BAB
28
Encik Awi hanya membaca surat khabar sambil
menghirup kopi yang dihidangkan oleh isterinya, Puan Rokiah. Dia sedikit teruja
mendengar cerita isterinya hari ini. Berita mengenai kehadiran pemuda yang
datang ke rumah mereka semalam. Semangat yang dimiliki oleh pemuda itu menarik
minat Encik Awi untuk mendengar dengan lebih lanjut cerita daripada mulut
isterinya itu. Puan Rokiah pula bersemangat menceritakan peristiwa semalam
kepada suaminya. Semua sekali. Langsung tidak tertinggal apa-apa pun. Daripada
cerita Puan Rokiah itu nampak sangat dia tertarik dengan perilaku pemuda itu.
“Habis itu awak tak ajak dia masuk rumah kita?” soal
Encik Awi setelah mendengar keseluruhan cerita isterinya yang
bersungguh-sungguh itu.
“Ishh..abang ni, takkan saya nak ajak dia masuk
rumah kita masa abang tak ada. Nanti jadi firnah pulak. Tambah pulak anak-anak
kita semua tak ada dalam rumah waktu itu. Semuanya keluar.” Tambah Puan Rokiah
sambil menuangkan kopi ke dalam cawan suaminya yang telah habis diminum.
Encik Awi hanya tersenyum. Dia faham maksud
isterinya itu. Dia percaya isterinya sangat menjaga air muka dia sebagai suami
semasa dia tiada di rumah. Sebab itulah dia sangat mempercayai isterinya
walaupun usia rumah tangga mereka berpuluh-puluh tahun. Kepercayaan itu sangat
penting dalam membina rumah tangga dan kepercayaan itu mestilah dipupuk dalam
diri suami dan isteri dan semua itu biarlah disandarkan kepada Allah dan Rasul.
Bersesuaian dengan ajaran Islam dan bukan bersandarkan rasa cinta dan kasih
sesama pasangan sahaja.
“Manalah tahu awak ajak dia masuk rumah ini.” sampuk
Encik Awi mengusik.
“Abang ini, macam saya ni tak tahu adat pulak. Tapi
kalau saya ajak pun mungkin dia tak kan masuk jugak rumah kita ini sebab dia
itu tanya dulu abang ada ke tak kat rumah kita ni masa tu. Bila saya cakap
abang tak ada waktu itu terus dia mintak izin untuk balik dulu. Dia cakap nak
datang semula bila abang ada.” ucap Puan Rokiah. Dia mengambil tempat di
sebelah suaminya pula.
“Ye ke? Hmm..maknanya dia tahulah hukum itu. Itu
sebab dia tak masuk terus.”
“Hmm..Yah rasalah abang, budak tu memang baguslah.
Dahlah handsome..kalau tak ingat kat
abang memang saya cairlah abang tengok budak itu. Hehe”
“Amboi, awak ni Yah. Lebih-lebih pulak.”
“Tak adalah abang. Gurau jelah.”
“Hmm, yelah itu.”
Encik Awi mengambil karipap buatan isterinya di atas
meja lalu disuapkan ke dalam mulutnya dengan ucapan bismillah.
“Dia tak cakap ke urusan apa dia nak jumpa kita
sekeluarga?” soal Encik Awi. Itulah persoalan yang dia fikirkan dari tadi.
“Tak adalah pulak abang. Sebab bila saya tanya, dia
cakap nak cakap sekali bila abang ada. Nak cakap urusan penting itu saya tak
tahu pulak.”
“Kenapa awak cakap macam itu?”
“Iyalah, saya tengok dari rupa dia macam ada hal
penting tapi bila saya tanya, dia tak cakap pulak. Tapi budak itu asyik senyum
je.”
Encik Awi hanya diam. Dia tidak membalas apa-apa
komen isterinya.
“Tapi abang, yang paling saya hairan acik tak pernah
cerita pun dia ada kenalan lelaki selain si Remy, Junid dan Hilmi. Seingat saya
kawan lelaki dia cuma tiga orang itu aje. Seorang lagi abang angkat kesayangan
dia itu. Apa nama dia iya, lupa pulak saya.” Bersungguh Puan Rokiah cuba
mengingat nama abang angkat anaknya.
“Saiful ke maksud awak?” Encik Awi ketawa kecil
melihat kesungguhan isterinya yang cuba mengingati nama lelaki itu.
“Ha’ah. Betullah itu.”
“Awak ni. Takkan lupa dah? Cepatnya awak nyanyuk”
hentam Encik Awi mengusik.
“Abang ni. Nak usik sayalah itu.”
“Aikk, takkan usik pun tak boleh?” sengih Encik Awi
lagi. Suka dia melihat wajah isterinya yang muncung sedepa itu.
“Bukanlah tak boleh tapi abang itu macam ingat saya
ni tua sangat je.”
“Kita ni memang dah tua pun, Yah. Nanti awak tu nak
dapat menantu lagi.” Sampuk Encik Awi lagi.
Puan Rokiah hanya ketawa. Dia tahu umurnya makin
meningkat tapi dia masih lagi fikir yang dia ni orang muda. Berapa umurnya itu?
Biarlah rahsia..Hehe.. Akhirnya mereka berdua ketawa serentak.
“Awak tak tanya acik itu pasal lelaki semalam?” soal
si suami.
“Alamak abang saya lupa nak call acik malam tadi. Sebab semalam pun acik ada jugak call tanya
khabar kita semua tapi lepas daripada call
itu barulah lelaki itu datang.” Terang Puan Rokiah.
“Apa nama budak itu? Dia tak perkenalkan nama dia
ke?”
“Hehe..lupa pulak saya nak cakap awal-awal. Dari
tadi asyik sebut ‘lelaki’ je kat dia. Ada. Dia ada cakap nama dia. Aizriel
Danish Bin Kamarul. Abang kenal ke?”
“Aikk..nama budak itu awak ingatlah pulak?! Tadi
nama si Saiful itu bukan main susah awak nak ingat.”
“Hihi..budak hensem kan abang. Mestilah cepat aje
nak ingatnya.” Tokok Puan Rokiah selamba. Dia tersengih sumbing.
Encik Awi hanya mengangkat kening mendengar
pengakuan isterinya. No komen!
“Macam mana? Abang kenal ke budak itu?” soal si
isteri tidak sabar.
“Tak pernah pulak saya dengar nama itu. Tapi kalau
nama si ayah dia, Kamarul itu macam pernah aje.” jawab Encik Awi sambil
memegang dagunya. Berfikir.
“Hah, siapa
abang?”
“Macam nama
pengusaha terkenal kat Malaysia ni tapi takkanlah anak dia yang nak datang jumpa
kita. Kebetulan aje kot” ujar Encik Awi lagi. Dia malas nak ambik pusing nama
itu.
“Tapi abang, saya nampak daripada gaya budak itu
macam orang berada je, bang. Boleh jadi dia anak pengusaha terkenal itu.”
“Awak ni..tak payahlah nak beranganlah. Awak tahu
tak yang Kamarul itu ada pangkat datuk lagi. Businessman yang berjaya kat Malaysia ni. Dia ada bisnes
macam-macam kat negara kita ni. Tambah lagi dengan cawangan yang dah berapa
banyak kat luar negara sana itu.”
“Hmm..mungkin nama ayah dia itu kebetulan sahaja aje
kot abang. Macam yang abang cakap tadi”
Mereka berdua diam sejenak. Sambil berfikiran jauh.
Macam-macam yang difikirkannya.
“Dahlah. Daripada duk termenung fikir yang
bukan-bukan baik saya ke pasar. Awak nak pesan beli apa tadi? Ikan dengan sayur
kan?” Encik Awi mula bangun dari duduknya. Dia mengorak langkah untuk bersiap
ke pasar.
“Eh abang, takkan abang nak tinggal saya
sorang-sorang lagi macam semalam kot?”
“Awak takut ke? Macam tak biasalah pulak. Bukan ke
selama ini awak okey aje tinggal sorang-sorang?”
“Bukanlah macam itu maksud saya. Manalah tahu kot
budak itu datang lagi rumah kita macam semalam. Nanti abang tak ada, kesian
pulak dia.”
“Tak apa. Kalau dia bersungguh nak jumpa saya dia
tunggu jelah. Ada jodoh jumpalah kita. Kalau tak ada, nak buat macam mana. Tak
kan kita pulak kena tunggu dia macam anak raja? Awak ni macam-macamlah.”
“Hmm..yelah. Saya faham. Saya cakap aje tadi itu.”
“Okeylah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
No comments:
Post a Comment