BAB
16
Suasana di KLIA sangat sesak memandangkan flight baru sahaja mendarat. Mata
Aizriel Danish melilau-lilau mencari kelibat orang yang dicarinya. Dia menolak
perlahan troli bagasinya yang penuh sarat itu. Langkah diatur kemas menuju ke
arah tempat menunggu. Aizriel Danish tersenyum lebar apabila melihat kelibat
orang yang dicarinya menunggu di ruang itu.
“Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.” Serentak suara keluarga Aizriel
Danish menjawab salam yang dihulurkan itu. Semua pandangan mata yang ada di
situ berpaling ke arahnya.
“Ya Allah, Ayie. Dah lama mama tak jumpa dengan
Ayie. Rindunya mama kat Ayie.” Ujar Puan Rahimah lalu memeluk kuat tubuh anak
lelakinya.
Aizriel Danish membalas pelukan mamanya. Dia juga
merindui mamanya selama ini. Usai dia memeluk tubuh ibunya, dia pula memeluk
tubuh papanya yang hanya memerhatikannya. Papanya hanya tersenyum manis melihat
anak tunggal kesayangannya selamat sampai ke tanah air.
“Welcome back, young man” papanya menepuk-nepuk
belakang tubuh Aizriel Danish.
“Thanks, papa.” Aizriel Danish makin tersenyum
manis. Wajah-wajah yang dirinduinya selama ini kini di depan matanya. Hatinya
makin berbunga-bunga apabila semua sanggup orang datang menemuinya di KLIA.
“Selamat pulang, Ayie” kini kakaknya, Syafiqah
tersenyum memandangnya. Aizriel Danish mencium tangan kakaknya itu. Mereka dua
beradik berpelukan sesama sendiri. Suami kakaknya, Abang Khairul hanya
memerhatikan adik iparnya itu dengan senyuman. Tangannya masih memegang tangan Haiqal
yang sedang menggigit bibirnya.
Aizriel Danish turut sama bersalam dan memeluk abang
iparnya itu. Dia langsung tidak menyangkakan bahawa abang iparnya yang bekerja
sebagai pilot kapal terbang turut bersama mereka sekeluarga dan sanggup
meluangkan masa untuk mengambilnya di KLIA ini. Dia mendekati anak buahnya yang
masih takut-takut memandangnya. Perlahan-lahan tangannya menggosok-gosok kepala
Haiqal. Dia mula melutut dengan mengadap anak buahnya itu. Haiqal cepat-cepat
menyembunyikan diri di sebalik tubuh ayahnya. Tingkahnya yang comel itu hanya
mengundang ketawa keluarga Aizriel Danish.
Syafiqah merapati anaknya. Dia segera mendukung
anaknya itu. Aizriel Danish hanya ketawa kecil melihat anak buahnya yang
memalingkan wajah daripada melihatnya.
“Sayang, tu pak su. Pak su Haiqal itu. Salam ek,
salam.” Ujar Syafiqah memujuk.
Aizriel Danish cepat-cepat menghulurkan tangannya
ingin bersalam. Anak buahnya patuh. Tangan Aizriel Danish dicium sopan.
“Good boy!”
puji Aizriel Danish.
“Meh..pak su dukung, nak?”
Kanak-kanak berumur tiga tahun itu pada mulanya
menggelengkan kepala tapi setelah dipujuk dan disogokkan dengan coklat baru dia
bersetuju untuk berada dalam dukungan pak sunya.
“Anak akak ini liciklah. Bagi coklat baru dia nak”
rungut Aizriel Danish sambil mendukung erat anak buahnya.
“Memanglah. Itu tandanya budak bijak. Tengoklah anak
siapa.” Jawab Syafiqah sedikit angkuh. Suaminya di sebelah hanya ketawa kecil.
Aizriel
Danish menjuihkan bibirnya. Dia kini lebih tertarik mengagah Haiqal. Haiqal
mula ketawa bersama bapa saudaranya. Mulutnya comot dengan lollipop yang
diberikannya sebelum ini.
“Aaa…nak sikit” Aizriel Danish menganga mulutnya
luas.
Melihat mulut Aizriel Danish yang ternganga terus
dia suakan kepada pak usunya.
“Hmm…sedapnya” ajuk Aizriel Danish dengan suara yang
manja.
“Dahlah itu. Kalau asyik melayan Ayie dengan Haiqal
ini sampai bila pun kita tak balik rumah hari ni. Dah, dah. Jom balik semua.
Kita rehat-rehat kat rumah pulak. Ayie tu, mesti penat baru sampai Malaysia.”
Ujar Datuk Kamarul.
“Iyalah, abang. Ayie ini bukan tau penat kalau dah
dapat Haiqal jadi geng dia. Dah jom semua kita balik.” Puan Rahimah menyusun
langkah ke tempat parking kereta.
Aizriel hanya ketawa mendengar rungutan papa dan
mamanya. Haiqal didukungannya diturunkan. Terus dia bergerak mengikut langkah
keluarganya. Dia senang melihat perilaku keluarga kandungnya. Papanya mesra
memaut bahu isterinya. Manakala kakaknya, Syafiqah dan suaminya memegang erat
tangan Haiqal di kiri dan kanan. Untung si comel Haiqal diapit oleh kedua orang
tuanya. Bahagia dia mendapat kasih sayang sebegitu rupa. Aizriel Danish
tersenyum lagi sambil menolak troli bagasinya.
* * *
“Ya
Allah, Haiqal!! Apa sayang mama buat ni?! Habis comot satu badan! Main lumpur
kat mana ni?” bebel Syafiqah kuat. Tangannya tidak lepas membelek tubuh kecil
anaknya. Terus sahaja dia memandang tajam wajah adiknya.
“Ayie!
Apa Ayie dah buat dengan anak akak ni, hah? Kamu nak jadikan dia macam anak
kerbau ke apa? Main lumpur sampai macam ni sekali?” bebelan Syafiqah makin
kuat.
“Apa salah Ayie pulak? Dah budak itu
yang nak ikut Ayie main. Itu dia punya pasallah sampai kotor macam ni.” Elak
Aizriel Danish.
“Hah! Kamu jangan nak buat tak tahu.
Kamu ingat akak ni bodoh ke apa nak percaya cerita kamu itu. Kamu yang culik si
Haiqal ni yang tengah syok-syok dia tidur kamu ajak dia main pulak. Ini kalau
dia main ni bila pulak dia nak tidur.”
“Ishh..akak ni. Budak zaman sekarang bukannya patut
disuruh tidur tapi kena bertenaga tau. Kena energetik. Kena selalu aktif, barulah
sihat. Tengok macam bapa saudara dia yang selalu bertenaga ni! ”
“Hah..banyak pulak kamu punya energetik. Budak tu
dah seharian main. Main pulak bukan takat mainan biasa. Macam-macam mainan kamu
ajak dia main hari ni. Wrestling,
gusti, polis dan pencuri. Tak cukup dengan itu sekarang kamu ajak dia main bola
sepak dalam lumpur pulak. Kamu ingat anak akak ni apa? Anak patung kamu ke,
Ayie? Ishh..geram betul budak ini!!” marah Syafiqah. Dia berdiri tegak di
serambi rumah. Anaknya, Haiqal masih tergelak-gelak kerana digeletek oleh
Aizriel Danish.
“Alah, akak ni…tak sporting betullah. Bagilah chance
kat kitorang nak bersama. Akak itu kan dah lama jaga Haiqal. Sekarang, biarlah
Ayie pulak jaga dia. Kan, Haiqal kan? Haiqal suka main dengan pak usu kan?”
Aizriel Danish menyoal anak buahnya pula.
Haiqal hanya mengangguk laju.
“Suka! Suka!”
“Hah, tengok itu akak. Haiqal pun suka main dengan
Ayie.”
“Hmm..pandailah kamu ayat dia”
“Dah, akak itu yang tak nak bagi chance kat kitorang bersama? Akak, jelouslah itu. Ini mesti akak takut
kalau Ayie makin rapat dengan Haiqal, kan?”
“Ishh..budak ni ke situ pulak. Bukan akak tak nak
bagi chance, kamu itu over sangat main dengan dia. Dah, pergi
mandi! Ni kalau mama dan papa tau ni konfum kamu pulak kena marah. Akak tak nak
bertanggungjawab kalau kamu kena sembur dengan mama dan papa.” Syafiqah hanya
memeluk tubuh.
Aizriel Danish mengangkat tubuh Haiqal ke bahunya.
Haiqal tergelak-gelak gembira kerana dirinya dilayan seperti itu. Aizriel Danish
selamba berjalan tanpa riak di hadapan kakaknya.
“Hmm…whatever..”
Syafiqah bengang!
“Ishh..budak ni memanglah.”
“Uwekk..” Aizriel Danish mengusik kakaknya. Dia
menjelirkan lidahnya. Haiqal turut sama mengikut tingkah bapa saudaranya.
“Uweekkk”
Syafiqah makin membara. Boleh dia ajar anak aku
berperangai macam itu! Desis hati Syafiqah.
“Ayiee…apa kamu ajar anak akak itu?!”
“Hahaha..lari!! Ada harimau nak makan!! Jom lari,
Haiqal!!”
“Hekhek…layii!!”
Haiqal menjerit kuat dalam pelatnya. Dia makin kuat ketawa dalam dukungan
Aizriel Danish.
No comments:
Post a Comment