Nuffnang

Tuesday, January 14, 2014

Bab 13 Harga Sekuntum Cinta

BAB 13

Aku melangkah dengan tergesa-gesa merempuh sekumpulan manusia yang berada di hadapanku kini. Mungkin semua manusia ini baru sudah menghadiri kuliah. Misiku sekarang sangat penting untuk berjumpa face to face dengan sifu aku iaitu Puan Halimah. Betapa aku memerlukan bantuan dia sekarang! Oh, Puan Halimah hanya kamu sahaja yang dapat bantu Ainaa Farhanah Awi sekarang ini! Langsung aku tak pendulikan mata-mata yang melihat aku yang kelam kabut berjalan mecari pensyarah aku itu. Langkah aku yang laju itu hampir-hampir membuatkan aku tersadung ke tanah tapi ini Ainaa Farhanah Awi tak kan senang-senang nak jatuh macam nangka busuk. Hehe..
            Tiba-tiba aku melihat kelibat pensyarah kesayanganku itu. Dia cuba melangkah keluar daripada bilik kuliah di depanku. Tanpa membuang masa, aku mempercepatkan langkah aku lagi ke tahap maksimum. Aku ‘drift’ kan lagi langkahku di selekoh yang tajam di kaki lima itu. Akhirnya, aku berjaya sampai tepat di muka Puan Halimah.
            Dapat aku lihat muka terkejut beruk Puan Halimah yang melihat reaksi aku yang hadir di depan mukanya. Itu semua tak penting sebab aku ada hal lagi penting nak minta bantuan daripada Puan Halimah. Ini soal hidup dan mati aku!!
            “Ainaa Farhanah Awi!! Awak ini, kenapa? Nak buat saya mati terkejut ke?” marah Puan Halimah geram. Dia mengurut dadanya yang masih ‘shock’. Puan Halimah menjuihkan bibirnya. Geram dek terkejut.
            “Tak adalah, puan. Saya nak mintak tolong puan ini. Saya betul-betul dalam kesempitan ini. Hanya puan sahaja yang boleh tolong saya sekarang ini” ujarku separuh merayu.
            “Tolong apa ini, Ainaa Farhanah Awi? Saya ada kerja lain pulak ini.”
            Puan Halimah ini memang terbaiklah. Dia seoranglah yang suka sebut nama penuh aku dengan baik sekali. Hehe..ni makin sayang Puan Halimah ini.
            “Alah, puan. Saya terdesak ini. Saya nak minta markah individu saya dinaikkan sedikit. Kasihanilah saya, puan”
            Muka seposen aku paparkan depan pensyarah aku seorang ini! Muka kesianlah katakan!
            “No! no! Saya tak kan naikkan markah awak itu.” siap digoyangkan sekali jari telunjukku.
Puan Halimah mula bertegas. Dia mula bergerak meninggalkan aku yang terkulat-kulat sendirian.
Aku pantas menahan langkah Puan Halimah. Aku mendepangkan tanganku seluas-luasnya. Mukaku sedikit tegas daripada sebelum ini. Puan Halimah terkedu.
Tiba-tiba, aku duduk melutut mengadapnya. Gaya ala-ala prince gitu. Puan Halimah pula umpama princess yang sedang dirayu oleh prince charming. Cewah, nak merayu mintak tolong kan!
“Puan..puanlah yang baik hati, yang pemurah, yang cantik. Tolonglah saya puan. Dengan bantuan puan sahajalah saya dapat naikkan pointer semester saya ini lagi” aku memegang erat tangannya. Tangan Puan Halimah aku genggam erat-erat.
Mataku sedikit bergenang biar nampak macam nak menangis sikit. Mimik muka pulak biar nampak sayu barulah real sikit!
Puan Halimah kalut. Dia kaget melihat reaksi aku yang sejauh itu. Mukanya sedikit merah apabila perlakuan kami diperhatikan. Malulah katakan. Aku ini tak malu ke? Ishh…mestilah malu jugak tapi aku lebih pentingkan masa depanku. Semuanya kerana nak mintak ‘nyawa’ daripada Puan Halimah.
Puan Halimah menolak tanganku kasar. Jatuh terduduk aku dek tolakan kasar Puan Halimah itu.
“Sampai hati puan sebab buat saya macam ini. Sanggup puan tolak saya. Apa dosa saya, puan?”
Suaraku makin melirih. Merintih keseorangan. Kesedihan.
“Ishh..kamu ini, Ainaa. Bukan ke dah tinggi markah saya bagi kamu itu?”
“Tapi puan. Saya masih tak puas hati lagi. Bukan ke saya dah buat lagi elok daripada assignment sebelum ini. Saya dah check dengan puan empat kali turut-turut tapi kenapa markah saya still sedikit. Puan cakap nak bagi markah saya tinggi lepas tengok usaha saya yang tak mengenal erti penat lelah ini. Tapi kenapa masih lagi sikit, puan”
“Kamu ini, Ainaa kenapa tak belajar maksud sebenar rasa bersyukur, hah? Masih tak puas hati lagi saya bagi markah banyak tu?”
“Bukan tak puas hati, puan. Cuma naklah lagi tinggi. Saya tengok markah orang lain lagi tinggi daripada saya yang rajin ni”
Puan Halimah hanya menggelengkan kepalanya. Pasrah melihat anak muridnya yang sedikit angkuh itu. Hehe..
“Hmm..Ainaa, ainaa..kamu ini memanglah.”
“Tolonglah, puan. Saya hanya perlukan bantuan puan sahaja. Puan sahajalah tempat saya mengadu nasib ini. Please..puan. I really really need your help!!”
Aku merayu lagi. Penat dah asyik melutut daripada tadi.
Manusia yang lalu-lalang di depan kami ada yang berbisik dan ada juga yang tersenyum sumbing melihat tingkahku.
Melihat Puan Halimah yang masih tiada reaksi positif terus aku memeluk kakinya erat.
Please puan..tolong saya.”
Puan Halimah makin panik. Dia cuba untuk melepaskan diri daripada pautanku namun tetap gagal. Tindakan aku itu makin menarik perhatian para pelajar dan pensyarah di situ. Akhirnya, Puan Halimah mendengus.
“Ainaa Farhanah Awi!! What are doing right now? Leave me, now!” Puan Halimah menjerit geram. Mukanya makin tebal melihat tindakanku itu.
“No and never! Please madam. Help me…” aku merayu lagi.
“Okay, okay. Give me your assignment”
Akhirnya, detik yang ku tunggu telah tiba. Aku mendongakkan kepalaku. Terus wajahku berubah gembira.
Cepat-cepat aku memberikan assignment aku kepadanya. Aku berdiri tegak berhadapan dengan pensyarah kesayanganku ini. Hehe..nak dapat markah lagi kan kenalah protokol sikit!
Puan Halimah menandakan sesuatu di kertas assignmentku itu. Dia mengomel geram aku yang berperangai kebudak-budakan itu.
Bagi aku itu semua tak apa sebab aku sanggup menelannya. Itu semua demi markah assignment kau yang bakal lagi tinggi dari sebelum ini. Hehe..
“Nah, lepas ini tak nak dah kamu buat perangai macam ini, faham?”
 Aku hanya mengangguk. Mataku jadi bling-bling melihat markah baru aku yang makin tinggi. Teruja beb! Siapa tak teruja kalau free-free aje dapat markah lagi tinggi? Tapi ini bukan sekadar markah free tau, aku gadaikan maruah dan malu aku untuk dapatkan markah ini! Hehe..mission completed!
“Kyaa…Thank you, madam. Thank you so much!! Arigato! Kamsamida! Aahhh..seronoknya!!” Aku terus memeluk tubuh Puan Halimah yang sedikit berisi. Siap berpusing-pusing lagi aku memeluknya. Hatiku melonjat-lonjat rasa gembira kerana aku dapat naikkan markah aku ini lagi.
Puan Halimah hanya mengeluh perlahan. Tak tahu nak buat apa dengan anak muridnya yang aktif pelik ini.
“Ainaa Farhanah Awi. Boleh tak jangan peluk saya erat macam ni? Sesak nafas saya tau?”
Aku melepaskan pautan di tengkuknya. Melihatnya yang terbatuk-batuk buat aku tersengih kecil.
“Oppss!! Sorry puan. Tak sengajalah pulak. Seronok sangat dapat markah ini”
“Hmm..kamu ni, Ainaa. Macam-macamlah”
Puan Halimah menggosok-gosok tengkuknya yang sedikit sakit.
“Okey, puan saya minta diri dulu iya? Terima kasih sebab tolong saya. Sayang puan sangat-sangat”
“Hmm..iyalah itu.”
“Eh, puan. Saya jujur ni. Saya betul-betul sayang puan tulus dari lubuk hati saya tau?”
“Pandailah kamu menggayat saya, Ainaa. Awak jangan ingat saya tak tahu perangai kamu tu. Suka meyakat aje lebih”
“Ishh..puan tak baik cakap macam itu. Saya serius bila saya luahkan perasaan saya ni tau. Puan tak tahu. Kalau puan tak percaya tanyalah hati saya”
Aku meletakkan tangan kananku di dada. Feeling sikitlah katakan.
 “Iya, iyalah Ainaa. Ikut suka kamulah nak kata apa pun.”
Puan Halimah beralah. Malas dia nak layan kerenahku yang entah apa-apa.
Aku mula berkira-kira untuk melangkah pergi. Terus tangan Puan Halimah aku salam dengan sopan.
“Haa..tadi tak ada pun nak salam ke apa? Dahlah salam pun kamu tak bagi. Kasi orang terkejut saje adalah.” Omel Puan Halimah.
Aku tersengih wangi.
Sorry, puan. Lupalah pulak. Masa itu fikir nak naik markah aje. Lepas ini saya janji tak kan lupa nak bagi salam kat puan, okey?” Aku mengenyitkan mataku sedikit. Alah sekali-sekala bergurau dengan Puan Halimah bukan selalu pun.
Puan Halimah hanya tersenyum melihatku.
“Haa..macam itulah puan. Kalau senyumkan manis bila orang nampak.” Aku mengusik lagi Puan Halimah.
“Nak usik sayalah tu?”
“Alah, puan. Bergurau sekali-sekala. Tak gurau tak mesra.”
“Iyalah tu. Kamu ini dah buang masa saya pulak asyik melayan kerenah kamu. Dahlah saya nak masuk office pulak ini. Sepatutnya saya ada meeting lepas ini tapi kamulah yang mengganggu saya kat tengah jalan ini. Buat malu saya saje.”
Aku hanya menggaru kepalaku yang tidak gatal. Senyumku masih utuh di wajahku. Biasalah kena dengar jugak bebelan pensyarah aku ini. Kan baru dapat markah baru. Tak sabar aku nak tunjuk kat geng aku. Nak tunjuk kat diorang yang sahabat baik diorang ini terer jugak orangnya. Muahahaha..
“Okeylah, puan. Cepat-cepatlah puan pergi nanti terlewat pulak meeting itu” ujar aku selamba.
“Amboi, dia pulak yang menghalau kita ni. Sedap aje mulut dia bercakap.”
Aku tersengih lagi.
“Bukan menghalaulah, puan. Nasihat aje.”
“Dahlah malas saya nak layan kamu ini, Ainaa. Saya pergi dulu”
“Okey, puan. Jalan bebaik tau. Kalau jatuh bangun sendiri, saya tak ada nak tolong angkat”
Apabila aku melihat Puan Halimah, aku menjerit sedikit kuat sambil melambai-lambaikan tanganku. Tersengih.
“Dia ini!!” Puan Halimah sedikit bengang. Dia malu apabila ada sesetengah orang yang lalu di situ membisikkan sesuatu sambil tersenyum.
Aku baru sahaja ingin melangkah tapi langkahku terus terhenti kerana panggilan Puan Halimah sekali lagi.
“Oh ya, Ainaa. Saya lupa nak bagi tau yang dua minggu lagi universiti kita akan anjurkan program forum pemikiran strategik. Saya nak kamu tolong saya untuk uruskan perjalanan program itu, tau?” ujar Puan Halimah.
“Oh, program yang puan katakan dalam kuliah sebelum ini iya? Kalau semuanya untuk Puan Halimah saya sanggup. Hehe..”
“Ah..nak mengusik saya lagilah itu.”
“Huhu..tak adalah. Saya okey aje. Nanti kalau puan nak mintak tolong apa-apa lagi puan jangan lupa contact saya tau. Saya free aje. Insya Allah.”
“Okey. Kalau macam itu tak apalah. Senang sikit kerja saya kalau kamu yang tolong. Nanti kita jumpa lagi iya? Saya nak cepat ni.”
“Okey, puan. Babai.”
“Babai pulak. Assalamualaikum.”
“Oppss..silaplah. Walaikumusalam.”
Aku hanya tersenyum melihat kelibat Puan Halimah yang masuk ke dalam keretanya. Tanganku melambai-lambai ke arah pensyarah aku itu. Tanpa aku sedari sepasang mata yang masih setia melihat perilaku aku dari tadi. Senyumannya terukir di bibir membuahkan idea di fikirannya.



No comments:

Post a Comment