Allah Menunjuk KebesaranNya Untuk
Renungan Kita Bersama..
Apabila jatuhnya empayar
Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa
ideologi sekularisme, Mujaddid Said Nursi (http://bit.ly/v15jtj)
mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau
melihat bagaimana Islam telah dihina dan dikeji.
Beliau sendiri dipenjarakan oleh
rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan sekular didikan
barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk dengan ideologi sekularisme.
Sehingga kini (2011) pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun
tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih oleh Recep Tayyip Erdogan yang pro
Islam.
Mustafa Kamal Ataturk (1881-10
November 1938) adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai
tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera
yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran
Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya
merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman /
Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal
telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu
negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk
semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang
kemudian dipanggil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki
ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak
rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918
hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang
politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’
meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia
pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu
negaranya.
Kesalahan Mustafa Kamal Ataturk:
1. Membolehkan perempuan memakai
tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai
seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak
barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki
menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di
sebuah parti umum yang pertama di Ankara
4. Beliau pernah menegaskan bahawa
“negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian
modenâ€
5. Menggalakkan minum arak secara
terbuka
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak
dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa
Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi
8. Mengambil arkitek-arkitek dari
luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir
patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki
9. Satu ucapan beliau di bandar
Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama
harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga dibuang
sebagai Agama Rasmi negara
11. Menyerang Islam secara terbuka
dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang
perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat
13. Menukar Masjid Ayasophia
kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja
14. Menutup masjid serta melarang
dari bersembahyang berjemaah
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf
dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
16. Membatalkan undang-undang
waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar
Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
18. Mengganggap dirinya tuhan sama
seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Ataturk adalah
tuhanku." Beliau tersenyum dan bangga
dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu
Kematian Mustafa Kamal Ataturk
Yang Menyeksakan.
Di saat kematiannya, Allah telah
datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak
dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit
hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak
pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram
rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha Suci Allah, buat macam mana
pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang
ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh
kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak
juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan
terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau
pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau
meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat
beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
sembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah
tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila
mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk
ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun
(sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak
ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar
beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal
Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah
ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
P/S: Maha Suci Allah betapa hebat kuasa ALLAH. Ambillah iktibar di setiap apa yang telah Mustafa Kamal Ataturk ini lakukan moga kita tidak menjadi seorang hamba ALLAH yang ingkar dengan segala perintahnya di muka bumi Allah ini. Amin Ya Rabb..
No comments:
Post a Comment