Nuffnang

Wednesday, January 15, 2014

Bab 17 Harga Sekuntum Cinta

BAB 17
            “Ayie, tolong akak jap” kepala Syafiqah muncul di sebalik pintu bilik adiknya. Aizriel Danish yang ralit bermain mainan cube bersama Haiqal di atas katil terhenti lalu memandang kakaknya. Haiqal turut sama berpaling. Dia tersenyum girang.
            “Alah, akak ni kacaulah. Orang tengah syok main ini.” Bangkang Aizriel Danish.
            “Mama..mama” pelat suara Haiqal memanggil mamanya. Beria-ia dia menunjukkan hasil kerjanya kepada mamanya dengan menyusun mainan cube menjadi bangunan tinggi. Syafiqah hanya tersenyum lalu dia memuji anaknya. Dia menggosok mesra kepala anaknya itu. Haiqal makin kegirangan diperlakukan seperti itu. Aizriel Danish juga menggosok mesra kepala anak buahnya itu. Dia senang melihat senyuman manis itu.
            “Akak, nak mintak tolong apa sebenarnya?”
            “Akak nak Ayie belikan barang dapur sikit.”
            “Alah, kenapa tak suruh aje Pak Harun yang belikan? Bukan ke Pak Harun yang selalu belikan barang dapur?”
            “Ishh..dia ni banyak soal pulak! Pak Harun tak sihat. Akak malas nak pergi pasaraya. Banyak lagi kerja akak kena buat ni. Alah, Ayielah yang pergi iya? Tolong akak.” Rayu Syafiqah. Dia menggenggam kedua tangannya.
            “Hmm..orang pun sibuk jugak.” Aizriel Danish buat bodoh.
            “Ishh..dia ni! Mengada-ada betul. Cepatlah Ayie.”
            “Yalah. Orang gurau jelah tadi.”
            “Haa..bagus! Tolong akak belikan semua ni.”
Syafiqah memegang tangan Aizriel Danish lalu meletakkan senarai barang yang diperlukannya ke dalam genggaman tangan Aizriel Danish.
Mata Aizriel Danish membulat. Mak aihh…banyaknya! Ini nak suruh orang borong ke apa ni?
“Apasal banyak sangat ni, kak?” Aizriel Danish memandang wajah kakaknya.
Syafiqah buat bodoh. Dia hanya tersengih sekadar membalas pandangan adiknya itu.
“Banyak ke pendanya? Biasalah itu. Nak bagi kamu makan jugak.”
“Ini nak bagi makan kat anak manusia ke anak gajah akak oii??”
Syafiqah menjeling geram.
“Eh, kamu ni Ayie. Beli ajelah apa yang akak nak itu. Bukan susah pun. Itu bekalan selama beberapa minggu. Okeylah banyak itu pun.” 
“Hmm..tanya sikit nak marah. Macam manalah Abang Khairul boleh tahan dengan perangai akak ni? Mesti Abang Khairul menderita, kan?”
Satu tamparan kuat di belakang Aizriel Danish hinggap di tubuhnya. Dia terdorong ke depan sikit.
“Akak..” marah Aizriel Danish.
Sorry sikit. Abang Khairul patut bertuah sebab dapat wanita yang baik macam akak tau?”
“Hmm..itu semua akak je yang reka cerita. Entah-entah Abang Khairul selalu kena buli dengan akak.”
“Uwekk..malas layan.” Syafiqah menjelirkan lidahnya.
“Eleh, tiru gaya orang.” Jeling Aizriel Danish. Syafiqah hanya buat tak reti.
Akhirnya, mereka bertiga turun ke tingkat bawah. Syafiqah mendukung anaknya, Haiqal. Sampai sahaja di pintu utama Mak Limah muncul dari dapur.
“Ayie nak pergi mana?” soal Mak Limah sopan.
Mereka berdua berpaling serentak. Aizriel Danish tersenyum memandang wajah tua Mak Limah.
“Ayie nak pergi pasaraya kat depan sana itu. Kak Iqa ni asyik jelous aje dengan Ayie balik ni. Macam-macam cara dia buli Ayie, Mak Limah. Kesian kat Ayie. Ini dia suruh beli barang dapur pulak. Tak suka tengok orang senang.” Rungut Aizriel Danish.
Tiba-tiba, kepalanya disekeh. Siapa lagi kalau bukan kakaknya, Syafiqah!
“Akak!! Apa ni main kepala orang!! Mahal tau IQ dalam ni!” marah Aizriel Danish.
“Akak penduli apa.”
Aizriel Danish hanya menjuihkan bibirnya. Proteslah katakan. Tak kan dia nak sekeh jugak kepala kakaknya. Nanti tak pasal-pasal gaduh besar dengan Abang Khairul!  Bukan dia tak tahu Abang Khairul sayang giler kakaknya! 
Mak Limah hanya tersenyum memandang tingkah laku dua beradik itu. Dia malas nak masuk campur perkelahian mereka. Dia tahu Syafiqah memang suka mengusik adiknya seorang itu.
“Ayie nak suruh Mak Limah temankan ke?” soal Mak Limah senang.
Wajah Aizriel Danish berubah ceria. Dia baru ingin berkata-kata tapi tiba-tiba suara mandatori kakaknya kedengaran.
“Tak payah, Mak Limah. Biar dia seorang yang pergi. Dia dah besar panjang. Bukan budak-budak macam si Haiqal ni nak kena teman segala.”
Mak Limah hanya diam dan tersengih.
“Akak jahat. Apa salah Ayie? Kenapa akak tak benarkan Ayie pergi dengan Mak Limah? Kenapa?”
“Dah. Tak payah buat drama depan akak. Membazir aje air liur kamu tu. Dah pergi sekarang.”
“Huhh!!” Aizriel Danish menjeling wajah cantik kakaknya.
Syafiqah merasakan satu kemenangan kerana berjaya membuli Aizriel Danish. Melihat Aizriel Danish yang membuka pintu kereta Haiqal, tiba-tiba meronta-ronta. Dia seperti ingin mengikut bapa saudaranya.
“Haa..haa..nak ikut. Nak ikut!”
“Alah, alah. Haiqal sayang. Pak usu nak beli coklat untuk Haiqal itu. Lepas ini dia balik.”
Tubuh Haiqal makin kuat meronta.
“Nak ikut…”
Akhirnya, Aizriel Danish terpaksa keluar daripada kereta. Dia mula mendekati Haiqal lalu memujuknya.
“Tak apa, Haiqal. Nanti pak su belikan coklat ek”
“Nak ikut…”
“Tak payahlah, sayang. Pak su pergi kejap aje. Nanti pak su belikan aiskrim ek?”
“Aiskrim?” soal Haiqal comel.
“Ha’ah..aiskrim. Haiqal suka makan aiskrim kan? Nanti kita makan berdua ya”
Laju kepalanya mengangguk.
“Okey, nanti pak su belikan. Haiqal main dengan mama dulu iya?”
“Okey! Jom main mama!”
Laju tangannya menarik tangan Syafiqah masuk ke rumah. Syafiqah hanya menjeling adik dan anaknya itu. Amboi, budak ni! Kalau dengan aku tak pernah nak dengar cakap. Tapi kalau pak su dia minta terus patuh. Ini tak boleh jadi ni? Desis hati Syafiqah.
“Apa? Padan muka kakak! Itulah. Siapa suruh pisahkan Ayie dengan Haiqal?”
“Tak ada maknanya akak nak pisahkan kamu. Akak mama dia kan?”
“Memanglah mama dia tapi dia lebih dengar cakap pak su dia. Hahaha..” Aizriel Danish ketawa kuat.
Syafiqah hanya menjeling.
“Dahlah. Pergi cepat. Sibuk aje.”
“Hmmm…Akak kalah. Ayie menang!”
Syafiqah hanya tersenyum.
“Hehehe…Selamat membeli-belah. Babai.”
“Assalamualaikum.” Mati terus senyuman di bibir Syafiqah. Ini mesti kes sindir.
“Sindirlah itu.”
“Tau tak pe!”
Aizriel Danish masuk ke dalam perut kereta lalu keluar dari kawasan villanya. Haiqal melambai-lambaikan tangannya. Syafiqah dan Mak Limah hanya tersenyum dari jauh dan melihat kelibat kereta yang dipandu oleh Aizriel Danish hilang dari pandangannya.



No comments:

Post a Comment