Nuffnang

Wednesday, January 8, 2014

Bab 3 Harga Sekuntum Cinta

Bab 3
“Ainaa..cuba kau cakap sekarang pukul berapa?” soal Siti Najwa Batrisya kepadaku. Nafasku masih termengah-mengah. Letih gila oii..berlari marathon waktu tengahari macam ini. Aduhai, aku punya lelah berlari tahap kelajuan kereta sport, dia boleh tanya soalan yang dia dah tahu pukul berapa. Jam kat tangan itu apa guna kalau tak reti nak tengok. Tensionlah punya geng macam ini. Ni mesti kes nak sindir aku.
Sorrylah aku lambat. Aku tolong mak cik tua kat tengah jalan tadi.” Jawabku letih. Aku mula terbongkok-bongkok letih menahan lelah.
“Ainaa Farhanah Binti Awi, kau jangan nak temberang aku kat sini boleh tak? Kalau nak berbohong sekalipun fikirlah logik sikit. Kau tu memang tak pandai berbohong. Kat dalam kampus kita ni mak cik tua mana pulak yang ada kau nak tolong itu. Semuanya pelajar-pelajar aje yang ada kat sini. Muda-muda semua. Agak-agaklah sikit.” Ujar Siti Batrisya Najwa spontan.
“Alah mak cik sapu sampah kan ada. Mak cik kantin pun ada. Alah, mak cik kat depan mata aku ni pun ada ni hah” mulutku perlahan menyebut ayat terakhir itu.
“Apa kau cakap Ainaa?! Kau cakap sekali lagi!” berang Siti Najwa Batrisya.
“Heh..tak ada apa-apa. Jomlah masuk library. Buat penat aje tunggu depan pintu ni”
“Hah..ni mesti kes nak tukar topik ni. Kau kutuk akulah kan?”
“Tak ada maknanya. Dah jom. Daripada kau membebel tak tentu pasal baik kau menelaah pelajaran macam aku ni. Rajin. Bukan macam kau pemalas.” Tembak aku lagi.
“Kau ni Ainaa, kalau sekali mulut kau tak berbisa memang tak sah kan?”
“Apasal pulak? Aku bukannya patuk kau macam ular tedung. Mana ada mulut aku ni berbisa.”
“Hah..mulalah itu nak loyar buruk lagi”
“Tak adalah cik Siti oii..dah jom masuk! Panaslah duduk luar tu. Kalau kau nak tahu aku ni puteri lilin. Tak boleh kena matahari nanti aku cair. Aku kena duduk tempat teduh macam ini baru aku feel fresh.” Tanganku mula menarik tangan Siti Najwa Batrisya masuk ke dalam perpustakaan Tun Sri Lanang.
“Banyaklah kau puteri lilin. Apa kau ingat kau ni puteri raja nak berpayung-payung segala?”
“Eh..itu mesti. Tapi aku tak berpayung pun sekarang. Aku nak ber‘air cond’ aje dalam pustaka ni. Kau ni Siti macam si Farahlah. Asyik nak marah aku aje. Aku ni insan yang lemah tau tak? Perempuan yang tak berdaya kat atas dunia ni. Tak baik kau layan aku buruk macam tu. Berdosa tau”
“Apa kau ingat kau sorang je perempuan kat atas dunia ni? Yang kau tak tepati janji dengan aku tu tak dikira berdosa? Janji pukul dua petang, pukul dua setengah jugak kau datang sini.”
“Hmm..yalah. orang mintak maaf.”
“Tak apalah, benda dah jadi. Aku maafkan kau.”
“Ohh…terima kasih, Siti. Aku terharu. Kaulah sahabatku sepanjang hidup.” Aku memeluk erat tubuh sahabatku ini.
“Shhh..tolong diam ya? Kat sini perpustakaan. Kalau nak bermesra sila keluar dari sini!”
Alamak, baru nak touching-touching sikit dah ada orang jelous. Kami berdua berpaling ke arah suara itu.
“Kaulah ni, Ainaa. Bising sangat. Yang kau pergi peluk aku itu apasal?” ujar Siti Najwa Batrisya meletakkan kesalahan di bahuku.
“Hmm…akulah yang salah. Asyik-asyik aku. Asyik-asyik aku jugak yang salah. Kenapalah aku yang cantik jelita ni jugak kena dipersalahkan? Susah betul jadi orang jelita ini, semua orang nak jeles dengan kejelitaan aku.” Aku merungut kecil.
“Sorry ya akak. Tak sengaja. Tersentuh sangat jiwa ni sebab ada orang maafkan saya. Kalau akak jadi saya pun mesti tersentuh jugakkan?” Aku mengangkat tangan tanda bersalah.
Wajah kakak itu mulanya kehairanan mendengar jawapanku tapi itu tak lama sebab dengan tiba-tiba kakak itu hanya menjeling tajam memandang kami berdua. Terus meninggalkan kami berdua yang terpinga-pinga dengan tingkahnya.
“Alah, kakak ni kerek betul. Orang bukan main mintak maaf, dia buat menyombong pulak. Cantik sangatlah tu perangai macam tu.” Komenku spontan. Tidak puas hatilah katakan. Bukan senang tau nak dengar ayat mintak maaf daripada mulut Ainaa Farhanah! Ini Ainaa lah!
“Kau ni, Ainaa mengarutlah. Kita dah lambat tau tak? Mesti diorang semua ada kat tingkat atas ni. Kalau diorang mengamuk macam singa kat hutan tu, kau yang kena bertanggungjawab tau! Aku tak bertanggungjawab.”
Amboi-amboi…senang-senang minah ni nak lepas diri ya? Tapi tak apa, ini Ainaa Farhanah Awi tau!
“Alah, kau jangan risaulah. Ni Ainaa Farhanah Awi. Aku beast master akan menenteramkan singa-singa yang kelaparan macam diorang nanti. Beast master Ainaa akan menjadi penyelamat…” tanganku aku angkat tinggi ke langit menjiwai watak beast master yang akan berperanan nanti.
“Sudah..sudah..jom naik atas. Malas aku layan angan-angan kau tu Ainaa.” Kata Siti malas.
“Cis..cik Siti ni..” potong stim betul! Baru nak action.
     *                       *                   *
AKU yang sedang khusyuk membaca tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu pembacaanku. Siapa pulak yang nak kena makan penumbuk sulungku ini. Cewahh..penumpuk itu? Macam gengster pulak. Tapi kacau aje orang nak membaca ni. Dia tak tahu ke membaca ini jambatan ilmu? Siapa pulak yang nak kacau aku mendaki jambatan ilmu yang aku tujui ini?
Aku berpaling  ke belakang. Mataku membulat. Kau..kau Dasuki Hilmi! Ohh..tidakk!! Pantas aku katup ‘buku kesayanganku’ lalu menyembunyikannya di bawah meja. Aku hanya duduk dengan selamba. Buat-buat macam tak ada apa-apa!
“Ohh..ini rupanya kerja kau ya, Ainaa” suara garau lelaki itu mula kedengaran.
“Bak sini buku kau tu! Ohh..orang lain bukan main struggle untuk kuiz nanti kau senang-senang baca buku komik, ya? Ini komik apa pulak yang kau baca ini? Meh sini aku cakap.” Keras suaranya mengarahkan aku memberikan buku itu.
Tidak! Tidak sama sekali!! Aku takkan serahkan buku ini selagi hayat dikandung badan!! Aku mengeraskan tubuhku untuk menyembunyikan buku kesayanganku ini. Matilah aku kalau buku ini jatuh ke tangan ‘musuh’ seperti Dasuki Hilmi ini. Nama aje kembar kepada Darimi Irfan, geng kamcing aku tapi dia ini lelaki paling teruk sedunia. Selalu mengongkong aku macam anak patung. Agaknya aku ni comel sangat macam anak patung Barbie kot yang dia nak sangat kongkong aku ni. Kata Darimi Irfan, abangnya ini dah lama kempunan nak adik perempuan, itu yang dia layan aku macam seorang adik. Tapi kalau gaya dia layan aku macam adik perempuan betul, aku tak kisahlah. Ni gaya macam Hitler! Kejam dan bongkak! Tak hingin aku nak jadi adik kau!
“Woi, Ainaa! Kau dengar tak aku cakap apa? Aku suruh bagi buku yang kau baca tadi. Tak payah nak sorok dari akulah.” Mendengar suaranya yang keras itu menyebabkan ramai mata yang melihat perlakuan kami berdua.
Hah, kan dah dapat publisiti murahan! Mamat ni kalau nak femes pun..femes sorang-sorang dahla..tak yahla nak babitkan aku sekali. Kan tak pasal-pasal orang duk mengumpat pasal aku. Aku bukan tak nak pahala free tapi aku kesian diorang dapat dosa free jugak.
“Awak.. perlahanlah sikit suara tu. Sini perpustakaan jadi tolong senyap” ujarku perlahan separa berbisik. Ala-ala formal gitu.
Dasuki Hilmi geram. Pandai pulak minah ni menjawab.
“Kau ni Ainaa, degillah!!”
“Em..maaf. Saya kenal awak ke?”
Terpempang Dasuki Hilmi mendengar ayatku.
“Ainaa, kau jangan nak buat aku hangin. Bagi buku tu cepat!”
“Tak nak! Ni buku aku, suka hati akulah nak buat apa pun. Kau nak marah apasal?”
“Sebab kau ni susah nak diajar. Orang sibuk belajar, kau selamba baca komik. Apa kes?”
“Biarlah. Aku isi masa lapang aku ni. Ni kan hobi aku. Sibuk aje kau ni”
“Biarlah dia, abang. Dia bukan tak belajar pun tadi. Dia penatlah tu dari tadi asyik belajar aje. Abang bukan tak tahu kalau si Ainaa ni mengantuk dia buat apa. Konfum dah hanyut melayan mimpi. Tidur jelah kerjanya. Biarlah dia baca komik tu. Tak salah pun. Abang buat bising-bising pun buat malu aje orang tengok.”
Hah, suara penyelamatku sudah sampai. Diam tidak berkutik Dasuki Hilmi mendengar lontaran idea adik kembarnya, Darimi Irfan. Hehehe…melihat diri Dasuki Hilmi yang terdiam umpama satu kemenangan besar bagiku. Umpama kemenangan bola sepak piala Euro 2012. Hatiku bersorak girang. You’re my hero, Darimi Irfan! Lub u so much..Hehe..
Aku menjelir lidah ke arah Dasuki Hilmi. Dia geram. Dia mula nak terkam aku. Aku pulak dengan pantasnya berlari ke arah penyelamatku. Bersembunyi di belakang tubuh ‘my hero’ku. Sesekali kepalaku tercengul keluar melihat tingkah Dasuki Hilmi. Tapi tak lama sebab aku menyorok balik. Muahahaha.. Perbuatan aku hanya mengundang ketawa geng aku yang lain, Siti Najwa Batrisya, Farah Amira dan Junaidi Hassan.
“Kau ni macam budak-budaklah, Ainaa. Lari menyorok macam tikus” ujar Farah Amira. Dia ketawa kecil memandangku.
“Eh, tolong sikit. Tikus-tikus ni jangan sebut, okay? Tikus ini hanya mandat Siti Najwa Batrisya aje. Sebab nama dia tu cik siti” selorohku spontan. 
“Kau ni, Ainaa..nak kena akulah tu?” sampuk Siti Najwa Batrisya.
“Okay..okay..sorry..sorry..naega naega naega meonjeo nega nega nega..ppajyeo ppajyeo ppajayeo becaujyo baby..huh..berbelit lidah aku nak mintak maaf dengan korang” aku melepaskan nafasku berat. Letih beb..ingat senang ke nak menyanyi lagu korea. Berbelit lidah tau nak sebut perkataan korea yang pelik-pelik ini. Hehe..
Geng aku terdiam. Tiba-tiba, ketawa mereka pecah melihat aku yang meminta maaf sambil menyanyikan lagu korea berjudul Sorry Sorry nyanyian kumpulan Super Junior. Melihat diorang ketawa sakan. Aku pun naklah tumpang sekaki. Aku juga turut ketawa terbahak-bahak. Eh, cover..cover..perempuan muslimah tak boleh ketawa macam pontianak. Kena ayu aje sukanya. Hehe..Namun, ketawa bahagia kami tak lama sebab ada orang yang mengganggu kebahagiaan kami. Ewahh, padahal kami and the geng yang buat onar di tempat suci dari bising ini.
“Ohh…aku ingatkan siapalah yang memekak dari tadi rupanya Ainaa Farhanah Binti Awi dan kawan-kawannya yang sedang ketawa bahagia. Korang sedar tak yang korang dah mengganggu konsentrasi pelajar lain nak belajar?! Kalau korang nak ketawa sangat pergi berambuslah dari library ni! Menyampah!!”

Amboi mulut, tak ada insurans tahunan kot minah ni. Siapa lagi kalau bukan si Zara Elina!! Gadis gedik dan perasan macam Miss Universe!! Tengok aje minah ni baru aku teringat yang dia nilah celupar sangat mengganggu mimpi indah aku dalam dewan kuliah pagi tadi. Siap buat repot lengkap kat pensyarah tadi. Hmm… dendamku masih belum berbalas lagi. Huhu.. Aku berpaling melihat raut wajah geng aku. Aikk, muka macam ayam berak kapur sorang-sorang. Ni mesti kes tak puas hati sama dengan aku ni. Bagus, adalah geng nak buat seteru ni. Hehe…

No comments:

Post a Comment