Nuffnang

Monday, January 20, 2014

Bab 23 Harga Sekuntum Cinta

BAB 23
            Aku membuka perlahan-lahan pintu bilik kuliah di hadapanku ini. Aku melihat Professor Mikhail yang sedia memberikan ceramah. Ini bermakna, kelas sudah pun bermula pada saat ini.
“Alamak, macam mana ni? Aku terlewat lagi kali ni! Aduihh..mati aku kalau Professor Mikhail tau ni!!” bisikku perlahan.
“Tak boleh jadi ni. Aku kena guna plan itu jugak.” desisku mendapat idea.
Aku sekali lagi membuka pintu bilik kuliah dengan perlahan-lahan. Dengan pantas, tubuhku tercongok di lantai. Aku mula ‘make over’ menjadi seekor tikus yang sangat ‘comel’ di dalam kelas itu. Langkah kakiku ku atur dengan penuh tertib dan senyap menuju ke tempat duduk yang kosong dalam bilik kuliah itu.
Aku bersusah payah merangkak di bawah meja dan bersembunyi dari dinampak oleh pensyarah kesayanganku itu. Wahai, pensyarah kesayanganku, Professor Mikhail..janganlah kamu sesekali ternampak anak muridmu yang sudah menjadi tikus yang cute miut ini! Kalau tak jiwo deng!! Fuuuhhh..harap-haraplah jampi aku ni termakbul!!
Ishh..apasalah kat belakang ini tak ada langsung tempat kosong? Inilah student Melayu! Suka sangat duduk kat belakang. Tempat kat depan tak nak pulak dipenuhkan! Aku jugak dapat bala kena merangkak sampai ke depan. Hek eleh..padahal aku pun nak duduk belakang. Tak pasal-pasal student Melayu terbabit dalam isu ini. Padahal aku pun student Melayu jugak. Uishh..ada pulak macam ni jadinya. Tapi aku terdesak sekarang ini. Emergency kes! Mestilah aku nak duduk belakang dah masuk kelas lewat sampai macam ni! Mati aku kalau Professor Mikhail nampak aku ini!! Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini!
Terpaksalah aku merangkak lagi ke depan. Tiba-tiba, ada geng sekelas aku nampak aku yang sedang khusyuk menjalankan ‘misiku transform tikus cute miut’ di sebalik meja-meja. Mereka terkejut badak! Mula-mula, mereka melihat sekilas sahaja. Mungkin diorang fikir itu memang seekor tikus tapi bila diorang fikir ada ke tikus besar gajah ni diorang pandang semula padaku! Muka sorang-sorang tak payah cakaplah. Sampai ada yang ternganga seluas-luas mulut. Ada jugak yang ketawa terbahak-bahak versi tiada suara. Iyalah, bukan apa. Siapa yang berani buat bising di kelas Professor Mikhail ni?! First time, dalam hayatku tengok manusia suka terbahak-bahak versi tiada suara sampai semput aku tengok diorang. Aku menepuk dahiku perlahan. Alamak, malunya aku!! Tapi apakan daya, sahabat kamu semua ini nak cari tempat. Aku mengisyaratkan mereka supaya diam. Segera mereka diam. Kembali fokus kepada kelas. Konon buat tak nampak aku yang sedang menjalankan misi yang memalukan itu.
Tiba-tiba, mataku melihat tempat kosong di depan. Aku keriangan! Misiku bakal berakhir. Aku segera berangkak dengan laju ke destinasi itu. Terkedek-kedek! Malu itu tak usah cakaplah. Soal itu tolak ke tepi sebab aku ini dalam misi perjuangan menuntut ilmu. Pelajar baiklah katakan! Nafasku termengah-mengah. Letih beb merangkak ini! Ini kalau aku masuk bertanding ‘Siapa Merangkak Paling Laju’ konfum akulah JUARA! Hehe.. Mestilah aku juara sebab aku aje ‘giant baby’ dan peserta lain memang ‘real baby’. Maaflah adik-adik baby sekalian sebab akak dah rampas title juara merangkak paling laju! Muahaha… 
Beberapa langkah sahaja lagi aku nak sampai tiba-tiba satu bayangan kegelapan meliputi duniaku. Aku yang tersengih macam kerang busuk terus mendongak. Aku meneguk air liur. Keras dan tersekat! Apasal aku rasa macam telan batu ini padahal aku yakin aku telan air. Air liur. Mataku membulat! Bayangan kegelapan itu menyerigai! Sebijik macam cerita hantu yang terhangat di pasaran sekarang ini!
“Ainaa Farhanah!!!” jerit Professor Mikhail. Garang. Bagai halilintar membelah bumi!! Senyap satu kelas!
Air liurnya tersembur! Cis, habis muka aku yang cun ini kena air liur beliau.
Aku menyapu kesan air liur itu dari mukaku dengan tisu yang suci bersih. Aku dengan penuh sopan santun bangun mengadapnya.
 “Assalamualaikum Prof” aku mengangkat tanganku sedikit.
“Apa awak buat ini, Ainaa Farhanah? Awak nak jadi tikus mondok ke apa kat bawah ini?” soal Professor Mikhail tegas.
Mataku yang semulajadi bulat semakin bulat. Iyalah, siapa tak terkejut kalau pensyarah ini tau aku buat misi jadi tikus mondok.
“Hebatlah Prof ini. Prof tau saya tengah jadi tikus. Tapi Prof saya tak jadi tikus mondok. Saya jadi tikus hamster pun okey jugak. Sebab tikus mondok hodoh, tikus hamsterlah comel Prof. baru kena dengan jiwa saya yang halus ini.” Jawabku santai. Gemuruh kelasku dengan ketawa terbahak-bahak daripada bebudak kelasku.
“Awak jangan nak buat lawak bodoh dengan saya, Ainaa. Yang awak bangun ini siapa suruh. Duduk balik kat lantai itu!!” marahnya lagi.
Aku menarik muncungku. Comel tau! Bukan buruk! Aku kembali duduk di lantai.
“Kamu ini memang tak serik-serik kan, Ainaa. Kamu nak saya selalu tegur kamu tiap kali kamu buat salah? Bila kamu nak berubah ini”
“Ampunkan patik, tuanku Mikhail. Patik cuma nak cari tempat kosong sahaja, tuanku. Patik pun nak belajar jugak.” jawabku jujur. Aku duduk mengadap ala-ala rakyat mengadap raja.
Professor Mikhail menyembunyikan senyumannya daripada dilihat olehku. Dia sedikit terhibur dengan keletahku.
“Habis itu kenapa awak tak masuk macam biasa aje kelas ini? Tak ada faedah awak nak menyorok, merangkak macam ni daripada saya.”
“Tapi tuanku, kalau patik parca yang hina ini masuk sebegitu rupa pasti tuanku Mikhail marah pada patik. Ampun tuanku.” Aku menyembah dengan kedua-dua tanganku di muka. Sekali lagi, rakan-rakanku mentertawakanku. Biarlah diorang semua tu, aku bukan buat salah. Aku merangkak pun sebab nak masuk kelas, belajar! Mana boleh kalau korang semua dapat ilmu tapi aku pulak tak dapat. Nehi he..(bahasa Hindustan). Tak boleh sama sekali! Nanti aku jeles!
“Ishh..awak ni memanglah. Macam-macam awak nak jawab. Dah pergi duduk..” Aku hanya mendengar leterannya. Muka kesian aku tunjukkan padanya kembali ceria.
“Benarkah tuanku Mikhail izinkan patik duduk?” aku teruja.
“Ishh, awak ni. Jangan guna bahasa istana itu lagi. Saya bukannya raja. Buat malu saya aje. Dah pergi duduk. Layan awak ni sampai kelas tamat pun tak kan habis.” Professor Mikhail kembali ke tempatnya di depan.
Aku bangun terus berdiri. Dengan langkah ceria, aku duduk di tempatku. Geng aku, Junaidi Hassan, Darimi Irfan, Dasuki Hilmi, Farah Amira dan Siti Najwa Batrisya memandangku tanpa kelip. Aku diperhatikan dengan pandangan sinis dan tanpa perasaan. Aku tahu mereka asyik perhatikan sahaja gelagat aku dengan Professor Mikhail. Aku duduk di sebelah Siti Najwa Batrisya selamba.
“Kau ni memang muka tembok kan, Ainaa?” soal Junaidi Hassan.
Aku merenung muka Junid itu dengan pandangan mata yang tajam pada mulanya tapi akhirnya aku tersengih.
“Suka hati kaulah nak cakap apa pun. Aku tak kisah! Uwekk” aku menjelirkan lidahku. 
            “Kau ini kalau sehari tak buat kecoh memang bukan kaulah kan Ainaa” kini Dasuki Hilmi pula menyampuk.
            Aku hanya membuat muka selamba. Malas nak penduli. Aku keluarkan buku nota dan pencil box aku dari beg sandangku.
“Tengoklah itu. orang cakap dia buat bodoh pulak.” Marah Dasuki Hilmi.
“Dah tu kau nak aku buat apa?” aku mula protes.
“Kalau iya pun bagilah respons sikit.”
Aku mencebik.
“Boleh pulak kau merangkak macam itu nak masuk kelas. Kalau akulah konfum aku malu nak buat benda itu semua.” Ujar Farah Amira.
“Hah, kau jangan nak marahkan aku lebih-lebih. Kaulah punya pasal sebab tak kejutkan aku tidur pagi tadi. Sampai aku lambat datang kelas. Kau happy go lucky aje datang sorang-sorang. Pastu aku pulak kau tinggal jadi sleeping beauty. Kalau ada prince charming kejutkan aku tak apalah jugak. Ni tak, aku tidur sampai ke sudah.” Aku menuding jari ke arah Farah Amira di sebelah kiri Siti Najwa Batrisya.
“Pulak dah. Kau yang salah aku pulak yang kena. Kau ini memanglah, Ainaa.”
“Huh..” aku menjeling kepada nenek kebayan moden itu.
“Kereklah minah ni” ujar Farah Amira geram.
“Macam mana kau boleh berlagak selamba macam tadi depan Professor Mikhail itu, Ainaa? Semua orang takut dia tapi kau senang-senang aje menjawab, balas mulut, degil, keras kepala depan Shinigami itu.” Darimi Irfan turut tidak melepaskan peluang untuk ‘memuji’ aku.
“Amboi, kau Remy. Sedap sungguh mulut kau berkata-kata. Kau nak makan penumpuk aku ke?”
“Tak naklah aku. Aku tahu penumpuk kau itu terlebih perasa. Masin, masam, pahit semualah ada dalam penumpuk kau itu. Tak payah pakai ajinomoto. Hehe..” Darimi Irfan tersengih macam kerang busuk.
Aku hanya menjeling. Aku malas nak penduli mereka semua. Tangan aku cepat menulis segala isi penting yang ada di slide depanku. Aku sedikit pening. Iyalah budak lambat masuk kelas, mana nak faham nota yang tiba-tiba ada segala macam teori depan aku ni. Tiba-tiba, aku memandang Siti Najwa Batrisya di sebelah. Idea bernas mula timbul di otakku. Hehe…
Dengan secepat kilat, aku menyambar buku nota Siti Najwa Batrisya di sebelah. Dia menjerit kecil. Alah, minah ni macam perempuan pulak. Nak menjerit segala.
 “Ainaa..buku aku itu.”
“Aku tahu. Sebab itu aku nak copy and paste. Aku tak paham sangat nota kat depan itu. jadi untuk lebih faham aku kenalah pinjam nota kau. Hehe..pinjam neh?”
“Pinjam neh?” ajuk Siti Najwa Batrisya geram. “Banyaklah kau pinjam. Aku nak balik buku aku itu. Kau nak aku tulis kat mana kalau kau ambik buku kau?”
“Alah..cik siti ni! Tulislah dalam kertas dulu ke? Tak pun tulis kat tangan kau itu dulu. Aku nak pinjam sekejap je.” Aku cekap menulis nota ini. Alah, biasalah. Cekap dalam bab copy and paste ini. Huhu..
Geng aku yang lain berpaling ke arah kami berdua.
“Ainaa..kau buli Siti lagi ke?” soal Junaidi Hassan. tegas. Macam bapak orang aje! Aku berani gigit jari kalau dia jadi ayah orang nanti konfum mamat Junid ini seorang bapa yang garang. Haha..
“Aku pinjam buku dia sekejap aje.”
“Tak nak. Aku nak buku aku balik.” Rajuk Siti Najwa Batrisya. Dia menarik kasar buku notanya.
“Alah, sekejap aje aku pinjam.” Aku menarik kembali bukunya.
“Tak nak. Orang nak tulis nota lagi ini.”
“Ishh..kedekutlah kau ini. Bagilah kejap.”
Siti Najwa Batrisya menggeleng. Lalu mulalah perang tarik menarik di antara kami. Suasana makin bingit. Aku makin agresif menarik buku itu. Tapi cik siti tidak mudah mengaku kalah. Dia juga menguatkan tenaganya. Akhirnya, buku itu..
“Prakkkk” apa boleh buat sudah termaktub ajal buku itu pada hari ini bahawa ianya akan terbelah dua. Namun, kematiannya seperti tidak direstui oleh pemiliknya, cik siti. Siti Najwa Batrisya menjerit kuat.
“Ainaa!! Buku aku!!!!” aku terlopong! Mataku membulat memandang Siti Najwa Batrisya.
“Ainaa Farhanah Awi!!!” kini suara Shinigami Professor Mikhail bergegar!!

Aku berpaling. Mataku membulat! Mulut ternganga! Harap-harap ini pun bukan ‘hari kematian’ aku sama macam buku cik siti tadi. 

No comments:

Post a Comment