BAB
5
“Woii…kau buta ke?? Jalan itu gunalah mata!! Atau
mata kau ni dah buta!!” pekik satu suara yang garau memarahi kami berdua.
“Amboi-amboi cantiknya bahasa yang dia guna. ‘Cair’
telinga aku mendengarnya.” hatiku mula memberontak. Mata aku dan Farah Amira
automatik terangkat melihat batang tubuh mana yang sedap sangat berbicara itu.
Kes mendongak itu bukan apa, sebab manusia depan kitorang ini panjang sangat
tingginya. Kot-kotlah batang tiang yang boleh berkata-berkata.
“Ohhh..aku ingatkan siapalah tadi? Rupanya si nenek
tua dengan minah tarzan.” Ujar lelaki segak tapi hampeh di hadapan kami berdua.
Tubuhnya kurus tinggi macam tiang lampu. Mulutnya terukir senyuman manis tapi
perasan lawa. Ishh..kenapa ada pro dan kontra? Sebabnya lelaki inilah berlagak
nak mampus kononnya hensemlah sangat di kalangan wanita kat UKM ni. Lelaki ini
jugaklah merangkap musuh utama geng kami. Siapa lagi kalau bukan Fendy sengal!!
“Hmm..aku ingatkan siapa la tadi rupanya lelaki
jambu UKM rupanya.” Ujar aku selamba. Cukup sinis.
Farah Amira hanya ketawa kecil menyokong
kenyataanku. Fendy menjeling geram ke arah aku umpama ingin menelan aku dan
Farah hidup-hidup. Farah pantas menekup mulutnya melihat tingkah Fendy. Coverlah katakan.
“Korang berdua ni tak ada mata ke yang sesuka hati
aje nak langgar aku ni?” tengking Fendy.
“Alah, orang tak ada modal la tu. Asyik nak
mengungkit aje kerja dia”
“Woii..Ainaa. kau jangan nak cari pasal dengan aku
boleh tak?”
“Sejak bila pulak kitorang cari pasal dengan kau,
hah? Tolong sikit. Bukannya kitorang sengaja nak langgar tiang lampu macam kau
ni. Betul tak, Farah?” Farah Amira hanya mengangguk perlahan.
“Habis itu, ini apa? Siapa yang buat? Siapa nak
bertanggungjawab ni, hah?” mata kami kini tertumpu pada baju kemeja milik
Fendy. Coke milik Farah Amira tertumpah ke baju Fendy akibat perlanggaran tadi.
“Alah kau ni pun. Itu pun nak marah. Balik kolej
basuhlah apa susah.”
“Kau cakap senanglah. Aku tak kira, aku nak kau
ganti balik baju aku ni!! Baju aku ni mahal tau tak?! Kau ingat murah aku beli?
Dua ratus tau aku beli!” tengking Fendy lagi.
“Mak oii..sampai dua ratus kemeja buruk kau beli
ini. Daripada membazir beratus-ratus baju kau beli ini, ada baiknya kau derma
kat surau ke, masjid ke apa” aku menjawab selamba. Aku nampak muka Fendy yang
putih mula naik memerah. Agaknya bahang amarah kot!
“Kau cakap senanglah. Ganti balik baju aku itu.”
“Nah dua ratus kalau kau nak sangat. Kau ingat
kitorang tak ada duit sangat ke kalau nak ganti baju buruk kau itu, hah?”
sampuk Farah Amira melempar beberapa not lima puluh ringgit ke muka Fendy.
Fendy bertambah geram. Tubuhnya macam cacing kepanasan melihat kami berdua.
Wajah garangnya langsung tidak menggugat wajah ayu kami berdua. Ewahh..perasan
tu!
“Eii..mulut korang ni!! Memang kurang ajar kan?”
“Ishh..tadi dia jugak yang nak suruh ganti. Bila
orang dah bagi duit tak nak pulak.” Aku mula menundukkan badan demi mengutip
duit yang dilemparkan oleh Farah Amira itu tadi. Baik bagi kat aku duit ini, aku
tengah pokai sekarang ini.
“Aku tak penduli. Kau basuh baju ni. Esok aku nak
kau hantar balik baju ni. Bersih. Faham??” Fendy mula menangggalkan baju
kemejanya. T-shirt putih miliknya masih tergantung di tubuhnya. Nampak smart pulak bila tengok. Hehe..
“Ek ehh..ehhh..senangnya kau cakap. Ambil basuh
sendirilah. Baju dia itu entah penuh dengan peluh, kuman, virus H1N1 segala ada
kat situ.” Ujar Farah Amira. Menyampah.
“Aku tak kira korang kena basuh jugak!!” terus dia
menghulurkan bajunya kepada Farah Amira. Tergopoh-gopoh Farah Amira
menyambutnya.
“Eh..bila masa kitorang setuju nak basuh baju kau,
hah? Ambik balik baju kau ni”
“Kalau kau tak nak ambil, aku adukan kat daddy kau yang kau ni seksa aku kat
kampus nak?” ugut Fendy garang. Wajah Farah Amira terkulat-kulat memandang
wajah kacak si Fendy sengal.
“Apa kau ni, Fendy? Jangan nak babitkan daddy aku dengan masalah baju kau yang
busuk, buruk dan kotor ni, okey? Kau tak ada hak nak suruh aku basuh baju kau
ni!!” jerit Farah Amira geram.
“Haa..kau boleh tak nak basuh baju itu sebab aku
boleh aje bagi tau papa aku suruh berhenti buat bisnes dengan daddy kau. Masa itu baru kau tau langit
itu tinggi ke rendah. Hahaha.. Okeylah, aku dah tak kuasa nak layan kerenah
korang berdua lama-lama. Chow dulu.” Aku
melopong manakala si Farah melongo melihat aksi sombong si Fendy. Dia dengan
berlagaknya berjalan melintasi kami berdua. Bahu kami dirempuh kasar. Selamba.
Habis terdorong tubuh kami ke tepi. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
“Oh ya, jangan lupa tau bagi balik baju aku itu esok
kat depan fakulti kita pukul dua petang. Sharp,
okey. Lambat siap kau nanti!! Bye two
princess! Hahaha…” ketawa si Fendy sengal terngiang-ngiang meninggalkan
kami.
Melihat tubuh Fendy yang sudah jauh meninggalkan
kami tiba-tiba ruang sunyi sepi itu dipenuhi dengan jeritan Farah Amira yang
kuat dan kegeraman. Lagak histeria minah ini menjerit. Terkejut beruk aku
melihatnya.
“Yaahhhh….geramnya aku!! Benci!! Benci!! Benci!!! Dia
ingat dia tu siapa nak suruh aku basuh baju kotor ini?” terus Farah Amira
melempar kasar baju itu ke tanah. Dipijak-pijak baju itu geram. Sampai
terlompat-lompat lagaknya. Aku pulak terlopong melihat aksi kawanku yang tak
berapa nak betul ini seorang. Kawan siapalah ini?!
“Yang kau tak berapa nak waras ini kenapa? Macam
orang gila pun ada aku tengok.”
“Aku benci gila dengan mamat itu. Benci
sangat-sangat!”
Aku menggeleng sahaja melihat rakanku itu. “Oh ya,
aku nak tanya sesuatu dengan kau ini. Papa mamat tu berpengaruh sangat ke sampai
dia berani nak ugut untuk jatuhkan daddy kau
tu, Farah?”
“Ha’ahlah wei..papa dia itu businessman berpengaruh jugak kat Malaysia ni. Ada syarikat besar
dengan cawangan kat macam-macam negeri. Kalaulah papa dia itu dah tak nak buat
bisnes dengan daddy aku, lingkuplah
bisnes daddy aku, Ainaa! Kau tau tak
Ainaa?!” Farah menggoyang-goyangkan bahuku kuat. Tubuhku bergegar kuat akibat
goyangan Farah Amira. Sakit tau tak? Apa dia ingat aku ni anak patung ke?
Sesuka hati nak goyang!!
“Eh, kau ni Farah. Tak payahlah nak emo sangat! Dah
dia suruh kau basuh baju itu, basuh ajelah. Bukan ke hobi kau pada waktu lapang
basuh baju?”
“Tapi aku tetap geram. Dia tak layak bagi arahan
untuk aku tau? Bencinya aku mamat itu. Benci!! Benci!! Benci!!” sekali lagi
Farah Amira melompat-lompat lagak anak kecil di atas baju kemeja berwarna merah
darah milik Fendy. Agaknya mungkin dia anggap baju itu macam si Fendy sengal
kot? Habis kotor baju itu terkena tanah. Aku hanya melihat sepi si Farah itu.
No komen!
“Err..Farah. aku dah lama nak bagi tahu kau ni. Aku
harap kau banyak-banyak sabar, ya?”
“Apa dia?” Farah melihat aku. Matanya mencerlung
memandangku. Nafasnya mulai turun naik. Letih agaknya asyik jadi katak aje dari
tadi.
“Err..kalau kau pijak-pijak baju itu, kau lompat
lagi, kau tenyeh lagi baju itu dengan tanah, lagilah susah kau nak basuh baju
itu nanti. Sebab kotor sangat.” Ujar aku perlahan. Aku tersengih. Bersusun
gigiku yang putih bersih ini. Boleh jadi model iklan ubat gigi Colgate atau
Darlie ini! Cewahh..
Farah Amira berpaling melihat baju kemeja Fendy di
kakinya. Tiba-tiba Farah Amira memegang kedua belah pipinya lalu memandang ke
langit dan… “Tidaakkk!!!”
Aku hanya menutup kedua-dua belah telingaku di
sebalik tudungku. Redha dan pasrah dengan jeritan nyaring nenek kebayan moden…
No comments:
Post a Comment