebenarnya sudah pun menjadi tunangan orang. Dia berasa sangat marah dan kecewa terhadap Dania. Marah kerana gadis itu memperbodohkan keluarganya dan kecewa kerana dia begitu bodoh untuk ditipu dan mudah dikecewakan oleh gadis sekali lagi. Cukuplah peristiwa dahulu dia dipermainkan oleh gadis tapi kini dia sekali lagi kecundang kerana kesalahan yang sama. Sebab itulah Airiel Danish benar-benar serik dengan wanita. Dia merasakan cukuplah dia memiliki mama dan kakaknya atas dunia ini.
“Akak ingatkan selama ini dia buat baik pada kita, dia memang ikhlas tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Maafkan akak, Ayie. Akak jadikan Ayie sebagai korban sekali lagi.”
“Perkara yang dah lepas akak. Mungkin jodoh Ayie memang bukan dengan dia.” Sayu suara Aizriel Danish berkata-kata.
“Ayie..”
“Mungkin Allah nak kirimkan Ayie bidadari dunia yang terbaik buat Ayie. Manalah tahu perempuan itu lebih cantik daripada Kak Iqa. Masa itu akak jangan jelouslah sebab Ayie dapat isteri yang lebih cantik daripada kakak Ayie sendiri.” Aizriel Danish cuba untuk berjenaka. Jenakanya itu mendapat perhatian Syafiqah.
“Amboi sedapnya dia cakap. Mana boleh perempuan itu lebih cantik daripada kakak ipar dia sendiri. Perempuan itu kena akui yang akak ini lebih cantik tau” kata Syafiqah.
Dia tersenyum dalam hati. Dia doakan moga adiknya itu mendapat jodoh yang terbaik. Dia cukup menderita melihat Aizriel Danish yang kehilangan orang yang tersayang. Walaupun, Aizriel Danish tidak pernah menunjukkan rasa sedihnya itu tapi dia sebagai kakak sedar kesedihan adiknya itu melalui perbuatan. Adiknya itu lebih suka memendamkan perasaannya seorang diri, merasai perasaan sedih atau gembira seorang diri tanpa teman. Dia masih teringat dahulu Aizriel Danish menangis di tikar sejadah di tengah-tengah malam. Pada siangnya, dia berpura-pura gembira seperti biasa. Dia lebih suka menanggung penderitaan itu sendirian. Sebab itulah, Syafiqah amat berharap temannya, Fairus dapat sedikit sebanyak menemani adiknya itu. Berharap agar kehadiran Fairus akan membuatkan hati Aizriel Danish terubat sedikit akan kesedihannya.
“Ayie, ayie nak suruh akak carikan seorang ke untuk Ayie ke?”
“Apa akak merepek ini? Tak payahlah. Ayie dah cukup serik dengan perempuan ini”
“Ayie..tak baik cakap macam itu. Mama dah risau dengan Ayie tau? Tak kahwin-kahwin lagi.”
“Akak ini. Ayie baru 26 tahunlah akak. Muda lagi itu. Malaslah nak fikir. Ayie masih lagi nak berjihad.”
“Tapi Ayie. Soal jodohkan kena fikir jugak. Kahwin pun jihad jugak, sayang. Tak kan Ayie tak tahu kot.”
“Ayie tak rasa nak tunaikan jihad yang satu itu buat masa sekarang, akak.”
“Mama dan akak dah fikirkan untuk Ayie bahawa Ayie tetap kena kahwin buat masa terdekat ini.”
Kedengaran keluhan berat Aizriel Danish.
“Izinkan Ayie habiskan pembelajaran Ayie dulu. Insya Allah, lepas ini Ayie fikir pasal jodoh pulak”
“Kalau macam itu, biar kami tolong Ayie carikan jodoh untuk Ayie dulu iya? Kalau Ayie berkenan baru kami serahkan Ayie pilihkan.”
“Tengoklah macam mana.”
“Akak jamin yang perkara sebelum ini tak akan berlaku. Akak akan pilih betul-betul untuk Ayie. Ayie jangan bimbang. Pilihan kali ini bukan di tangan akak seorang tapi papa, mama, Abang Kimi, Mak Limah, Pak Harun dan keputusan semua orang.” Ujar Syafiqah bersungguh-sungguh.
“Haha..apasal Mak Limah dan Pak Harun terbabit sama? Akak ni memanglah.” ketawa Aizriel Danish. Teringat dia akan wajah Mak Limah pembantu rumah dan Pak Harun driver papanya. Pasangan suami isteri itu sangat rapat dengan keluarga mereka. Mereka berdua telah pun berjasa dengan keluarganya selama 20 tahun lebih lamanya. Walau bagaimanapun, Aizriel Danish memang tidak kisah mereka berdua turut sama dalam membuat pilihan jodoh itu sebab dia memang rapat dengan Pak Harun malah, dia juga manja dengan Mak Limah.
“Mestilah diorang terlibat sama. Mereka kan salah seorang ahli keluarga kita”
“Bukan apa. Malulah Ayie sampai Mak Limah dan Pak Harun kena tolong buat keputusan untuk jodoh Ayie.”
“Tak payah malulah. Kitorang akan berusaha keras untuk dapatkan jodoh yang terbaik untuk Ayie.”
“Hmm..iyalah. Itu pun kalau Ayie berkenan.”
“Itu keputusan tuan empunya badan sendiri. Semua itu atas Ayie sama ada nak terima atau tak. Apa yang penting biar kitorang carikan dahulu. Jadi Ayie setuju kalau kami carikan dulu iya?” ujar Syafiqah bersemangat ingin tahu.
“Iyalah. Ikut suka akaklah.”
“Okey, beres.”
“Akak, akak tak rasa kita ini dah bercakap dekat sejam lebih? Telinga Ayie ini dah panas tau tak?”
“Ha’ahlah. Iyalah kan? Tak sedar pun masa berlalu. Macam sekejap aje.” ujar Syafiqah ketawa kecil.
“Gaya akak cakap macam couple pulak? Akak ini memanglah.”
“Tak apalah. Asal couple akak ini hensem. Hehe..”
“Haha..iyalah itu. Tak takut kena marah dengan Abang Kimi ke?”
“Tak..tak takut pun.”
“Eleh, macam berani sangat depan Abang Kimi itu. Macam Ayie tak tahu Kak Iqa ini, depan Abang Kimi cair”
“Ayie…tak baiklah cakap macam itu.”
“Hehehe..gurau ajelah akak. Sudahlah itu, nanti tak pasal-pasal melambung bil akak ini.”
“Tak apa. Abang Kimi kamu yang bayar”
“Hahaha..akak ini nakal betul. Okeylah, nanti jangan lupa kirim salam kat semua. Salam sayang kat mama and papa tau. Tolong cium anak buah Ayie yang tersayang itu bagi pihak Ayie tau, Kak Iqa. Cakap pada dia ‘Pak su sayang sangat-sangat Haiqal.’ Cakap macam itu iya, akak?” pesan Aizriel Danish.
“Ishh..banyak pulak pesanan dia. Ingat akak ini postman ke?”
“Bukan postman akak tapi postwoman. Huhu..”
“Ishh…nakal betullah Ayie ini. Okeylah nanti akak sampaikan semua. Ayie jaga diri baik-baik tau. Jaga kesihatan tau? Akak dengar final exam dah dekat. Jawab baik-baik. Oh ya, jangan lupa  nanti kirim salam kat Fairus. Bila balik Malaysia nanti jangan lupa suruh dia datang rumah kita tau?”
“Eleh cakap kat orang. Padahal dia pun sama, banyak betul pesanan”   
 “Uwekk..ikut suka akaklah.”
“Hmm..iyalah itu. Okeylah, nantilah akak telefon balik. Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
Usai Aizriel Danish bercakap dengan kakaknya dia berbaring lemah di atas katil. Lengannya lemah menutup dahi. Matanya tertancap pada syiling biliknya sekarang. Jauh dia memikirkan soal hatinya. Soal jodohnya dia serahkan segalanya pada Allah. Baru sahaja dia ingin bertenang selepas dikhianati Dania tiba-tiba kakaknya kembali mempersoalkannya sekali lagi. Dalam dia leka memikirkan siapa wanita yang akan menjadi suri hidupnya, dia tidak sedar entah sejak bila matanya terkatup rapat. Buat sekelian waktunya dia terlena dalam keletihan.




No comments:

Post a Comment