BAB
20
Aizriel Danish terbaring lesu di
atas katil. Lengan kanannya berada di dahi. Dia mendongak ke atas syiling dan
melihat kipas yang sedang berpusing-pusing. Hatinya berada dalam keadaan
runsing sekarang. Fikirannya kini mengimbau kenangannya bersama gadis yang
dilanggarnya tadi. Perlahan-lahan, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Tak
silap lagi, memang gadis itulah yang hadir dalam mimpinya suatu ketika dahulu.
Sepasang mata yang sangat cantik dan redup.
“Ainaa..Ainaa Farhanah Awi..huh.” perlahan-lahan
nama itu keluar dari mulutnya. Senyumannya makin lebar mengenangkan peristiwa
tadi.
“Awak ini tak tahu ke batas lelaki dan perempuan?
Mana boleh pegang sesuka hati? Ustaz kat sekolah awak dulu tak ajar, ek?” soalan
gadis itu dibiarkan tanpa jawapan. Wajahnya yang terkejut langsung tak dapat
disembunyikan. Memang dia sangat terkejut melihat gadis di depannya kini. Ya,
sepasang mata milik gadis itu mampu membuatkan dia menjadi kaku. Debaran di
dadanya makin bertambah kuat. Nafasnya sesak. Mulutnya ingin berkata-kata
sesuatu tapi lidahnya terkelu. Setiap inci raut wajah gadis itu ditiliknya.
‘Betul ke apa yang aku nampak ini? Betul ke ini
gadis dalam mimpi itu? Kenapa mata dia sama? Adakah ini gadisnya? Aku yakin
dengan mata dia. Memang inilah mata milik gadis dalam mimpi aku itu. Tak silap
lagi!’
“Awak ini kenapa? Awak tak sihat ke? Atau awak ini
sawan?” soal gadis itu sambil melambai-lambaikan tangan di depan mukanya. Muka
dia bukan main serius tapi cara dia bertanya langsung tak logik. Aizriel Danish
yang sedang terkejut makin terkejut mendengar soalan dari mulut gadis itu!
“Muka saya ini macam orang tengah sawan ke?” soal
Aizriel Danish bodoh.
“Entahlah. Saya sendiri tak tahu muka orang sawan
macam mana tapi kalau symptom awal
orang nak sawan saya tau kot. Sebijik macam awaklah.” Ujar gadis itu sempoi. Berterus
terang.
‘Kenapa mukanya langsung tiada riak?’ desis hati
Aizriel Danish.
Aizriel Danish hanya menahan ketawa sendirian. Dia
buat-buat batuk menahan ketawa. Wajah gadis itu ditilik lagi.
“Awak ni kenapa? Dari tadi asyik tilik muka saya?
Jelita sangat ke saya ini sampai awak tengok saya macam nak keluar biji mata?”
soalnya geram.
Aizriel Danish tersedar. Dia istighfar kecil dalam
hati kerana keterlanjurannya.
“Awak tak apa-apa ke? Awak jatuh tadi kan?” soal
Aizriel Danish lagi. Sengaja dia bertanyakan soalan itu ingin mengelak.
“Hmm..awaklah makhluk yang langgar saya tadi kan?
Sampai pening kepala saya dibuatnya.”
“Maaf, saya tak sengaja. Saya ingat tak ada orang
kat lorong ini. Jadi, saya keluarlah tiba-tiba.”
“Saya ingatkan awak ini batu ke, tiang ke apa sesuka
hati aje langgar orang”
“Maaf. Tapi kalau saya tiang ke batu saya tak adalah
langgar awak. Sebab awaklah yang akan langgar saya. Batu dengan tiang tak
bergerak. Dia steady je. Tapi dalam
situasi kita ni, saya rasa awak pun salah jugak sebab awak berlari macam
budak-budak kat tengah kaki lima ini.” Jawab dirinya tenang.
Dia juga terkejut sebenarnya melihat seorang gadis
yang berpakaian sopan dan ayu boleh berlari macam budak kecil di kaki lima. Nak
cakap budak lagi tak mungkin sebab dah nampak macam mak orang. Entahlah nak
cakap macam mana. Dia sendiri tak faham. Agaknya perempuan di depannya ini memang
suka berlari kot.
Gadis itu terkedu. Dia lihat gadis itu menelan air
liur.
“Alah, saya lari pun bukan kacau orang lain. Awak
itu yang datang tiba-tiba langgar saya.” Jawabnya pantas. Gaya macam tak nak
mengaku kalah.
Aizriel
Danish hanya tersenyum kecil. Perangai pun macam budak-budak.
“Jadi salah sayalah ni?” soalnya spontan.
“Ha’ah ahlah..tak kanlah salah saya pulak!”
Perempuan itu santai memeluk tubuh. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepadanya.
Aizriel Danish hanya menggeleng kepalanya.
“Awak ni childish
betullah” ringkas dia menjawab. Mungkin itu impression pertama dia menggambarkan gadis itu.
“Apa?! Awak cakap apa? Awak cakap saya ni childish?! Umur saya dah 22 tahun tau.
Tak mainlah jadi budak-budak ini”
Aizriel Danish senyum sinis. Tak main budak-budak
konon! Tapi gaya cakap, perangai semua macam budak-budak. Tengok sajelah cara
dia menjawab memang serupa dengan budak-budak. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya
dia dah tahu umur sebenar gadis itu daripada jawapannya. Gadis itu muda empat
tahun daripada usianya.
“Dahlah. Saya malas layan nak makhluk entah dari
mana asalnya. Orang busy ini mulalah
dia nak langgar-langgar orang semua. Huh!” rungut gadis itu. Sempat dia
menghadiahkan jelingan maut kepadanya. Dia mula mengorak langkah
meninggalkannya.
Aizriel Danish masih belum berpuas hati. Dia tak
mahu gadis itu pergi. Segera dia menghalang.
“A..awak…saya nak tanya sikit boleh tak?”
“Maaflah. Baik awak cari orang lain. Saya dah
betul-betul lambat ini”
“Tapi saya pun terdesak ini. Saya tak kenal kawasan
kat sini.”
“Awak bukan student
sini ke?” Tanya dia lagi.
Aizriel Danish hanya menggeleng lemah.
Gadis itu buat muka musykil.
“Betul. Saya tak tipu. Saya tengah cari dewan yang
dipanggil Dectar. Boleh awak tunjukkan tempat itu?” ujarnya jujur. Memang dia
bercakap benar tentang itu tapi jauh dari sudut hatinya dia mahu bersama dengan
gadis itu lebih lama. Dia ingin lebih kenal dan lebih dekat dengan gadis itu.
Memang dia senang, bahagia dan gembira bersama perempuan itu. Dia sendiri tidak
tahu apa yang dia rasakan kini namun itulah kehendak hatinya. Sekalipun dia
langsung tidak mengenali perempuan itu namun dia yakin memang gadis itu yang
hadir dalam mimpinya. Mungkin penantian dan pencariannya berakhir kini. Mungkin
juga gadis itu anugerah yang dikirimkan oleh Allah untuknya.
Usai dia berkata seperti itu, entah kenapa raut
mukanya berubah terkejut. Aizriel Danish terfikir adakah dia silap mengatakan
sesuatu. Jawapan itu tiada padanya. Aizriel Danish merenung muka gadis itu
inginkan kepastian atau jawapan. Namun, sia-sia. Belum sempat dia bertanya
dengan lebih lanjut, muncul orang yang dia sangat kenali.
“Ayie..kau
buat apa kat sini? Aku dah lama tunggu kau kat Dectar itu. Maaflah sebab aku
tak sempat angkat call kau. Eh,
Ainaa..kenapa Ainaa ada kat sini jugak? Puan Halimah dah banyak kali tanya abang,
Ainaa ada kat mana. Rupanya Ainaa ada kat sini.” suara Saiful membuatkan mereka
berdua terdiam.
“Nasib baik Ainaa ada jumpa kawan abang ni. Abang
ingatkan dia dah sesat tadi. Jom Ayie. Kita dah lewat ini. Anyway, aku ucapkan terima kasih banyak sebab kau sudi datang kat
program aku ini. Syukran, ya akhi”
tulus suara Saiful bersuara.
“Afwan, ya
akhi. Anta sahabati fi dunia wa akhirat. Wallahi, usa e du lillah. Uhibbu
jiddan” (Sama-sama, saudaraku. Kau kan sahabat aku dunia dan akhirat. Demi
Allah, aku tolong kau kerana Allah. Aku betul-betul suka tolong kau). Tenang
Aizriel Danish membalas kata-kata sahabatnya dalam Bahasa Arab. Dia sedikit
terhibur berbual seperti itu. Sudah lama dia tidak berbual dalam bahasa syurga
itu dengan sesiapa pun memandangkan dia agak lama di bumi Jerman. Lagipun,
hanya dengan Saiful Ikram, sahabatnya dia sering bercakap dalam Bahasa Arab
dahulu. Rindu pula dia pada memori ketika sekolah menengah dulu.
Saiful Ikram mula memaut bahu Aizriel Danish supaya
rapat kepadanya. Dia terharu kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh
sahabatnya. Sungguh! Dia sangat menyayangi sahabatnya ini kerana Allah! Dalam
hatinya dia bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat seperti Aizriel
Danish. Seorang teman yang lahir dalam keluarga yang cukup berada namun,
langsung tidak meninggi diri di depan orang lain terutamanya dalam menjalinkan
persahabatan. Malah, ketika temannya dalam kesusahan dia tidak kekok menghulurkan
pertolongan dan terjun sama menyelesaikan masalah apa pun.
“Jom. Aku usher
kau ke Dewan. Kau kan orang penting program aku.” Ujar Saiful berjenaka.
Aizriel Danish ketawa kecil.
“Pandailah kau.”
“Betullah.”
“Hmm..yalah tu.”
Mereka berjalan seiringan ke dewan. Namun, baru
beberapa langkah, Saiful Ikram berpusing ke belakang. Aizriel Danish turut
berpaling. Dia memandang gadis itu sekali lagi. Gadis di belakangnya ditegur
oleh Saiful. Muka gadis itu jelas sangat terkejut. Mulutnya terlopong melihat
keakraban dua sahabat itu.
“Hah, Ainaa. Buat apa lagi. Mehlah pergi sekali.”
Tegur Saiful Ikram.
“Si..siapa dia ini?”
“Inilah kawan baik abang masa sekolah dulu merangkap
VIP penting kita. Dialah ahli panel yang akan gantikan tempat Encik Khaidir.”
Jawapan ringkas Saiful Ikram membuatkan mata bulat gadis itu bertambah bulat. Gadis
itu makin terkejut mendengar jawapan itu.
“Tidakk..” gadis itu menjerit kecil. Dia pantas
memegang kedua belah pipinya. Nampak comel pula dia berbuat begitu.
Aizriel Danish ketawa kecil. Senyumannya makin
melebar.
‘Perempuan ini memang menarik! Sangat menarik! Aku
nak kenal dia dengan lebih dekat lagi.’ Hati kecil Aizriel Danish mula
berbisik. Hatinya mula berasa gemersik dan terusik dengan kehadiran gadis baru
itu dalam hidupnya. Dia mula yakin dan percaya bahawa dia akan bahagia bersama
wanita ini. Hari-harinya bakal ceria dengan kemunculan gadis ini.
Aizriel Danish mengukir senyuman
manis di atas katilnya. Dia gembira apa yang dirasakannya kini. Dia merasakan
seolah-olah dihidupkan semula ke dunia. Sangat gembira. Tiba-tiba, mamanya
muncul di depan pintu. Pintu biliknya yang sedia terbuka di ketuk perlahan.
“Boleh mama masuk?” Tanya ibunya.
Aizriel Danish yang terbaring bangun dari
baringannya. Seulas senyuman diukir untuk mama tersayang.
“Masuklah mama.” Jawabnya sopan.
“Kenapa Ayie ini? Gembira semacam mama tengok?”
Aizriel Danish tersengih.
“Tak adalah mama. Mana ada.”
“Janganlah nak tipu mama sayang. Mama kenal sangat
perangai Ayie tau. Dah 26 tahun mama besarkan kamu tau. Mama dah hafal apa yang
kamu fikir dan apa yang kamu rasa.” Ibunya menggosok lembut belakang anaknya.
“Mama ini sengaja tau.”
Halimah hanya tersenyum melihat anaknya itu.
“So, macam mana dengan program tadi? Okey tak?”
“Hmm..semua
okey. Berjalan macam yang dirancang”
“Baguslah kalau macam itu. senang mama dengar.
Baguslah kamu tolong Saiful itu. Kita kena selalu tolong orang dengan ikhlas.
Insya Allah, Allah permudahkan urusan kita yang lain.”
“Ya, mama. Ayie faham. Macam mama selalu cakap.
Jangan sombong dengan apa yang kita ada sebab itu semua ujian Allah berikan
untuk kita. Kita kena tolong orang yang susah, orang yang miskin dan anak-anak
yatim sebab kesenangan kita adalah jambatan kita nak tolong diorang. Kan mama?
Ayie ingat semua nasihat mama itu. Ayie hafal semuanya.” Ujar Aizriel Danish.
“Baguslah kalau Ayie ingat. Mama
hanya ingatkan sahaja. Mama tak nak anak mama jadi seorang yang lupa diri. Kita
kena ingat kita semua ni hamba Allah. Apa yang dia berikan semua ini, semuanya
bersifat sementara. Kita yang ada kelebihan sikit ni kena tolong orang yang
memerlukan bantuan. Mama gembira tengok Ayie tolong Saiful itu. Dia kan dari
keluarga susah. Tambah pulak, Ayie
dengan Saiful itu kan dah kawan lama. Mama senang tengok kamu berdua masih
berhubungan.” Terang Rahimah lagi.
“Okey, ma. Ayie faham. Tapi itu pun
nasib baik kami jumpa kat pasaraya hari itu. Alhamdulilah, Allah pertemukan
kami lagi. Syukur sangat-sangat. Masa itulah dia cerita ada masalah. Jadi, Ayie
tawarkan diri untuk tolong dia. Ayie rasa dah jadi tanggungjawab Ayie pulak
bila dengar luahan hati dia itu.” Aizriel Danish berterus terang.
Halimah
hanya tersenyum. Dia bersyukur kerana anaknya ini memiliki hati yang ikhlas
untuk menolong orang yang kesusahan. Sejak dari dulu dia berusaha untuk
mendidik anaknya dari kecil dengan sifat pemurah dan menolong orang. Dia mahu
anak-anaknya menjadi manusia yang bersyukur dan tidak lupa diri walaupun mereka
hidup mewah dan senang. Dahulu, dia pernah hidup susah jadi dia amat memahami
kesempitan hidup orang yang miskin. Dia akan berusaha sedaya-upaya mendidik
anak-anaknya dengan sifat-sifat terpuji seperti sifat Rasulullah s.a.w.
“Habis itu, Ayie tak jemput Saiful
datang rumah kita ke?” soal Halimah kepada anak lelakinya.
Aizriel Danish tersengih.
“Sorry,
ma. Lupa nak ajak.”
“Ishh..budak ni. Nanti apa cakap dia
kalau kita tak jemput dia. Kan, dah lama dia tak datang sini? mama ingat pun last sekali dia datang waktu itu belum
Ayie pergi Jerman sambung belajar sana, kan?”
“Hehe..sorry ma. Seriously, Ayie
betul-betul lupa nak ajak Saiful datang sini. Alah, tak apalah sebab lepas ini
Ayie pun akan jumpa dia jugak lepas ni?”
“Hmm..kalau
macam itu jangan lupa ajak dia tau?”
“Insya Allah, ma.”
“Amin. Insya Allah” Halimah mengaminkan doa anaknya.
Memang benar dia sudah lama merindui untuk berjumpa dengan Saiful Ikram. Dia
pun sudah menganggap Saiful Ikram itu sebagai anak kandungnya sendiri.
“Dahlah, Ayie. Jom, kita turun makan. Ma naik atas
ini pun nak jemput Ayie turun makan. Dah, jom kita makan.” Ajak Halimah mesra.
“Jom mama. Ayie pun dah rasa lapar sangat ini.”
Halimah hanya tersenyum memandang anaknya. Akhirnya,
mereka turun seiringan sambil berbual mesra. Aizriel Danish senang memeluk
ibunya yang tercinta dari belakang. Dia sudah lama tak bermanja dengan mamanya
itu. Sungguh. Dia amat sayangkan ibunya. Dia berjanji pada dirinya untuk
membahagiakan hati wanita ini.
No comments:
Post a Comment