Nuffnang

Tuesday, December 16, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki Allah!!!

Bismillahirrahmanirrrahim

Kali ni suka saya kongsikan rahsia kejayaan jutawan muda yang berjinak-jinak dalam bisnes online..
Lihatlah betapa ramainya insan-insan  sudah menjadi jutawan kerana kecekalan dan usaha mereka yang luar biasa dalam dunia bisnes.






























Inilah bukti mereka yang sudah berjaya. Peratusan jutawan terbukti apabila dibicarakan oleh penyelidik ekonomi dan ahli cendiakawan negara. 





Benarlah kata Rasulullah s.a.w. punca rezeki itu 9/10 daripadanya adalah melalui perniagaan.
Jadi kenapa kita tidak mahu mencuba untuk menjadi sebahagian daripada jutawan pada 2018 kelak. Jom ramai-ramai PM/WHATS APP saya ke nombor 013-4709086. Anda pasti tidak menyesal dengan keputusan anda. Moga Allah melimpahkan rezeki yang halal dan berkat kepada kita semua. 




Monday, December 15, 2014

9 TIPS Dan PETUA Untuk Memerahkan Bibir Secara Semulajadi Dan Berkesan !!!!

9 TIPS Dan PETUA Untuk Memerahkan Bibir Secara Semulajadi Dan Berkesan !!!!


Bibir adalah salah satu anggota yang amat penting dan memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan hanya rambut sahaja yang perlu di jaga rapi tetapi bibir juga perlu dijaga rapi.Bibir merupakan aset paling penting sewaktu kita bercakap dengan orang lain. Tipu lah kalau anda tak pernah memperhatikan bibir orang yang sedang bercakap dengan anda dalam seumur hidup anda kan ?Ini antara tips-tips dan petua yang boleh dilakukan bagi memerahkan bibir anda secara semulajadi :



1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar
Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya...

3. Limau nipis
Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah....

4. Kunyit
Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal....

5. Daun ketumbar
Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)
Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun...

7. Gliserin
Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya...

8. Mentega
Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan...

9. Yoghurt
Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah...


Selamat mencuba!!!!

Friday, December 12, 2014

Rezeki Allah Maha Luas

Bismillahirrahmanirrahim


Mahu dapatkan income lebih??
Duit poket tak cukup??
Nak berniaga tapi tak tahu cara?
Susah mencari bisnes partner??
Ingin sihat?
Ingin kurus?
Jom pm/ whats app saya laju2..
013-4709086 / 017-9326939
Insya Allah rezeki Allah Maha Luas datang menjemput..
Moga kita sama2 menjadi jutawan seperti Siti Khadijah r.a. dan sahabat nabi Abdul Rahman bin Auf r.a 

Wednesday, December 10, 2014

My Family

Bismillahirrahmanirrahim



Dalam kehidupan ini, semua orang tak boleh hidup sendirian. Macam itulah juga apa yang berlaku dalam diriku. Aku tak boleh hidup sendiri. I need my family too and I love my family very much.





Baru ku tahu keturunan keluargaku juga bernama Megat. Memang kami keturunan Tun Sri Lanang dan berketurunan 'Wan' tapi moyangku dulu rupanya ada panggilan Megat. I'm proud to be one of them..





Tuesday, December 9, 2014

Memoir Bersama

Bismillahirrahmanirrahim


Terasa rindu kepada kawan-kawan MMK KUO sesi 2013/2014.
Sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi. Hehe..
Kenangan bersama kalian tak kan aku lupakan.
Banyak pengalaman dan ilmu aku dapat dalam melalui jawatan ini.
Suka duka semuanya bercampur baur.

Sampaikan sekarang, masing-masing bawa haluan tersendiri.
Ada yang terus menjadi MMK KUO 2014/2015, ada yang jadi MPP UPSI 2013/2014, ada yang baru jadi calon yang tengah bertanding PRK UPSI ni untuk jawatan MPP UPSI sesi 2014/2015, ada yang pegang jawatan kelab/ persatuan di UPSI..ada yang baru habis praktikum (akulah tu) dan macam-macam lagilah. 

Aku rindu korang semua!!
Lalu bermulalah mission buat video ala-ala rindu gitu..
Ni version untuk geng perempuan sahaja.






Yang ni pulak version full..semua MMK KUO tak kira lelaki atau perempuan semuanya ada..




Moga ukhuwah terbina kekal untuk selamanya. Amin~


Bengkel Kewangan MMK KUO 13/14


Hari Terbuka Kolej Ungku Omar 2014 (HiT KUO'14)



Tuaian Kasih Jalinan Mesra (Program Bersama Anak-anak Yatim dengan kerjasama MMK UKLK)


It's Me!!
 Majlis Anugerah Kolej-Kolej Kediaman Kali Ke-10













Sunday, December 7, 2014

Sakit dan Ujian


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sakit dan ujian
Allah datangkan saat kamu bersedia menghadapinya
Menguji tahap keimanan dan kebergantungan kamu kepadaNya



Ya Allah Kau kurniakanlah kesabaran kepadaku seperti mana Kau berikan kesabaran kepada Nabiyullah Ayub a.s.


Perang besar akan berlaku
Perang antara hak dan batil
Demi menegakkan syiar Islam, demi ruuhul jihad kepada Allah, demi menentang musuh2 Allah..
Ya Allah Kau kurniakanlah kekuatan seperti mana teguhnya hati orang Islam semasa Perang Badar zaman Rasulullah s.a.w.



Moga semua makhluk di langit dan di bumi berdoa untuk kejayaan atas nama ALLAH..
Moga doa para malaikat seiring dengan perjuangan ini


Hijab Sang Pencipta, semuanya milik Allah
Andai Kau takdirkan aku buta,
Aku yakin itu semua atas kehendak Allah
Kerana aku yakin dengan segala kekuasaanMu, apabila Kau katakan jadilah, maka ia jadilah.
Maka aku yakin semua yang terjadi ada hikmahnya



Semoga ujian ini Kau berikan sesuatu kepadaku
Seperti hebatnya keperibadian Siti Khadijah
Seperti kentalnya iman Sumayyah
Seperti bijaknya Siti Aisyah
Seperti jitunya cinta Rabiatul Adawiyah
Hanya kerana mereka yakin dengan bantuan dan janji-janjimu Ya ALLAH..

Allahumma solli ala Muhammad

Lagu Kita?? Wherener You Are~



Tak tahu kenapa..lagu ni sangat berkesan kat jiwa.
Rasa semua memori bersama family, sahabat, pengalaman pahit manis bercampur semua.

Sekali tunjuk lagu ni kat dia, terkejut sangat bila dia cakap dia faham maksud lagu ni.
Biar betul..dia faham bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun la maknanya.
Haiisshh..si katsurah ni biar betul..
Dia cakap ni la lagu kami. lagu kita..
So, tiap kali dengar lagu ni memang berkesan kat hati..

ONE OK ROCK, satu kumpulan band kat Jepun.
Bahasa Inggeris dia memang terbaik. Siap boleh partner dengan Band Simple Plan lagi buat lagu duet..
Taka punyer lagu dan suara memang menyentuh perasaan..




Wherever You Are

I’m telling you
I softly whisper
Tonight, tonight
You are my angel
I love you
Two become one
Tonight, tonight
I just say...
Wherever you are, I always make you smile
Wherever you are, I’m always by your side
Whatever you say, the feelings you’re thinking
I promise you “forever” right now
I don’t need a reason
I just want you, baby
Alright, alright
Day after day
Starting now going on forever
Please, with a person like me forevermore
Stay with me until death
We carry on
Wherever you are, I always make you smile
Wherever you are, I’m always by your side
Whatever you say, the feelings you’re thinking
I promise you “forever” right now
Wherever you are, I never make you cry
Wherever you are, I never say goodbye
Whatever you say, the feelings you’re thinking
I promise you “forever” right now
The day we met oughta be number one in our memories
With a day like today in close second
Those I love wholeheartedly
Those I hold dear to me
Because you’re always at the center of this love of mine
Wherever you are, I always make you smile
Wherever you are, I’m always by your side
Whatever you say, the feelings you’re thinking
I promise you “forever” right now
Wherever you are


Taken from http://lyricstranslate.com/en/wherever-you-are-wherever-you-are.html#ixzz3LDYbvwQu


Lawan Kerana Allah!!!

Bismillahirrmanirrahim


Walaupun ilmu perangku masih lagi cetek namun, aku tak mungkin akan kalah dalam perang kali ini. Lawan tetap lawan!! Lawan atas nama Allah..lawan atas nama jihad kerana Allah.

Sekali kamu yakin dengan KUASA ALLAH
Maka ALLAH akan turunkan bala bantuanNya dengan APA CARA SEKALIPUN
ALLAHUAKBAR!
Tiada Tuhan Maha Berkuasa Selain dariMu Ya Allah.


Puak Umi, Abi, Katsurah, Saifullah, Hulubalang berperang atas nama Allah. Moga kemenangan berpihak kepada yang hak dan bukan yang batil. amin

Thursday, November 27, 2014

Kelebihan Ayat Kursi

Bismillahirrahmanirrahim

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Sumber: http://www.one-ummah.net/
http://myibrah.com/kelebihan-ayat-kursi

Friday, November 21, 2014

cerita hatiku (oh my practicum)







Kenangan semasa praktikum sangat memberi erti kepadaku.
Bukan sahaja memberi pengalaman dalam latihan mengajar tapi juga memberi ilmu dalam perubatan Islam. 
Di sini juga aku mulai kenal dengan seorang putera bunian bernama Katsurah @ Syed Halimi. 
Belajar tentang ilmu perubatan Islam dengan Kak Zah, ilmu kehidupan orang bunian dan ilmu di sebalik 'three eyes' @ sixth sense atau psikik. sangat menarik dan tertarik.
Sungguh ilmu Allah itu Maha Luas.

Friday, July 4, 2014

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin? 

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?




Suami Itu Lelaki

• Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.

• Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

Isteri Itu Perempuan

• Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Kenapa penting suami berbual-bual dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.


Kesimpulannya:

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.


sumber: https://www.facebook.com/pakarcintafans?fref=photo

Luahan hati seorang mujahid



Bismillahirrahmanirrahim

~Luahan hati seorang mujahid~


Namaku Adam..

Aku seorang lelaki
Juga seorang mujahid yang sedang berjuang untuk Ad-Deen ku..
Impianku banyak tapi yang paling utama adalah aku ingin meraih cinta ALLAH dan berjuang sehabis daya untuk ummatku, agamaku, bangsaku..
Tapi aku ada sesuatu yang ingin ku cari atas dunia ini..
Aku cuba mengenal rasa cinta dari ALLAH melalui penciptaannya sebab itulah aku sentiasa bermusafir dan berjihad sepanjang kehidupanku.

Oleh kerana impian ini,
Aku berusaha untuk meraihnya dengan cara aku sendiri.
Ayahku banyak membantuku
Aku melangkah jalan yang lebih sukar dan asing..
kerana kata ayahku.. sesungguhnya islam itu asing, maka asinglah kamu dalam kehidupan ini.

Ayahku tegas mengajarkanku memanah, berenang, bermain pedang, menunggang kuda malah ilmu martial arts diturunkan kepadaku..
Dalam usaha meraih jihad dan syahid di medan perang aku berusaha memahirkan diri dalam suruhan sunnah Rasulullah ini..
Kerana aku tahu kelak dalam Perang Armagedon epik sejarah aku bakal diuji, sama ada berada di pihak Dajjal Al-Masih atau di pihak Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s...
Oleh itu, aku cuba berpegang teguh dengan AL-Quran malah, aku cuba menghafalnya sejak kecil lagi..
Aku mempelajari hadis, aku dipaksa untuk menghayati dan memahami setiap hadis.malah, aku diajar untuk mengenal pasti hadis ahad atau hadis palsu agar aku benar2 berpegang teguh pada janji Rasulullah..

Namun, sejak usiaku 10 tahun, ayahku meninggal dunia, sekalipun penyokong kuatku tiada di dunia ini namun, aku tahu impian dan semangatnya sentiasa hidup dalam hatiku..
Atas warisan ayahku dan sebab tertentu aku mudah mendapatkan segalanya atas dunia ini..
Yang tinggal aku hanya perlu membuat pilihan yang betul sama ada mengikut nafsu atau mengikut ajaran ad-deenku..
Kini aku faham setiap paksaan, tuntutan dan ajaran ayahandaku adalah teruji ketika aku menginjak usia dewasa..

Seawal usia 11 tahun aku belajar selok belok dunia perniagaan..
Kerana aku fahami nasihat almarhum ayahandaku yang menginginkanku seperti sahabat nabi Abdurrahman bin Auf, seorang jutawan dan dermawan..
Lalu aku bangunkan syarikat Storm Rangers tinggalan ayahku.
Aku hidupkan dengan kalimah Allah di setiap penjuru dan pekerja syarikatku..
Aku wajibkan alunan al-Mathurat dan solat sunat dhuha di setiap pagi..
Aku ingin percaya bahawa rezeki Allah itu makin mudah mengalir masuk dengan bacaan kalamullah dan solat dhuha

Aku wujudkan rumah kebajikan untuk anak-anak yatim/ miskin dan orang tua kerana aku tahu Rasulullah sangat cintakan anak-anak yatim dan miskin..aku berharap moga sedikit sebanyak aku dapat memiliki rasa kecintaan Rasulullah seperti itu..
Sekalipun aku sibuk dengan urusan dunia tapi aku selalu memikirkan nasib generasi Y atau golongan muda belia ini..
Lalu dengan rezeki Allah limpahkan kepadaku dan keluargaku aku tubuhkan sebuah institusi pendidikan dengan membawa masuk para ulama' yang mahir dalam kepakarannya dan tenaga pengajar yang sepatutnya..
Aku wujudkan jama’ah Seelenfrieden berdekatan dengan tempat tinggalku dan pusat bandarku..
Seelenfrieden bahasa Jerman membawa maksud ketenangan hati aku doakan moga aku memperolehi ketenangan hati setiap kali aku berusrah dan hadir dalam majlis ilmu dalam jemaah itu..
sekalipun aku berusaha menyalurkan bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada saudaraku yang berkonflik namun serungkali terhalang dengan kuasa-kuasa besar yang berniat jahat..
Namun, aku tak akan putus asa untuk terus menyelamatkan mereka..

Namun, satu yang merunsingkan aku..semakin aku menginjak dewasa semakin banyak suara yang menggesa aku untuk menikah..
Suruhan dan rungutan mamaku tercinta menyesakkan nafasku
Bebelan kakakku tercinta turut menjerut hatiku..
Hatta usikan dan saranan para guru di jama’ah Seelenfrieden semakin kuat dan meresahkan..

Aduh, ya Allah, memang benar bagi seorang mujahid itu, perjuangan atau jihad itu penting..
Malah, suruhan berkeluarga itu juga penting..
Namun, aku tahu ketika saat memegang gelaran ketua keluarga..
Ketika itulah seorang lelaki makin teruji untuk membawa isteri dan anak-anaknya ke syurga atau neraka,
Lalu isteri yang bagaimana aku harus carikan untuk menjadi suri hidupku ya Allah??
Bukan seorang isteri yang cantik, bukan sekadar berilmu, bukan hanya pandai memujuk juga bukan seorang isteri yang kaya tetapi anugerahkan aku isteri yang sama2 berjihad di jalan Allah agar dia faham perjuanganku, isteri yang beriman dan meletakkan KAMU segala-galanya di hadapan agar kelak kecintaannya kepadaku hanya untuk meraih redhamu..

============================================================
Idea = Kesuma Wahida
Nukilan = Kesuma Wahida
Watak = Adam Khairiel
Novel = ??? (novel kedua. insya Allah.)

Moga ALLAH mempermudahkan segalanya..
p/s: mood bosan and nak teruskan hobi yang lama tak diteruskan..

Menatap Langit Malam yang Sunyi..

Menatap Langit Malam yang Sunyi...





(Diceritakan oleh Thawus Al-Yamani tentang doa seorang pemuda dipintu kaabah seraya berkata:) 

Tuhanku, gemintang langit-Mu telah tenggelam
Semua mata makhluk-Mu telah tertidur
tapi pintu-Mu terbuka lebar buat pemohon kasih-Mu

Aku datang menghadap-Mu
memohon ampunan-Mu
kasihi daku
perlihatkan padaku wajah datukku Muhammad saw
pada mahkamah hari kiamat

(kemudian ia menangis)

Demi kemuliaan dan kebesaran-Mu
Maksiatku tidaklah untuk menentang-Mu
Kala ku lakukan maksiat
ku lakukan bukan kerana meragukan-Mu
bukan kerana mengabaikan siksa-Mu
bukan kerana menentang hukum-Mu
Ku lakukan kerana pengaruh hawa nafsuku
dan kerana Kau ulurkan tirai untuk menutupi aibku

Kini siapakah yang akan menyelamatkan aku
dari azab-Mu
Kepada tali siapa aku harus bergantung
kalau Kau putuskan tali-Mu
Malang nian daku kelak
ketika bersimpuh dihadapan-Mu
kala si ringan dipanggil : Jalanlah
kala si berat dipanggil : Berangkatlah
Aku tidak tahu
apakah aku berjalan dengan si ringan
atau berangkat dengan si berat

Duhai celakalah aku
bertambah umur ku dan bertumpuk dosaku
tak sempat aku bertaubat kepada-Mu
sekarang aku malu menghadap Tuhanku

(ia menangis lagi)

Akankah Kau bakar diriku dengan api-Mu
wahai tujuan segala kedambaan
lalu, kemana harapku kemana cintaku
aku temui-Mu
dengan memikul amal buruk dan hina
diantara segenap makhluk-Mu
tak ada orang sejahat aku

(ia menangis lagi)

Mahasuci Engkau
Engkau dilawan seakan-akan Engkau tiada
Engkau selalu pemurah
Seakan-akan Engkau tak pernah dilawan
Engkau curahkan kasih-Mu pada makhluk-Mu
seakan-akan Engkau memerlukan mereka
Padahal Engkau duhai junjunganku
tidak memerlukan semua itu

(kemudian ia merebahkan diri bersujud. Thawus bercerita:
Aku dekati dia, aku angkat kepalanya dan ku
letakkan pada pangkuanku. Aku menangis sampai airmataku membasahi pipinya. Ia bangun dan berkata, "Siapa yang menganggu zikirku? Aku berkata, "aku Thawus, wahai putra Rasul Allah. untuk apa segala rintihan ini? kamilah yang seharusnya berbuat seperti ini, kerana hidup kami bergelimang dosa. sedangkan ayahmu Hussain bin Ali, ibumu Fathimah Az-Zahra dan datukmu Rasulullah saw."

Ia memandangku seraya berkata, "Keliru kau Thawus. jangan sebut-sebut perihal ayahku, ibuku, dan datukku. Allah menciptakan syurga bagi yang menaati-Nya dan berbuat baik, walaupun ia hanya hamba sahaya dari Habsyi. Ia menciptakan neraka buat yang melawan-Nya walaupun ia bangsawan Quraisy. Tidakkah engkau dengar firman Allah - Ketika sangkakala ditiup, tidaklah ada hubungan lagi diantara mereka hari itu dan tidak saling meminta tolong. Demi Allah esok tidak ada yang bermanfaat selain amal soleh yang telah engkau lakukan)

Al-Shahifah al-Sajjadiyah al-Jami'ah Qum: Muassa Imam Mahdi, 14:176-177

Sumber : Karl Bakawali Heartblaster @ https://www.facebook.com/groups/semua.tentang.syiah/
Pada : 17 April 2012
Rabu, jam 10:31 AM
Melalui : Uthman Hapidzuin @ http://othmanhapidzuin.blogspot.com/

p/s: moga Ramadhan kali ini lebih barakah dan manfaat kepada diriku dan keluargaku..amin~ from: the seeker of lailatul qadar

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA 

Assalamualaikum..disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x2. Selawat Keatas Nabi 3x3. Surah Al-Fatihah 1x4. Ayat Kursi 3x5. Zikir Lailahaillallah 100 x.
sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.
1.Bergetar/mengigil2.Panas3.Pening.4.Muntah5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.6.Mengantuk.
PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

Tuesday, February 11, 2014

TIP-TIP MENJAGA ABAYA

Bagaimana menjaga Abaya supaya kelihatan baru dan cantik walaupun sudah bertahun-tahun memakainya??
Di sini kami kongsikan tip-tip menjaga Abaya. Moga bermanfaat untuk kita semua.

TIP-TIP MENJAGA ABAYA



Mencuci
Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.
• Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada 15 minit
• Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi
pemutih pakaian
• Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkan dan diletakkan
di dalam. Kemudian gantung dengan hanger.

Menyeterika
Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.
• Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
• Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan
lagi semasa melipat.

Menyimpan
Menyimpan pakaian pun harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baru.
• Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara
langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian.
Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan
tidak lembab.
• Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana
alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.

p/s: Moga tips-tips ini bermanfaat kepada diriku dan semua teman yang sudi menjengah ke blog ini. Selamat beramal~ :)

Disalin dari FB: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sumber daripada: Azza Busana (FB)

Friday, February 7, 2014

Ukhuwah Fillah Melalui Qiamullail

Bismillahirrahmanirrahim..

Di kala dua pertiga malam ini, aku bersama teman-teman seperjuanganku melangkah ke masjid untuk meraih cinta dan redha daripada Rabb Pencipta. Masya ALLAH, rasa sebak dalam diam bila kami sama-sama lakukan solat tahajjud dan qiamullail demi ALLAH AZZA WA JALLA.

Rasa terkilan dan beruntung sangat apabila ketua organisasi kami, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO 2013/2014) mengimamkan kami ketika solat. Memang benar kata Rasulullah s.a.w., seorang ketua yang baik adalah ketua yang mampu mengajak anak bawahannya dekat kepada ALLAH. Hatta, pemimpin yang hebat pernah mengukir sejarah dalam keagungan dan keutuhan Islam apabila pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh mendidik tenteranya dengan qiamullail. Malah, beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajjud atau qiamullail kerana taqwa dan keimanannya yang jitu kepada ALLAH TAALA.

Diharap kita boleh amalkan lagi amalan mulia ini secara berterusan kerana janji Allah itu benar. Sains sendiri membuktikan keajaiban kesihatan melalui solat tahajjud. Amalan Rasulullah s.a.w., para sahabat, orang-orang yang soleh terdahulu wajar untuk kita amalkan sedikit demi sedikit sehingga lama kelamaan ia menjadi 'darah daging' kita atau amalan hidup kita kelak. Insya ALLAH.

Indahnya ukhuwah demi menggapai Cinta Allah,
Indahnya ukhuwah kerana Allah,
Manisnya sebuah persahabatan dalam meraih redha Allah,
Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Berorganisasi kerana Allah,
Bergerak kerja kerana Allah,
Mahabbah itu terjalin dalam ikatan suci kerana redha Allah,
Doa para malaikat Allah dan seluruh penghuni makhluk Allah di langit dan di bumi.
Masya Allah, janji Allah itu benar..
TIADA PERKARA DI DUNIA INI SANGAT BERMAKNA JIKA SEMUANYA DISANDARKAN KEPADA ALLAH

Terima kasih teman, bantulah aku dalam terus mengenal dan dekat kepada Tuhanku. Bimbinglah aku yang daif ini kerana aku juga manusia yang sering alpa dan berdosa. Tunjukkanlah aku jalan yang benar andai aku khilaf kerana ukhuwah kita jalinkan biar lebih manis jika kita amalkan sunnah Nabiyullah, amar maaruf nahi munkar.

Pengalaman solat tahajjud dan qiamullail ini tak akan aku lupakan kerana pengalaman ini sangat manis kerana Allah. Lepas sahaja solat subuh berjemaah di masjid yang paling indah di UPSI, kami disajikan dengan pemandangan yang cantik. Walaupun gelap tapi tetap cantik di alam realiti.

Walaupun sibuk berorganisasi dan bergerak kerja dengan program terbesar kita, Hari Terbuka Kolej Ungku Omar 2014 tapi biar kita terus dekat dan sentiasa mengharapkan pertolongan yang lebih besar. Yakin dengan bantuan Allah, pasti Allah sentiasa bersama kita sama ada suka dan duka kerana itu semua lebih mulia jika semua aktiviti, perlakuan dan gerak kerja diingatan kita semua ada ALLAH!! So, let's pray together! May Allah bless us!