Prolog
“Aku kata diam! Diamlah!! Kau pekak ke? Bodoh!!”pekik
Richard sambil mengacukan pistol model Black
Star tepat di kepalaku. Matanya bulat merenungku dengan tajam seperti mahu
membahamku hidup-hidup.
Bergegar
bahuku tersentak mendengar herdikan keras lelaki bengis itu. Serentak itu juga
berjurai-jurai air mataku menitis tanpa henti umpama irama yang tiada
berpenghujung. Aku cuba menahan esakanku sehingga terhinjut-hinjut bahuku
lagaknya. Ya Allah betapa berdebar-debarnya jantungku saat ini bagaikan mahu
pecah dengan ketakutan yang amat sangat.
Spontan
tubuhku menjauhi Richard, lelaki gila yang sanggup melakukan apa sahaja tanpa
kewarasan akal. Aku cuba melindungi diriku di sebalik timbunan kotak kosong
yang bergelimpangan di ruang bilik yang sunyi, suram malah menyeramkan jiwaku. Tempat
apa ni? Apa yang pasti aku diculik dan dibawa ke tempat yang terbiar dan jauh
dari keriuhan kota.
Richard
tersenyum sinis melihat tingkah aku yang memeluk tubuh di sebalik kotak-kotak
itu. Perlahan-lahan dia bangun melangkah ke arahku. Ya Allah, adakah malaikat
maut datang menjemput nyawaku saat ini? Melihat rupa lelaki kejam ini pun sudah
mampu menaikkan bulu romaku. Sungguh aku tak sangka lelaki yang selama ini
cukup berbudi bahasa rupanya seorang yang hipokrit. Aku benci kau, Richard! Aku
benci kau!!
“Kenapa
kau benci nak tengok muka aku ni Ainaa?”ucap Richard spontan. Aku terperanjat
besar mendengar ungkapannya. Macam mana dia tahu apa yang aku fikir sekarang? Nafasku
mula mendesah. Hatiku mula berasa berdebar-debar.
“Kau
tak perlu benci aku, Ainaa. Kau bencilah buah hati kau, Aizriel Danish. Disebabkan
si keparat tulah kau terpaksa tanggung penderitaan aku. Kesian jugak kat kau
tapi nak buat macam manakan? Heh, hanya cara ni saja yang boleh aku tewaskan si
bedebah tu” ujar Richard sambil bermain-main pistol Black Starnya itu.
Bodoh! Gila lelaki ni! Kenapa aku yang
jadi mangsa! Jerit hatiku tanpa sedar.
“Kau memang gila Richard! Gila!! Tak kan
sebab kau kalah judo dengan Aizriel tu kau nak bertindak bodoh macam ni. Pengecut!!”
Entah dari mana aku punya kekuatan berkata-kata sebegitu.
“Tak guna punya perempuan!!” Tidak
semena-mena tubuhku mula didekatinya. Aku dapat mengagak apa yang bakal
berlaku. Giginya berlaga sesama sendiri sehingga menghasilkan bunyi. Takut? Ya,
itulah apa yang aku rasakan kini. Aku cuba melarikan diri daripadanya. Trauma
melihat wajahnya yang membengis. Pistol di tangannya mula bermain lincah untuk
memuntahkan pelurunya. Melihat perubahan Richard yang tiba-tiba itu
mengingatkan aku tentang artikel mengenai dwi-persionaliti. Apakah itu yang
dialami oleh Richard sekarang?
Satu
tumbukan padu hinggap di pipiku. Apalah kudratku seorang perempuan untuk
melawan sikap agresif Richard. Perlahan-lahan darah merah pekat mengalir di
celah bibirku. Tidak cukup dengan itu pipiku ditampar berkali-kali sehingga aku
berasa cukup perit. Aku boleh rasakan pipiku kini memerah dan berbirat kesan
daripada tamparan kuat lelaki binatang ini.
“Kenapa kau buat aku macam ni, Richard? Apa
salah aku? Apa dosa aku sampai kau hukum macam ni?”ujarku separuh merayu.
“Kau memang tak salah apa-apa. Aku cuma
nak umpan mamat tu aje sebab dendam aku. Aku bencikan lelaki itu. Aku berdendam
dengan dia. Sampai bila-bila aku tak kan lupa apa yang dia dah buat kat aku
selama ini. Itu aje. Hanya kau aje yang jadi kelemahan dia sekarang. Sebab
tulah kau pun terlibat sama. Hahaha…” serentak itu ketawa Richard memecah
kesunyian bilik ini.
Dalam
otak fikiranku mula memasang idea. Lebih baik aku keluar dari sini. Tingkap di
bilik itu direnung tajam. Pantas langkahku laju untuk terjun keluar dari tempat
ini. Namun, belum sempat aku melompat, tudungku ditarik kasar. Tubuhku
tersadung ke belakang lalu jatuh menghempap lantai. Bagai nak patah pinggangku
kini.
Mataku pejam rapat-rapat menahan
kesakitan. Sudahku agak siapa punya angkara ini kalau bukan Richard, jantan tak
guna! Tangannya mencengkam kolar baju kurungku supaya aku bangun menghadapnya.
Pantas tangannya menumbukku sesuka hati tanpa belas kasihan. Berkali-kali mukaku
dipukul. Ya Allah, peritnya kesakitan ini.
Itu belum cukup puas. Richard
menendang perutku pula. Pantas tubuhku jatuh semula mencium lantai. Aku mula terbatuk-batuk.
Aku menutup mulutku serentak itu aku melihat darah pekat di tapak tanganku. Dalam
tidak terdaya aku ditendang sekali lagi oleh Richard dengan sekuat hatinya di
tempat yang sama, bagaikan mahu hancur semua organ dalamanku kini. Dalam dia
membelasah aku, mulutnya tidak terhenti-henti mengutukku.
“Kau ingat kau boleh terlepas dari
aku. Jangan harap kau boleh lari, perempuan tak guna!! Ini Richard, kau tau
tak?! Selagi kau tak mampus kat tangan aku, jangan mimpi kau boleh bebas dalam
hidup kau. Kau bernasib baik sebab aku tak bunuh kau sekarang, kalau tak dah
lama kepala kau ni berkecai tau!!” Richard mula menunjal-nunjal kepalaku.
Mataku benar-benar berpinar-pinar. Darah membuak-buak mengalir di celah
mulutku.
Tanpa mengendahkan darah pekat yang
semakin mengalir dari tubuhku, Richard mengheret aku sambil menarik kuat
tudungku. Ya Allah, peritnya sakit ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apalah
ujianku kali ini?
“Richard jangan buat macam ni. Tolonglah
aku sakit! Aku merayu pada kau, lepaskan aku. Sakit! Sakit!”sayu suaraku
bertutur perlahan dari kerongkong.
“Oh, baru sekarang kau nak merayu pada
aku. Bodoh! Padan muka kau! Aku suka sangat tengok darah manis ni keluar dari
tubuh kau! Hahaha…..” ketawa Richard makin kuat. Ketika itu juga, tubuhku didirikan
lalu diikat ketat di atas sebuah kekuda. Leherku digantung bagaikan menanti
saat kematian dicerut di tali gantung. Tubuhku bergetar hebat menantikan sebuah
ajal. Dibunuh secara kejam oleh pembunuh gila seperti Richard. Air mataku
mencurah-curah yang entah kali yang ke berapa ia mengalir.
Dari luar sudah kedengaran bunyi
bising. Belum sempat aku berfikiran jauh satu susuk tubuh yang amatku kenali
berdiri tegak lagak pahlawan. Hatiku berbunga riang sekalipun aku dalam
penantian untuk menemui Tuhan. Namun, biarlah kehadirannya dapat mengurangkan
sedikit rasa takutku yang aku rasai sekarang. Aku tahu aku banyak sangat dosa
dengan dia. Terlampau banyak. Melihat susuk tubuhnya sahaja sudah cukup
membuatkan hatiku berasa sebak. Betapa dia mengambil berat terhadapku walaupun
dua minggu dia lesap dalam hidupku. Namun kini, dia muncul kembali. Kali ini air
mataku makin mencurah-curah.
“Wow, so fantastic! You’re coming as
soon as possible. Let me think what are you thinking right now” Richard menggaru dagunya.
“Ha’ah! Right! Mesti kau nak
selamatkan your lovely soul kan? Aku tak kan biarkan kau selamatkan dia selagi
kau tak mati, Aizriel Danish!!” pekik Richard kuat serentak dengan tembakan
bertalu-talu ke arahnya.
Tubuh Aizriel Danish tetap teguh
berdiri hanya dia mengelak pantas dari tunjahan peluru daripada Richard. Richard
mendengus geram kerana pelurunya langsung tidak mengena tubuh Aizriel Danish.
“Shittt!!! Damn you, Danish!! Richard mula
menjerit terlolong bagaikan hilang akal. Richard menembak lagi. Sasarannya kini
ialah kepala Aizriel Danish.
Aizriel Danish melangkah perlahan
mendekati Richard. Tenang. Seraya itu, kepalanya mula mengimbas kata-kata
sifunya, “Fokus pada arah mulut pistol dan pergerakan jari, peluru itu pasti dapat
dielakkan.”
‘Zass!!’
peluru bergerak laju umpama kilat menerkam ke arahnya. Dekat. Hampir menembusi
kepalanya. “Sekarang!” jerit batin Aizriel Danish.
Saat itulah kepalanya bergerak
perlahan. Peluru tersebut hanya sempat menghancurkan cermin mata hitam milik
Aizriel Danish. Jelas kelihatan sepasang mata yang selalu redup memandangku
selama ini kini bertukar menjadi bahang api yang marak menyala di matanya.
Sekali
lagi peluru itu tidak dapat menembusi tubuh Aizriel Danish. Richard memberontak
ganas. Picu pistol ditekan lagi tapi sayang Aizriel Danish cepat bertindak.
Mereka mula bergelut ganas. Seni mempertahankan diri masing-masing mula
menunjukkan belang. Inilah saat ruas bertemu ruas. Raja bertemu raja. Serangan
demi serangan dapat ditepis pantas. Masing-masing mula mencari titik kelemahan
musuh sendiri. Hampir sepuluh minit mereka bertarung akhirnya pertarungan itu
dimenangi oleh Aizriel Danish.
Aizriel
Danish mula bergerak ke arahku. Matanya sayu melihat keadaanku yang dibelasah
teruk oleh Richard. Perlahan-lahan tangannya menyeluk sapu tangan di poket
seluarnya. Darah yang mengalir di mulutku di sapu perlahan dengan sapu tangannya
itu.
Air
mataku mula bergenang melihat keprihatinannya. Tanpa sempat aku memulakan
bicara, tubuhku didakap erat ke pangkuannya. Aku terpana.
“Maafkan
saya, Ainaa. Maafkan saya. Sebab sayalah awak jadi macam ni.” Lirih suaranya
memelukku. Mataku terpejam rapat. Ya Allah, betapa aku rindu lelaki ini. Rindu
yang teramat sangat. Tubuhku lemah dalam dakapannya.
Tanpa
aku sedari, di hujung penjuru bilik itu tangan Richard yang bersedia dengan
pistol untuk menembak ke arah kami. Aku mula mengambil langkah untuk melindungi
Aizriel Danish daripada ditembak. Namun, belum sempat aku bertindak, Aizriel
Danish terlebih dahulu memusingkan tubuhnya lalu kedengaran satu das tembakan
pistol memenuhi ruang yang sunyi itu.
Darah
merah mula terpencik ke mukaku. Aku sekali lagi terkejut dengan tindakan
refleks Aizriel Danish yang sanggup menyelamatkan nyawaku. Tubuhnya
perlahan-lahan jatuh ke pangkuanku. Aku dengan pantas menyambut tubuhnya
daripada rebah. Masya Allah, ujian apa pula kali ini? Aku melihat Aizriel
Danish mula terbatuk-batuk kecil. Dia ku lihat tersenyum kecil memandang
mukaku.
“Na..nasib
baik..awak selamat..” perlahan suaranya menyentuh cuping telingaku. Ya Allah.
Air mataku mengalir laju hingga jatuh ke pipi Aizriel Danish. Hatiku mula
diselubungi rasa sebak yang makin mencengkam jiwa.
“Aizriel,
kenapa? Kenapa awak selamatkan saya lagi?”
“Sebab
saya dah janji..nak selamatkan awak dulu.” Tiba-tiba matanya perlahan–lahan
terkatup rapat.
Fikiranku
mula terimbau saat kami bersama dahulu. Dialognya yang pernah aku perlekehkan
di hadapannya secara terang-terangan.
“Sebab saya nak selamatkan awak. Saya akan
selamatkan awak daripada lubuk kebencian awak ciptakan tu. Sebab itu saya tak
pernah putus asa atau berasa bosan melayan kerenah awak. Saya tak nak air mata
awak mengalir lagi kerana rasa benci awak pada cinta itu sendiri. Andai nyawa
saya sendiri yang perlu menjadi galang ganti untuk awak percaya betapa manisnya
cinta itu, saya sanggup berkorban. Saya akan buktikan pada awak bahawa cinta
itu anugerah Allah supaya umatnya yakin bahawa cinta itu tanda kasih sayangNya.
Sebab itu, saya sanggup gadaikan nyawa saya untuk awak, Ainaa. Awak percaya
tak, Ainaa?”
Aku mula meraung. Sedih apabila melihat darah di
dadanya semakin membuak-buak keluar, tepat di depan mataku. Serentak itu juga,
aku mendengar suara Richard ketawa terbahak-bahak seperti orang yang telah
hilang kewarasan akal. Tapi itu semua tidak lama, apabila aku mendengar suara
amaran polis memenuhi ruang bilik itu.
P/S: harap semua suka permulaan cerita saya..:)
No comments:
Post a Comment