BAB
22
Sebuah
kereta BMW putih membelok masuk ke
tempat parking kereta di kawasan UKM. Beberapa pasang mata memandang ke arah
Aizriel Danish yang baru sahaja keluar dari perut kereta itu. Mereka
berbisik-bisik memandangnya. Pakaiannya hari ini santai. Dia hanya mengenakan T-shirt
putih dan berjaket hitam. Di tambah dengan seluar jeansnya makin melengkapkan
imejnya yang segak bergaya. Rambutnya yang disikat tengah menampakkan juntaian
anak rambut di dahinya. Sekali imbas macam gaya artis korea aje gamaknya! Smart gila kot!
Aizriel Danish berjalan. Matanya
melilau-lilau mencari kelibat orang yang dikenalinya. Sedang dia mencari-cari,
dia melihat seraut wajah yang mampu membuatkan jantungnya berdegup kecang.
Gadis itu berlari-lari dengan helaian kertas di tangannya. Habis berterbangan
helaian kertas itu ke tanah. Gadis itu makin kalut.
“Lari lagi? Macam mana orang tak panggil budak-budak
kalau setiap kali nampak aje dia ini mesti berlari” perlahan suaranya berkata.
Matanya masih melihat wajah itu. Dia jadi terhibur
dengan keletah gadis manis itu.
Gadis itu duduk tercongok mengutip kertas yang jatuh
berterbangan itu. Tangannya cepat-cepat mengutipnya. Aizriel Danish tidak dapat
mengawal dirinya daripada terus membiarkan gadis itu terbongkok sendirian.
Terus dia mendekati gadis itu. Namun, belum sempat dia menolong, gadis itu
sudah selesai mengutip kertas-kertas itu.
Gadis itu bangun lalu menyambung lariannya lagi.
Ingatkan nak berjalan aje tapi boleh
dia sambung berlari lagi! Gadis ini nampak macam relaks dengan kehidupannya.
Sesuka hati nak buat apa pun tanpa menghiraukan pandangan orang lain padanya.
“Beri laluan! Beri laluan!!” jerit perempuan itu
lagi. Pelajar-pelajar yang berjalan di depan dan bertentangan dengannya
cepat-cepat mengelak daripada berlanggaran.
Aizriel Danish tersenyum lagi. Dia menggeleng lemah
melihat gelagat gadis itu.
Tiba-tiba, gadis itu berlanggar dengan satu susuk
tubuh. Tubuhnya yang kurus itu jatuh ke lantai. Aizriel Danish terkejut.
Gadis yang berlanggaran dengannya itu terus memaki
hamunnya. Mula-mula, gadis itu meminta maaf dengan baik tapi gadis di depannya terus
mengherdik dengan garang. Aizriel Danish malas untuk masuk campur. Dia hanya
berniat untuk melihatnya sahaja. Sengaja dia buat begitu untuk melihat reaksi
yang bakal dilakukan oleh gadis yang mula disukainya dalam diam kini.
“Kau ni buta ke apa? Kau tak nampak ke aku kat depan
ni?” herdik gadis itu. Pakaiannya yang seksi itu makin membuatkan gadis di
depannya meluat.
“Hek eleh..kau ni. Mengada-ngada betul! Aku kan dah
mintak maaf elok-elok.” Jawabku tenang. Tapi masih bernada sinis. Aku bangun
lalu menggosok-gosok punggungku yang kotor itu. Helaian kertas tadi aku
masukkan ke dalam beg sandangku.
“Maaf je
tak cukuplah, minah oii..” jawab gadis itu pula.
Aku hanya menjeling geram minah depan ni. Siapa lagi
kalau bukan si kucing parsi Zara Elina. Minah yang paling sombong dengan kaum
sejenis tapi cukup gedik di depan kaum yang berlainan. Alah, korang paham-paham
jelah! Depan lelaki bukan main menggesel macam kucing! Itu sebab aku namakan
dia ni ‘si kucing parsi’.
Lepas peristiwa aku simbah ‘air mandian’ ikan kat
dia terus hubungan kami makin teruk daripada biasa! Alah, macamlah hubungan aku
dengan minah ni baik sangat selama ini. Perang Dunia ke-2 pun boleh kalah kalau
nak bandingkan dengan situasi kami ini. Tak hargai langsung pertolongan aku
yang hantar dia balik semula ke rumah dia hari itu! Apa punya ‘musuh’lah macam
ini! Paling tak pun jemputlah aku minum air kat rumah dia ke apa. Air kosong
pun aku terima ini tau? Aku ni bukanlah materialistik sangat sampai nak mintak
air yang warna-warni. Itu sebab air putih pun aku rembat! Maksudnya, air yang tak
ada warna pun aku telan kalau dia sudi tunjukkan penghargaannya pada aku yang
terpaksa tahan bau busuk minah ni kat belakang aku masa minah ini naik motor
aku. Dahlah busuk macam tong sampah!! Mencabar kesabaran muslimah aku aje! Tapi
mimpi ajelah kalau Zara Elina layan aku baik-baik macam itu. Siapa tak kenal
minah ego ini!!
“Habis itu, kau nak aku buat apa?” soalku malas.
“Aku nak kau gantikan balik baju aku ini. Kau dah
basahkan baju aku dengan air ini” Zara Elina menunjukkan kesan bajunya yang
terkena ais blended strawberry miliknya.
Inilah seorang lagi klon si sengal Fendy!! Perangai
tak beza langsung! Entah-entah diorang ini adik beradik kot! Sepupu sepapat
jugak ke macam mana? Aku rasa diorang ini ada bau bacan la! Aku pun hairan. Agaknya,
semua perangai anak Datuk ini macam ini kot. Tapi aku cucu datuk aku kat
kampung tak ada pun sombong macam minah kerek dan si sengal itu. Walaupun, aku
bukan anak ‘Datuk’ tapi aku pun ada kaitan ‘Datuk’ jugak! Cucu datuk! Baik dan
sopan-santun lagi aku ni! Semua orang sayang aku. Well, budak baik mestilah semua orang sayang and suka kat aku!! Tak ada pun perangai buruk macam minah ni!
Dahlah baju adik siapalah minah ini kebas! Kalau badan itu besar buatlah cara
orang badan besar. Pakailah baju besar-besar. Ini nak pakai jugak baju adik.
Kesian adik itu tak ada baju sebab kakak ni dah kebas baju dia. Huhu..
“Apa hal pulak aku kena ganti baju kau yang tak
berjenis ini?”
“Aku tak kira. Kau kena ganti jugak.”
“Tak nak. Ais blended
itu bukan aku punya pun.”
“Woi..kau yang tumpahkan air aku ni! Jadi kau kena
gantikan baju jugak!” Zara Elina menjerit kuat. Dia siap menghentak-hentakkan
kakinya lagi.
Hek eleh dia ni! Buat gedik pulak! Menyampah aku!
“Hmm..sorry
lah aku tak ada masa nak layan perangai gedik kau ni. Jangan nak tunjuk
perangai kau itu kat aku. Aku betul-betul dah lambat nak pergi kelas ni. Adioss!” aku melambai-lambaikan tanganku
sambil membuka langkah seribu. Sempat aku mengenyitkan mataku dan memberikan flying kiss kepada minah itu. Apa lagi?
Lariii!!
“Ainaa..kau jangan lari! Aku nak kau
bertanggungjawab jugak!” Zara Elina berlari lalu memegang erat tanganku.
‘Macam mana dia boleh kejar aku ni?’ Bisik hatiku.
Aku terkejut.
Zara Elina seperti dapat membaca fikiranku.
“Kau jangan ingat aku tak dapat kejar kau, iya? Aku
jaguh lari pecut tau tak?” dia tersenyum sinis.
Aku terlopong. Aizriel Danish yang memerhatikan dari
jauh juga sedikit terpaku melihat gelagat dua gadis itu.
Memang aku terkejut tapi tak lama. Aku juga
menghadiahkan sengihan sinis. Jangan pandang rendah pada aku! Ini Ainaa
Farhanah Awi! Aku memusingkan tanganku ke belakang. Tubuhku juga berpaling
mengadapnya. Kini, tangan kami berdua tersimpul. Zara Elina menjerit kesakitan.
Aku ketawa kecil lalu memijak kakinya lalu menenyeh macam abu rokok pada
kakinya yang berkasut tinggi tiga inci itu. Aku terkejut. Huisshh..minah ini
kejar aku dengan kasut tinggi rupanya! Usai itu, pautan tangannya padaku
terlepas. Dia memegang kakinya yang sakit. Tangannya dan kakinya mula berasa
sengal. Aku berlari laju meninggalkannya.
“Babai kucing parsi!!” aku berlari sambil ketawa.
“Ciss..tak guna Ainaa. Siap kau lepas ini!! Aku
kerjakan kau cukup-cukup!!”
Aizriel Danish terkedu. Matanya tidak lepas
memandang gerak langkah gadis yang sudah berlari meninggalkannya. Mulutnya
terlopong! Gerakan tadi itu…dia..
“Ainaa Farhanah..kau memang seorang gadis yang
menarik.” Akhirnya Aizriel Danish tersenyum kecil. Terus tanggannya menyeluk
handphone di dalam poket seluarnya. Nombor orang rapatnya didial.
“Assalamualaikum, Abang As. Ayie ni. Ayie nak mintak
tolong sikit boleh?”
Jawapan ‘ya’ sebelah sana menguntumkan senyuman
Aizriel Danish yang semakin mekar.
No comments:
Post a Comment