Nuffnang

Monday, January 20, 2014

Bab 21 Harga Sekuntum Cinta

BAB 21
“Hahahahaha….” Ketawa kuat milik Farah Amira, Siti Najwa Batrisya dan Salina memecah ruang tamu di rumah sewa kami. Aku menjuihkan bibirku sambil memeluk tubuhku. Apasal lah mereka nak ketawa sakan macam ini? Lawak sangat ke cerita aku ini? Aku rasa tak ada yang lawak pun. Aishh..ke minah-minah ni semua dah tak berapa nak betul ke?
“Korang ini kenapa? Aku tak buat lawak pun. Yang korang nak suka macam ni sekali kenapa?” soalku geram.
“Taklah. Konon kau ni tak nak jadi watak heroine dalam kisah romantik tapi aku rasa kau dah terjebak dah pun.” Ujar Farah Amira.
“Apa pulak? Bila masa aku cakap aku suka kat mamat tu?”
“Aikk..kitorang tak cakap pun yang kau suka dia? Kau memang suka dia ek?”
Ridiculous!” jawabku sempoi.
“Apa pulak ridiculousnya? Semua itu possible tau? Aku percaya lepas ini confirm dia luahkan perasaan pada kau.” Tambah Siti Najwa Batrisya pula.
“Kau jangan nak merepek tau, cik siti. Aku tak kan percaya apa yang korang cakap ini. Tambah pulak, aku tak ada masa nak layan benda-benda itu semua.”
“Hek eleh..cakap kat mulut aje kau tu! Macam aku tak tau perangai kau itu.”
“Apa yang kau tahu pasal aku?”
“Aku tau kau pun suka dia kan?” usik Farah Amira lagi.
Not interested! Definitely!
“Tak yah nak bohonglah, Ainaa. Aku rasa itu memang jodoh kau.” Tokok Salina pula.
“Jodoh apa kebenda kau cakap ini? Aku tak pahamlah apa yang korang cakap ni?! Dah! aku nak tidur”
“Aikk..awalnya kau nak masuk tidur? Baru pukul sembilan kot!” ujar Siti Najwa Batrisya.
“Aku malas nak layan korang.” Aku mula bangun dari sofa dan bergerak meninggalkan mereka bertiga.
“No way!! Kitorang tak kan bagi kau tidur sampai kau citer kat kitorang betul-betul. Jom kawan-kawan, tarik dia!! Halang dia cepat!! Jangan bagi dia terlepas kali ini!” arah Farah Amira.
Serentak itu, tiga pasang tangan memaut kuat tanganku. Hancur tanganku yang putih gebu ini! Aku kembali duduk di sofa itu.
“Korang nak apa lagi, hah? Lepaskan aku la..kau nak bunuh aku ke apa?”
Seorang memaut lenganku ke belakang. Bagai nak patah urat lengan aku ni! Seorang lagi menindih belakang tubuh aku. Enak dan secukup rasa dia duduk atas tubuh aku!! Manakala seorang lagi memegang kakiku kemas! Minah ini siap lipat kaki aku macam karipap lagaknya! Aku sekarang tak ubah macam anak patung diorang. Selamba minah-minah ini semua lipat aku, golek aku dan duduk atas aku sesuka hati mak bapak dia!! Aku cuba bergelut tapi gagal. Ini kawan ke musuh ni?! Ya Allah, tolonglah hambaMu ini! Kawan-kawanku ini tak ubah layan aku macam penjenayah dalam penjara. Umpama algojo menyerang penjenayah yang cuba larikan diri dari tahanan penjara aje situasi aku sekarang ini. Aku tak bersalah ya Allah!! Aku tak bersalah!!
“Lepaskan aku! Lepaskan aku! Tolong sesiapa..tolong selamatkan aku!!!” aku menjerit kuat. Ketika itu aku bergelut lagi, tapi hasilnya tetap sama. Gagal! Mission Impossible!!
“Somebody..HELP ME!!!” Aku menjerit lagi.
“Ishh..minah ni. Overacted pulak!!” selamba Farah Amira bersuara. Tangannya juga selamba menyekeh kepalaku.
“Kau ingat kitorang nak culik kau ke? Tak laku pun kau ni kalau kitorang jual” kata cik siti atau cik tikus, Siti Najwa Batrisya. Dialah makhluk Tuhan yang paling seksi..oppss silap!! Tak baik cakap kawan macam itu..makhluk Tuhan yang berisi dan bertanggungjawab duduk di atas belakang tubuhku. Patutlah macam nak patah, retak, reput semua spinal cord aku ini!! Ini kalau tak lama hancuss berkecai jugak tulang belakang aku ni!! Siapa nak bertanggungjawab kalau aku lumpuh nanti. Si tikus ini sengaja duduk semakin kuat setelah mendengar jeritan aku yang meminta tolong itu. ADUHH..YA ALLAH!! Dugaan apakah ini?! ‘Di hati ini Hanya Tuhan Yang Tahu..’aku rasa nak nyanyi aje lagu nasyid itu!! Nanti siaplah kalau aku mati nanti, aku jadi hantu ngengsot macam dalam cerita hantu Indonesia itu. Aku ‘buru’ jugak korang semua and jadi seorang ‘avenger’! Masa itu barulah korang takut dengan Ainaa Farhanah Awi!! Yeehaa!!
Poyolah kau ini, Ainaa. Mengada-ngada betul!!” Salina, teman serumah aku pula sengaja mencucuk kaki aku dengan batang penyapu. Ini dari mana dia dapat batang penyapu itu pun, aku tak tahu! Minah ini nak sula aku ke apa ni? Kenapa semua orang dalam rumah ini gila semua??
“Aku bukan penjenayah berat! Aku budak baik!! Aku Ainaa Farhanah Awi, seorang muslimah yang sejati lagi suci murni tak bersalah dalam hal ni!!!” aku menjerit kuat. Tak puas hati betul!!
 Serentak itu juga tiga tangan manusia menyekeh kepala aku yang bergeliga ini. Terus muka aku terbenam di sofa rumah kami. Hancur muka aku yang ayu ini kena penangan mereka bertiga. Lepas ini, aku nak report kat abang polis cakap kau buli aku semua!!
 “Korang nak bunuh aku ke, hah? Lepaslah wei..sakit tau tak!” aku menjerit geram.
“Okey, kitorang akan lepaskan kau dengan syarat kau janji akan cerita kat kitorang. Faham?” ujar Farah Amira.
Aku mengeluh kuat lalu “Iya, iyalah. Aku janji aku cerita kat korang semua”
Usai ayat keramat itu, terus aku dilepaskan. Terus mereka humbankan aku ke lantai.
Cis!! Kurang asam punya kawan!! Dia buang aku macam kain buruk! Macam kucing kurap! Hampeh tol!! Tercabar maruah aku sebagai seorang wanita yang baik hati!
“Haa..ceritalah.” serentak suara mereka bertanya. Bab korek rahsia orang nombor satu minah-minah ini!!
Aku bangun lalu duduk di lantai. Aku menggeliat sedikit. Aku buat renggangan bahu, lengan, kaki dan pinggangku yang ramping gitu! Mereka pulak senang duduk di atas soya perhatikan aku dari atas.
Ishh..ingat aku ni budak sekolah rendah ke nak ngaku salah depan diorang semua ni? Tak adil betul!!
“Eh..kitorang bukan nak tengok kau bersenamlah. Kitorang nak dengar cerita kau!” jerit si nenek kebayan. Si cik siti hamster pula hanya mengangguk bersetuju. Manakala si penakut Salina yang sedag memegang penyapu menepuk tubuhku sedikit.
“Dahlah korang goreng aku buat karipap hangus lepas itu, korang tak bagi aku chance nak betulkan urat pulak. Sakit tau tak! Apatah lagi si hamster ini yang duduk atas aku.” Aku menuding jari ke arah Siti Najwa Batrisya. Dia pula hanya tersengih.
Sorry..” minah itu mengukir sengih kerang busuknya dengan lebih meluas. Buruk bebenor aku tengok! 
“Hmm..tau pun mintak maaf.”
“Dah, cepat cerita. Kau cakap tadi kau terkejut tengok dia awal-awal kau jumpa, kenapa?” soal Salina. Intusi ingin tahunya memuncak. Siap boleh hafal dan ingat dengan tepat lagi aku berhenti cerita kat mana tadi.
“Taklah aku terkejut bukan apa. Aku tengok muka dia sebijik macam Hideaki Takizawa zaman muda. Aku ingatlah artis Jepun itulah depan mata aku waktu itu. tapi fikiran aku meleset sebab tak kan Hideaki Takizawa pandai cakap Bahasa Melayu. Hehe..” aku sempoi memberitahu mereka.
“Cis..kau ni, Ainaa. Aku ingatkan kenapa? Aku ingatlah kau terkejut sebab muka dia serupa dengan ex-boyfriend kau ke atau berkait dengan sejarah silam kau ke apa” ujar Siti Najwa Batrisya.
“Yang tak boleh handlenya, boleh dia terkejut sebab muka sama dengan artis Jepun. Aku ingatkan kenapa.”
“Yelah. Kalau betullah dia itu Hideaki Takizawa, konfum aku mintak autograph dia. Haha..”
“Tak ada maknanya kau nak mintak autograph semua itu. membazir aje. Baik kau jadi girlfriend dia terus.”
“No way. Kau tahukan prinsip aku.”
“Tapi Ainaa..” baru sahaja Farah Amira ingin bersuara tapi aku cepat-cepat menambah.
“Dah. Aku tak nak cakap lagi pasal ni” aku pantas mengelak.
“Ainaa, sampai bila kau nak terus seksa diri kau? Sampai mati pun kau tak kan rasa bahagia kalau kau terus macam ni?”
“Siapa cakap aku seksa diri aku sendiri? Aku bahagia dengan diri aku sekarang. Aku tak perlukan apa yang korang fikir sekarang sampai bila-bila. Never and ever.”
“Ainaa, kau umpama dah nafikan fitrah alam ni. Kau..”
“Aku tak pernah nafikan fitrah tu. Aku tak pernah marah korang nak bercinta ke, suka ke atau ada hati kat mana-mana lelaki. Aku tak bangkang semua itu. Aku cuma halang diri aku dari terjebak masuk dalam alam itu. Aku tak suka! Aku benci!” nada suaraku berubah garang.
“Kau masih tak maafkan dia ke? Perkara itu kan dah lama berlaku.” Pujuk Salina lagi.
“Tak. Aku tak kan maafkan dia. Aku benci dengan apa yang dia buat selama ni. Aku tak kan sesekali maafkan dia.”
“Ainaa, tapi Aizriel Danish bukan lelaki macam itu. Aku boleh nampak itu. Dari cara dia pandang kau pun, aku tahu dia betul-betul ikhlas sukakan kau” kini Siti Najwa Batrisya pula berkata.
“Mana kau tahu? Kau tahu ke apa yang dia fikir? Kau tahu kat mana dia sukakan aku? Kalau kau nak tahu, lelaki semua ini sama aje. Semua sukakan perempuan sebab nafsu! Bukan ikhlas pun sukakan kita orang perempuan ni.” Ujar aku. Sinis.
Mereke bertiga hanya menggeleng lemah dengan ideologiku.
“Ainaa..aku..”
“Dah, dah. Aku tak nak dengar lagi apa yang korang nak mengarut semua itu. Kalau korang nak sangat si Aizriel Danish itu kau ambik jelah. Tak payah nak rekomen-rekomen kan untuk aku. Aku malas nak penduli semua itu. Itu semua bukan masalah aku.”
Aku bangun dari duduk. Melangkah naik ke bilik. Mereka bertiga hanya memandang langkah aku yang sedang naik tangga. Aku malas nak penduli pandangan mereka semua sebab aku yakin dan penuh kesedaran apa yang aku buat sekarang. Aku tak perlukan cinta. Aku dah ada orang yang aku cinta. Aku cintakan mak, abah, along, angah, Liyana, Fatin, Farah, dan Anis. Aku cintakan family aku. Apa yang paling penting aku cintakan Allah.
Aku tak perlukan cinta seorang lelaki! Mereka semua pemusnah apa yang dinamakan cinta!! Seraut wajah mucul di ingatanku.
“Aku tak kan maafkan kau!! Sampai bila-bila pun aku tak kan maafkan kau!! Never!!
Aku menggepal erat genggaman tanganku. Penuh benci. Penuh kecewa. Aku cuba menahan gelodak jiwaku namun gagal. Akhirnya, air mataku menitis juga!

            

No comments:

Post a Comment