Nuffnang

Sunday, December 7, 2014

Sakit dan Ujian


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sakit dan ujian
Allah datangkan saat kamu bersedia menghadapinya
Menguji tahap keimanan dan kebergantungan kamu kepadaNya



Ya Allah Kau kurniakanlah kesabaran kepadaku seperti mana Kau berikan kesabaran kepada Nabiyullah Ayub a.s.


Perang besar akan berlaku
Perang antara hak dan batil
Demi menegakkan syiar Islam, demi ruuhul jihad kepada Allah, demi menentang musuh2 Allah..
Ya Allah Kau kurniakanlah kekuatan seperti mana teguhnya hati orang Islam semasa Perang Badar zaman Rasulullah s.a.w.



Moga semua makhluk di langit dan di bumi berdoa untuk kejayaan atas nama ALLAH..
Moga doa para malaikat seiring dengan perjuangan ini


Hijab Sang Pencipta, semuanya milik Allah
Andai Kau takdirkan aku buta,
Aku yakin itu semua atas kehendak Allah
Kerana aku yakin dengan segala kekuasaanMu, apabila Kau katakan jadilah, maka ia jadilah.
Maka aku yakin semua yang terjadi ada hikmahnya



Semoga ujian ini Kau berikan sesuatu kepadaku
Seperti hebatnya keperibadian Siti Khadijah
Seperti kentalnya iman Sumayyah
Seperti bijaknya Siti Aisyah
Seperti jitunya cinta Rabiatul Adawiyah
Hanya kerana mereka yakin dengan bantuan dan janji-janjimu Ya ALLAH..

Allahumma solli ala Muhammad

No comments:

Post a Comment