BAB
7
Raut
wajah Farah Amira pucat lesi. Peluh yang merencik di wajahnya mengalir lesu.
Matanya membulat melihat reaksi kami semua dari jauh. Ketawa kami yang
berdekah-dekah memenuhi ruang lepak di taman universiti itu. Farah Amira
melangkah perlahan ke arah kami berlima.
Tudung biru muda miliknya dibaiki tenang. Sengaja
dibuat-buat seperti tiada apa yang berlaku. Tubuhnya yang langsing duduk di
sebelah Siti Najwa Batrisya. Wajahnya yang putih kini memerah. Ketawa kami
masih belum berhenti melihat reaksi santai Farah Amira.
“Sudah, sudahlah itu korang nak ketawa pun.
Bukannnya nak back up aku ke apa. Ni
makin buli aku adalah.” Rengek Farah Amira tidak puas hati. Sakit hatinya masih
belum hilang pada lelaki bernama Affendy Rizal Bin Datuk Farid.
“Alah, janganlah marah. Kitorang suka tengok kau
menikus depan Fendy. Macam cute sangat.
Haha..” ujar Junaidi Hassan yang masih
dengan sisa ketawanya.
“Ha’ah..macam hamster pun ada. Hahaha…” kini Darimi
Irfan ketawa sakan.
“Aku setuju. Hehe..hamster kena marah dengan bapak
kucing. Hahaha” tambah Siti Najwa Batrisya.
“Korang ini tak patut betullah. Langsung tak kesian
kat aku. Jahatlah korang ini.”
“Maaflah Farah oii..kitorang tak nak masuk campur
dalam hal orang. Tak naklah digelar sebagai busybody
pulak kan?” tambah aku lagi.
Farah Amira hanya menjuihkan bibirnya. Muncungnya
makin memanjang melihat telatah kawannya yang langsung tidak membelanya.
“Habis itu macam mana? Berjaya kau sendal kotoran
degil kat baju dia? Huhu..tak sangka anak Datuk Mustaza cuci baju guna tangan.
Basuh baju sendiri pulak itu.” gelak Dasuki Hilmi membangkitkan suasana di
kalangan kami berenam. Ketawa kami pecah lagi.
Farah Amira hanya menjeling geram. Dia memeluk tubuh
tanda protes.
“Kau guna sabun baju apa cuci baju anak raja itu?”
soal aku ingin tahu.
“Entah..aku main kebas aje sabun apa pun. Penduli
apa aku.” Jawab Farah Amira senang.
“Aku agaklah kan mesti kau guna sabun Daiaa. Yelah
macam dalam iklan itu, Gunalah Daiaa..lupakan yang lain..”sampuk Junaidi Hassan
lagi.
Sekali lagi hilai ketawa kami pecah. Aku melihat
Dasuki Hilmi ketawa sambil memegang perutnya manakala Junaidi Hassan ketawa
sampai keluar air mata. Entah sedih ke gembira mamat ni seekor? Aku sendiri tak
tahu. Darimi Irfan pula tergolek-golek di bangku kerusi kami duduki.
Terangkat-angkat kaki mamat ni ketawa. Nak kata ada penyakit sawan tak adalah
pulak sebab hari itu aku tanya si Darimi Irfan ini secara personal dia cakap dia bebas sawan. Tak tahulah kot dia tipu aku? Mamat
ni bukan boleh percaya sangat! Bagi si dara Siti Nur Batrisya pula mengilai
macam pontianak pencen. Adik-beradik Pontianak Harum Sundal Malam kot.
Hehe..aku pulak? Ishh..mestilah aku control.
Mana boleh ketawa sakan macam diorang ini. Aku kan muslimah sejati. Hehe..masuk
lif tekan sendiri!
Tapi berbeza situasi kami dengan si Farah Amira.
Wajahnya yang putih bersih itu memerah macam..em, macam apa ya? Ha..macam biji
saga. Tapi kalau perhati betul-betul muka dia ini macam naga pun ada. Kalau
keluar asaplah kat hidung dia itu kan, aku yakin dan percaya bahawa dia memang
sebijik macam naga macam dalam cerita Dragon Ball Z!! Haha..lawak giler muka
minah ini!!
“Korang ini jahatlah. Malaslah aku layan korang.
Dahlah aku nak masuk kelaslah.”
“Eleh-eleh mengajuk. Sorrylah kitorang tak ada masa nak pujuk angin mengajuk kau itu.”
usul Junaidi Hassan.
“Tak mengajuk pun. Cuma tak puas hati aje. Apa punya
kawanlah tak ada langsung yang sudi back
up aku tadi. Kaulah ni Ainaa. Aku ajak kau teman aku tak nak” marah Farah
Amira sambil menunjal kepalaku. Habis senget tudung labuhku. Aku yang cukup ayu
pakai jubah seluar warna hijau pucuk pisang sepadan dengan tudung labuh berona
hijau muda. Ada sahaja manusia yang jelous
dengan keayuan aku hari ini. Tenang aku membaiki tudung di kepala aku.
Melihat aku yang biasa Farah Amira makin tidak
berpuas hati. Dia mula menarik tudung semula hujung tudungku di hadapan. Aku
mula menepis tangannya. Eii..geram aku dengan wanita ini. Ini kes buli ke apa?
Terus ingatanku teringat akan lagu kumpulan Korea yang baru debut. Lagu
berjudul Face nyanyian NU’EST. Hehe..ikut situasi semasa!
Teojyeo
noaneon Jackpot nuga mwora geon so what
Ige
neowa naui chairago
Teojyeo
noaneon Jackpot meomchulttaekkaji can’t stop
Kkok
kkaejyeobwaya apeun jul alji
Geuraeseo
niga geogikkajiran geoya
“Eh..kau buli aku ek?” soalku dengan nada suara yang
sedikit meninggi.
“Tak pun. Nak balas dendam je. Huhu..”
“Hmm..”
“Dahlah Ainaa, jomlah kita balik ke kelas. Kau lupa
ke kita ada kelas lagi tengah hari ini lagi?” ujar Farah Amira itu lagi.
“Ha A’ahlah..lupa pulak aku. Kelas Doktor Adib kan?
Jom, chow sekarang! Okey geng. Kitorang
chow dulu. Jumpa petang nanti. Adios
bladigos sayonara jana.”
“Bahasa apalah kau cakap ni, Ainaa?”
“Bahasa akulah plus
bahasa Jepun. Hehe..okey babai. Assalamualaikum!” aku pantas menarik tangan
Farah Amira laju. Farah Amira hampir tersadung mengejar langkah kakiku yang
laju itu. Penduli apa aku nanti masuk kelas lambat pulak.
“Waalaikumusalam.” Jawab mereka yang lain. Mereka
semua terseyum kecil melihat kami berdua.
Dari jauh sepasang mata hanya melihat perbualan dan
perbuatan kami tanpa kami sedari. Mata yang menyimpan rahsia hati yang
tersimpan jauh di lubuk hatinya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui rahsia
hatinya. Akhirnya, sebaris senyuman menghiasi wajahnya. Cukup sinis.
* * *
“AINAA..Ainaa..Ainaa Farhanah Awi!!” pitching suara Doktor Adib melambung
tinggi. Entah skala ritcher berapa dia lontarkan suara emas dia itu. Aku yang
sedang tersengguk-sengguk macam burung belatuk pada mulanya segera bangun
berdiri tegak apabila mendengar laungan suara itu. Mataku yang semula jadi
bulat makin membulat memandang Doktor Adib. Mukaku masih tegar mengantuk. Farah
Amira di sebelah buat macam tak kenal aku. Hampeh punya kawan! Kalau ya pun
kejutkanlah aku, ini tidak! Aku jugak yang malu!! Cehh!!
“Awak buat apa masa kelas saya ini?! Tidur ke?!
Kalau nak tidur baik awak balik rumah tidur atas katil lagi best!” tengking Doktor Adib. Marah.
“Err..er..saya tak sengaja nak tidur Doktor.
Mengantuk sangat kot.” Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal langsung. Bibirku
tersengih macam kerang busuk. Eh, busuk ke? Wangi apa mulut aku! Eh, apa ini?
Alamak! Air liur basilah!! Tanganku mengesat laju tepi bibirku. Cover malu! Gelagat aku menjadi bahan
ketawa rakan sekelas aku. Aku melihat mereka semua. Ini mesti dah kantoi nampak
air liur basi aku!! Aduiihh..malu gue!
“Kalau dah mengantuk itu pandai-pandailah cuci muka.
Ini tak, buat tahi mata aje pandai.” Marah Doktor Adib lagi.
“Hmm..nak buat macam mana Doktor. Saya ini setiap
kali masuk kelas Doktor mesti terlentok. Entah jampi apa Doktor pakai pun saya
tak tahu. Asal masuk kelas Doktor aje saya tidur, asal tidur aje masa kelas Doktor.” Sampuk aku lagi.
Muka Doktor Adib sudah memerah. Sabar ajelah ada murid macam ini.
Ishh..aku ini pun satu. Kenapalah asyik tidur kelas
Doktor Adib ya? Hmm..lagipun ceramah dia itu macam sengaja nak dodoikan aku
suruh tidur aje. Mata yang segar pun boleh lena. Hehe..err, maaflah Doktor.
Anak muridmu ini tidur dalam kelasmu.
“Err..Doktor maafkan saya ya sebab tidur dalam kelas
Doktor.”
“Saya tak nak dengar alasan kamu lagi. Lepas ini
kalau awak tidur lagi dalam kelas saya siaplah.”
“Okey, Doktor. Saya cuba tapi saya tak janji sebab
saya takut mungkir janji.”
“Hmm..banyaklah awak punya jawapan. Dah pergi tandas
sekarang. Cuci muka itu. ini tidur siap keluar air basi lagi. Lena benar awak
tidur masa kelas saya.”
Aku tersengih lagi.
“Maaf Doktor.”
“Ainaa..Ainaa..awak ni kan”
Aku menyiku lengan Farah Amira. Apa lagi ajak
genglah buat rombongan ke tandas. Farah Amira yang pura-pura tekun menulis nota
menjeling marah. Aku membuat muka untuk ke tandas tapi Farah Amira menggeleng
tidak mahu. Aku menarik tangan dia. Dia menarik kembali tangannya. Lalu
berlakulah pergelutan antara aku dan Farah Amira untuk memujuk dia ikut aku ke
tandas.
“Hah, Ainaa. Awak ini penakut ke nak pergi tandas
sorang-sorang?” muncul lagi suara Doktor Adib. Mengusik.
“Err..tak adalah. Saya cuma nak buat geng aje
Doktor.” Jawab aku tenang.
“Dah, tak payah ajak si Farah itu. Awak pergi
seorang sahaja”
Aku memandang Farah Amira. Si nenek kebayan moden
ini selamba menjelirkan lidahnya kepada aku. Hmm, cantik sangatlah muka dia
macam itu. Aku LAGI cantik!! Perlahan-lahan aku beredar dari bilik kuliah itu.
Langkah aku hanya ke tandas. Pelajar yang baik tak akan melencong ke tempat
lain bila pensyarah dia suruh ke tandas. Hmm..baiklah sangat! Tidur dalam
kuliah baik sangatlah itu? Hihi..
No comments:
Post a Comment