Nuffnang

Friday, July 4, 2014

Luahan hati seorang mujahid



Bismillahirrahmanirrahim

~Luahan hati seorang mujahid~


Namaku Adam..

Aku seorang lelaki
Juga seorang mujahid yang sedang berjuang untuk Ad-Deen ku..
Impianku banyak tapi yang paling utama adalah aku ingin meraih cinta ALLAH dan berjuang sehabis daya untuk ummatku, agamaku, bangsaku..
Tapi aku ada sesuatu yang ingin ku cari atas dunia ini..
Aku cuba mengenal rasa cinta dari ALLAH melalui penciptaannya sebab itulah aku sentiasa bermusafir dan berjihad sepanjang kehidupanku.

Oleh kerana impian ini,
Aku berusaha untuk meraihnya dengan cara aku sendiri.
Ayahku banyak membantuku
Aku melangkah jalan yang lebih sukar dan asing..
kerana kata ayahku.. sesungguhnya islam itu asing, maka asinglah kamu dalam kehidupan ini.

Ayahku tegas mengajarkanku memanah, berenang, bermain pedang, menunggang kuda malah ilmu martial arts diturunkan kepadaku..
Dalam usaha meraih jihad dan syahid di medan perang aku berusaha memahirkan diri dalam suruhan sunnah Rasulullah ini..
Kerana aku tahu kelak dalam Perang Armagedon epik sejarah aku bakal diuji, sama ada berada di pihak Dajjal Al-Masih atau di pihak Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s...
Oleh itu, aku cuba berpegang teguh dengan AL-Quran malah, aku cuba menghafalnya sejak kecil lagi..
Aku mempelajari hadis, aku dipaksa untuk menghayati dan memahami setiap hadis.malah, aku diajar untuk mengenal pasti hadis ahad atau hadis palsu agar aku benar2 berpegang teguh pada janji Rasulullah..

Namun, sejak usiaku 10 tahun, ayahku meninggal dunia, sekalipun penyokong kuatku tiada di dunia ini namun, aku tahu impian dan semangatnya sentiasa hidup dalam hatiku..
Atas warisan ayahku dan sebab tertentu aku mudah mendapatkan segalanya atas dunia ini..
Yang tinggal aku hanya perlu membuat pilihan yang betul sama ada mengikut nafsu atau mengikut ajaran ad-deenku..
Kini aku faham setiap paksaan, tuntutan dan ajaran ayahandaku adalah teruji ketika aku menginjak usia dewasa..

Seawal usia 11 tahun aku belajar selok belok dunia perniagaan..
Kerana aku fahami nasihat almarhum ayahandaku yang menginginkanku seperti sahabat nabi Abdurrahman bin Auf, seorang jutawan dan dermawan..
Lalu aku bangunkan syarikat Storm Rangers tinggalan ayahku.
Aku hidupkan dengan kalimah Allah di setiap penjuru dan pekerja syarikatku..
Aku wajibkan alunan al-Mathurat dan solat sunat dhuha di setiap pagi..
Aku ingin percaya bahawa rezeki Allah itu makin mudah mengalir masuk dengan bacaan kalamullah dan solat dhuha

Aku wujudkan rumah kebajikan untuk anak-anak yatim/ miskin dan orang tua kerana aku tahu Rasulullah sangat cintakan anak-anak yatim dan miskin..aku berharap moga sedikit sebanyak aku dapat memiliki rasa kecintaan Rasulullah seperti itu..
Sekalipun aku sibuk dengan urusan dunia tapi aku selalu memikirkan nasib generasi Y atau golongan muda belia ini..
Lalu dengan rezeki Allah limpahkan kepadaku dan keluargaku aku tubuhkan sebuah institusi pendidikan dengan membawa masuk para ulama' yang mahir dalam kepakarannya dan tenaga pengajar yang sepatutnya..
Aku wujudkan jama’ah Seelenfrieden berdekatan dengan tempat tinggalku dan pusat bandarku..
Seelenfrieden bahasa Jerman membawa maksud ketenangan hati aku doakan moga aku memperolehi ketenangan hati setiap kali aku berusrah dan hadir dalam majlis ilmu dalam jemaah itu..
sekalipun aku berusaha menyalurkan bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada saudaraku yang berkonflik namun serungkali terhalang dengan kuasa-kuasa besar yang berniat jahat..
Namun, aku tak akan putus asa untuk terus menyelamatkan mereka..

Namun, satu yang merunsingkan aku..semakin aku menginjak dewasa semakin banyak suara yang menggesa aku untuk menikah..
Suruhan dan rungutan mamaku tercinta menyesakkan nafasku
Bebelan kakakku tercinta turut menjerut hatiku..
Hatta usikan dan saranan para guru di jama’ah Seelenfrieden semakin kuat dan meresahkan..

Aduh, ya Allah, memang benar bagi seorang mujahid itu, perjuangan atau jihad itu penting..
Malah, suruhan berkeluarga itu juga penting..
Namun, aku tahu ketika saat memegang gelaran ketua keluarga..
Ketika itulah seorang lelaki makin teruji untuk membawa isteri dan anak-anaknya ke syurga atau neraka,
Lalu isteri yang bagaimana aku harus carikan untuk menjadi suri hidupku ya Allah??
Bukan seorang isteri yang cantik, bukan sekadar berilmu, bukan hanya pandai memujuk juga bukan seorang isteri yang kaya tetapi anugerahkan aku isteri yang sama2 berjihad di jalan Allah agar dia faham perjuanganku, isteri yang beriman dan meletakkan KAMU segala-galanya di hadapan agar kelak kecintaannya kepadaku hanya untuk meraih redhamu..

============================================================
Idea = Kesuma Wahida
Nukilan = Kesuma Wahida
Watak = Adam Khairiel
Novel = ??? (novel kedua. insya Allah.)

Moga ALLAH mempermudahkan segalanya..
p/s: mood bosan and nak teruskan hobi yang lama tak diteruskan..

No comments:

Post a Comment