BAB
1
“Ainaa…bangunlah!!
Kau tidur lagi ke? Ya Allah, susahnya nak kejut minah ni.” Jerit Farah Amira.
Mulutnya becok membebel Ainaa Farhanah yang masih lagi berselimut sakan di
katilnya.
“Alah..aku
dah bangun solatlah. Kau kejutlah aku pasni. Orang nak tidur kejap je ni…” aku
rungut kerana tidurku diganggu oleh nenek kebayan moden ni. Pantas tanganku
menarik selimut hingga menutup kepalaku.
Wahh..bestnya
dapat tidur lagi. Hihi..hatiku menjerit girang.
“Wehh..minah!
Kau sedar tak sekarang dah pukul berapa ni?”
Aku
menggeleng lemah.
“Sekarang
dah pukul lapan pagi kau tau tak!!”
Aikk!!
Dia yang tanya, dia jugak yang jawab! Ishh, si Farah ni pelik betullah.
“Aku
nak tidur kejap je lagi. Bagilah aku chance
nak tidur puas-puas hari ni”
“Banyaklah
kau chance..kau tidur pukul berapa
semalam sampai waktu ni tak bangun-bangun lagi ni? Wehh.. Ainaa!! Kau dengar
tak aku tanya ni??” pantas tangan Farah Amira menarik selimutku yang elok
membalut tubuhku. Bahuku dipukul keras.
“Aduh!
Sakitlah, Farah!” aku menggosok bahuku perlahan.
“Hah…Tau
pun sakit. Kau ni tak nak pergi kuliah ke? Bangunlah Ainaa..” kini tanganku
pula ditarik kuat oleh nenek kebayan Farah Amira. Tubuhku didirikan dengan
tenaga luar biasa nenek kebayan moden. Aduihh..kesian tanganku yang putih gebu
ni didera oleh nenek kebayan ini. Mataku yang masih layu memandang raut
wajahnya sepi. Tanpa perasaan. Yalah, mana taknya aura mengantuk masih kuat
lagi lah katakan. Mata kami bertentangan seketika.
“Hah,
tau pun bangun. Dah sekarang pergi mandi!” arah nenek kebayan lagi. Farah Amira
menolak tubuhku ke hadapan.
“Hmm…nak
tidur lagi..” aku merungut kecil. Pantas tubuhku aku elak daripada terus
ditolak oleh Farah Amira. Bosanlah asyik kena paksa je hari-hari. Aku melangkah
perlahan ke arah katilku.
Tanpa
aku sedari, tangan aku dipaut sekali lagi. Tiba-tiba entah datang dari mana air
menyimbah ke mukaku. Hujan di siang hari kot! Hah, masa nilah mataku terbuka
seluas-luasnya. Aku meraup mukaku yang basah sambil menjerit, “Woi, apahal ni??
Air dari mana kau simbah kat muka aku ni?”
Aku
melihat spray air yang aku gunakan untuk menggosok pakaian ada di tangan Farah
Amira. Nafasku mula turun naik. Aisehman..ni
betul-betul mencabar jiwa muslimah aku ni, si Farah Amira nenek kebayan moden
ni. Sesuka hati je kau kebas botol spray aku. Mahal tau aku beli!
“Hah,
bangun pun akhirnya. Susah aku nak kejut kau, Ainaa. Aku simbah kau dengan air
bacaan yassin sikit biar kau buka sikit mata kau melihat dunia ni. Bukan main
susah nak kejut kau ni. Apa kau ingat kau tu tuan puteri sleeping beauty nak kena kejut ala-ala princess.”
Mulutku
dibuat-buat untuk mengejek si Farah ni. Perlahan suaraku mengajuk bicara Farah
Amira tadi, “Apa kau ingat kau tu tuan puteri sleeping beauty nak kena kejut ala-ala princess. Huh, menyampah aku! Air bacaan yassin la sangat. Yang kau
pergi kebas botol spray aku tu apahal?”
“Eh, menjawab pulak. Dah sekarang kau pergi
mandi. Kau nak kena balun dengan Professor Mikhail ke pagi ni?”
“Hah,
Professor Mikhail!! Pagi ni kuliah dia ke??! Apasal kau tak bagi tahu
awal-awal. Sengetlah kau ni, Farah” aku mula terkocoh-kocoh mencari-cari tuala
mandi aku. Berlari aku mengejar tuala kesayanganku.
“Aku
pulak yang senget? Lantak kaulah Ainaa, nasib kaulah” balas Farah Amira sambil
memeluk tubuh. Selamba.
“Ishh..tepilah
kau nenek kebayan. Menghalang perjalanan betul.” Aku menolak kasar tubuh housemate aku tu. Hampir terbalik minah
tu kena penangan aku. Padan muka. Hehe..
“Sakitlah
Ainaa..kau ni Hulk ke apa?”
Aku
malas melayan kerenah si Farah Amira ni. Apa yang penting? Kerjasama!! Eh,
silap! Itu motto hidup Wonderpet. Aku pulak nak jadi Wonder Woman pagi-pagi ni.
Hehe.. Apa yang penting sekarang aku kena guna ‘kuasa’ aku untuk bersiap
sepantas kilat gitu!
“Aduih..Panik.
Panik. Wei, Farah..Sekarang dah pukul berapa ni?”
“Dah
dekat pukul 8.30 pagi..” Belum sempat Farah Amira menghabiskan ayatnya, aku
pantas menjerit kuat.
“Ohh..tidakkkkk!!”
aku memegang kepalaku sambil menggeleng-geleng. Terkejut Farah Amira melihat
tingkahku. Belum sempat dia menenangkan aku, aku dengan pantas menghampirinya.
Tanganku memaut bahunya kuat.
“Farah,
aku ada idea bernas. Aku dah decide
yang aku tak nak mandi pagi ini. Jom kita pergi kelas sekarang.” Aku menarik
tangan Farah Amira untuk turun ke bawah. Mata Farah Amira membulat.
“Ainaa,
kau jangan Ainaa. Aku tak benarkan kau keluar dari bilik ni dengan bau entah
macam apa ni ke kuliah. You can’t do it. Definietly not” tangan Farah Amira
memaut kuat tanganku. Dia memegang kedua-dua belah tanganku dengan sekuat
tenaga demi menghalang aku keluar dari bilik itu.
“Yes,
i can” Aku menjawab laju.
“No,
you can’t”
“I
can.”
“You
can’t”
“I
can”
“You
can’t”
“I
can’t” aku pasang jerat.
“You
can” jerat mengena! Hehe..
“Hah,
kau setuju jugak aku tak payah mandi. Hehe..”
“Ainaaaa……”
seram sejuk aku mendengar suara nenek kebayan ni. Aku memandang muka Farah
Amira. Aikk..macam kecik je tubuh aku tengok kepala dia membesar tiba-tiba.
Macam dalam cerita kartun. Farah Amira merenung tajam wajahku. Wajahnya mula
memerah. Aku tahulah muka aku ni jelita tapi janganlah renung macam tu. Malu I..Hehe..
Aduh..aku
tak dapat menahan panahan mata nenek kebayan ni. Menyeramkan. Akhirnya aku
perlahan-lahan mengangkat tangan lalu..PEACE..Aku tersengih macam kerang busuk.
“Pergi
mandi sekarang!!!” bergegar rumah sewa kami dengan jeritan suara nenek kebayan
moden. Pitching dia kuat gila!
Mengalahkan suara pertunjukan opera.
*
* *
“EH,
Ainaa…Farah..apasal kau lambat tadi?!” laung Darimi Irfan atau lebih dikenali
sebagai Remy. Budak lelaki yang paling kamcing dengan aku ni hah. Sama kepala.
Sama minat. Sama kos. Sama perangai. Yang tak samanya, jantina jelah. Hehe..aku
kan perempuan. Dia pulak lelaki. Mana nak sama kat situ. Mamat ni sebenarnya
ada abang kembar dia. Tapi sekarang entah mana pulak mamat itu pergi pun aku
tak tahu.
Belum sempat aku menjawab soalannya,
satu suara sudah menyampuk. Siapa lagi kalau bukan si Farah Amira, nenek
kebayan aku ni. Aku bukan suka menggelar nama orang ini tapi dah memang
perangai dia macam nenek kebayan. Asyik duk mengganggu hidup aku je 24 jam. Perintah itulah, inilah macam
aku ni Cinderella di mata dia. Asyik nak marah aku aje. Apa yang silap pasal aku ni pun, aku tak tahu. Contohnya pulak
dah terbentang di depan mata.
“Apa
lagi si Ainaa nilah buat hal cakap nak tidur lebih. Dahlah matahari dah
terpancak atas kepala nak tidur lagi. Tak pasal-pasal aku pulak yang turut sama
jadi mangsa amukan ganas Professor Mikhail. Kau bukannya tak tahu kalau
Professor Mikhail mengamuk macam mana. Tension
aku.” Jawab Farah Amira sambil meletakkan beg sandangnya di atas meja rehat di
taman universiti kami.
“Hmm..Apalah
nasib badan yang selalu kena marah, herdik apatah lagi kena caci dengan nenek
kebayan ni. Kesian kat aku. Sabarlah Ainaa Farhanah, kaukan Cinderella moden.
Memanglah ada orang jeles dengan sikap kau yang sopan santun dan baik hati ni.”
Suaraku tenggelam timbul melirih kononnya meratap nasibku yang malang. Ala-ala
pelakon gitu. Aku turut sama duduk bertentangan dengan Farah Amira.
Terbahak-bahak
suara Darimi Irfan mentertawakan tingkah laku aku itu. Farah Amira merenung
tajam wajahku yang berada di hadapannya kini. Mulutnya muncung tidak puas hati.
Cantik sangatlah itu muncung itik macam itu!
“Remy,
kau tengok muka aku ni? Ada kotoran degil ke?” soalku sambil menyuakan mukaku
ke arah Darimi Irfan yang berada di sebelah. Darimi Irfan memandang mukaku
seketika lalu dia menggeleng.
“Tak
ada apa-apa pun. Bersih daripada kuman berbahaya aje” jawab Darimi Irfan.
Selamba.
“Hmm..agak-agaknya
muka aku ni JELITA sangat kot sampai ada orang merenung aku macam nak telan.
Iyalah, nak buat macam mana. Aku kan Cinderella moden. Dia tu NENEK kebayan je.” sengaja aku tekankan perkataan
jelita dan nenek itu biar terkena sikit nenek kebayan depan aku ni.
Makin
kuat ketawa Darimi Irfan mendengar jawapan aku. Ketawa sampai terhinjut-hinjut
bahunya. Aku selamba memandang wajah Darimi Irfan yang sedang ketawa. Ishh..
mamat ni sawan dah kot.
“Ainaa..kau
ni tak habis-habis dengan loyar buruk kau kan. Nak kenakan aku lagilah tu.
Bencilah betullah. Bukannya nak berterima kasih sebab aku dah kejutkan kau pagi
tadi. Ni makin menyakitkan hati aje dengar ayat kau tu.” Ujar Farah Amira tidak
berpuas hati.
“Ish
kau ni, Farah. Macam tak kenal lagi si Ainaa tu. Dia tu bukannya tahu berterima
kasih.” Kedengaran satu suara di belakangku. Terus aku dan Darimi Irfan
berpaling melihat siapakah gerangan suara tersebut. Farah Amira mendongak
melihat seorang lelaki di belakang kami berdua.
“Oh..rupanya
kaulah pemilik suara sumbang tu ya” ujarku geram. Berani dia cakap aku tak tahu
berterima kasih. Aku melihat lelaki itu selamba duduk di sebelah Farah Amira
tapi tetap menjaga jarak. Dia sedar aku sedang melihatnya hanya tersenyum
sinis. Perlilah tu!
Aku
memalingkan wajahku. Jelingan tajam aku hadiahkan untuk kau. Hambik kau!
“Kau
ni Ainaa.. aku tengok kau selamba aje kena
balun dengan Professor Mikhail tadi. Langsung tak ada rasa riak bersalah. Si
Farah ni pulak bukan main menikus depan professor tadi. Boleh pulak kau selamba
badak melawan cakap dengan Professor Mikhail. Derhaka betullah kau ni” Kata
lelaki depanku ini. Mamat ni pulak nama dia Junaidi Hassan. Nama dia bukan main
maksud baik tapi Hassan depan mata aku ni nak cakap ‘baik’ itu rasanya tak
sampai level lagi kot. Mulut bukan main laser serang aku.
“Laa..apa
pulak? Takkanlah aku nak buat muka kesian depan Prof tadi. Jatuhlah pride aku sebagai perempuan tabah selama
ini” aku pantas menjawab.
“Banyaklah
kau punya tabah. Macamlah kau tu baik sangat” ujar Junaidi Hassan.
“Eh,
Junid. Baik kau jangan banyak mulut.” Hah, kan dah keluar gelaran untuk kau.
Junid. Mamat sempoi yang tak tahu tunjuk riak erti sebuah perasaan. Sebab dia
ni selamba sangat macam tahap putera sejuk, hmm..maksud aku putera cool jadi aku pun gelarlah dia Junid.
Namun, sekalipun nama dia Junid macam nama lelaki lurus bendul tapi mamat ni
boleh tahan famous lah jugak sebab
ada fanclub dia sendiri. Bukan apa,
budak bijak macam dia ni kat mana-mana mesti ada peminat dia sendiri. Idola
semua budak perempuan tambah pulak muka dia yang boleh tahan smart!
“Cuba
kau cakap sejak bila pulak aku derhaka lawan cakap dia. Aku cuma berterus
terang dengan dia. Dia patut berbangga kerana memiliki anak murid yang jujur
dan berani mengatakan perkara yang benar macam aku ni. Bukan macam pelajar
sekarang, asyik menipu aje nak ambik hati pensyarah. Dah Professor tu tanya aku
kenapa datang lambat, aku pun cakaplah aku lambat bangun. Itu pun salah ke?
Derhaka ke macam itu?” kataku mula
bertingkah dengan pandangan Junaidi Hassan.
Ishh,
Ainaa ni. Perangai tak ubah-ubah. Desis hati Junaidi Hassan. Terus dia terimbau
saat dia melihat adegan Ainaa Farhanah dan Farah Amira yang dimarah teruk oleh
Professor Mikhail di depan bilik kuliah tadi. Boleh dia buat muka selamba tanpa
riak. Lepas itu, boleh pula dia menjawab soalan Professor Mikhail yang bertanya
kenapa dia lambat datang ke kuliah pagi tadi. Kalau cakap terlewat naik bas ke
jalan jam ke tak apalah jugak ni lewat bangun. Manalah Professor Mikhail itu
tak marah. Habislah halilintar membelah bumi berlaku di bilik kuliah tadi.
Si
Farah pulak bukan main tertunduk dengan rasa bersalah macam nak kena hukuman
mati mandotori depan Professor Mikhail tadi. Pucat lesi muka Farah tadi. Kalau
toreh dengan pisau pun pasti tak keluar darah yang konfumnya. Tapi yang tak
boleh blahnya boleh si Ainaa Farhanah
ni menasihati pensyarah depan kawan-kawan di dewan kuliah agar tidak terlalu
marah. Katanya takut pensyarah itu sakit jantung dan darah tinggi. Habis kecoh
satu dewan kuliah dengan hilai ketawa rakan-rakan kuliah mereka tadi mendengar
jawapan spontan Ainaa Farhanah.
Naik
merah muka Professor Mikhail menahan rasa marah pada Ainaa Farhanah. Hmm..
agaknya itu kali pertamalah ada pelajar yang berani menegur sampai macam tu
sekali. Tak pasal-pasal nama Ainaa Farhanah menjadi sebutan semua kawan. Aku
rasa aku yakin mesti nama Ainaa Farhanah Binti Awi ini menjadi buah mulut para
pensyarah jugak. Ishh.. minah ni! Bilalah nak berubah. Sudahlah nama dia famous dengan perangai gila-gila dia
itu. Ini ditambah lagi melawan cakap Professor Mikhail yang ramai para
pelajarnya takut untuk melawan cakap. Ainaa Farhanah, sekali nampak macam
lembut dan ayu tapi sebenarnya gadis ini selamba, lincah, ego dan otak kartun
macam dia ini langsung tidak sesuai dengan karakternya yang memakai tudung
labuh. Sabar jelah ada geng macam dia ini. Akhirnya, Junaidi Hassan tersenyum
kecil melihat mulutku yang tidak berhenti-henti berceloteh dengan Darimi Irfan
dan Farah Amira.
BEST ....
ReplyDeleteterima kasih atas pujian..Alhamdulillah..saya masih budak baru belajar..terus support saya lepas ni.. :)
Delete