BAB
14
“Assalamualaikum.” Satu suara
kedengaran di belakangku. Serentak itu kepalaku berpaling melihat siapa empunya
suara itu.
“Walaikumusalam. Eh, Abang Saiful.
Lama tak jumpa dengan abang. Abang sihat?” soalku drastik. Teruja melihat
kelibat senior yang aku hormati setelah sekian lama. Senyuman aku makin mekar
di wajah.
Ini boleh buat gua
‘chair’ giler ini tengok senyuman dia!
Alah, siapa tak kenal dengan mamat ini! Muhammad
Saiful Ikram Bin Mahusin. Senior yang paling ampuh kat UKM ini. Dialah
satu-satunya senior lelaki yang paling sporting
dengan aku. Pelajar genius yang mampu mengubah nasib students kat sini. Semua pensyarah, staf, pelajar lelaki ke
perempuan semua respect kat dia ini.
Lelaki peramah ini memang disenangi ramai sebab dia pandai berkomunikasi dengan
semua orang. Bukan sahaja orang tua atau muda tapi sebaya dia pun boleh kamcing giler dengan dia. Akhlak dia
memang terbaik, agama dia pun lagilah mantap tapi disebabkan dia ini jenis
gila-gila jugak macam aku jadi tak hairanlah kalau ada orang gelar dia ni
sebagai ‘ustaz rock’. Hehe..
“Alhamdulillah. Abang okey je. Adik
abang yang manis ini, sihat?” Saiful mula menggayat.
Mendengar sahaja ayat ‘manis’ dituturkan oleh Abang
Saiful ini terus aku semakin ‘kembang’. Siapa tak suka kena puji dengan senior
hebat macam Abang Saiful ini.
“Ishh..Abang Saiful ni sengajalah tu nak mengusik
orang.” Ujarku malu-malu kucing. Kucing pun boleh kalah dengan aku kalau dia
tengok aku yang tersipu-sipu ini. Ewahh.. Okey, Ainaa..relaks!! Gediks is not allowed!!
Abang Saiful
hanya tersenyum.
“Betullah, Abang Saiful tak tipu. Memang Ainaa
Farhanah kan famous dengan kecantikan
semulajadi”
“Eleh sengaja nak ambik hati oranglah tu. Orang tak
hairanlah dengan pujian orang lelaki ni. Orang lelaki semuanya sama sahaja.
Kaki bodek.” Aku menjuihkan bibirku. Sengaja.
“Pulak dah. Abang Saiful bukan lelaki macam Ainaa
cakap tu, tau? Abang Saiful budak baik.” Dia menepuk-nepuk dadanya.
“Hmm..boleh percaya ke ni?” aku menjungkitkan
keningku sedikit.
“Tak percaya sudah.”
Mula-mula aku hanya merenung tanda ingin menguji
tahap kejujurannnya. Abang Saiful pula sengaja mengangkat keningnya sedikit.
Aku merenung musykil lagi namun itu semua tak lama sebab tiba-tiba ketawa kami
berdua pecah kerana tak dapat menahan rasa lucu di hati masing-masing.
“Abang Saiful dari mana ni? Tak ada kuliah dah ke
hari ni?”
“Hehe..tak ada dah. Abang ini pun baru sudah kuliah.
Ingat nak lepak-lepak kat sana sekejap belum balik rumah”
“Ohh.. Abang Saiful macam mana sekarang? Sambung
master sekarang ini best tak?”
“Hmm. Macam biasalah. Letih sikitlah. Iyalah bukan
apa. Ainaa kan tau abang sambung belajar pun, buat kerja sambilan sekali. 2 in
1. Itu yang letih sikit”
“Oh, abang masih kerja jual burger lagi ke? Dah lama
Ainaa tak singgah kat tempat abang jual burger tu”
“Ha’ah. Abang masih kerja kat situ lagi. Biasalah
nak cari makan, nak tampung perbelanjaan pelajaran lagi, keluarga lagi. Kalau
nak harapkan biasiswa aje memang tak cukup.”
Aku hanya mengangguk perlahan. Mengakui apa yang
dikatakan Abang Saiful. Walaupun Abang Saiful ini seorang yang bijak dan ditaja
biasiswa sepenuhnya namun, itu semua masih belum cukup untuk menampung
keluarganya yang miskin. Hebatnya, Abang Saiful ini. Sekalipun dia seorang yang
bijak dan memegang jawatan Ketua MPP di universiti ini namun, tanggungjawabnya
sebagai seorang anak sulung masih tidak dilupakan. Ini yang membuatkan aku
makin respect padanya.
“Abang, jangan cepat putus asa tau! Kena selalu
usaha dan doa kat Allah moga Allah permudahkan kerja abang. Insya Allah, kalau
abang ikhlas buat kerja apa pun pasti Allah akan tolong” aku bersungguh-sungguh
memberi nasihat kepada Abang Saiful.
Abang Saiful hanya tersengih memandang riakku yang
bersemangat.
“Pandainya ustazah ni. Insya Allah, abang akan ikut
nasihat Ustazah Ainaa.”
“Hmm..sindirlah tu. Orang cakap betul-betul ini”
“Orang tahu. Alah, nak bergurau sikit tak boleh.”
“Tak boleh.”
“Hihi..malas nak layan dia tu. Awak macam mana
belajar?” kini aku pula ditanya.
“Alhamdulillah okey. Hihi..”
“Mana tak okeynya. Tadi orang nampak dia duk merayu
macam apa mintak markah kat Puan Halimah tadi.”
“Eh, abang nampak?? Alamak malunya!”
“Nak malukan apa. Kalau benda tu baik untuk Ainaa
tak payah nak malu-malu”
“Hehe..yes! Abang Saiful support jugak orang”
“Haha..abang pun pernah buat macam tu jugak, Ainaa.
Tapi abang tak adalah melutut kat depan orang ramai. Abang pun malu jugak. Awak
tu pulak lain daripada yang lain. Orang tak buat, awak yang buat.” Sampuk Abang
Saiful lagi.
Aduiihh..terkena batang hidung sendiri!
“Hehe..ini kan Ainaa Farhanah Awi.” Cover! Control malu depan senior.
“Haa..berlagak lagi. Tak baik tau?”
“Oppss..sorry!”
“Hmm..Ainaa, Ainaa”
“Oh ye, Ainaa join tak usrah petang ni?”
“Usrah? Usrah dengan siapa?”
“Ishh..budak ni. Lupalah tu. Usrah dengan Ustaz
Maliki. Tak ingat dah ke?”
“Oh yelah..lupa pulak. Nasib baik orang free. Insya Allah, nanti orang pergi.”
“Hmm..pergi tau jangan tak pergi.”
“Abang Saiful handle
usrah tu ke?” Aku mula menyoal.
“Insya Allah, abang join. Jangan lupa ajak
kawan-kawan yang lain. Oh, lupa nak tanya. Mana kawan awak yang lain?”
“Diorang semua ada kuliah petang ini. Ainaa sorang
je yang free.”
“Amboi, tak kan dia aje yang free memanjang.” Sindir Abang Saiful lagi.
“Tak adalah free memanjang. Petang nanti sikit ada
latihan taekwondo. Nak panaskan badan pulak.” Ujar aku tenang.
Tak sabar rasanya nak berlatih. Dah lama tak
keluarkan peluh ini. Huhu..petang berlatih, malam ini pulak tadah ilmu.
Bestnya!! Terima kasih ya Allah. Moga plan aku petang ini menjadi.
“Ohh..latihan taekwondo iya? Maaflah, abang ada hal
petang ini. Mungkin abang tak pergi kot petang ini. Abang pergi hari lain iya.
Selamat berlatih nanti.” Abang Saiful tersenyum lagi.
Aku hanya mengangguk faham. Aku tahu Abang Saiful
ini pun pelatih taekwondo. Mana taknya, dia kan Presiden Kelab Taekwondo aku
itu jugak. Hihihi.. Abang Saiful kan selalu sibuk, aku faham kalau dia tak
dapat datang petang ini tapi skill dan
ilmu taekwondo dia memang tak boleh kalah dengan orang lain lagi. Power gila!!
“Okeylah. Abang nak jumpa pensyarah ni. Lupa pulak
ada hal nak kena settle. Jangan lupa
datang malam ni. Ajak kawan ramai sikit datang ke majlis ilmu ini. Barulah
meriah kita nak pergi taman-taman syurga ini” ajak Abang Saiful sekali lagi.
“Insya Allah, bos. Saya sedia berkhidmat.
Hehe..Abang Saiful jangan lupa kirim salam kat mak abang, iya? Cakap kat dia,
Ainaa yang comel rindu giler masakan
kampung dia.”
“Aikk..rindu masakan dia? Bukan rindu kat dia? Kamu
ini Ainaa memanglah”
“Eh..silap, silap. Rindu kat dia and masakan dia”
“Hmm..iyalah. kamu tu jangan banyak main sangat.
Belajar betul-betul.”
“Haitt!!” Aku menjawab dalam bahasa Jepun serentak dengan
tangan kananku yang memberi hormat kepadanya.
“Nakal!” Abang Saiful menggeleng perlahan. Akhirnya,
senyuman mambunuhnya terukir dibibir.
“Okeylah. Abang pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam, bos besar! Tata..” aku semangat
melambaikan tanganku.
Abang Saiful membalas lambaian itu sambil tersenyum.
Sekelompok pelajar perempuan hanya mendengus geram melihat gelagat aku dan
Abang Saiful yang mesra. Usai dia berjalan beberapa langkah terus ada yang
menyapanya. Beberapa orang lelaki menegur senior aku itu dan berpelukan mesra.
Mungkin ini hasil didikan ukhuwah yang Abang Saiful cuba praktikkan di kalangan
pelajar. Bila berjumpa salam perlu dituturkan dan saling berpelukan mesra sama
macam yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Aku hanya tersenyum melihat keletah mereka. Akhirnya,
aku berpaling dan mengorak langkah dengan hati yang lapang dan gembira.
No comments:
Post a Comment