Nuffnang
Saturday, January 17, 2015
AGAR AURAT TIDAK DILIHAT JIN
اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ من الخُبْثِ والخَبائِثِ
Saturday, January 10, 2015
Cerpen Hadiah Dari Langit
Cerpen: Hadiah Dari Langit.
Oleh: Kesuma Wahida.
Marwan melajukan pemanduan keretanya tanpa
menghiraukan bunyi hon kereta lain yang cuba memberi amaran. Mulutnya tiada
henti menyumpah seranah dengan perasaan yang berkecamuk. Marah, benci dan sedih
kini bersatu.
“Aku tak percaya! Aku tak percaya!!” Suaranya
keras cuba meyakinkan dirinya sendiri. Kali ini, tiga buah kereta serentak dia
memotong laju.
“Damn it! This is impossible! Ridiculous!
Aku tahu mama dan papa tipu aku!” saat mulutnya cuba berbicara sendirian dia
semakin menekan pedal minyak keretanya ke tahap maksimum. Warna merah traffic
light yang jelas di depan mata langsung
tidak dipedulikannya.
Tiba-tiba, secara mendadak sebuah lori
minyak dari arah berlainan merempuh kuat kereta BWM yang dipandu Marwan. ‘Dushh!!!’
Momentum kedua-dua buah kenderaan tersebut membingitkan suasana di situ. Sebentar
sahaja, keadaan jalan raya menjadi sesak rentetan kemalangan yang berlaku.
* * *
Marwan
diam di kerusi rotannya. Pandangannya kosong menghala ke hadapan. Buku di
tangannya langsung tidak menarik perhatiannya untuk diteruskan bacaan. Angin
yang sepoi-sepoi bahasa lembut menampar pipinya. Perlahan-lahan Marwan melelapkan
matanya untuk menikmati ketenangan sementara itu. Tiba-tiba, dia mendengar
bacaan Al-Quran yang mendayu-dayu menyentuh gegendang telinganya. Bahkan,
menyentuh hatinya ketika ini.
“Bunyi
apakah itu? Kenapa jiwaku berasa tenang? Aku rasa aku pernah mendengar bunyi
seperti ini? Bukankah ini suara orang yang mengaji?” Dia mula bermonolog sendirian.
Marwan
bangkit dari tempat duduknya. Dia menuju ke balkoni biliknya untuk melihat
siapakah gerangan milik suara yang mengaji Al-Quran itu. Matanya melilau-lilau
mencari si empunya diri. Akhirnya, pandangannya terhenti pada satu susuk tubuh
yang dikenalinya. Asyraf. Seorang pemandu muda yang berkhidmat kepada
keluarganya. Dia seorang yang sangat setia dan amanah. Malah, menjadi orang
kepercayaan mama dan papanya sejak dahulu.
Hakikatnya,
Marwan tidak mengingati siapa lelaki bernama Asyraf itu. Malah, ibu bapanya pun
tidak diingatinya dengan baik. Semuanya kerana kemalangan beberapa bulan lepas.
Allah memperlihatkan kuasanya apabila kemalangan yang dahsyat dan hampir
meragut jiwanya telah memberi nafas baru dalam hidup Marwan. Namun, ada satu
hal yang berlaku, amnesia. Itulah penyakit yang dihadapinya akibat gegaran otak
dan meragut sebahagian besar memori yang dialaminya.
Entah
sejak bila kakinya melangkah keluar dari bilik. Sedar-sedar sahaja dia sudah
pun berada di hadapan Asyraf yang sedang duduk di tangga hadapan pintu besar
villa keluarganya. Dia sudah lama memerhatikan Asyraf sebelum ini. Lelaki itu
suka tersenyum, peramah dan beriman. Setiap kali azan berkumandang dia pasti
meminta izin papanya untuk solat di masjid. Malah, papanya tidak teragak-agak
untuk mengizinkannya ekoran lelaki itu adalah orang kepercayaannya dan sangat
jujur. Sikapnya yang murni itulah menarik perhatiannya untuk mendekati lelaki
matang itu.
“Tuan muda, tuan muda ada masalahkah?”
suara garau milik Asyraf menghentikan lamunan Marwan. Bacaannya terhenti
apabila Marwan berdiri di hadapannya.
“Aku..aku..”
“Ya, ada apa tuan muda?”
“Aku..aku nak belajar baca Al-Quran. Aku
nak jadi orang baik macam kau. Tolong aku ajar aku, boleh?” Terluah juga isi
hatinya sebelum ini.
Mata Asyraf membulat. Mulutnya hampir
ternganga. Hatinya kini tersentuh. Tanpa dia sedari, air matanya mula
berlinangan. Itulah ayat yang ditunggu-tunggunya selama ini. Marwan terpaku melihat
Asyraf yang hampir mengalirkan air mata. Belum sempat dia bertanyakan kenapa
tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat.
“Boleh, tuan muda. Boleh sangat. Saya janji
akan ajar tuan muda sampai lancar bacaannya.” Jawab Asyraf bersemangat.
“Terima kasih.” Perlahan suara Marwan
kedengaran.
Asyraf mengangguk sebagai tanda membalas
ucapan lelaki itu. Mulutnya tiada henti menitip rasa kesyukuran di hatinya. “Alhamdulillah.
Terima kasih, ya Allah. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah.”
Pelukan itu makin diketatkan. Suara haru milik Asyraf membuat hati Marwan
tertanya-tanya. Namun, untuk bertanya dia malu lalu, dia diamkan sahaja.
Perkembangan bacaan Al-Quran Marwan semakin
hari semakin baik. Marwan bukan sahaja mampu membaca Al-Quran tetapi turut mendalami
maknanya untuk difahami dan diamalkan. Malah, dia mula bertatih untuk menghafal
Al-Quran seperti Asyraf. Perubahan sikap Marwan juga semakin positif dan disukai
oleh semua orang terutamanya ibu bapanya. Hubungan baik antara Marwan dan
Asyraf semakin rapat. Mereka diibaratkan bagai isi dan kuku.
* * *
Usai
Marwan dan Asyraf solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid, mereka
meluangkan masa untuk membaca dan menghafal Al-Quran pula.
“Marwan,
aku bangga melihat perubahan kau. Sungguh, aku sangat gembira.” Ujar Asyraf
riang.
“Kau
ni dah kenapa nak buat drama dengan aku?” sambut Marwan ketawa kecil.
Asyraf
hanya tersenyum,“Kalau aku dah pergi jauh, kau maafkanlah aku ya?”
“Kenapa
dengan kau ini? Kau nak pergi mana pula?” Soalannya tak bersambut.
“Kau
nak tahu satu rahsia tak?”
“Apa
dia?”
“Aku
sayangkan kau, Marwan.” Tulus ucapan itu keluar dari bibir Asyraf.
“Kau
memang pandai buat lawak, Asyraf. Biar aku tolong ketawa. Hahaha..”
“Sungguh. Aku sayangkan kau kerana Allah.” Ketawa
Marwan mati. Senyuman daripada temannya nampak sungguh ikhlas dan redupan
matanya nampak serius.
* * *
Asyraf
mengidap penyakit kanser. Peringkat keempat. Rupa-rupanya, sudah lama dia
merahsiakan penyakit itu. Saat rahsia terbongkar apabila berita kematian Asyraf
sudah sampai di telinganya. Kehilangan besar seorang sahabat sepertinya
seolah-olah meragut jiwa Marwan. Perit dan sedih. Kata-katanya suatu ketika
benar-benar menghantui fikiran Marwan.
“Kenapa kau rahsiakan penyakit kau, Asyraf?
Kenapa kau tinggalkan aku?” Lalu, perlahan-lahan air matanya menitis lagi tanpa
sedar.
Petang
itu, teman-teman lama Marwan datang menziarahinya. Shamsul, Fakhri dan Roy bersemangat
mengajak Marwan kembali melepak dan berhibur seperti dahulu. Namun, Marwan
menolak pelawaan mereka secara baik.
“Apa
ni bro? Kau kan dah lama tak lepak dengan kitorang.” Ujar Shamsul.
“Maaf,
aku tak ada mood. Lagipun, aku dah lama tak buat benda-benda itu semua.”
“Sejak
kau berkawan dengan driver kolot itu, aku tengok kau pun sama-sama kolot
tau! Nasib baik si driver kolot itu dah mampus. Jomlah kita lepak kat night
club, bro” sampuk Fakhri spontan sambil ketawa.
“Kau
jangan hina sahabat aku! Aku cakap aku tak nak, aku tak naklah! Korang berambus
dari rumah aku sekarang!” tengking Marwan kasar.
“Kau
ni tak perlu nak jadi orang beriman sangatlah. Kau tahu tak kau itu bukan ada
apa-apa pun. Kau itu anak angkat aje keluarga ni. Tak payah nak sombong
sangatlah!” Roy membalas kasar. Marwan terkejut. Bunyi bising di ruangan itu
menarik perhatian sesi keluarga Marwan.
“Korang
semua aku cakap berambus!!” jerit Marwan kuat. Mereka bertiga keluar daripada
villa indah itu sambil menyumpah seranah Marwan yang menghina mereka.
“Betul
ke mama, papa? Betul ke Marwan anak angkat aje dalam rumah ni?” soalan
Marwan membuatkan Datin Malissa dan Datuk Shukri tidak keruan.
“Dengar
cakap mama dulu, ya sayang?”
“Aku
tanya betul ke tak?” bahu Datin Malissa terhenjut kuat akibat terkejut.
“Iya,
betul sayang. Marwan anak angkat kami. Pembantu rumah kita dahulu, arwah Mak
Yam dan suaminya yang berikan sayang kepada mama untuk dibesarkan. Mama dan
papa cuba terangkan dulu masa hari kemalangan Marwan. Tapi bila Marwan tak
boleh terima hakikat ini, Marwan larikan diri tinggalkan mama dan papa.” jelas Datin
Malissa semakin hiba. Air matanya mula mengalir di pipi. Datuk Shukri menggosok
perlahan bahu Datin Malissa cuba menenangkan isterinya.
“Ya
Allah…ya Allah..” Marwan kesedihan sehingga terduduk. Dia memegang kepalanya
kuat.
“Tapi
mujur ada Asyraf. Asyraf yang banyak tolong kamu, Marwan. Masa kemalangan dulu
pun dia yang banyak sumbangkan darah saat kamu dalam kritikal. Asyraf yang banyak
berdoa dan mengaji Al-Quran saat kamu koma. Asyraf juga yang ajar kamu kenal
kembali siapa Allah dan Rasulullah. Dia yang ajarkan kamu Islam dan Al-Quran
sampai kamu jadi manusia macam sekarang.” Ujar Datuk Shukri.
“Asyraf?”
“Ya,
asalnya dia minta kami rahsiakan pasal penyakit dan hubungannya pada kamu sebab
dia betul-betul nak tolong kamu lebih dekat dengan Allah dan lebih rapat dengan
kamu walaupun sekadar teman. Sebenarnya, Asyraflah orang yang paling gembira
melihat perkembangan kamu. Tapi sekarang dah tiada guna kami rahsiakan lagi.
Asyraf, orang yang kau hina-hinakan dahulu itulah satu-satunya ahli keluarga
kamu, Marwan. Dia abang kandung kamu.”
“Allahu
Akbar!!” Berita itu mengejutkan Marwan. Dia merasakan kepalanya sakit yang
sangat luar biasa. Suara Datin Malissa dan Datuk Shukri yang kuat memanggil
namanya semakin tenggelam dan tidak kedengaran. Kepalanya berdenyut kuat tanpa
sebab. Bagai ditusuk sesuatu yang tajam tepat mengenai otaknya. Tidak semena-mena,
memorinya berputar-putar. Satu persatu memorinya bagaikan bertaut kembali. Kini,
dia tahu. Dahulu, dia seorang yang sangat sombong dan selalu mengingkari
perintah Allah. Pengaruh budaya barat sewaktu belajar telah mengubah kehidupan sosialnya
sehingga mematikan hatinya untuk beribadah kepada Allah.
Dia yang dahulu sering mengejek dan
menghina Asyraf tapi Maha Besar Kuasa Allah, Dia hadirkan insan yang dia
hinakan sebelum ini sebagai penyelamat jiwanya yang baru. Supaya menjadi manusia
baru yang lebih taat kepada Allah. Malah, lelaki itu juga mempunyai pertalian
darah dengannya. Abang kandungnya sendiri!
Kini, Allah kembalikan ingatannya, Allah memberikannya
hadiah mengenai rahsia keluarganya, tapi Allah mengambil sesuatu berharga juga
iaitu, satu-satunya darah dagingnya. Asyraf, abang kandungnya! Kalau dahulu
Allah tarik balik kurniaan ingatan kepadanya tapi kini, Allah berikan hadiah
ingatan yang baru dengan ingatan yang lebih baik terutamanya ingatan hafalan
Al-Quran berkat pertolongan abangnya sendiri. Maha Suci Kuasa Allah.
TAMAT
Friday, January 2, 2015
2015 Tahun Bertuah!! Matlamatku pasti ku gapai!!
Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum menjelang 2015 ni, hampir 3 muka surat penuh aku tulis matlamatku untukku gapai tahun baru ni. Bersemangat penuh!
Bila perhati kembali matlamat 2014 sebelum ini, ada yang tercapai dan ada juga yang belum jadi Allah masih berikan 365 hari yang baru untuk aku capai matlamat yang baru dan belum tercapai itu.
Hakikatnya, banyak sangat matlamat dan cita-cita yang nak dicapai.
Tak salah untuk berangan tapi perlu ada usaha untuk mencapainya. Itu yang penting!!
Jadi bila dah tulis aku pun nak share la matlamat seperti ajaran Dato' Roslan Ab Hamid..TULIS & SHARE
1. Aku nak selangkah demi selangkah menjadi hamba Allah yang taat dan solehah. Terus memantapkan aqidah, iman dan ilmu untuk lebih kenal Rabbul Alamin dan semakin jatuh cinta dengan Penciptaku, Allah Azza Wa Jalla.
2. Aku nak jadi 'Wanita Syurga Bidadari Dunia'. Belajar dan menjadi wanita yang disayangi Allah, para Rasul, malaikat dan seluruh penduduk di langit dan di bumi. Doa daripada mereka lebih baik daripada sesi dunia.
3. Akhir semester di UPSI nanti, aku berusaha untuk graduaded dengan Dekan First Class. Misi untuk berjaya dalam pelajaran tak kan putus selagi hayat dikandung badan! 4.00 for last sem 8, amin.. insya Allah!!
4. Dalam dunia penulisan, aku nak kembangkan potensi menulis novel, cerpen dan seangkatan dengannya sebab itulah cita-cita jihad dari kecil. Perang dengan pedang pena! Aku nak edit lagi manuskrip sulung, nak siapkan manuskrip kedua dan beberapa cerpen. Jauh di sudut hati ni aku teringin nak jadi penerbit buku sendiri. Ada syarikat penerbitan sendiri! Jadi aku akan belajar dan terus belajar demi Allah.
5. Seterusnya, aku nak kembangkan bisnes untuk status ekonomi aku demi kehidupan yang lebih baik. Semuanya kerana Allah dan keluarga tercinta. Aku nak jadi jutawan!! Sebelum aku nak jadi kaya atau jutawan aku nak kawan2 dan keluarga aku dulu yang kaya. Moga niat kerana Allah dan niat murni ini Allah makbulkan. So, matlamat untuk menjadi jutawan muda di dunia mesti seiring untuk menjadi jutawan akhirat juga! Amin ya Rabb.
6. 'Ilmu Perubatan Islam'. Satu ilmu yang perlu aku pelajari. Demi Allah, perjuangan itu mesti diteruskan agar pegangan dan kebergantungan kepada Allah lebih jitu dan dapat memantapkan iman. Aku bukan manusia terpilih tetapi aku terpaksa pilih demi agama Allah. Bantuilah kami, berikanlah kami petunjukMu agar kami menjadi hambaMu yang bersyukur.
7. Last sekali, persiapan sebagai 'calon'. Banyak calon yang boleh diertikan. Calon isteri, calon ibu atau lebih tepat lagi calon jenazah. Semuanya aku serahkan kepada Allah, apa yang penting usaha untuk menjadi calon yang terbaik itu yang penting. Calon yang diredhai Allah itu lagi penting! Seorang wanita itu lebih baik dihormati oleh semua lelaki daripada dicintai oleh para lelaki.
Moga Allah merahmati dan membantuku dalam mencapai matlamat 2015. Insya Allah 2015 tahun bertuah! Amin ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)