Nuffnang

Friday, July 4, 2014

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin? 

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?




Suami Itu Lelaki

• Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.

• Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

Isteri Itu Perempuan

• Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Kenapa penting suami berbual-bual dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.


Kesimpulannya:

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.


sumber: https://www.facebook.com/pakarcintafans?fref=photo

Luahan hati seorang mujahid



Bismillahirrahmanirrahim

~Luahan hati seorang mujahid~


Namaku Adam..

Aku seorang lelaki
Juga seorang mujahid yang sedang berjuang untuk Ad-Deen ku..
Impianku banyak tapi yang paling utama adalah aku ingin meraih cinta ALLAH dan berjuang sehabis daya untuk ummatku, agamaku, bangsaku..
Tapi aku ada sesuatu yang ingin ku cari atas dunia ini..
Aku cuba mengenal rasa cinta dari ALLAH melalui penciptaannya sebab itulah aku sentiasa bermusafir dan berjihad sepanjang kehidupanku.

Oleh kerana impian ini,
Aku berusaha untuk meraihnya dengan cara aku sendiri.
Ayahku banyak membantuku
Aku melangkah jalan yang lebih sukar dan asing..
kerana kata ayahku.. sesungguhnya islam itu asing, maka asinglah kamu dalam kehidupan ini.

Ayahku tegas mengajarkanku memanah, berenang, bermain pedang, menunggang kuda malah ilmu martial arts diturunkan kepadaku..
Dalam usaha meraih jihad dan syahid di medan perang aku berusaha memahirkan diri dalam suruhan sunnah Rasulullah ini..
Kerana aku tahu kelak dalam Perang Armagedon epik sejarah aku bakal diuji, sama ada berada di pihak Dajjal Al-Masih atau di pihak Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s...
Oleh itu, aku cuba berpegang teguh dengan AL-Quran malah, aku cuba menghafalnya sejak kecil lagi..
Aku mempelajari hadis, aku dipaksa untuk menghayati dan memahami setiap hadis.malah, aku diajar untuk mengenal pasti hadis ahad atau hadis palsu agar aku benar2 berpegang teguh pada janji Rasulullah..

Namun, sejak usiaku 10 tahun, ayahku meninggal dunia, sekalipun penyokong kuatku tiada di dunia ini namun, aku tahu impian dan semangatnya sentiasa hidup dalam hatiku..
Atas warisan ayahku dan sebab tertentu aku mudah mendapatkan segalanya atas dunia ini..
Yang tinggal aku hanya perlu membuat pilihan yang betul sama ada mengikut nafsu atau mengikut ajaran ad-deenku..
Kini aku faham setiap paksaan, tuntutan dan ajaran ayahandaku adalah teruji ketika aku menginjak usia dewasa..

Seawal usia 11 tahun aku belajar selok belok dunia perniagaan..
Kerana aku fahami nasihat almarhum ayahandaku yang menginginkanku seperti sahabat nabi Abdurrahman bin Auf, seorang jutawan dan dermawan..
Lalu aku bangunkan syarikat Storm Rangers tinggalan ayahku.
Aku hidupkan dengan kalimah Allah di setiap penjuru dan pekerja syarikatku..
Aku wajibkan alunan al-Mathurat dan solat sunat dhuha di setiap pagi..
Aku ingin percaya bahawa rezeki Allah itu makin mudah mengalir masuk dengan bacaan kalamullah dan solat dhuha

Aku wujudkan rumah kebajikan untuk anak-anak yatim/ miskin dan orang tua kerana aku tahu Rasulullah sangat cintakan anak-anak yatim dan miskin..aku berharap moga sedikit sebanyak aku dapat memiliki rasa kecintaan Rasulullah seperti itu..
Sekalipun aku sibuk dengan urusan dunia tapi aku selalu memikirkan nasib generasi Y atau golongan muda belia ini..
Lalu dengan rezeki Allah limpahkan kepadaku dan keluargaku aku tubuhkan sebuah institusi pendidikan dengan membawa masuk para ulama' yang mahir dalam kepakarannya dan tenaga pengajar yang sepatutnya..
Aku wujudkan jama’ah Seelenfrieden berdekatan dengan tempat tinggalku dan pusat bandarku..
Seelenfrieden bahasa Jerman membawa maksud ketenangan hati aku doakan moga aku memperolehi ketenangan hati setiap kali aku berusrah dan hadir dalam majlis ilmu dalam jemaah itu..
sekalipun aku berusaha menyalurkan bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada saudaraku yang berkonflik namun serungkali terhalang dengan kuasa-kuasa besar yang berniat jahat..
Namun, aku tak akan putus asa untuk terus menyelamatkan mereka..

Namun, satu yang merunsingkan aku..semakin aku menginjak dewasa semakin banyak suara yang menggesa aku untuk menikah..
Suruhan dan rungutan mamaku tercinta menyesakkan nafasku
Bebelan kakakku tercinta turut menjerut hatiku..
Hatta usikan dan saranan para guru di jama’ah Seelenfrieden semakin kuat dan meresahkan..

Aduh, ya Allah, memang benar bagi seorang mujahid itu, perjuangan atau jihad itu penting..
Malah, suruhan berkeluarga itu juga penting..
Namun, aku tahu ketika saat memegang gelaran ketua keluarga..
Ketika itulah seorang lelaki makin teruji untuk membawa isteri dan anak-anaknya ke syurga atau neraka,
Lalu isteri yang bagaimana aku harus carikan untuk menjadi suri hidupku ya Allah??
Bukan seorang isteri yang cantik, bukan sekadar berilmu, bukan hanya pandai memujuk juga bukan seorang isteri yang kaya tetapi anugerahkan aku isteri yang sama2 berjihad di jalan Allah agar dia faham perjuanganku, isteri yang beriman dan meletakkan KAMU segala-galanya di hadapan agar kelak kecintaannya kepadaku hanya untuk meraih redhamu..

============================================================
Idea = Kesuma Wahida
Nukilan = Kesuma Wahida
Watak = Adam Khairiel
Novel = ??? (novel kedua. insya Allah.)

Moga ALLAH mempermudahkan segalanya..
p/s: mood bosan and nak teruskan hobi yang lama tak diteruskan..

Menatap Langit Malam yang Sunyi..

Menatap Langit Malam yang Sunyi...





(Diceritakan oleh Thawus Al-Yamani tentang doa seorang pemuda dipintu kaabah seraya berkata:) 

Tuhanku, gemintang langit-Mu telah tenggelam
Semua mata makhluk-Mu telah tertidur
tapi pintu-Mu terbuka lebar buat pemohon kasih-Mu

Aku datang menghadap-Mu
memohon ampunan-Mu
kasihi daku
perlihatkan padaku wajah datukku Muhammad saw
pada mahkamah hari kiamat

(kemudian ia menangis)

Demi kemuliaan dan kebesaran-Mu
Maksiatku tidaklah untuk menentang-Mu
Kala ku lakukan maksiat
ku lakukan bukan kerana meragukan-Mu
bukan kerana mengabaikan siksa-Mu
bukan kerana menentang hukum-Mu
Ku lakukan kerana pengaruh hawa nafsuku
dan kerana Kau ulurkan tirai untuk menutupi aibku

Kini siapakah yang akan menyelamatkan aku
dari azab-Mu
Kepada tali siapa aku harus bergantung
kalau Kau putuskan tali-Mu
Malang nian daku kelak
ketika bersimpuh dihadapan-Mu
kala si ringan dipanggil : Jalanlah
kala si berat dipanggil : Berangkatlah
Aku tidak tahu
apakah aku berjalan dengan si ringan
atau berangkat dengan si berat

Duhai celakalah aku
bertambah umur ku dan bertumpuk dosaku
tak sempat aku bertaubat kepada-Mu
sekarang aku malu menghadap Tuhanku

(ia menangis lagi)

Akankah Kau bakar diriku dengan api-Mu
wahai tujuan segala kedambaan
lalu, kemana harapku kemana cintaku
aku temui-Mu
dengan memikul amal buruk dan hina
diantara segenap makhluk-Mu
tak ada orang sejahat aku

(ia menangis lagi)

Mahasuci Engkau
Engkau dilawan seakan-akan Engkau tiada
Engkau selalu pemurah
Seakan-akan Engkau tak pernah dilawan
Engkau curahkan kasih-Mu pada makhluk-Mu
seakan-akan Engkau memerlukan mereka
Padahal Engkau duhai junjunganku
tidak memerlukan semua itu

(kemudian ia merebahkan diri bersujud. Thawus bercerita:
Aku dekati dia, aku angkat kepalanya dan ku
letakkan pada pangkuanku. Aku menangis sampai airmataku membasahi pipinya. Ia bangun dan berkata, "Siapa yang menganggu zikirku? Aku berkata, "aku Thawus, wahai putra Rasul Allah. untuk apa segala rintihan ini? kamilah yang seharusnya berbuat seperti ini, kerana hidup kami bergelimang dosa. sedangkan ayahmu Hussain bin Ali, ibumu Fathimah Az-Zahra dan datukmu Rasulullah saw."

Ia memandangku seraya berkata, "Keliru kau Thawus. jangan sebut-sebut perihal ayahku, ibuku, dan datukku. Allah menciptakan syurga bagi yang menaati-Nya dan berbuat baik, walaupun ia hanya hamba sahaya dari Habsyi. Ia menciptakan neraka buat yang melawan-Nya walaupun ia bangsawan Quraisy. Tidakkah engkau dengar firman Allah - Ketika sangkakala ditiup, tidaklah ada hubungan lagi diantara mereka hari itu dan tidak saling meminta tolong. Demi Allah esok tidak ada yang bermanfaat selain amal soleh yang telah engkau lakukan)

Al-Shahifah al-Sajjadiyah al-Jami'ah Qum: Muassa Imam Mahdi, 14:176-177

Sumber : Karl Bakawali Heartblaster @ https://www.facebook.com/groups/semua.tentang.syiah/
Pada : 17 April 2012
Rabu, jam 10:31 AM
Melalui : Uthman Hapidzuin @ http://othmanhapidzuin.blogspot.com/

p/s: moga Ramadhan kali ini lebih barakah dan manfaat kepada diriku dan keluargaku..amin~ from: the seeker of lailatul qadar

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA 

Assalamualaikum..disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x2. Selawat Keatas Nabi 3x3. Surah Al-Fatihah 1x4. Ayat Kursi 3x5. Zikir Lailahaillallah 100 x.
sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.
1.Bergetar/mengigil2.Panas3.Pening.4.Muntah5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.6.Mengantuk.
PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

Tuesday, February 11, 2014

TIP-TIP MENJAGA ABAYA

Bagaimana menjaga Abaya supaya kelihatan baru dan cantik walaupun sudah bertahun-tahun memakainya??
Di sini kami kongsikan tip-tip menjaga Abaya. Moga bermanfaat untuk kita semua.

TIP-TIP MENJAGA ABAYA



Mencuci
Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.
• Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada 15 minit
• Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi
pemutih pakaian
• Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkan dan diletakkan
di dalam. Kemudian gantung dengan hanger.

Menyeterika
Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.
• Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
• Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan
lagi semasa melipat.

Menyimpan
Menyimpan pakaian pun harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baru.
• Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara
langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian.
Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan
tidak lembab.
• Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana
alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.

p/s: Moga tips-tips ini bermanfaat kepada diriku dan semua teman yang sudi menjengah ke blog ini. Selamat beramal~ :)

Disalin dari FB: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sumber daripada: Azza Busana (FB)

Friday, February 7, 2014

Ukhuwah Fillah Melalui Qiamullail

Bismillahirrahmanirrahim..

Di kala dua pertiga malam ini, aku bersama teman-teman seperjuanganku melangkah ke masjid untuk meraih cinta dan redha daripada Rabb Pencipta. Masya ALLAH, rasa sebak dalam diam bila kami sama-sama lakukan solat tahajjud dan qiamullail demi ALLAH AZZA WA JALLA.

Rasa terkilan dan beruntung sangat apabila ketua organisasi kami, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO 2013/2014) mengimamkan kami ketika solat. Memang benar kata Rasulullah s.a.w., seorang ketua yang baik adalah ketua yang mampu mengajak anak bawahannya dekat kepada ALLAH. Hatta, pemimpin yang hebat pernah mengukir sejarah dalam keagungan dan keutuhan Islam apabila pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh mendidik tenteranya dengan qiamullail. Malah, beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajjud atau qiamullail kerana taqwa dan keimanannya yang jitu kepada ALLAH TAALA.

Diharap kita boleh amalkan lagi amalan mulia ini secara berterusan kerana janji Allah itu benar. Sains sendiri membuktikan keajaiban kesihatan melalui solat tahajjud. Amalan Rasulullah s.a.w., para sahabat, orang-orang yang soleh terdahulu wajar untuk kita amalkan sedikit demi sedikit sehingga lama kelamaan ia menjadi 'darah daging' kita atau amalan hidup kita kelak. Insya ALLAH.

Indahnya ukhuwah demi menggapai Cinta Allah,
Indahnya ukhuwah kerana Allah,
Manisnya sebuah persahabatan dalam meraih redha Allah,
Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Berorganisasi kerana Allah,
Bergerak kerja kerana Allah,
Mahabbah itu terjalin dalam ikatan suci kerana redha Allah,
Doa para malaikat Allah dan seluruh penghuni makhluk Allah di langit dan di bumi.
Masya Allah, janji Allah itu benar..
TIADA PERKARA DI DUNIA INI SANGAT BERMAKNA JIKA SEMUANYA DISANDARKAN KEPADA ALLAH

Terima kasih teman, bantulah aku dalam terus mengenal dan dekat kepada Tuhanku. Bimbinglah aku yang daif ini kerana aku juga manusia yang sering alpa dan berdosa. Tunjukkanlah aku jalan yang benar andai aku khilaf kerana ukhuwah kita jalinkan biar lebih manis jika kita amalkan sunnah Nabiyullah, amar maaruf nahi munkar.

Pengalaman solat tahajjud dan qiamullail ini tak akan aku lupakan kerana pengalaman ini sangat manis kerana Allah. Lepas sahaja solat subuh berjemaah di masjid yang paling indah di UPSI, kami disajikan dengan pemandangan yang cantik. Walaupun gelap tapi tetap cantik di alam realiti.

Walaupun sibuk berorganisasi dan bergerak kerja dengan program terbesar kita, Hari Terbuka Kolej Ungku Omar 2014 tapi biar kita terus dekat dan sentiasa mengharapkan pertolongan yang lebih besar. Yakin dengan bantuan Allah, pasti Allah sentiasa bersama kita sama ada suka dan duka kerana itu semua lebih mulia jika semua aktiviti, perlakuan dan gerak kerja diingatan kita semua ada ALLAH!! So, let's pray together! May Allah bless us!

Tuesday, January 28, 2014

Bab 30 Harga Sekuntum Cinta

BAB 30
            Aizriel Danish terkejut. Jantungnya berdebar-debar melihat keadaan sekeliling. Debaran makin terasa apabila dia melihat kawasan yang begitu familiar dengannya walaupun hanya seketika, dia cuba untuk membiasakan diri dengan tempat itu. Tempat tinggal si jantung hatinya! Rumah Ainaa Farhanah!!
            Aizriel Danish menelan liurnya. Rasa macam tersekat. Wajah lelaki di sebelahnya diperhati dalam-dalam. Memang ada iras Ainaa Farhanah! Kenapa dia tak pernah sedar sebelum ini? Dia menggigit bibir. Tiba-tiba, dia mengetuk kepalanya perlahan. Menyesali dengan kekhilafannya.
Kereta yang dipandu lelaki itu membelok di sebuah simpang lalu sekejap sahaja dia sampai di depan rumahnya. Lelaki tua itu memberhentikan keretanya. Mematikan enjin kereta.
“Jemputlah ke rumah pak cik, nak. Silakan.” Senyum lelaki di sebelahnya. Aizriel Danish hanya mengangguk perlahan sambil membalas senyuman. Lelaki itu pun keluar dari perut kereta. Bergegas dia menuju ke pintu rumahnya memanggil-manggil nama isterinya.
“Yah..!! Oh, Yah!! Mana awak ni?! Yahh…”
“Ya, bang. Saya datang ni. Apa kena dengan abang ni? Terjerit terlolong macam ni. Dah tak reti bagi salam dah ke?” bebel Puan Rokiah pada suaminya. Dengan senduk ditangan, apron di tubuhnya, Puan Rokiah berlari-lari anak mendapatkan suaminya yang terjerit-jerit bagai anak kecil itu. Belum sempat dia melanjutkan bebelannya Puan Rokiah terkejut besar. Mana taknya dengan leher yang berbalut macam apa di leher suaminya itu. Terus jatuh senduk di tangannya.
“Ya Allah, abang. Kenapa dengan leher abang ni??” Terus dia membelek leher suaminya itu.
“Kat bank tadi ada rompakan. Abang jadi tebusan diorang tapi tak apalah nanti abang cerita lebih lanjut lepas ni. Apa yang penting sekarang nyawa abang selamat sebab lelaki itulah yang selamatkan abang. Dua kali dia selamatkan abang. Abang betul-betul terhutang nyawa dengan dia. Jadi, abang ajaklah dia datang rumah kita.” Ujar Encik Awi.
“Lelaki mana pulak ni, bang?”
“Itu..” Encik Awi menunjukkan kelibat lelaki yang sedang asyik melihat sekeliling kawasan rumah mereka. Pokok-pokok bunga tanaman Puan Rokiah menarik hatinya untuk melihat. Seukir senyuman terlukis di wajahnya.
Puan Rokiah turut menoleh ke arah yang ditunjukkan suaminya. Matanya mengecil untuk mengenali kelibat lelaki itu.
“Hah..abang!! Dialah lelaki yang nak jumpa abang hari itu!” jerit Puan Rokiah. Terkejut. Suaminya di sebelah turut terkejut dengan kenyataan isteri kesayangannya.
Jeritan Puan Rokiah itu juga mengejutkan Aizriel Danish. Dia berpaling. Hanya sebaris senyuman mampu diberikan.
“Assalamualaikum, mak cik. Tak sangka saya boleh jumpa mak cik lagi.”
 Pasangan suami isteri itu terpana. Tiada kata yang mampu dikeluarkan saat ini.

       *                                  *                                 *
“JEMPUTLAH minum, nak. Jangan malu-malu.” Ujar Puan Rokiah menghidangkan minuman di atas meja.
“Terima kasih mak cik.”
“Jadi rupanya kamulah yang nak jumpa pak cik hari itu?” soal Encik Awi tidak sabar. Sungguh dia tak sangka lelaki muda inilah yang telah menyelamatkan nyawanya dalam masa yang sama dia cuba mencari dirinya.
“Ya, pak cik. Sayalah orangnya. Saya sendiri tak sangka yang pak cik ini Encik Awi yang saya cari.” Sopan suara pemuda itu berbicara.
 “Kamu ada urusan apa dengan pak cik, iya? Boleh pak cik tolong?”
“Eh, tak ada apalah yang perlu pak cik tolong. Saya cuma nak kenal pak cik aje..”
“Kamu ini. Tak kan kamu segan dengan pak cik lagi? Pak cik yang patut segan dengan kamu sebenarnya. Kamu yang dah selamatkan pak cik tadi. Kalau kamu tak ada mungkin nyawa pak cik dah lama tak ada.” Ujar Encik Awi sedikit sebak. Isterinya di sebelah memegang tangan suaminya. Memberi semangat kepada suaminya.
 “Pak cik. Jangan, pak cik. Saya ikhlas tolong pak cik tadi.” Cepat-cepat Aizriel Danish bersuara. Tidak mahu hati tua itu berkecil hati.
“Habis itu. Cakap ajelah. Mana tahu kami boleh tolong. Sebelum ini, kamu ada datang rumah pak cik. Mak cik kamu ini ada cakap kamu ada urusan penting dengan keluarga pak cik. Apa urusan kamu itu? Pak cik ajak kamu datang rumah pak cik ini pun sebab nak ucap terima kasih pada kamu. Pak cik berhutang dengan kamu. Manalah pak cik tahu rupanya kamu yang cari pak cik sebelum ni. Jadi, kalau kamu ada masalah ke Insya Allah, pak cik akan tolong kamu sedaya yang mampu.” Kata Encik Awi lagi.
Aizriel Danish diam mendengar kata-kata lelaki yang dihormatinya. Hatinya mula merasakan debaran untuk memberitahu tujuan asalnya menemui lelaki itu. Sungguhpun sebelum ini dia bukan main bersemangat tapi sekarang kenapa dia mula berasa begitu berdebar-debar. Dia mula rasa takut jika dia menyuarakan hasrat hatinya orang tua di depannya menyalahertikan maksud hatinya. Apatah lagi kalau suara hatinya ditolak mentah-mentah.
Lama dia mendiamkan diri.
“Kamu ni kenapa diam? Oh ya, apa nama kamu iya. Lupa pulak nak tanya. Apa patut pak cik panggil kamu ni?”
“Erm..saya Aizriel Danish Kamarul. Pak cik boleh panggil saya Aizriel.”
“Oh..Aizriel. Dah, kamu tak nak cakap ke apa urusan kamu cari pak cik?” soal Encik Awi lagi.
“Tak payahlah kamu malu-malu, Aizriel. Kami ni bukan manusia makan orang. Kami makan nasi. Jadi, kamu tak payah takutlah dengan kami ini. Kami tak kan makan kamunya” sampuk Puan Rokiah setelah lama mendiamkan diri. Dia jadi tidak sabar untuk mendengar urusan penting Aizriel Danish sebelum ini.
“Ishh..awak ni. Ada pulak cakap macam itu. Kalau awak itu makan orang, saya pun tak berani nak dekat dengan awak tau, Yah.” Encik Awi mengengsot kedudukannya sedikit. Cuba menjauhi isterinya.
“Abang ni. Saya bergurau jelah. Yang abang jauh dari saya ni kenapa? Abang ingat saya betul-betul makan orang iya?”
“Dah kamu cakap macam itu. takut jugaklah saya kalau isteri saya yang saya sayang selama ni manusia kanibal”
“Abang ni. Kot iya pun janganlah usik saya depan tetamu. Malu saya dengan Aizriel itu” cubit Puan Rokiah pada lengan isterinya.
Aizriel Danish hanya ketawa kecil melihat telatah suami isteri itu.
“Hah..kalau yang ini saya penuh yakin dan percaya yang isteri saya ni seekor ketam berbisa!” usik Encik Awi lagi. Makin ligat dia mengusik isterinya.
“Abang ni. Tak bagi chance lagsung kat saya.”
“Dah awak cubit saya macam itu.” akhirnya ketawa mereka bertiga terburai. Senang.
Aizriel Danish berasa sedikit lega daripada tertekan sebelum ini. Entah kenapa dia gembira berada di dalam keluarga Ainaa Farhanah ini. Akhirnya, dia menarik nafas perlahan-lahan. Bertekad untuk memberitahu hasrat hatinya.
“Sebenarnya pak cik, mak cik, saya datang sebelum ni sebab nak mintak izin pak cik dan mak cik serta semua keluarga pak cik nak melamar Ainaa Farhanah, anak perempuan pak cik, mak cik. Saya ikhlas nak jadikan dia sebagai isteri saya. Pendamping hidup saya. Bidadari dunia saya dan Insya Allah bidadari saya di akhirat kelak. Jadi saya nak mintak izin dan restu pak cik dan mak cik dulu.” Ujar Aizriel Danish dengan penuh keyakinan. Hatinya tekad untuk memperisterikan Ainaa Farhanah. Setekad itulah dia menyuarakan hasrat hati yang cuba diluahkan di depan ibu bapa Ainaa Farhanah, perempuan yang dicintainya dalam diam.
Suasana senyap. Diam dan tenang. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran di ruang tamu rumah kediaman Encik Awi itu. Kelihatan pasangan suami isteri itu terkejut mendengar luahan hati pemuda di depannya itu. Lama mereka berdua diam membisu. Aizriel Danish memerhatikan perubahan kedua-dua wajah di depannya. Dia kaget.
Puan Rokiah ternganga.
Encik Awi terkebil-kebil melihat raut wajah pemuda di depannya.
Aizriel Danish kini seakan-akan tahu jawapan kedua-dua orang tua di hadapannya. 
“Ermm…saya..saya.. Erm..kalau pak cik dan mak cik tak setuju, saya..” tergagap-gagap Aizriel Danish cuba menutup rasa kecewa di hatinya.
“Kami setuju!!” jerit Encik Awi dan Puan Rokiah serentak.
Terkejut Aizriel Danish mendengarnya. Dia pula yang terkebil-kebil melihat respons drastik pasangan suami isteri itu. Sungguh dia terkejut mendengar jawapan itu.
Encik Awi dan Puan Rokiah berpaling sesama sendiri. Masing-masing menguntumkan senyuman. Akhirnya, mereka berdua mengadu ibu jari masing-masing. Situasi itu tak ubah macam kanak-kanak yang berjaya melakukan sesuatu. Aizriel Danish makin terkejut melihatnya.
“Saya..saya..” Aizriel Danish cuba mengatakan sesuatu.
“Sebenarnya kami okey aje. Tak ada masalah bagi kami. Lagipun, kami ingat dengan perangai Ainaa Farhanah, anak perempuan kami itu macam itu tak akan ada sesiapa yang nak kat dia.” Tambah Encik Awi. Dia gembira mendengar luahan hati pemuda yang telah menyelamatkan nyawanya. Sungguh dia tak sangka dengan anugerah Allah berikan kepadanya. Hari ini dia mendapat anugerah bernilai iaitu nyawa yang masih memberikan dia untuk terus hidup dan anugerah bakal menantu yang baik hati untuk anak perempuan kesayangannya. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi. Segala puji-pujian hanya kepada Allah.
“Kami dah lama nantikan saat-saat ini, Aizriel. Saat di mana jodoh untuk achik tiba.”
“Achik?” Aizriel Danish kehairanan.
“Ainaa Farhanah yang kamu gilakan itulah.” Sampuk Encik Awi.
Muka Aizriel Danish kemerah-merahan menahan malu.
“Tapi kamu kenal dia macam mana? Kenapa dia tak pernah bagi tahu pun pasal kamu ini?” soal Puan Rokiah pula.
“Saya kenal dia masa universiti  dia anjurkan program. Saya jadi panel khas untuk ceramah yang dia buat. Ainaa Farhanah jadi AJK program waktu itu. Pertama kali saya jumpa dia, hati dah terpaut pada dia. Sebenarnya, sebelum ini saya dah pernah mimpikan dia dalam istikharah saya buat. Selepas saya jumpa dia pun, saya tetap buat istikharah dan Alhamdulillah hati saya tenang. Saya yakin jodoh saya dengan dia. Mungkin bagi pak cik dan mak cik saya ni agak terburu-buru dalam urusan ini tapi Insya Allah saya yakin dengan ketetapan hati saya ni. Saya jugak yakin ini jawapan daripada Allah bagikan kepada saya.”
“Pak cik faham. Lagipun, benda-benda macam ni kan lebih elok kalau dipercepatkan. Tak macam itu, Yah. Kamu setuju?” dia menyiku perlahan isterinya di sebelah.
Puan Rokiah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Hatinya terlalu gembira mendengar berita baik ini. Tiada kata-kata yang mampu dia ucapkan.
“Terima kasih mak cik, pak cik. Terima kasih banyak-banyak. Saya..saya tak sangka..” belum ayat Aizriel Danish sempurna Encik Awi cepat menyampuk.
“Tak apa. Kami faham perasaan Aizriel. Kami yang sepatutnya berterima kasih pada Aizriel sebab sudi terima anak perempuan kami. Kami bersyukur sangat sebab kamu sudi terima anak perempuan kami itu.”
“Tak pak cik, saya yang patut berterima kasih kepada pak cik dan mak cik sebab sudi terima saya. Cuma sekarang saya minta izin pak cik, mak cik untuk dekat dengan anak pak cik dan mak cik” sopan Aizriel Danish bertutur.
Encik Awi hanya mengangguk perlahan. Sungguh hatinya berasa lapang kini. Namun, Puan Rokiah di sebelah masih lagi mendiankan diri. Hatinya sedikit dipagut rasa bimbang.
“Tapi abang, anak kita itu..” Dia memegang lengan suaminya.
Encik Awi berpaling. Dia akhirnya baru tersedar. Akhirnya, dia turut sama mendiamkan diri.
Aizriel Danish kehairanan.
“Kenapa pak cik?” soalnya bimbang.
“Maafkan pak cik, Ayie. Ainaa ni degil. Dia ni memang keras kepala tapi mungkin peluang kamu nak memperisterikan dia ni susah sikit sebab dia ada satu masalah.”
“Iya Aizriel, Ainaa ni degil. Masalahnya dia ni..” Ujar Puan Rokiah pula.
“Bencikan lelaki.” Sambut Aizriel Danish tenang.
Mata kedua-dua pasangan suami isteri itu membulat. Terkejut kerana Aizriel Danish sudah maklum dengan perkara itu.
“Saya tahu masalah itu mak cik, pak cik. Saiful ada beritahu saya hal itu. Sebab itu saya mintak izin pak cik dan mak cik untuk bagi keizinan dan restu kepada saya rapat dengan Ainaa. Supaya dia yakin saya jodohnya dan terima saya sebagai suami kelak. Saya akan cuba pulihkan Ainaa sekarang. Ainaa sekarang yang masih lagi diselubungi kisah silam. Saya dapat lihat penderitaan dia dari matanya. Saya nampak ada tanda kesedihan dalam hatinya walaupun dia mampu bergelak ketawa riang hari ini. Saya tahu jugak Ainaa sekarang masih lagi tak mampu untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dia. Sebab itu saya nak selamatkan dia mak cik, pak cik. Saya ikhlas nak selamatkan dia daripada penderitaan dan kesakitan semua itu.” Terang Aizriel Danish panjang lebar.
Encik Awi dan Puan Rokiah tersenyum bahagia. Hatinya senang mendengar luahan hati Aizriel Danish. Sungguh mereka terharu dengan keprihatinan pemuda itu yang sudi membuka semula hati anak perempuan mereka.
“Maaf kalau pak cik tanya ni Ayie, tapi kami nak tahu perkara sebenar. Kenapa dengan hanya pertemuan pertama sahaja sudah cukup untuk kamu yakin dia itu jodoh kamu? Dan kamu senekad ini nak jadikan Ainaa itu sebagai isteri kamu? Kenapa kamu nak selamatkan dia sedangkan kamu masih lagi belum kenal sangat dengan dia?”
Puan Rokiah hanya mengangguk setuju. Sungguh dia juga masih lagi sedikit ragu dengan kejujuran lelaki muda itu berkenaan rasa suka dan sayangnya kepada anak perempuannya sehingga membuatkan lelaki ini bertindak sejauh itu.
Lama soalan itu tak berjawab. Kedua pasangan suami isteri itu hanya memandang pemuda di hadapannya itu. Aizriel Danish hanya menundukkan kepalanya. Matanya terpejam rapat cuba untuk menjawab dengan baik soalan daripada insan yang penting bagi wanita terpenting dalam hidupnya kini.
Aizriel Danish menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka matanya yang redup itu. dengan lafaz bismillah dia menggungkapkan perkataan keramat tersebut.
“Sebab saya sayangkan dia, pak cik, mak cik. Saya juga kadang-kadang terfikir kenapa saya secepat ini buat keputusan penting ini tapi setelah saya solat istikharah saya dapat jawapannya pak cik, mak cik. Akhirnya, daripada jawapan istikharah itu jugaklah membuatkan hati saya yakin dengan kata hati ini. Hati saya tetap kuat mengatakan yang saya ikhlas cintakan dia, Ainaa Farhanah dengan sepenuh hati. Mungkin sebab inilah mendorong saya untuk selamatkan dia.” Kata-kata terakhir Aizriel Danish diakhiri dengan senyuman manis.
Encik Awi dan Puan Rokiah terkedu mendengar kenyataan itu. Sungguh tidak dapat diungkap dengan kata-kata bahawa Allah datangkan penyelamat untuk mereka. Atau lebih tepat lagi, Allah datangkan khas penyelamat ini untuk anaknya, Ainaa Farhanah untuk membebaskan belenggu di hati anak gadisnya. Rasa kesyukuran itu akhirnya bertukar menjadi sayu. Air mata mengalir di tubir mata Puan Rokiah. Encik Awi tidak putus-putus menadah tangan tanda bersyukur kepada Allah. Mereka berharap segala urusan Aizriel Danish selepas ini dipermudahkan dan mereka mendoakan moga jodoh itu benar untuk mereka berdua. Jodoh antara Aizriel Danish dan Ainaa Farhanah.


Bab 29 Harga Sekuntum Cinta

BAB 29
Encik Awi sabar menanti gilirannya untuk membuat urusan bank. Dia meneliti nombor giliran miliknya di tangan. Rasa bosan menunggu mula merajai hatinya. Dia berusaha untuk terus bersabar menunggu nombor gilirannya disebut. Tiba-tiba, bunyi kecoh kedengaran di bank tersebut. Encik Awi melihat sekumpulan lelaki bertopeng memasuki ruangan bank dengan senapang dan pistol masing-masing.
“Diam semua!!”
Dengan satu teriakan kuat oleh lelaki bertopeng yang memiliki tubuh yang agak besar menjerit kepada semua orang yang berada di situ berjaya meriuhkan suasana di bank itu. semua orang kaget melihat sekumpulan perompak itu. Ada di kalangan orang awam yang cuba untuk melarikan diri tapi tidak berjaya kerana ada salah seorang perompak itu sempat menahan mereka dan menghumbankan mereka ke lantai. Serentak itu senapang mereka berada tepat di muka mereka. Pintu bank itu ditutup kasar oleh salah seorang perompak. Pintu itu dikunci rapat dengan kunci khas mereka sediakan.
“Jangan bergerak dari tempat duduk kamu semua. Kalau ada sesiapa yang cuba bertindak sembarangan siaplah korang!!” arah suara itu lagi.
Tidak semena-mena ketua perompak itu menembak senapang ke atas. Melalui das tembakan itu mulalah kedengaran tangisan orang ramai dan jeritan orang ramai. Ada yang menjerit meminta tolong, ada yang teresak-esak sendirian dan ada juga yang berpelukan sesama sendiri.
Ketua perompak itu tersenyum sinis melihat reaksi orang ramai. Dia puas melihat raut wajah yang risau dan kesedihan yang terpamer di wajah masing-masing. Encik Awi beristighfar panjang melihat situasi mereka. Jantungnya berdegup kuat. Dan semakin kuat. Jauh di sudut hatinya dia berdoa moga tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Tidak jauh dari suatu sudut, sepasang mata yang cukup tenang melihat tindakan para perompak itu. Dia hanya bertindak untuk memerhatikan situasi ketika itu tanpa membuat sebarang tindakan.   
“Aku nak semua berkumpul kat tempat ini. Cepat!!”
Ada yang teragak-agak untuk bergerak tapi tidak lama kemudian ketua perompak itu menjerit lagi dengan tembakan yang membabi buta. Orang ramai menjerit lagi.
“Aku kata berkumpul kat sini, kumpul jelah!! Atau korang nak makan penembak aku ini!! Bodoh!!”
Cepat-cepat mereka bergerak ke tempat itu daripada terus terkena tembakan perompak itu. Perompak-perompak yang lain mendesak dan menolak kasar tubuh orang awam supaya bergerak cepat. Encik Awi terkejut. Debarannya makin kuat dirasakan. Tidak dapat tidak, dia pun turut bergerak ke tempat rahan ketua perompak itu. Namun, belum sempat dia melangkah tubuh tuanya ditolak kasar supaya bergerak ke depan dengan lebih cepat. Kuat dan kasar. Hampir-hampir dia terjelopok ke lantai tapi nasib baik ada tangan gagah milik seorang pemuda sempat memautnya. Encik Awi menoleh ke arah lelaki yang baik hati memaut tubuhnya. Wajah pemuda itu awalnya ditutupi topi di kepala langsung tidak menjejaskan penglihatan Encik Awi yang sedang memerhatikannya. Wajah pemuda itu kelihatan sangat tenang. Dia hairan melihat wajah setenang itu dengan situasi yang kalut sebegini.
“Kot iya pun tak payahlah sampai nak tolak orang tua.” Tenang suara pemuda itu berbicara.
“Kau siapa hah, nak tegur aku?! Kau duduk diam jelah, bodoh!!” perompak itu baru sahaja ingin memukul kepala pemuda itu dengan senapangnya tapi tenungan tajam pemuda itu menghentikan tindakan yang selanjutnya. Renungan tajam itu seakan membawa aura membunuh yang sangat kuat. Akhirnya, perompak itu mengacukan senapangnya tepat di kepala pemuda itu bagi menutup rasa gugupnya melihat tenungan lelaki berani itu. Tindakan perompak itu langsung tidak menimbulkan rasa takut di hati pemuda itu. Apatah lagi untuk membuatkan dia berubah riak wajahnya.
Encik Awi semakin gugup melihat tindakan lelaki itu. Janganlah jadi apa-apa. Akhirnya, Encik Awi cuba memegang tangan pemuda itu daripada bertindak sembarangan. Iyalah, darah orang muda ini masih lagi membara takut-takutlah dia bertindak membabi buta. Namun, jauh di sudut hatinya dia takut juga melihat renungan berani lelaki itu sekalipun renungan itu bukan ditujukan kepadanya. Pegangan tangan Encik Awi itu barulah berjaya menenangkan lelaki itu. Pemuda itu membalas pegangan lelaki tua di lengannya. Dia tahu lelaki tua itu bimbang akan dirinya daripada melakukan perkara yang bodoh. Dia berpaling memandang wajah tua itu lalu mengukir senyuman ikhlas. Encik Awi tergamam. Barulah dia duduk. Perompak itu sekadar membiarkan lelaki itu lalu menjauhkan diri ke tempat lain.
“J dan K.. cepat pergi kutip duit kat kaunter itu. Jangan tinggal sedikit pun.” Arah lelaki bertubuh besar itu lagi.
“Baik bos!” lelaki bertopeng yang digelar J dan H itu mula bergerak. Dengan guni kain yang bersaiz besar itu mereka ambil daripada beg dan mereka mula mengugut pekerja bank yang berada di situ supaya membuka peti simpanan yang berada di bank tersebut. Senapang dan pistol mereka tidak terlepas daripada tangan mereka.
Perompak-perompak itu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil posisi yang telah dirancang. Ada yang berjaga di pintu. Ada yang berjaga di tempat orang awam berkumpul dan ada juga yang melilau memandang keadaan sekeliling. Mereka perlu cepat bertindak sebelum polis sampai.
Usai mereka mengambil semua duit dan barangan berharga, mereka cuba meloloskan diri ke tempat yang lebih selamat namun belum sempat mereka keluar bunyi siren polis mula kedengaran. Speaker yang digunakan oleh anggota polis juga kedengaran.
“Kami polis! Lebih baik kamu semua menyerah! Kami dah kepung semua tempat ini!” suara ketua polis. Semua anggota polis  mengambil posisi masing-masing.
Shit!! Macam mana polis boleh sampai secepat ini. Tak guna!!” ketua perompak mengamuk. Dia mula bertindak ganas. Beg duit di tangannya digalas ke bahu. Dengan senapang yang besar itu dia ajukan kepada semua orang tawanan.
“Bos, macam mana ini?”
“Berundur! Berundur! Suruh Jack hantar van ke luar kawasan bank ni!! Now!!
Dengan menggunakan alat komunikasi di telinganya J cepat menghubungi Jack yang berada di luar.
“Cepat keluar!! Kalau korang semua nak selamat, cepat menyerah!” ujar ketua polis lagi.
Sepasang mata laju menterjemah situasi mereka. Dia mula membuat perkiraan yang strategik untuk menyelamatkan semua tawanan daripada segala bahaya. Otaknya ligat berfikir. Umpama menggunakan formula matematik dia cepat mengatur perancangan dalam situasi getir ini.
Tiba-tiba, sebuah van muncul mendadak di luar kawasan bank tersebut. Empat orang perompak yang bertopeng bertindak pantas menembak semua anggota polis membabi buta. Ramai polis tercedera tanpa sempat bertindak. Akhirnya, hanya tinggal beberapa kerat anggota polis yang berada di situ. Lalu bermulalah acara tembak menembak. Jeritan orang ramai membingitkan suasana. Sejurus kemudian, ketua perompak memberi isyarat kepada anak buahnya untuk memasuki ke van mereka itu. J dan K laju menyusup ke van itu dengan beg-beg yang banyak itu lalu diikuti perompak-perompak yang lain. Keadaan itu berlaku terlalu pantas.
Namun, semua itu tidak berjalan dengan lancar. Baru sahaja ketua perompak itu mahu memasuki ke dalam van itu langkahnya terhenti. Inspektor Kamal pantas menembak bahu ketua perompak itu. Tepat. Walaupun jaraknya hanya tinggal dalam empat kaki dengan van itu. Ketua perompak itu cepat membaling beg sandang yang dipenuhi wang itu ke dalam van. Isyarat matanya menyuruh anak buahnya cepat meninggalkan kawasan itu. Walaupun, tindakan ketuanya itu membuatkan anak buahnya berat hati untuk bertindak namun, ketua perompak itu menjerit kuat memaksa anak buahnya pergi dari situ. Jack cepat memasukkan gear lalu meluncur laju meninggalkan tempat itu. Polis-polis menembak van itu untuk menghalang mereka tetapi gagal.
Ketua polis Kapten Johan memberi arahan kepada anak buahnya untuk mengejar van perompak tersebut. Sejurus itu, beberapa kereta polis bergerak laju mengejar para perompak yang berjaya melarikan diri. Dalam kekalutan situasi itu, ketua perompak itu mula bertindak memaut seorang tawanan yang berada berdekatannya.
Malang tidak berbau apabila tawanan itu adalah Encik Awi sendiri. Tubuh tua itu menggigil berada dalam dakapan kuat ketua perompak itu. pemuda tadi terkejut. Bagaimana dia boleh terlepas pandang untuk menjaga lelaki tua yang berada di sampingnya. Dia sendiri tidak sedar bila lelaki tua itu menjauhi dirinya dari tadi. Mungkin semasa waktu kalut tadi, lelaki tua itu bertindak untuk melarikan diri. Dia bangun untuk cuba menyelamatkan lelaki tua itu lagi tetapi…
“Jangan ada sesiapa yang bertindak sembarangan!! Kalau tak lelaki ini dulu mati kat tangan aku!!” jerit ketua perompak itu.
“Tolong encik. Tolong jangan apa-apa kan saya.” Rayu Encik Awi.
Ketua perompak itu membengis. Dia memaut leher Encik Awi dengan senapang yang masih ada di tangan. Namun, dalam diam dia menjerit kesakitan kerana kesan tembakan yang terkena di bahunya tadi. Rasa sakit masih terasa di bahu. Namun, dia persetankan semua itu. dia sekarang hanya mahu menyelamatkan dirinya sahaja. Lelaki yang berada dalam dakapannya dipaut kasar. Dia tidak pendulikan semua itu. Asal dia selamat.
“Kau diam!! Kalau kau nak selamat kau dengar cakap aku!! Bodoh!!”
“Baik kamu lepaskan dia. Dia tak ada kena mengena dengan kamu. Lepaskan dia elok-elok.”
“Kau ingat aku bodoh nak ikut cakap kau” jerit ketua perompak itu lagi. Dia tahu risiko dia untuk melepaskan diri sangat tipis tapi itu sahaja cara dia untuk membebaskan diri. Dengan menjadikan tawanan sebagai alat. ‘Cis, tak guna! Kenapa plan aku tak menjadi?’ dia mnjerit dalam hati.
Setelah lama pemuda itu mendiamkan diri dia mula bertindak. Dia perlahan-lahan merangkak ke belakang ketua perompak itu di celah-celah orang ramai. Dia tahu situasinya mengambil risiko namun dia perlu ambil risiko itu dengan bertindak daripada membiarkan keadaan itu begitu sahaja. Entah kenapa dia merasakan perlu untuknya menyelamatkan lelaki tua itu. Rasa perikemanusiaan itu menebal dalam dirinya tambahan dia memilki ilmu mempertahankan diri yang utuh di dada. Rasa untuk menghulurkan bantuan itu terlonjak-lonjak demi keselamatan orang ramai bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Anggota polis yang lain setia dengan pistol masing-masing dengan mengajukan pistol ke perompak terbabit. Mereka tahu dalam keadaan yang tegang itu risiko untuk menyelamatkan nyawa tawanan adalah sangat penting.    
Ketua perompak yang tidak mempendulikan belakangnya ketika itu membuatkan kedudukan pemuda itu berpihak kepadanya. Pemuda itu menyusup ke belakang lalu membelit tangan ketua perompak itu dari belakang. Serentak itu, senapangnya terjatuh ke tanah. Pegangannya pada Encik Awi juga terlepas. Encik Awi terkejut dengan tindakan refleks pemuda itu. Semua anggota polis turut terpana. Mereka juga masih bersiap-siap dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Ketua perompak itu kaget tiba-tiba. Dia yang terlepas pandang dengan keadaan belakang tidak menyangka bahawa akan ada seseorang yang hanya orang awam biasa bertindak di belakangnya itu. Sebelum ini, dia hanya berjaga-jaga dengan semua anggota polis. Perkiraannya meleset sama sekali apabila melihat pemuda biasa menyerangnya. Belum sempat dia bertindak balas, pemuda berani itu mematahkan kaki lawannya dengan kaki kanan lalu dia pantas menarik baju lawannya ke belakang. Sebelah tangannya memegang tangan kanan lawan. Sejurus kemudian, ketua perompak itu terjatuh mendadak ke lantai. Bunyi kuat kedengaran akibat hentakan kuat tubuh perompak itu jatuh ke lantai. Encik Awi menutup sebelah matanya umpama dia yang terasa sakit waktu itu. Teknik judo ‘kosotogari’ dipraktikkan dalam situasi itu. Usai ketua perompak itu terjatuh, pemuda itu tersenyum sinis melihat lawannya di tanah.
Tidak lama kemudian, polis datang menyerbu ke arah pemuda itu. mereka bergegas menggari tangan ketua perompak itu yang seakan-akan terkejut dengan tindakan refleks pemuda tadi. Kepalanya masih mamai kerana hentakan tadi. Terus tubuh perompak itu dibangunkan lalu di bawa ke dalam kereta polis. Dia masih terpinga-pinga ketika itu. Selepas itu, panggilan telefon daripada salah seorang anggota polis memberitahu van perompak tadi berjaya ditangkap dan semua perompak berjaya ditahan. Semuanya selamat sekarang.
Ucapan tahniah dan terima kasih diberikan oleh semua pengawai polis kepada pemuda berani tadi. Sekalipun, dia turut diberi teguran sedikit dengan tindakan refleksnya yang amat berisiko tadi. Pemuda itu hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal apabila ditegur. Namun, pujian demi pujian diperolehinya kerana semangat dan pertolongannya kepada pihak polis yang ditunjukkan sebentar tadi. Pandangan Encik Awi tertumpu kepada pemuda berani itu. Hatinya betul-betul terpaut dengan keberanian yang ditunjukkan tadi. Pertolongan lelaki muda itu betul-betul menyelamatkan nyawanya yang difikirkan akan berakhir hari ini. Dia betul-betul bersyukur kepada Allah. Dengan pertolongan Allah yang mengirimkan lelaki itu untuk menyelamatkan nyawanya. Alhamdulillah. Dari jauh dia memerhatikan lelaki itu. Akhirnya, dia tersenyum. Kini, dia dirawat di kereta ambulans yang telah dihubungi oleh pihak polis tadi. Nanti dia akan di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kesan goresan di lehernya tadi masih terasa perit.
Keadaan kini dalam keadaan terkawal dan selamat. Namun, dalam deruan nafas lega itu sepasang mata yang penuh dengan rasa benci terpamer di raut wajah seseorang. Tangannya yang digari digenggam kuat kerana rasa tidak puas hati yang muncul tiba-tiba. Matanya tajam menikam wajah pemuda berani yang sedang berbual mesra dengan anggota polis di suatu sudut. Rancangannya gagal kerana lelaki itu. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah lelaki muda itu.