Nuffnang

Saturday, January 11, 2014

Bab 10 Harga Sekuntum Cinta

BAB 10

Burung berdecit-decit menandakan waktu pagi yang menjelang tiba. Suasana pagi terasa sangat tenang dan nyaman waktu ini. Angin yang bertiup terasa sangat nyaman. Orang ramai masih lagi mengerumuni pasar pada pagi itu. masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk membeli keperluan di pasar itu. Walau bagaimanapun, itu hanya luaran semata-mata tidak menggambarkan rasa sakit di hati Zara Elina. Matanya cukup tajam menerkam raut suatu wajah yang ayu. Siapa lagi kalau bukan aku!
“Yang kau tenung aku macam nak makan tu apasal? Aku bukan boleh dimakan pun” ujar aku sinis. Sengaja aku buat hatinya makin membara. Hmm..biar dia tahu bukan dia seorang sahaja yang pandai marah orang.
            Ramai orang berkumpul memandang perilaku kami di tengah-tengah jalan. Ada juga yang memandang sepi seperti tiada apa-apa. Perbuatan aku yang menegur sikap kurang ajar Zara Elina di khalayak ramai menjadi perhatian awam.
 “Kau ini Ainaa. Memang nak kena dengan aku kan?” ujar Zara Elina marah.
“Ek eh..siapa nak kena siapa? Kau itu jaga sikit perangai. Ingat cantik sangatlah perangai macam itu.” aku membela diri aku sendiri.
“Ainaa..kau ni kenapa sangat suka cari pasal dengan aku, hah?”
“Ikhlas aku cakap sekarang yang aku sebenarnya bukan suka bergaduh dengan orang apatah lagi orang macam kau ini. Tapi bila aku tengok perangai hantu kau ini buatkan hati aku betul-betul sakit tau? Kau tau tak perangai kau yang kurang ajar ini dah buat jiwa muslimah aku ini tercabar tau tak?” aku mencebik geram memandang Zara Elina di depan aku sekarang. 
Aku melihat sayu seorang perempuan tua di lantai. Bukan dia sengaja nak duduk di lantai itu tapi ditolak kasar oleh minah sewel ini. Entah apa dalam kepala otak dia pun aku tak tahu. Apalah dosa mak cik ini sampai dia nak tolak mak cik tua ini ke lantai. Aku pantas menghampiri perempuan tua itu lalu lengannya aku paut untuk mendirikannya.
“Mak cik okey ke? Tak sakit kat mana-mana kan?” Tanya aku panik. Manalah tahu kot si Zara Elina ini serang mak cik ini macam singa atau harimau. Aku membelek-belek tubuh wanita tua itu mencari tanda kalau-kalau dia tercedera.
Perempuan tua itu terpinga-pinga memandangku. Dia pun menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak apa, nak. Mak cik tak apa-apa.” Jawab wanita tua itu. Tenang.
“Kalau mak cik tak ada apa-apa mari saya tolong hantarkan mak cik pulang. Buang masa mak cik layan perempuan sewel ini” Aku perlahan-lahan memimpin mak cik itu meninggalkan tempat itu. Zara Elina geram melihat tindakan aku yang membawa wanita yang ditolaknya tadi dengan begitu sahaja. Terkulat-kulat dia sebentar melihat dirinya seperti tunggul itu.
“Ainaa, kau ini kenapa selalu buat aku geram! Kau panggil apa aku tadi? Sewel??!” tengking Zara Elina. Dia tidak penduli mata-mata yang memandang ke arahnya.
Ishh…perempuan ini suka betul dia nak populariti murahan macam ini. Kot iya pun tak payahlah masukkan aku dalam drama bersiri kau itu. Aku tak hingin famous macam kau kalau takat nak menjerit-jerit depan orang ramai ini.
Aku berpaling memandangnya. Muka kuning langsat Zara Elina ku tenung tajam.
“Hah, apa kau nak? Tak puas lagi hati kau tolak mak cik ini tadi? Nak marah aku pulak?”
“Kau itu siapa nak masuk campur hal aku dengan perempuan tua itu, hah?”
“Aku memang bukan siapa-siapa dengan mak cik ini tapi aku sebagai perempuan pun ada hati dan perasaan tahu jugak nak hormati dia sebagai orang tua. Yang kau ini pulak nak marah-marah mak cik ini apasal? Siap nak bertolak-tolak semua. Kalau kau nak main tolak-tolak sekalipun baik kau cari lawan yang betul. Carilah yang sebaya dengan kau ke apa. Ini tak, tolak orang tua. Apa masalah kau ini sebenarnya?”
“Perempuan tua bangka ini yang tolak aku dulu. Kau tengok ini habis baju aku kena lumpur ini” ujar Zara Elina.
Aku hanya memandang sekilas kesan kotoran lumpur di baju blous milik Zara Elina. Keningku terangkat sebelah. Setakat kotoran macam itu pun nak berkira.
“Maaf, nak. Mak cik tak sengaja. Mak cik mintak maaf banyak-banyak sebab terlanggar anak. Tadi ada basikal hampir-hampir langgar mak cik itu sebab mak cik elak jadi terlanggar anak ini.” Terang perempuan tua itu bersalah.
“Kau ini otak kecil betullah. Setakat kotoran macam itu pun nak berkira sampai sanggup nak tolak orang tua macam ini. Ini pun mak cik  dah mintak maaf. Apa masalah kau ini sebenarnya?” ujarku membangkang sekaligus membela perempuan tua di pangkuanku kini.
“Aku tetap tak puas hati. Apa perempuan tua ni ingat dia mak datin sesuka hati nak tolak orang?” jerit perempuan gila bernama Zara Elina.
“Maafkan mak cik, nak. Mak cik tak sengaja.” mohon wanita tua itu lagi. Kali ini dia seperti ingin menangis meminta maaf. Aku menggosok-gosok bahu wanita itu menenangkannya.
“Apa kau ingat aku nak maafkan macam itu saje”
“Habis tu kau nak mak cik ini buat apa?”
“Aku nak dia melutut depan aku kat tengah-tengah orang ramai ini.” Sinis bunyi suara Zara Elina. Dia memeluk tubuh dengan berlagaknya.
“Amboi, amboi..berlagaknya minah sewel ini. Apa kau nak jadi raja? Siap suruh orang melutut lagi depan kau” lantang suaraku meningkah.
“Eh..kau diam Ainaa. Atau kau nak join mak cik ini melutut jugak depan aku?” sindir Zara Elina lagi.
“Tak ada faedah keuntungan aku nak melutut depan kau yang tak berapa betul ini. Dahlah mak cik, tak payah layan perempuan tak betul ini. Buat sakit mata, sakit jiwa aje kalau kita layan minah ini” Aku memimpin wanita itu pergi. Wanita itu hanya mengikut langkahku.
“Kau cakap aku apa, Ainaa? Kau sakit jiwa, sakit mata dengan aku?”
“Mana taknya, aku tengok pakaian kau ini lebih daripada luar biasa seksinya. Kau ini nak pakai baju ke tak sebenarnya? Baju adik kau ke yang kau rampas ni? Sekali aku pandang kau ni tak ubah macam nangka kena balut dengan surat khabar lama aje. Dahlah perangai  macam hantu. Tak ada rasa kemanusiaan aje kau ni, Zara.” Aku mula menyemburnya. Hah, baru kena dengan muka kau. Aku pun beredar dari situ. Malas nak pendulikan perempuan ini apatah lagi nak melayan mata-mata yang sedang melihat sinetron drama tak berpengarah.  
Wanita tua di sebelahku itu hanya memerhatikan gelagat kami berdua. Usai dia mendengar ‘kata-kata berhikmahku’ dia sedikit tergelak menahan ketawa. Zara Elina membulatkan matanya melihat tingkah kami berdua. Tanpa membuang masa, aku sekali lagi menarik tangan perempuan itu agar cepat-cepat beredar.
“Tunggu!! Kau nak ke mana?! Aku cakap tunggu! Aku tak habis lagi cakap dengan kaulah!!” Zara Elina menjerit bagai nak gila. Kakinya dihentak-hentak ke lantai tanda tidak puas hati. Dirasakan maruahnya betul-betul tercalar dengan kata-kata diriku, Ainaa Farhanah Awi.
“Aku cakap tunggu, tunggulah.” Jerit Zara Elina sekali lagi.
Melihat respons aku yang tidak pendulikan dia, Zara Elina makin memberontak. Tidak semena-mena dia datang meluru ke arahku lalu mengambil bekas air yang berisi air kelapa muda yang dijual oleh seorang pak cik tua berdekatan dengan tempat kami berada. Tangannya laju melemparkan bekas air itu ke arahku. Habis lencun satu badan aku. Tudungku dan baju kurungku kini sudah dibasahi dengan air kelapa muda yang sepatutnya enak diminum waktu tengah hari dan panas terik macam hari-hari sebelum ini.
Kedengaran suara Zara Elina yang sedang ketawa terbahak-bahak. Puas hatinya melihat musuh yang cantik sepertiku seronok ‘dimandikan’ dengan air kelapa muda.
 Aku meraup mukaku yang basah lalu aku merencikkannya ke lantai. Aku mengeluh perlahan. Mak cik di sebelah aku terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam itu! Siap menekup mulutnya melihat aku yang basah kuyup dengan air kelapa muda. Aku apatah lagi! Nak kata terkejut beruk, tak sampailah taraf beruk tapi ada tak taraf kera? Ishh..tak kan aku ini kera pulak? Aduihh.. Ainaa kau ini dah tak berapa betul agaknya lepas kena siram dengan air kelapa muda. Tapi sebenarnya aku taklah terkejut sangat tapi agak-agaklah kan apa reaksi orang lain kalau kena siram dengan air kelapa muda? Jadi aku ambil alternatif untuk bersabar dan tenang menempuhi dugaan dan ranjau dalam hidupku. Aku merenung wajah Zara Elina. Tajam.
“Baik kau cepat minta maaf sebelum aku jadi ‘black’ Ainaa Farhanah, Zara.” Aku bernada rendah. Masih cuba menenangkan diriku yang sedang bergelegak di dalam.
“Tak nak!! Aku bukan semudah itu nak mintak maaf dengan kau. Kau itu bukan mulia sangat! Baru padan dengan muka kau, aku simbah dengan air kelapa itu!! Ini peringatan untuk kau sebab buat aku sakit hati!! Kau ingat kau siapa nak tegur aku macam itu? Aku ini Zara Elina, tau tak?” bidas  Zara Elina. Cukup angkuh.
Minah sewel ini kalau bercakap dia langsung tak fikir akibat dan kesan bila berkata-kata. Apatah agi kalau bercakap dengan Ainaa Farhanah Awi ini!! Dia belum cukup kenal lagi siapa aku! Si  Zara ini aku tengok sekarang dah besar kecik, besar kecik aje..!
“Aku tanya sekali lagi kau nak mintak maaf atau tak?” soal aku sekali lagi.
“Mak cik tunggu sini, iya. Saya nak selesaikan masalah negara sekejap.”
Aku meluru ke tempat menjual ikan di hadapanku. Tiba-tiba, mataku tertancap pada air basuhan ikan. Idea~!! Hehe..siaplah kau! Kau silap besar sebab buat Ainaa Farhanah yang sopan santun jadi ‘black’ Ainaa Farhanah. Muahahahaha…sabar Ainaa, sabar!! Sabar itu separuh daripada iman!
“Pak cik, pak cik nak lagi ke air ini?” pak cik itu kehairanan melihat aku yang basah kuyup mandi di pagi yang indah ini. Aikk..budak ini tak cukup air lagi ke sampai nak air basuhan ikan aku lagi? Desis hati pak cik jual ikan itu.
“Ambil ajelah. Pak cik bagi free. Kamu nak buat apa dengan air basuhan ikan itu? Nak mandi ke?” pak cik itu siap dengan soalan bodohnya.
Aku melihat pak cik itu dengan muka bosanku. Aku menepuk dahiku. Alahai, apasal pak cik ini tanya soalan macam itu?
 “Pak cik ini tak ada maknanya saya nak mandi dengan air busuk hapak ini. Saya nak balas dendam ini. Apa-apa pun pak cik terima kasih banyak-banyak iya. Hanya Allah sahaja boleh balas jasa pak cik sebab tolong saya. Hohoho..” pak cik tua itu kelihatan kecut melihat aku ketawa ngeri seperti itu. Aku berhempas pulas mengangkat sebaldi air basuhan ikan itu ke ‘medan peperangan’ antara  aku dan Zara Elina!
“Zara, aku tanya sekali lagi, kau nak mintak maaf dengan aku tak? Aku bagi kau peluang terakhir. Kau nak mintak maaf dengan aku atau tak?” soal aku sekali lagi. Zara Elina bangga dengan lagaknya yang memeluk tubuh dengan memakai baju blous tanpa lengan dan skirt pendek yang ketat. Naik juling mata aku tengok pakaian minah ini.
“No way!! Aku tak kan..” belum sempat ayatnya selesai aku menerkam Zara Elina dengan sebaldi air basuhan ikan tadi. Setelah mendengar jawapan ‘no way’ Zara Elina, aku dengan beraninya bak srikandi muslimah menyimbah air basuhan ikan itu. Langsung tak teragak-agak nak mandikan minah sewel ini dengan air yang cukup busuk itu. Pandai sangat nak mandikan aku! Barulah seri satu sama!! Menjerit sakan minah itu melihat dirinya yang kehujanan dengan air basuhan ikan.
Orang di sekeliling hingar-bingar melihat kami berdua ‘bergomol’ di tengah-tengah jalan itu. Ramai orang mula mengerumuni kami. Aku malas nak ambil kisah dengan pandangan orang awam. Watak sampingan yang cuma nak memeriahkan suasana kami lagi.
“Hah, ini balasan kau sebab tak nak mintak maaf dengan aku. Apa kau ingat aku takut dengan ugutan kau itu? Ini Ainaa Farhanah Awi, tau tak? Jangan sekali-kali kau cabar aku, Zara!! Baru padan dengan muka kau!!” bidas aku kasar. Itulah tak guna langsung kalau guna cara lembut dengan minah sewel ini. Kena simbah air ikan baru dia reti sikit bahasa nak hormatkan orang tua atau orang lain.
“Ainaa!!!!”
“Panggil nama aku sekali cukuplah. Yang kau nak panggil nama aku banyak-banyak kenapa?”
“Kau…”
“Lain kali jangan buat tak reti bahasa nak mintak maaf dengan orang tua. Satu lagi jangan nak tunjuk eksyen sangat depan orang. Kau itu belajarlah sikit nak hormatkan orang lain. Nanti sampai bila-bila tak ada orang nak hormatkan kau. Apa kau ingat kau itu baik sangat, mulia sangat, hebat sangat?!” aku mula menengkingnya. Terkulat-kulat si Zara itu memandang aku.
“Ainaa…aku..”
“Kau nak penampar pulak ke?” aku dengan berani mengangkat tangan ke muka Zara Elina.
Zara Elina kembali jinak. Takut mungkin. Dia tertunduk daripada terkena penampar sulung daripadaku.
“Hah, tahu pun takut! Baik kau mintak maaf dengan mak cik ini” ujarku lantang.
Zara Elina menarik muncung. Dia masih lagi ego untuk meminta maaf. Melihat tingkahnya yang degil, aku sekali lagi mengherdik.
“Cepat!!”
“Iya. Mak cik, maaf.” Ujar Zara Elina tidak berperasaan. Langsung wajah tua itu tidak dipandangnya.
“Eh, kau tak tau ke asas nak minta maaf itu kena akui kesalahan, pastu minta maaf dengan hati yang ikhlas, suara betul-betul bersalah dan paling penting cium tangan kalau orang yang kau nak mintak maaf itu lebih tua daripada kau, faham??” terang aku menegur tindakannya.
Zara Elina menjeling aku. Aku membulatkan mataku lalu membalas jelingannya. “Kau tak nak ikut apa aku cakap ke atau kau nak aku tumbuk muka kau itu, hah?” kepalaku sedikit senget dengan nada suara sedikit mengugut. Zara Elina sekali lagi menunduk.
“Iya, iyalah. Mak cik, saya mintak maaf sebab tolak mak cik sebelum ini. Mak cik maafkan saya iya?” pinta Zara Elina. Tangannya mula memegang tangan wanita tua itu untuk di cium.
Mak cik itu terkebil-kebil pada mulanya hanya mengangguk perlahan. Dia hanya membiarkan tangannya dicium oleh gadis itu.
“Iya, mak cik maafkan kamu, nak.” ujar mak cik itu selepas lama mendiamkan diri. Dia berpaling ke arahku. Aku hanya tersenyum manis memandangnya. Mak cik itu hanya membalas senyuman itu.
“Hah, dah. Aku nak hantar mak cik ini balik pulak.”
Zara Elina hanya mencebik geram. Protes.
“Senyum.” Zara Elina hanya senyum paksa kepadaku. Aku ketawa kecil melihatnya.
“Mak cik, kami betul-betul minta maaf sebab dah susahkan mak cik. Biar saya hantar mak cik balik, iya? Rumah mak cik kat mana? Biar saya hantar.” Ujar aku ikhlas menolong.
“Tak apalah, anak. Mak cik pun tengah tunggu orang jugak sekarang ini. Kamu pun dah banyak tolong mak cik tadi. Harap kamu berdua berbaik-baik iya? Jangan gaduh-gaduh lagi. Tak baik.” Ujar mak cik itu ikhlas.
“Baik mak cik. Kami baik-baik aje. Sebenarnya dia ini kawan sekelas saya kat universiti. Kami okey aje” aku tersengih sumbing. Aku memaut bahu Zara Elina mesra. Pura-pura baik depan mak cik tadi.
“Eii..jangan pegang akulah Ainaa! Kau itu busuk!!” Dia menutup hidungnya.
“Eleh, macamlah kau itu wangi sangat! Aku lagi wangilah daripada kau yang bau ikan” ujar aku selamba. Zara Elina membulatkan matanya.
Perempuan tua itu hanya tersenyum kecil melihat kami berdua. Tiba-tiba hon kereta mengejutkan kami bertiga. Kami semua berpaling.
“Okeylah. Orang mak cik tunggu dah sampai. Mak cik pergi dulu iya?”
“Wah, itu driver mak cik ke?” soalku kehairanan.
“Lebih kuranglah. Okey, mak cik minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam. Jalan bebaik mak cik. Bye bye!!” aku melambaikan tangan kiriku kepada mak cik itu tanda perpisahan. Tangan kananku masih utuh di bahu Zara Elina.
“Eii..lepaslah.” ujar Zara Elina benci.
“Ek eleh, pegang sikit tak boleh. Dengan lelaki boleh pulak kau pegang-pegang. Aku pegang, kau marah.”
“Diorang lain, kau itu lain. Dahlah bau busuk.”
“Eh, nak marah aku pulak. Aku busuk ini sebab siapa? Kau jugak yang simbah air kelapa muda kat aku. Tapi kan Zara, kau tak perasan ke yang mak cik itu sebenarnya kaya jugak iya. Tak sangka aku.”
“Huh, penduli apa aku. Asal aku lagi kaya daripada dia.”
“Kau ini memang tak pernah nak insaf kan? Dah, meh sini aku hantar kau balik.”
“Buat apa. Aku boleh balik naik teksilah.”
“Apa kau ingat dengan keadaan kau macam ini ada orang nak bawa kau balik sampai banglo kau itu? Tak adalah, cik muda Zara Elina oii..sebab bau kau ini lebih busuk daripada ikan. Konfum sebelum kau tahan teksi ke bas ke hatta kereta mana sekalipun kat tepi jalan itu aku berani jamin mereka akan naikkan lagi speed kenderaan diorang daripada bagi kau naik. Huh!”
“Arghh..ini semua kau punya pasal!!!”
“Kau yang mulakan dulu. Jangan nak buat lupa pulak!”
“Habis itu kau nak hantar aku naik apa ini? Mana kereta kau?”
Zara Elina melihat kiri dan kanan melihat mana satu kereta yang aku bawa.
Eleh, ada hati lagi nak balik dengan aku! Jual mahal aje lebih! Hatiku mendesis perlahan.
“Tak ada maknanya aku nak bawak kau naik kereta. Dah, naik motor aje.”
“Whatt??!! Motor??!! No way, aku tak kan naik!!”
“No way, aku tak kan naik!!” aku mengajuk kata-katanya. Menyampah.
 “Haa..kalau kau nak rasa jalan kaki boleh aje. Aku jamin lagi 200% yang tak ada orang nak tumpangkan kau naik kereta dengan keadaan kau yang tak ubah macam perempuan gila kat Tanjung Rambutan itu. Apatah lagi             boyfriends-boyfriends kau yang berlambak kat luar itu, konfum tak kan ada yang nak hantar kau balik.” Ujar aku santai. Nada sidiran tetap ada. Itu wajib bila ada dengan minah Zara Elina ini.
“Shit! Habis kenapa kau sanggup nak hantar aku balik?” Zara Elina memandangku inginkan kepastian.
“Sebab aku pun ada hati perut kat musuh aku yang dalam kesusahan. Tak kan aku nak tinggal kau seorang diri. Lagipun, kau itu perempuan, macam-macam boleh jadi kat kau. Apatah lagi dengan pakaian kau itu. Lelaki tua pun boleh terangsang tengok kau pakai pakaian macam ini. Kau bukan sahaja dapat dosa tapi yang lebih bahaya kau sengaja tempah diri kau dalam keadaan yang bahaya. Kes rompak, rogol, bunuh ini dah menjadi-jadi sekarang. Mestilah aku sebagai perempuan risau tengok kau macam ini.”
Panjang lebar aku berhujah. Ketika itu, aku sudah mengambil motorku di bahu jalan. Terus topi keledar aku pakai dan mula bersedia untuk menaiki motor.
Zara Elina hanya diam membisu mendengar aku berkata-kata. Dia mula berfikiran jauh. Aku kepelikan melihat reaksi Zara Elina yang diam membisu. Tadi bising sangat.
“Dah, cepat naik! Yang kau senyap ini apasal pulak?”
“Ah..yalah aku naik. Dahlah motor kau ini buruk.”
“Ishh..banyak bunyi betullah. Kau nak aku tinggal kau ke? Aku dahlah tak selesa sekarang tau tak? Badan ini dah melekit semacam aje. Aku nak balik mandi cepat-cepat.”
Zara Elina tetap naik motor itu walaupun mengomel macam-macam. Tangannya lincah mengikat tali topi keledar. Aku bosan mendengar rungutannya terus membawa motor dengan lajunya. Zara Elina sedikit terkejut terus memaut bahuku kuat dan menjerit, “Ainaa!!!”

Perlakuan kami berdua hanya mengundang ketawa sepasang suami isteri yang melihatnya dari awal. Mereka hanya ketawa sambil memikirkan sesuatu. Sesuatu yang mungkin membawa kebaikan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment