Nuffnang

Wednesday, January 8, 2014

Bab 4 Harga Sekuntum Cinta

BAB 4
Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipiku. Angin yang mendayu-dayu mengulitkan lagi anganku untuk terbang jauh entah ke mana. Rasa tenang menyambut di dadaku untuk mengimbau kenangan bersama keluargaku. Rindunya aku pada keluarga tersayang. Ma, Abah, Along, Angah, Yana, Wani, Farah dan Anis. Hmm..ni buat hati rasa nak balik kampung sekarang jugak.
Buku di tangan dibelek malas. Aisshhh..malasnya nak membaca ni. Aku menongkah daguku sambil menjuihkan bibirku. Tiba-tiba entah datang dari mana suara sumbang yang mengganggu ketenteraman sejagat aku ni.
“Wargghhh…” siapa lagi kalau bukan nenek kebayan Farah Amira yang menjengah aku dari belakang. Terhinjut sedikit bahuku kerana terperanjat. Ishh.. minah ni selalu buat aku terkejut. Ni buat jiwa muslimah aku tercabar ni.
“Eh, Farah! Kau ni kalau dalam sehari kau tak kacau hidup aku ni memang tak sah kan?” sergah aku geram.
“Eleh..mengajuklah itu. aku rasa tak tenang hatiku ini kalau sehari tak kacau hidup kau. Hehe..janganlah marahlah sayang.” Jawab Farah Amira selamba. Dia mula mengambil tempat di depanku.
“Kau ni kenapa, Ainaa? Aku tengok kau monyok je hari ni”
“Hmm..entahlah. Aku rasa rindu kat ma dan abah aku kat kampunglah. Rasa nak terbang sekarang jumpa diorang. Rindunya aku kat ma, abah, famili aku tercinta. Tapi apakan daya? Apa yang boleh aku buat sekarang. Cuti pun lambat lagi.” Usai aku meluahkan rasa hatiku, sekali lagi aku mengeluh.
“Kau ni, Ainaa. Apa susah sangat. Kau beli ajelah tiket bas balik kampung hujung minggu ni” jawab Farah Amira.
“Kau cakap senanglah. Kau ingat aku ni kaya sangat nak beli tiket pastu terus balik kampung?”
“Dah tu daripada kau tak boleh nak fokus belajar lagi susah daripada kau duk menanggung rindu kat family kau tu”
“Hmm..tengoklah camne.” Jawab aku lemah.
“Ke kau ada masalah kewangan? Kau nak pinjam duit aku dulu pun tak apa. Aku boleh bagi.”
“Eh..tak payah, tak payah. Aku bukan nak sangat duit kau tu.” Sangkal aku cepat. Bukan aku tak tahu yang si Farah Amira ni anak Datuk Mustaza yang kaya raya itu. Aku tahu family dia baik hati semua tapi itu bukan cara aku nak mintak simpati diorang untuk tolong aku.
“Alah kau ni. Macam tak biasa dengan aku. Aku boleh tolong kaulah, Ainaa. Lagipun daddy aku tak kisah pun aku pinjamkan duit untuk kau. Kau pun dah biasa dengan family aku. Aku pulak dah biasa dengan family kau. Kita kan kawan baik selama ini. Apa salahnya kalau aku tolong kau pun. Tak luak pun duit aku kalau takat nak bayar duit tambang kau balik Terengganu.”
“Dah, dah. Aku cakap tak payah. Aku bukan berkawan dengan kau sebab nak duit kau lah, Farah.”
“Tapi aku..”
“Okey, stop. Aku dah tak nak dengar dah. Aku nak baca buku ni”
“Hmm..alright, alright! Aku faham. Haa!! Apa kata kau join aku balik rumah aku cuti hujung minggu ni nanti, nak?”
Aku hanya menjengil mataku padanya.
“Kau ni Farah. Kau ingat rumah kau tu hotel ke apa? Sesuka hati aje ajak aku pergi sana. Nanti apa pulak kata daddy kau nanti?”
“Alah, daddy aku kan dah kenal sangat kau ni. Mesti dia happy gila kalau dia tahu kau nak balik rumah aku nanti. Aku konfum mesti dia akan arah semua orang gaji kitorang untuk bersihkan bilik untuk kau. Pastu masak macam-macam untuk kau nanti” ujar Farah Amira teruja. Dia mula berangan macam-macam kalau aku pergi ke Villa Melissa milik keluarga Farah Amira. Aku hanya mencebik.
“Tak naklah aku, Farah. Malulah. Kau ni ingat aku ni apa. Nak keluar masuk rumah kau. Lagipun aku kan dah pergi rumah kau minggu lepas. Nanti apa pulak cakap daddy kau nanti.”
“Kau ni segan sangatlah, Ainaa. Aku tak puas lagi enjoy dengan kau cuti minggu lepas. Aku nak bawak kau banyak lagi tempat kat KL tu nanti. Jomlah. Kau balik rumah aku ek?” Farah Amira masih tidak puas memujuk aku untuk pergi ke rumahnya. Lenganku dipaut manja demi menyuruhku bersetuju untuk mengikutinya. Aku cuba mengelak. Namun, sia-sia sahaja. Farah Amira melentokkan kepalanya di tubuhku. Ala-ala gedik gitu.
“Tak nak. Kau tak dengar ke aku tak nak.”
“Alah, Ainaa. Jomlah.”
“Ishh..kau ni. Aku cakap tak nak, tak naklah.”
“Ainaa, kau ni jual mahal sangatlah.”
“Wei..yang kau duk paut jugak lengan aku ni apasal?” aku cuba menepis tangannya yang menggatal tak tentu pasal.
Tangan Farah Amira terlepas daripada lenganku. Fuhh, barulah lega sikit. Ini tak rimas aje memanjang. Farah Amira mencebik geram. Menyampahlah katakan.
“Orang ajak balik rumah orang tak nak.” Omel Farah Amira perlahan.
“Dah orang memang tak nak. Tak paham-paham lagi ke?” balas aku geram.
“Mengada-ada. Benci aku!”
Aku hanya tersenyum kecil melihat omelan Farah Amira. Aku tahu niat dia ikhlas ingin memujuk aku ke rumahnya. Aku juga tahu bahawa daddy Farah Amira tidak kisah dengan kehadiran aku ke villa indah milik keluarga mereka. Bahkan senang kalau aku ke rumahnya. Masih aku teringat kenangan aku di villanya minggu lepas mengenai layanan mesra keluarga Farah Amira dan pesanan daddynya yang mengajak aku pergi lagi ke sana.
“Hodoh benar muka kau macam tu, Farah. Dahlah jom aku belanja kau minum, ya?” pujuk aku santai. Bahunya aku paut mesra. Muncungnya masih tak lepas daripada bibirnya.
Farah Amira membuat muka bodoh. Tiada riak. Mengajuk tak habis-habis. Aku mencubit geram pipinya. Haa..hambik kau mengajuk sangat.
“Adoii..adoi…sakitlah Ainaa. Kau ni ketam ke kala jengking hah?”
“Dua-dua bukan! Siapa suruh kau buat muka bodoh macam itu.    Kau ingat selalu ke ada peluang aku nak belanja kau minum? Dah tak payah tunjuk muncung kau tu lagi? Ingat cantik sangatlah muncung kau tu? Itik punya muncung seratus kali lebih cantik daripada kau punya.” Aku mula menarik tangan Farah Amira untuk mengikuti langkahku.
“Hmm..kalau macam itu aku nak fresh orange satu tau” pinta Farah Amira bersemangat.
“Amboi. Kau ingat kita nak pergi kedai mamak ke apa? Sorry to say, okay. Aku belanja kau minum air kat coin machine tu dahlah.” Balas aku selamba.
 Farah Amira ternganga. Kedekut betul minah ini. Bukan main aku order ingat dapatlah air jus oren ke apa. Hampeh tul!! Kalau takat air kat coin machine itu aku pun boleh belilah..apa punya kedekut punya kawan!
“Apalah kau ni, Ainaa. Aku ingat kau nak belanja aku minum kat restoran ke apa. Kalau kat kedai mamak pun aku tak kisah lagi. Ni kalau takat kat  coin machine baik tak payah. Aku pun boleh belilah”
Aku menjegilkan mataku ke arah Farah Amira. Ishh..tolak rezeki pulak minah ini. Mak aku cakap tak baik tolak rezeki tau tak?! Aku tahu sangatlah perangai si Farah ni walaupun anak Datuk tapi dia ni jenis tak kisah pasal standard. Makan kat kedai mamak pun dia redah jugak asal makanan itu kena dengan perut dia. Aku ingat lagi pernah sekali kitorang satu geng masuk restoran mewah makan kat sana tapi sekali makanan kat situ tak sedap. Tup-tup minah ni pulak marah macam raksaksa. Dia membebel bukan main memanjang kat pengurus restoran mewah itu. Terlopong kami semua melihat tingkahnya waktu itu.
“Kau nak ke tak nak? Kalau kau tak nak, selamatlah duit aku daripada belanja kau minum.” Ujarku bosan. Tak nak sudah. Malas aku nak pujuk orang ni.
 “Haa..nak, nak! Alah ngajuk sikit tak boleh. Bukan nak pujuk orang pun.”
“Malas aku nak pujuk orang yang tak kena gaya ni. Kau ingat kau ngajuk sikit ke? Sekali kau mengajuk langsung tak fikir hati perasaan orang. Mesti malang siapa yang dapat kau ni nanti.” Tambah aku lagi.
“Ainaa..kau jahat!”
“Dah, jangan banyak bunyi. Jom pergi.”
Langkah kami diselangi dengan ketawa yang meruntun hati. Aku dengan lawak bodohnya, si Farah pulak jadi pengikut setia tak bertauliah untuk ketawa dengan lawak yang aku ajukan. Kami bahagia ketawa. Farah berdekah-dekah ketawa sampai keluar air matanya. Aku menjeling Farah Amira di sebelah. Ishh..minah ni kalau ketawa, over betullah!
“Kau ni kalau suka tak ingat dunia kan, Farah? Kau tau tak gelap hati kalau ketawa kuat macam itu” ejek aku sinis.
“Apa pulak nak salahkan aku pulak. Kaulah yang buat lawak bodoh camtu. Aku ketawalah” ujar Farah Amira yang masih tinggal dengan sisa-sisa ketawanya.
Ketika itu kami sampai di tempat mesin minuman di lorong blok kampus kami. Aku mula mengeluarkan duit syiling aku dalam dompet khas aku. Penuh dengan duit syiling. Aku tersengih melihat duit syiling yang aku kumpul selama tiga bulan ini. Tiba-tiba ketawa Farah Amira pecah. Aku berpaling kepadanya.
“Kenapa kau ni?”
“Hahaha…kau tengok dompet kau ni. Kartun betullah kau ni, Ainaa. Cuba aku tengok dompet kau ni” terus Farah Amira merampas dompet milikku. Aku tak sempat menghalang. Terus dia menatap dompet yang kecil molek itu yang sarat dengan duit syiling. Namun, ketawanya makin kuat.
“Hahahaha…Ainaa, Ainaa..dompet kau gambar sailormoon. Hahaha..eh ini apa?”
Aku menjuihkan bibirku. Huh, nak pertikaikan dompet aku pulak.
“Ahh..stiker Hello Kitty!!” sambung Farah Amira. Teruja. Farah Amira cuba menekan sticker timbul Hello Kitty milikku. Ketawanya makin kuat memecah kesunyian yang ada. Suara nenek kebayan ketawa. Agak-agaklah kan suara si Farah ni boleh kalahkan tak dengan semua nenek kebayan yang ada atas dunia ini?? Tiba-tiba tangannya mengikis sticker comel aku.
“Haa..nak buanglah itu sticker aku itu” aku cuba merampas dompetku kembali tapi gagal. Ketinggian si Farah ni mengalahkan aku. Aku mencebik geram.
Sticker macam ni pun kau simpan jugak. macam budak-budaklah kau ni, Ainaa.”
“Biarlah. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas sticker ini dengan adik aku kau tau? Bergomol bertumbuk kitorang berebut sticker ni kau tau? Yang kau dengki dengan aku sangat kenapa? Aku tak ambil pun barang kau. Pulangkan balik dompet aku tu.” Aku menadah tanganku di depan si Farah.
Farah Amira makin galak ketawa. Dia membelek-belek lagi dompet kesayangan aku itu lagi. Langsung tak pendulikan kehendak aku yang inginkan kembali dompetku itu.
“Adik kau mana pulak yang kau rampas sticker ini?” soal Farah Amira.
“Alah siapa lagi kalau bukan adik aku si Farah Wahidah.” Ujar aku sempoi.
“Adik kau itu bukan ke kau citer dia itu matched ke?”
“Hmm..matched itu adalah jugak. Tapi kalau siapa-siapa ambil barang dia, dia marahlah.”
“Habis itu kau ambil jugak barang dia.”
“Dah aku mintak lemah-lembut, sopan-santun dia tak nak kasi, aku pun isytihar peranglah dengan dia. Sebab itulah kami bertumbuk, bergomol dengan dia. Lainlah kalau adik aku si Liyana Mardhiah itu memang aku mintak dia bagi. Sudah, bagi balik dompet aku” 
“Kau ini Ainaa, memang kakak yang kejam kau tahu.”
“Uwekk..lantaklah kau nak cakap apa pun. Aku tak kisah.”
“Jahatnya kau ini. Nah, ambillah. Tak kuasa aku nak pegang lama-lama harta kau.” Farah Amira memulangkan semula dompetku. Aku gembira. Siapa tak sayang woi harta ‘rampasan perang’ yang berharga ini. Bergolok nyawa nak dapatkan ini!

Farah Amira hanya menggeleng-geleng kepalanya melihat aku yang memeluk erat dompet kesayanganku itu. Ainaa, Ainaa..tak matched langsung!!

No comments:

Post a Comment