Nuffnang

Tuesday, January 7, 2014

Novel ke-2 bila nak buat??

Bismillahirrahmanirrahim...

               Memandangkan tinggal 1 paper je lagi final exam ni mulalah idea & ilham datang melimpah ruah...
Semangat nak buat novel ke-2 mula menguasai diri..hehe~

               Tambah pula, apabila contest ni muncul..http://www.mphonline.com/offers/top_novelis.aspx  
mulalah berkobar-kobar nak masuk..masalahnya tak tahu pula novel apa nak masuk dalam contest ni, jalan cerita macam mana..sinopsisnya lagi, genre apa x buat lagi..tapi rasanya still macam biasa genre yang pelbagai ada unsur islamik sikit, thriller, suspens, cinta, keluarga, persahabatan, lumrah hidup, dan guna bahasa yang santai..

               Apatah lagi ramai yang dah tanya pasal perkembangan novel hamba..novel pertama "Harga Sekuntum Cinta" bila nak keluar?? Aku hanya mampu tersenyum..tak tahu nak balas n cakap macam mana..sebab aku pun masih tertunggu-tunggu jawapan penilaian pihak penerbit..Ya Allah, Ya Rabbal Alamin..Kau permudahkan urusanku moga jalan penyelesaian dan jawapan Kau berikan adalah terbaik buat semua..amin~

                     Tapi berbalik kepada novel kedua yang dah hampir dua tahun simpan jalan ceritanya. Then, ilham dan babak yang sering aku fikirkan sekarang adalah babak hero dan heroin, suami isteri yang suka bertikam lidah tapi still ada kemanisan dalam percintaan rumah tangga..hehe~ [cuma watak 'aku' adalah si isteri]

"Kau ini memang suka berjalan lambat kan? Tak boleh jalan cepat sikit ke??" marah Adam Khairiel sambil menolehku di belakang. 

Aku terkedek-kedek mengikuti langkah suamiku yang jauh ke hadapan. Aku cuba menyaingi langkah suaminku yang panjang dan laju itu.

"Awak..janganlah marah saya. Awak tu yang jalan laju. Sepatutnya awak tunggulah saya."

"Aikk dia ini, marah orang pulak. Kau itu kalau jalan jangan lambat sangat..ini tak, terhegeh-hegeh..macam itik pun ada aku tengok." 

Bulat mataku merenung wajah kacak suamiku. 'Itik? Berani dia panggil aku itik? Tak apa, relaks-relaks..itik kan comel. Thinking positive!'    

 "Memanglah saya lambat jalan sebab awak itu tinggi, saya ini pendek je kot. Tengok, saya kan tak sampai paras bahu awak pun. Nak lawan langkah awak yang besar dan panjang macam itu memanglah tak kan menang.." bebelku tak puas hati. "Dahlah dia jalan laju.." aku menyambung ayatku dengan nada separuh berbisik. Beg sandang di bahu aku peluk erat-erat.

"Apa kau cakap?"

Aku hanya tersengih. "Hmm..tak ada apa-apa."

"Cakap cepat, kau cakap apa?"

"Tak ada apa-apalah."

"Ohh..tak nak cakap ya? Kau jangan paksa aku buat something yang memalukan kat sini"

'Mati aku kalau dia buat benda tak senonoh depan awam ni.' desis hatiku sambil jariku ligat menyentuh bibir.

"Err... Saya cakap awak ni jalan laju. Awak tak tahu ke saya ini selalu semput kalau jalan dengan awak. Saya letihlah kalau awak selalu jalan laju macam ni. Saya tahulah awak tu tinggi, suka jalan cepat tapi tak boleh ke kalau sesekali awak tunggu saya sikit. Adooila.." Nah, ambik kau! Nak sangat suruh aku cakap, kan dah keluar semua luahan hati seorang isteri ini. 

Aku mendongak memandang raut wajah suamiku. 

Adam Khairiel bungkam. Namun, matanya merenung tajam wajah comel isterinya. 

Aku menggigit bibir. 'Alamak, aku salah cakap ke? Rasa macam peluh ni dah mengalir di dahi. Kenapa tiba-tiba rasa panas ya?'

Belum sempat aku bersuara, Adam Khairiel pantas menggengam tanganku seiring mengatur langkahnya ke kereta. Senang cakap dia mengheret aku mengikuti langkahnya.

"Err..awak, kita nak pergi mana ni?" perlahan suaraku menyoalnya.

"Kau ini memang banyak bunyi kan? Lepas ini peraturan seterusnya, aku nak kau selalu pegang tangan aku bila berjalan, faham?"

"Hah??" kuat gila aku menjerit. Mulut dan mataku sama-sama membesar. 'Apahal tiba-tiba ada peraturan baru pulak ini? Dia ini memang tak habis-habis dengan peraturan. Ishh, suami siapalah ni?'

"Tak ada 'hah-hah', sebab kau sendiri banyak sangat komen, jadi senang cerita kau jalan mana-mana dengan aku kena pegang tangan, understood?" Entah kenapa aku rasa makin erat pulak tangan dia genggam tangan aku. Utuh dan kejap. Namun, langkahnya langsung tidak berhenti, tetap terus diatur ke parking kereta.

Aku mula perasan mata-mata 'watak sampingan' memandang sambil berbisik-bisik ke arah kami berdua. 

'Alahai, malunya hamba..'

"Awak.." aku memanggilnya sambil cuba melepaskan tanganku dari genggamannya tapi of course lah gagal. 

"Hmm, kau tak rasa seronok ke pegang tangan macam ni. Bolehlah kita praktik hari-hari." usai ayat itu terus dia ketawa kecil. Aku terpaku melihat senyuman dan ketawanya. Aduh, bersinarnya! Silaunya! Cahaya apa ini? Yang aku tahu ini bukan cahaya keimanan tapi cahaya ini mampu mengalahkan cahaya matahari kala ini. Melihat wajah cerianya akhirnya aku hanya mampu mengeluh perlahan. Pasrah dengan tindakannya walhal jantungku berdegup kencang dan senang dengan aksinya. Tapi sengaja aku pendam seorang diri. Tak kanlah nak tunjuk depan hero ini. 


~The end for a while~

p/s: tak sabar nak buat a new full story..hihi..agak-agak nama apa yang sesuai untuk watak 'aku' dan nak digandingkan dengan hero Adam Khairiel ini ya? Hmm..yang terlintas di fikiran sekarang Alisha Khairina & Qaisara Qistina tapi mana tahu korang ada idea lain?? Bolehlah cadang idea & komen..sangat dialu-alukan. 

2 comments:

  1. fist baca..nmpk mcm citer" playboy suami aku"... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..ye ke?? huhu.. ada la kot sikit..bl saya baca novel tu dl, rs ada gak la sama sikit..tapi insya ALLAH, citer ni berbeza sikit sb hero ni gaya mcm playboy, pompuan keliling pinggang tp de ni jenis x layan pompuan..tu sb cool smacam bila de layan isteri de mcm ni..tp mmg sweet saat de nk melamar watak 'aku' ni..dgn aturan dia sendiri n 2 buah family..

      Delete