Nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

Bab 26 Harga Sekuntum Cinta

BAB 26
            Aizriel Danish menuju ke ruang tamu utama di mana seluruh ahli keluarganya berkumpul. Dia dan ahli keluarganya baru sahaja selesai sembahyang solat isyak berjemaah bersama-sama. Malam itu dia hanya memakai pakaian santai di rumah. Dia hanya mengenakan baju T-shirt tanpa lengan dan seluar panjang berpoket. Dia terus duduk di sebelah papanya yang sedang menonton televisyen. Buah epal yang disediakan oleh mamanya diambil di atas meja lalu disuakan ke dalam mulutnya. Matanya kini tertumpu kepada televisyen.
            “Ayie tak nak mula kerja lagi ke?” soalan pertama keluar dari mulut Datuk Kamarul kepada anak tunggalnya itu.
Aizriel Danish berpaling melihat papanya. Dia hanya menggeleng lemah.
“Kenapa? Tak ada semangat lagi nak mula kerja?” soal papanya lagi.
“Ayie tak ada keinginan nak mula kerja lagi, pa. Ayie ingat nak rest dulu sebelum mula kerja.”
“Kenapa tak cukup lagi tiga minggu rest kat rumah ni? Ke Ayie nak sambung belajar lagi?”
Aizriel Danish mengeluh perlahan.
“Ayie rasa tak puas lagi tinggal kat rumah ni. Insya Allah Ayie janji dalam masa terdekat ni Ayie akan mula kerja papa” ujar Aizriel Danish jujur.
“Papa bukan apa Ayie. Papa ni dah tua. Papa nak kamu pulak yang gantikan tempat papa lepas ni.” Datuk Kamarul memeluk tubuh anaknya di sebelah.
“Ayie faham, pa.”
Datin Halimah yang baru hadir dengan sedulang air mula mengukirkan senyuman kepada suaminya.
“Iya. Betul cakap papa kamu tu Ayie. Ayie kan dah besar, dah habis belajar semua. Tak kan Ayie tak nak tolong papa lagi?” ibunya pula bersuara.
“Bukan Ayie tak nak tolong papa. Cuma Ayie masih ada kerja nak kena settle lagi.”
“Kerja apa? Mama tengok kamu sekarang banyak kali pergi UKM, kenapa? Kamu asyik jumpa Sai ke? Atau kamu jumpa siapa?” tambah Datin Halimah lagi.
Aizriel Danish hanya tersenyum sambil menundukkan kepalanya. Membiarkan soalan mamanya tanpa jawapan. Mama dan papanya melihat reaksi anak tunggal lelakinya kehairanan. Datuk Kamarul mengerling isterinya, Datin Halimah. Isterinya hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
Tiba-tiba, hadir kakaknya, Syafiqah mengusik. Dia datang membawa kuih-muih lalu diletakkan di atas meja.
“Ini tak lain tak bukan mesti dah jumpa someone special la ni kan?” usik Syafiqah.
“Apa pulak Kak Iqa ni?” Aizriel Danish membuat muka selamba. Padahal dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu gelodak jiwanya.
Mama dan papanya tersenyum senang. Masing-masing bersemangat ingin tahu isi hati anak lelakinya.
“Betul ke, Ayie? Siapa perempuan itu? Ceritalah pada kami” bersemangat ibunya ingin tahu.
“Ishh..ni Kak Iqa punya pasallah. Mana ada ibu. Kak Iqa ini mengarut aje.” Bantah Aizriel Danish.
Syafiqah hanya mencebik. Nak mengelaklah tu.
“Jangan nak tipu akak. Akak dengar hari tu kamu dan Sai berbisik macam apa bincang pasal perempuan.” Ujar Syafiqah lagi.
Seriously Ayie?” papanya pula bersemangat bukan main.
Ini apahal pulak papa nak ambil tahu jugak ni? Papa bukan tak suka ke benda-benda macam ni? Hati Aizriel Danish mula dibaluti bimbang. Dia seperti tidak percaya apabila papanya yang seorang yang tegas dan serius cuba mengorek rahsia hatinya. Habislah aku…
“Ayie..” kedua-dua suara mama dan papanya sedikit tegas memohon penjelasan daripadanya.
Aizriel Danish mengerling kakaknya. Syafiqah hanya ketawa kecil melihat reaksi adiknya yang sedikit panik dengan soalan mama dan papanya. Aizriel Danish membuntangkan matanya pada Syafiqah. Syafiqah pula menjelirkan lidahnya.
“Nothing..nothing special at there.” Dalihnya lagi.
“Serius??” soal Datin Halimah.
“Yes.” Elak Aizriel Danish.
 “Kalau macam itu kamu tak ada halanganlah kan kalau mama nak jodohkan kamu dengan anak kenalan papa.” Ugut Datin Halimah lagi. Dia tahu anak lelakinya sedang menyembunyikan sesuatu daripada mereka.
Aizriel Danish kaget. Dia sedikit resah mendengar kenyataan itu.
“Err..Ayie rasa tak payahlah.” Suaranya sedikit kendur.
“Why??” serentak mereka bertiga menyoal kepadanya.
Aizriel Danish hanya membisu. Dia mulanya ingin mengambil kuih di atas meja terus dihalang oleh Kak Iqa. Mamanya selamba menaikkan ibu jari kepada Syafiqah. Papanya pula ketawa melihat reaksi anak-anaknya. Aizriel Danish menjuihkan bibirnya.
“Ayie..Ayie..” Aizriel Danish mula tergagap-gagap.
“What my dear?” sakat Syafiqah lagi.
“Mama rasa mama tak ada anak yang gagap lagi.” Mamanya menambah perasa.
“Mama..papa..Kak Iqa..please don’t push me like this.”
“Coz you don’t wanna tell the truth for us.” Kata Syafiqah pula.
 Aizriel Danish mengeluh berat.
“Okay, fine! I have someone special right now. Clear??”
Usai ayat itu sempurna terus mama dan Kak Iqa menyerbu ke arahnya. Aizriel Danish terkejut. Sebelah kanannya mama manakala sebelah kirinya Kak Iqa. Nasib baik papanya tak tercampak ke lantai. Datuk Kamarul lebih senang beralih tempat di sofa tunggal.
“Siapa perempuan itu? Apa nama dia? Orang mana? Cantik tak” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut mamanya. Kuat pegangan tangan anaknya digenggam.
“Ha’ah. Kerja apa? Student lagi ke? Ayie kenal dia macam mana? Umur dia berapa?” kakaknya mula memuntahkan machine gun soalannya pula.
Papanya pula ketawa terbahak-bahak melihat reaksi isteri dan anak beranaknya. Papanya langsung tidak mahu mengambil bahagian atau memberi pertolongannya. Dia cukup terhibur melihat situasi itu. Walaupun, matanya tertumpu pada televisyen namun fokusnya dalam diam adalah perbualan anak isterinya mengenai “Siapa Dia Di Hati Ayie?”
“Mama..Kak Iqa..apa ni? Bagilah Ayie ruang sikit.”
“Kitorang nak tahu pasal bakal menantu bongsu aje. Tak salahkan?” bela mamanya.
“Bila Ayie nak kenalkan pada kami. Cepatlah Ayie bawak dia jumpa dengan family kita ni. Mama, papa, Kak Iqa nak kenal dia macam mana.”
“No. Not now.” Santai jawapan Aizriel Danish.
“Kenapa pulak?” serentak soalan itu ditanya oleh mama dan kakaknya. Separuh menjerit. Protes.
“Sebab dia tak kenal Ayie sangat.” Datin Halimah dan Syafiqah hanya memuncungkan mulutnya. Jelas menunjukkan rasa kecewa untuk kenal dengan ‘ahli keluarga baru’.
“Ini mesti kes jatuh cinta pandang pertama ni?” tembak papanya pula. Papanya mengenyitkan mata kepada anak lelaki tunggalnya.
Aizriel Danish terkedu. Dia menggigit bibirnya sedikit. Mata Datin Halimah dan Syafiqah membulat. Teruja lagi.
“Really?? Really Ayie. You’re fallen in love at the first sight?” kakaknya menjerit kesukaan. Dia memeluk tubuh Aizriel Danish erat.
Sweetnya” mamanya pula mencubit kedua-dua pipinya. Pening Aizriel Danish melayan kerenah mama dan kakaknya itu.
“Mama, Kak Iqa. Stop it. Papa ni. Bukan nak tolong Ayie tau? Eii..penatlah Ayie tau?” rungut Aizriel Danish.
“Tak ada, tak ada. Cepat cerita kat kitorang.”
“No!”
“Kenapa?”
“Dah Ayie tak nak cerita lagi.”
“Ceritalah. Sikit aje pun tak apa.”
Aizriel Danish mengeluh perlahan. “She’s an interesting girl. Still student in UKM. Sai’s junior. Okay, fullstop!”
“Hah..tak kan tu aje?” sampuk Syafiqah tidak puas hati.
“Dah tu nak cerita apa lagi?”
“Ceritalah macam mana Ayie jumpa?” tambah Syafiqah lagi.
Fikiran Aizriel Danish jauh melayang ke nostalgianya bersama gadis istimewa itu. Akhirnya, Aizriel Danish tersengih. “Ayie jumpa dia masa dia tengah jadi ninja.”
            “Hah?? Betul ke? Dia tengah berlakon jadi ninja ke waktu Ayie jumpa dia itu?” soal mamanya pula. Blur!
Aizriel Danish menggeleng. “Tak adalah. Masa itu dia tengah berlari ala-ala ninja. Sama macam dalam cerita anime Jepun itu. Cerita favourite Haiqal, Naruto.” Senyuman Aizriel Danish melebar.
Mendengar kata-kata Aizriel Danish itu terus sesi keluarganya ketawa terbahak-bahak. Langsung tidak terlintas di fikiran mereka adegan pertemuan antara Aizriel Danish dengan gadis istimewa itu seperti demikian.
“Ini boleh jadi geng Haiqal lepas ni” tambah Syafiqah.
“Lepas itu apa jadi?” papanya yang lama mendiamkan diri akhirnya bersuara. Semangat jugak papanya ingin tahu apa yang berlaku selepas itu.
“Dia siap marahkan Ayie lagi. Ayie terkejut sangat masa mula-mula jumpa dengan dia. Dia fikir Ayie ni tengah sampuk sawan waktu itu.” Aizriel Danish ketawa kecil mengingatkan peristiwa hari itu. “Tapi seriously ma, pa, Kak Iqa. I never meet a girl like her. Cute. Beautiful. And the most important is she’s very funny and special to me.” Akur Aizriel Danish sejujurnya. Dia yakin dengan pilihan hatinya kini. Tak pernah seumur hidupnya merasa bahagia dan seyakin itu terhadap mana-mana perempuan selain Ainaa Farhanah.
Datuk Kamarul, Datin Rohani dan Syafiqah tersenyum memandang Aizriel Danish. Mereka yakin dan percaya bahawa Aizriel Danish bakal mengecapi kebahagiaan kelak. Jika memang pilihan Aizriel Danish itu mampu memberikan kebahagiaan kepada mereka sekeluarga, mereka akur dengan pilihan Aizriel Danish itu. Cukuplah sejarah silam yang perit pernah menghantui hidup Aizriel Danish sebelum ini. Biarlah kali ini dia menemui kebahagiaannya sendiri.
“So what are you doing next?” Tanya Datuk Kamarul.
“Ayie nak pergi ke Terengganu esok. Ayie perlukan keizinan dan restu mama, papa dan Kak Iqa untuk Ayie lepas ni.”

Masing-masing menguntumkan senyuman yang indah di wajah. Gembira dengan keputusan Aizriel Danish itu. Mereka semua mengangguk faham dan bersetuju. Andai ini mampu menutup lukanya mereka sudah pasti merestui hubungan yang bakal terjalin nanti. Insya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment