Nuffnang

Tuesday, February 11, 2014

TIP-TIP MENJAGA ABAYA

Bagaimana menjaga Abaya supaya kelihatan baru dan cantik walaupun sudah bertahun-tahun memakainya??
Di sini kami kongsikan tip-tip menjaga Abaya. Moga bermanfaat untuk kita semua.

TIP-TIP MENJAGA ABAYA



Mencuci
Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.
• Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada 15 minit
• Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi
pemutih pakaian
• Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkan dan diletakkan
di dalam. Kemudian gantung dengan hanger.

Menyeterika
Seringkali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panasnya seterika juga boleh merosak warna pakaian.
• Suhu seterika mesti pada tahap suhu “medium”, jangan terlalu panas.
• Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan
lagi semasa melipat.

Menyimpan
Menyimpan pakaian pun harus lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baru.
• Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara
langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian.
Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan
tidak lembab.
• Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana
alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.

p/s: Moga tips-tips ini bermanfaat kepada diriku dan semua teman yang sudi menjengah ke blog ini. Selamat beramal~ :)

Disalin dari FB: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sumber daripada: Azza Busana (FB)

Friday, February 7, 2014

Ukhuwah Fillah Melalui Qiamullail

Bismillahirrahmanirrahim..

Di kala dua pertiga malam ini, aku bersama teman-teman seperjuanganku melangkah ke masjid untuk meraih cinta dan redha daripada Rabb Pencipta. Masya ALLAH, rasa sebak dalam diam bila kami sama-sama lakukan solat tahajjud dan qiamullail demi ALLAH AZZA WA JALLA.

Rasa terkilan dan beruntung sangat apabila ketua organisasi kami, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMK KUO 2013/2014) mengimamkan kami ketika solat. Memang benar kata Rasulullah s.a.w., seorang ketua yang baik adalah ketua yang mampu mengajak anak bawahannya dekat kepada ALLAH. Hatta, pemimpin yang hebat pernah mengukir sejarah dalam keagungan dan keutuhan Islam apabila pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh mendidik tenteranya dengan qiamullail. Malah, beliau sendiri tidak pernah meninggalkan solat tahajjud atau qiamullail kerana taqwa dan keimanannya yang jitu kepada ALLAH TAALA.

Diharap kita boleh amalkan lagi amalan mulia ini secara berterusan kerana janji Allah itu benar. Sains sendiri membuktikan keajaiban kesihatan melalui solat tahajjud. Amalan Rasulullah s.a.w., para sahabat, orang-orang yang soleh terdahulu wajar untuk kita amalkan sedikit demi sedikit sehingga lama kelamaan ia menjadi 'darah daging' kita atau amalan hidup kita kelak. Insya ALLAH.

Indahnya ukhuwah demi menggapai Cinta Allah,
Indahnya ukhuwah kerana Allah,
Manisnya sebuah persahabatan dalam meraih redha Allah,
Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Berorganisasi kerana Allah,
Bergerak kerja kerana Allah,
Mahabbah itu terjalin dalam ikatan suci kerana redha Allah,
Doa para malaikat Allah dan seluruh penghuni makhluk Allah di langit dan di bumi.
Masya Allah, janji Allah itu benar..
TIADA PERKARA DI DUNIA INI SANGAT BERMAKNA JIKA SEMUANYA DISANDARKAN KEPADA ALLAH

Terima kasih teman, bantulah aku dalam terus mengenal dan dekat kepada Tuhanku. Bimbinglah aku yang daif ini kerana aku juga manusia yang sering alpa dan berdosa. Tunjukkanlah aku jalan yang benar andai aku khilaf kerana ukhuwah kita jalinkan biar lebih manis jika kita amalkan sunnah Nabiyullah, amar maaruf nahi munkar.

Pengalaman solat tahajjud dan qiamullail ini tak akan aku lupakan kerana pengalaman ini sangat manis kerana Allah. Lepas sahaja solat subuh berjemaah di masjid yang paling indah di UPSI, kami disajikan dengan pemandangan yang cantik. Walaupun gelap tapi tetap cantik di alam realiti.

Walaupun sibuk berorganisasi dan bergerak kerja dengan program terbesar kita, Hari Terbuka Kolej Ungku Omar 2014 tapi biar kita terus dekat dan sentiasa mengharapkan pertolongan yang lebih besar. Yakin dengan bantuan Allah, pasti Allah sentiasa bersama kita sama ada suka dan duka kerana itu semua lebih mulia jika semua aktiviti, perlakuan dan gerak kerja diingatan kita semua ada ALLAH!! So, let's pray together! May Allah bless us!