Nuffnang

Wednesday, January 15, 2014

Bab 19 Harga Sekuntum Cinta

BAB 19
“Kau pergi mana tadi, Ainaa? Aku cakap tadi nak bagi masa kau dalam lima minit aje, kan? Kenapa dalam lima belas minit jugak kau datang sini? Apa masalah kau sebenarnya ini, hah?” soal Farah Amira bertubi-tubi.
            Aku hanya memandang kosong ke hadapan. Malas nak penduli leteran mak nenek si Farah Amira. Tumpuanku kini lebih tertumpu pada ahli panel di atas pentas. Forum itu masih dalam berjalan seperti biasa. Bukan sebab aku khusyuk mendengar forum tapi persoalan yang merajai dalam pemikiran aku makin bertambah dan aku sendiri tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.
“Farah, kau tau ke itu siapa?” soal aku spontan. Muka Farah Amira berkerut. Hairan dengan soalan aku yang tiba-tiba.
“Itukan ahli panel kita. Tak kan kau tak tahu pulak?”
“Tapi kalau tak silap aku Encik Khaidir kan yang jadi ahli panel?” soal aku kembali.
“Alah, kau ni. Jangan nak buat lupa pulak. Kau tak ingat ke yang Encik Khaidir ada masalah emergency tiba-tiba. Itu nasib baik Abang Saiful jumpa dengan lelaki itu kalau tak mesti hancuss program kau” jawab Farah Amira.
“Siapa nama dia, Farah?” aku bertanya perlahan. Pandanganku langsung tak lepas memandang ke atas pentas.
“Aizriel Danish bin Kamarul. Kawan baik Abang Saiful masa sekolah dulu.” Ringkas jawapan itu namun mampu mengebom seluruh hatiku di dalam ini. Hatiku makin berdegup laju. Aku menelan liurku perlahan.
“Aku dengar kata dia itu baru balik dari Jerman tau baru-baru ini. Baru lepas buat master kat sana. Kau tau tak mamat tu bijak gila kot. Kau tau kenapa? Sebab dia buat double degree dalam dua kos yang berbeza dan langsung tak ada kaitan. Engineering dengan sociology and antropology. Lepas itu,  kau tau dia sambung master dalam bidang business management pulak. Aku rasa mamat ini genius gila kot. Semua bidang dia ambik. Dahlah handsome, mesti mamat ini famous gila kan?” terang Farah Amira panjang lebar.
Melihat aku yang tidak memberikan reaksi terus Farah Amira berpaling memandangku.
“Ainaa..kau okey tak ni? Aku tengok kau macam tak sihat aje ni? Kenapa muka kau pucat ni? Kau demam ke?” nada suara Farah Amira berubah risau.
Aku hanya memandang lesu wajah di atas pentas itu. Kenapa kini kepalaku makin bertambah pening? Aku tak faham apa yang berlaku pada aku kini. Aku memegang kepalaku yang berpusing itu.
“Ainaa..kau okey tak ni? Kita rehat kan sanalah kejap.”
“Tak apa. Aku pening sikit aje. Tadi aku okey aje. Kau tak payahlah risau.”
“Betul ke kau ni, Ainaa?” Farah Amira maikn bimbang.
Aku hanya mengangguk.
‘Kak Fiza, adakah ini…?’ suara hati aku bersuara lemah. Aku cuba menafikannya.
Tanpa aku sedari, sepasang mata dari atas pentas sudah lama memerhatikan perilaku kami berdua dari tadi. Mata itu tidak lepas-lepas memandang raut wajah kami di bawah pentas. Hatinya dipagut rasa bimbang melihat aku yang sedikit kepeningan itu. Dia melihat aku yang sedang duduk di kerusi setelah dipapah oleh Farah Amira.
Akhirnya, aku baru merasakan diriku yang sedang diperhatikan. Aku menoleh ke arahnya. Aku terkedu. Mata kami saling bertembung. Pandangannya amat sukar untuk aku mengertikannya. Namun, itu tidak lama sebab aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Farah Amira datang pada waktu yang sangat tepat. Dia membawa sebotol air mineral lalu disuakan kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih dan setelah minum air aku cepat-cepat menarik tangan Farah Amira ke belakang pentas. Sungguh aku dapat rasakan panahan mata Aizriel Danish dari atas pentas itu. Situasi itu membuatkan jantung aku menjadi tidak stabil. Apa makna semua ini, Ya Allah?
Aizriel Danish tersenyum melihat tingkah aku itu. Senyumannya makin meleret apabila melihat reaksi aku yang seperti ingin menjauhkan diri daripadanya. Entah kenapa hatinya senang melihat reaksi sebegitu oleh seorang gadis yang langsung tidak dikenalinya. 
“Kau nak ke mana ini, Ainaa? Kenapa bawak aku sekali? Kau kan tak sihat?” soal Farah Amira.
“Aku sihatlah. Tak sakit pun”
“Habis itu kita nak ke mana ini? Kau tarik aku macam anak kucing tau? Sakit tangan aku ni?” rungut Farah Amira geram.
“Kau ni memanglah. Kan kita ada banyak kerja lagi lepas ini. Aku ajak kau buat kerjalah ni.” Jawab aku pantas. Malas nak bergaduh dengan Farah Amira hari ini.
“Aku tengok kau perangai peliklah hari ni? Kau okey tak sebenarnya ini?”
“Aku okeylah. Berapa kali nak cakap aku okey.”
Sedang kami berbual-bual muncul Siti Najwa Batrisya di belakang kami.
“Oitt..korang, buat apa? Puan Halimah suruh kau Ainaa sediakan makanan kat VIP nanti.” Ujar Siti Najwa Batrisya lembut.
“Aku tak nak. Kaulah yang buat Farah.” Bantah aku cepat. Siti Najwa Batrisya hanya memandang mereka berdua. Mata Farah Amira membulat.
“Apasal aku pulak? Dah kau yang Puan Halimah itu mintak. Aku dah pun buat kerja aku untuk ambik pendaftaran students tadi sekarang kerja kaulah pulak.” Jawab Farah Amira.
“Ishh..kau ni. Mengada-ngada betul. Mintak tolong pun tak boleh.”
“Alah bukan apa. Aku ini bukannya pandai sangat bab-bab itu. Kau kan pakar benda-benda macam itu.”
“Buat kali ini aje. Aku tak naklah. Tolonglah aku, Farah.”
“Kau ini kenapa, Ainaa? Aku hairan tengok kau hari ni? Macam ada yang tak kena aje” soal Farah Amira lagi. Dia hairan melihat reaksi aku hari ini. Macam jumpa hantu aje gamaknya.
“Kenapa Farah? Ainaa tak sihat ke?” soal Siti Najwa Batrisya pula.
“Entah. Lepas datang sini tadi terus jadi lain. Aku pun tak faham.” Terang Farah Amira tenang.
“Tak ada apa-apalah. Aku cuma tak nak buat aje kerja itu. Aku rasa macam ada benda yang tak kena aje dengan lelaki itu” kini aku bersuara.
“Lelaki? Lelaki mana pulak ni?” soal Farah Amira. Kehairanan. Siti Najwa Batrisya mengangguk bersetuju.
“Lelaki itulah.”
“Siapa?” soal Siti Najwa Batrisya tidak sabar. Semangat dia ingin tahu. Iyalah bukan apa. Aku mana pernah cakap pasal lelaki sebelum ini. Semua kawan aku tahu perangai aku yang satu itu.
“Lelaki yang kita cakap tadi itu ke?” soal Farah Amira lagi.
Aku hanya mengangguk. Lemah.
“Laa..kenapa dengan mamat handsome itu? kau ‘anti’ lagi ke dengan lelaki macam si Fendy itu” soal Siti Najwa Batrisya. Farah Amira menjeling geram. Pantang dia dengar nama mamat sengal itu. Musuh sehati sejiwa itu!
“Boleh tak kalau kau tak sebut nama mamat sengal itu. Aku benci dengar nama itu!” kata Farah Amira. Dia menyekeh kepala Siti Najwa Batrisya. Temannya itu hanya mencebik kerana disekeh sebegitu.
“So.. kenapa dengan mamat itu?” soal Siti Nur Batrisya. Dia malas nak layan si Farah Amira. Apa yang menarik tumpuannya kini adalah soal aku.
“Tak adalah. Aku rasa macam mamat itu..” belum sempat aku menghabiskan ayat aku tiba-tiba muncul Puan Halimah.
“Apa korang semua buat kat sini ini hah? Saya kan suruh kamu Siti panggilkan Ainaa sediakan makanan untuk VIP. Yang kamu semua berkumpul kat sini kenapa? Ainaa..pergi sediakan cepat.” Bebel Puan Halimah. Masing-masing hanya diam membisu.
“Tapi puan, saya…” aku baru sahaja nak bersuara tapi tanganku kini ditarik kuat oleh Puan Halimah.
Wahh..gagah betul Puan Halimah ini!! Senang aje dia tarik tangan aku. Melihat aku yang ditarik oleh Puan Halimah, Siti Najwa Batrisya dan Farah Amira ketawa kecil. Lawak melihat aku seperti itu. Hampeh betul punya kawan macam ni!
“Dah.. kamu jangan nak mengelak. Saya tahu apa yang kamu fikir sekarang, Ainaa. Dah cepat!! Forum dah nak selesai itu.” ujar Puan Halimah lagi.
“Saya..”
Akhirnya, destinasi kami sampai di depan meja makan VIP. Sudah terlewat aku nak mengelak. Aku hanya mengeluh. Makanan yang sudah ditempah itu, aku kemas dengan teratur.
“Perlukan pertolongan ke?” satu suara yang hadir di belakangku itu membuatkan aku menoleh.
Aku tersengih. Gadis di depanku ini sangat cantik dan ayu. Kak Nurul senior aku jugak datang  menawarkan diri untuk menolong. Nak harapkan kawan baik, baik tak payah harap. Aku mengerling kawan-kawanku di suatu tempat. Mereka diarahkan oleh Puan Halimah untuk mengangkat kotak-kotak yang dipenuhi dengan makanan untuk students yang hadir dalam forum hari ini. Kelihatan mereka terpaksa berhempas pulas mengangkat kotak-kotak besar itu. Haha..padan muka! Itulah aku ajak join aku kat sini tak nak. Ambik kau dapat kerja yang lagi berat dari aku. Hehe..
Kak Nurul melihat aku yang tersengih kecil. Dia hairan melihat juniornya yang seorang ini. Junior inilah yang menjadi buah mulut Saiful temannya. Junior kesayangan Saiful. Dia sendiri sudah melihat kemesraan mereka berdua sekalipun mereka masih menjaga adab dan batas pergaulannya. Namun, jauh di sudut hatinya dia sedikit cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh gadis di depannya.
Dia sebenarnya segan untuk berbicara dengan lebih terbuka apabila bersama Muhammad Saiful Ikram Bin Mahusin. Lelaki yang sudah lama dia minati dari dulu. Namun, rahsia hatinya biarlah menjadi rahsianya sendiri. Takkan sesekali dia luahkan pada sesiapa pun. Dia sedar, dia tidak layak untuk bergandingan dengan lelaki hebat seperti itu. Tambah pula, dia perempuan manalah dia mampu untuk meluahkan rasa hatinya. Tak mampu dia menjadi seperti Siti Khadijah yang berani melamar lelaki semulia Rasulullah s.a.w. melalui orang tengah. Cukuplah dia berjihad dengan perasaannya sendiri dan dia ingin menyerahkan jodohnya kepada Allah. Mungkin lelaki itu sudah punya pilihan hatinya sendiri. Mungkin juga gadis di depannya ini pilihan Saiful itu. Dia mengeluh lagi. Pasrah.
“Terima kasih Kak Nurul sebab sudi tolong Ainaa.” Ujarku perlahan.
“Sama-sama. Akak tengok Ainaa sorang-sorang kat sini. Jadi akak nak tolonglah apa yang patut. Mana lagi exco yang lain.” Soal Kak Nurul sopan.
“Exco lain ada tugas masing-masing. Masing-masing sibuk. Nanti akak tolong Ainaa jugak iya untuk hidangkan makanan kat VIP? Tapi tak jadi masalah ke akak? Akak kan Timbalan Pengerusi program ini.” Aku bertanya lemah.
“Tak ada masalah. Tak kan sebab Timbalan Pengerusi program kena duduk diam pastu biarkan semua anak buahnya buat kerja. Tak patutlah macam itu kan?” Kak Nurul senyum lagi. Terserlah lesung pipit di pipinya. Makin menyerlahkan kecantikannya yang semulajadi.
“Bukan apa Kak Nurul. Takutlah Kak Nurul ada kerja lain yang nak kena buat”
“Tak apa. Akak free aje sekarang.”
“Akak tak makan sekali ke dengan VIP nanti?”
“Tak naklah akak. Malu.”
“Kan akak orang penting dalam program ini jugak. Kenalah raikan jugak tetamu VIP kan?”
“Tak apalah, Ainaa. Bukan ke layan mereka dengan tolong hidangkan makanan untuk diorang pun salah satu cara raikan tetamu jugak kan?” senang Kak Nurul menjawabnya. Wajahnya yang putih itu tersenyum lagi.
Aku senang mendengarnya. Melihat senyuman Kak Nurul membuatkan aku turut tersenyum. Tangan kami lincah membuat kerja.
“Kak Nurul ini patutlah cantik. Nampak macam awet muda lagi sebab akak selalu senyum kan? Kalau Ainaa jadi lelaki, Ainaa tackle akak tau. Hehe..”
“Kamu ini Ainaa. Mengarutlah.” Wajah putihnya sedikit memerah kerana menahan rasa malu. Dia mencubit geram pipiku yang gebu ini. Huhu..perasan comel! Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.
“Nakallah, Ainaa ini..”
“Betul akak. Akak cantik. Abang Saiful tak ada ke tackle akak?”
Mendengar soalan itu terus membuat Kak Nurul diam membisu. Mati terus senyumannya. Aku perasan situasi itu. Serentak itu, muncul Abang Saiful dengan tiba-tiba.
Dia bersuara, “Apa sebut nama abang ini? Mengumpat ke, hah?”
“Tak adalah. Ainaa tanya Kak Nurul, Abang Saiful ada tak tackle dia. Abang pernah tak tackle Kak Nurul?” Soalku santai. Cuba ingin mengorek rahsia daripada mereka.
 Abang Saiful terkedu. Kak Nurul hanya diam membisu. Wajahnya hanya tertunduk malu. Masing-masing menahan rasa malu. Wajah Abang Saiful merah padam.
“Apa Ainaa mengarut ini? Mana ada.” Sangkal Abang Saiful laju. Dia langsung tidak memandang wajah gadis di depannya.
Kak Nurul mencuri pandang raut wajah lelaki itu. Entah kenapa apabila dia pandang wajah itu hatinya jadi sayu. Wajahnya berubah muram. Dari reaksinya, dia tahu lelaki itu langsung tidak ada perasaan terhadapnya. Hatinya makin bertambah sedih apabila memikirkan fakta itu.     
Abang Saiful berbual mesra denganku. Aku mengusik Abang Saiful dan dia mengusikku pula. Adegan kami diperhatikan oleh Kak Nurul. Entah kenapa hatinya merasakan ditusuk beribu-ribu sembilu. Pedih. Tapi dia hanya mengukir senyuman untuk kami berdua. Menyembunyikan apa yang dia rasa dengan senyuman.
“Akak pergi ambil air kejap, iya?” lembut suara Kak Nurul bertutur. Aku hanya mengangguk. Lalu, dia beredar meninggalkan kami berdua di meja hidangan itu.
Abang Saiful memandang kelibat belakang Kak Nurul. Matanya sayu memandang wanita itu dari jauh. Akhirnya, dia mengeluh perlahan. Entah apa yang difikirkannya sekarang. Aku mendengar keluhan seniorku itu terus aku bertanya.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Eh, cepat siap. Nanti VIP nak datang makan pulak.” Ujar Abang Saiful. Aku tersengih memandangnya. Dia kepelikan.
“Kenapa?” soal Abang Saiful.
“Hehe..”
“Apa?”
“Abang Saiful ada pera...”
Kata-kataku terhenti terus apabila kelibat manusia yang paling aku ingin hindarkan muncul tiba-tiba. Langkahnya betul-betul di depanku kini. Langkah yang bergaya memang sesuai dengan imejnya yang kemas dan kacak. Dia ini betul ke budak genius macam si Farah dan Siti cakapkan itu? Aku tengok gaya dia ini macam model pun ada. Tapi nasib baiklah sekarang ini dia pakai kot dan berseluar hitam. Barulah nampak macam formal sikit. Tapi still nampak kacak. Memang dia ini cukup pakej tapi seriously aku cakap yang aku langsung tak penduli itu semua.
Matanya tertumpu padaku sebelum dia bercakap sesuatu dengan Abang Saiful. Aku hanya berbuat bodoh dengan muka tanpa riak. Tapi sebenarnya dalam hati dah buat konsert rock berdebar sangat dengan tenungan mamat itu!
“Sai..aku ada benda nak cakap dengan kau lepas ni” ujarnya dengan suara yang penuh lunak. Separuh berbisik.
Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dengar suara lelaki gentleman macam ini. Tak terlalu garau, tak terlalu kasar intonasinya tapi sedap didengar. Ini kalau dapat buat jadi boyfriend ini mahu tak cair hari-hari! Huhu..  
“Apa dia? Beritahu jelah aku sekarang.” kata Abang Saiful sambil menoleh ke arah sahabatnya.
“Next time.” Ringkas jawapannya seiring dengan leretan matanya kepadaku. Aku menggigit bibir. Alamak, mati aku kalau dia cakap pasal peristiwa tadi kat Abang Saiful! Ini tak boleh jadi ini. Aku kena buat sesuatu ni!! Haahh..aku ada idea!! Hihi..



No comments:

Post a Comment